CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1529|Reply: 8

Saya Letak Jawatan Bukan Kerana Isu 1MDB - Ahmad Husni

[Copy link]
Post time 8-7-2016 10:22 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO




sumber foto: mstar



Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menegaskan beliau meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan Kedua kerana tidak mahu ditukarkan ke kementerian yang lain dan tiada kaitan dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).




"Saya beritahu diri saya, satu hari (nanti) saya akan bersara, tetapi, saya tidak tahu bila. Namun saya putuskan bahawa persaraan saya hanya di Kementerian Kewangan."

"Sebab itu saya bercakap dengan Perdana Menteri, saya beritahu beliau saya akan bersara dengan Kementerian Kewangan, jika anda mahu tukar saya, saya tidak mahu. Jadi, gugurkan saya," katanya kepada pemberita di majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Sungai Rokam di sini.




Ahmad Husni berkata, beliau tidak mempunyai masalah langsung dengan Perdana Menteri, Kabinet mahupun parti.


Beliau meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan Kedua pada 27 Jun sebelum Najib mengumumkan rombakan Kabinet. Selepas itu, beliau juga meletakkan kesemua jawatannya dalam Umno di peringkat pusat, negeri dan bahagian dan hanya kekal sebagai Anggota Parlimen kawasan Tambun.- CARI







sumber info: www.utusan.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2016 10:27 AM | Show all posts
mulianya orang umno ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2016 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
letak jawatan pun di fitnah tak sebulu dgn bo ss
teruskan jawatan lagi lah di tuduh tamak
tak dapat jawatan pun di tuduh kena singkir. adeii
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2016 11:37 AM | Show all posts
akusukaq replied at 8-7-2016 11:35 AM
letak jawatan pun di fitnah tak sebulu dgn bo ss
teruskan jawatan lagi lah di tuduh tamak
tak dap ...

sila tolong salahkan cina dap
sebab dizzek sudah mendiang sementara
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2016 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
letak jawatan di tuduh tak sebulu dgn boss.teruskan jawatan di tuduh tamakkan dedak. tak dapat jawatam di tuduh kena singgir . adeii macai  beraya dgn tohmahan
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2016 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Belum apa apa lagi terlalu excited pembangkang..tuan punya badan belum cakap apa.dah kecoh kononnya tak sebulu dgn Najib..tengok tengok...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2016 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Belum apa apa lagi terlalu excited pembangkang..tuan punya badan belum cakap apa.dah kecoh kononnya tak sebulu dgn Najib..tengok tengok...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2016 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Iye lah tu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2016 03:23 PM | Show all posts
bukan isu 1mdb - letak jawatan
isu 1mdb - dipecat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.528250 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list