|
oleh Adib Za
Bagi wanita yang mengandung, banyak perkara yang anda harus jaga sepanjang kehamilan termasuklah gigitan nyamuk yang boleh membawa penyakit.
Ini kerana ada kajian mendapati wanita hamil berisiko dua kali ganda lebih tinggi untuk digigit nyamuk jenis tertentu.
Pendek kata, nyamuk memang sukakan wanita mengandung ini! Ini kerana wanita yang sedang hamil menyedut udara lebih banyak berbanding wanita tidak hamil, dan nyamuk dikatakan tertarik pada karbon dioksida dari nafas wanita hamil.
Faktor kedua ialah perut wanita hamil memiliki suhu sekitar 0.7 darjah celcius lebih hangat daripada kulit orang normal dan menarik perhatian si nyamuk.
Apa yang boleh dilakukan untuk mencegah diri daripada menjadi mangsa gigitan nyamuk?
Seorang pakar kesihatan, Dr Ashley Roman menyamarankan wanita hamil melindungi diri dengan spray yang mengandungi lemon eucalyptus, berada di ruang berhawa dingin, menjauhi kawasan takungan air dan mengenakan baju lengan panjang. - CARI
Sumber: Health Liputan6
Sumber foto: Carian google |
|