|
|
Edited by fynnkakiblock at 12-7-2016 10:51 AM
Sedang TT asyik scroll FB, terlihatlah tajuk gosip dari laman yang agak dibenci forumer Cari, mynewshub. So, TT pun masukkanlah dalam BG Cari. Ada TT kesah nak kena kecam, asalkan TT dapat tambah benang. Lepas ni nak kena cari kneepad nak praktis merangkak 
Berbalik kepada gosip tersebut, telah viral kesah anak gadis pelakon Kazar Saisi (Degawan) bergelek maut. Netizen jugak mengecam tindakan berani anak gadisnya yang dikatakan kurang sopan. Kazar telah up post minta maaf atas perlakuan anaknya itu dan mengatakan akan menutup IGnya. Dah sudah. Anak yang buat perangai bapak pulak kena tutup IG sebab malu. TT sebenarnya salah seorang followers IG Kazar sebab post dan caption Kazar kelakar. Dah Kazar nak tutup IG, takkan TT nak follow IG Suhaimi Saad kot? 
LUAHAN SEDIH MENYAYAT HATI DARI SEORANG AYAH-KAZAR
Gara--gara 'gelekkan maut' anak daranya yang dikenali sebagai Ira Kazar yang telah mencuri tumpuan sekaligus menjadi viral sejak semalam, pelakon dan penyanyi, Kazar Saisi, turut menerima kecaman daripada pelbagai pihak yang menyifatkan tindakan anaknya itu kurang manis untuk tatapan umum.
Justeru, menerusi akaun sosial Instagram (IG) Kazar atau nama sebenarnya Kazaruddin Saisi, telah meminta maaf bagi pihak anaknya itu dan menyatakan bahawa anak gadisnya itu bukanlah seorang anak yang jahat sebaliknya Ira hanya melalui zaman remajanya. Sebagai bapa, dia tetap menyayangi Ira dan tidak menyalahkan gadis itu atas kelakuannya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|