View: 1400|Reply: 1
|
Pejabat JPJ Disamun, Polis Tidak Tolak Orang Dalam Bersubahat!
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto: google image
sumber foto: google image
Dua lelaki bersenjatakan parang melarikan wang tunai kira-kira RM754,000 dalam kejadian samun di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Kuala Lumpur di Jalan Genting Kelang, Setapak.
Kejadian samun tersebut berlaku sekitar 5.40 petang kelmarin, kedua-dua suspek bertopi keledar masuk ke pejabat berkenaan menggunakan pintu belakang, ketika itu dalam pejabat JPJ tersebut terdapat 5 orang pegawai dan seorang polis bantuan.
Difahamkan suspek bertindak mengacukan parang ke arah seorang pegawai awam perempuan sebelum bertindak merampas wang tunai dianggarkan berjumlah kira-kira RM750,000 di kaunter bilik Unit Hasil.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Rusdi Mohd Isa, berdasarkan siasatan awal, dua orang penyamun yang terbabit, salah seorang itu dipercayai merupakan berbangsa Melayu, manakala seorang lagi berwarna kulit agak gelap.
Berikutan proses penyamunan berjalan agak lancar, pihak polis tidak menolak berkemungkinan ada orang dalaman terlibat sekali.
Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan rompakan berkumpulan menggunakan senjata.
Kedua-dua suspek sedang dikesan oleh pihak polis. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Thread dah ada |
|
|
|
|
|
|
| |
|