CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4833|Reply: 25

Edisi penilaian semula- pandangan dalam mazhab al-syafie

[Copy link]
Post time 13-7-2016 09:24 AM | Show all posts |Read mode
DrMAZA.com2 hrs ·






Penilaian Semula
Para mujtahid dan imam dalam fekah, kesemua mereka dihormati dan disanjungi tanpa mengira batasan mazhab. Mereka itu berjasa dan doa kita sentiasa buat mereka.
Dalam masa yang sama, kita wajib tahu bahawa pandangan setiap mazhab sebahagian besarnya adalah ijtihad yang terdedah untuk dinilai oleh pihak yang lain. Maka kita pula berhak untuk mengambil pandangan ijtihad lain yang pada penilaian kita lebih dekat kepada fakta dan lebih mampu menterjemahkan wajah Islam yang sebenar. Umpamanya, pendapat dalam Mazhab al-Syafi’i, yang membolehkan bapa berkahwin dengan anak zinanya sendiri, barangkali tidak wajar untuk dipertahankan terutama ketika menerangkan Islam kepada dunia hari ini. Apakah Islam yang mengharamkan mengahwini seseorang wanita hanya kerana susuan akan menghalalkan anak zina?! (lihat: Al-Fatawa al-Kubra, 3/200, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Demikian juga jika pendapat awal ulama al-Syafi’i dikekalkan yang mensyaratkan setiap urusan jual beli mempunyai lafaz, tentu sukar untuk kita di zaman moden ini membeli minuman atau makanan dari mesin-mesin canggih yang ada. Bahkan di sana banyak perkara yang menuntut seorang muslim melihat luar dari kerangka mazhabnya terutama tentang hubungan dengan non-muslim, zakat, wakaf, perkahwinan dan berbagai lagi. Bahkan pandangan-pandangan agama yang menyusahkan tanpa dalil dari al-Quran dan al-Sunnah patutlah dielakkan terutama untuk generasi moden yang mula fobia dengan agama. Apatah lagi kepada yang baru menganut Islam.
Dr Yusuf al-Qaradawi juga pernah menyebut:
“Perkara yang penting untuk anda mengetahuinya bahawa hukum orang awam mengikut salah seorang imam-imam mazhab ialah harus dengan syarat-syaratnya. Ianya bukan sesuatu yang wajib seperti yang dikatakan oleh golongan mutakhir. Ini kerana tiada kewajipan kecuali apa yang diwajibkan oleh al-Kitab dan al-Sunnah. Kedua-duanya tidak mewajibkan seseorang terikat dengan mazhab. Maka tidak menjadi halangan untuk seseorang muslim bebas dari terikat dengan mana-mana mazhab. Dia boleh bertanya berkaitan agamanya kepada sesiapa sahaja di kalangan ulama. Tanpa perlu terikat dengan seseorang ilmuwan sahaja tanpa bertanya orang lain. Inilah jalan para sahabah dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan cara yang baik pada zaman sebaik-baik kurun. Allah telah selamatkan mereka dari taklid yang dicerca ini. Sebaik-baik manusia untuk bebas dari terikat dengan mazhab ialah seseorang yang baru menganut Islam. Maka tiada kepentingan mewajibkannya apa yang tidak diwajibkan Allah ta’ala. Dia boleh bertanya sesiapa sahaja dari kalangan ulama yang dia mahu. Wajib ditulis untuk mereka buku-buku fekah yang memudahkan tanpa terikat dengan mazhab tertentu” (Dr Yusuf al-Qaradawi, Kaif Nata’amal Ma’ al-Turath, m.s. 83-84, Kaherah: Maktab Wahbah).




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-7-2016 09:25 AM | Show all posts
fefeeling setazah dibulan syawal
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2016 10:13 AM | Show all posts
Lagi banyak ulamak.........lagi berserabut kepala. Masing2 punya pendapat berbeza........tapi semua claim.......dia orang punya pendapat lah yang paling bener, dijalan Alloh.......

Contoh (di hari akhirat kelak, didepan Allah SWT)
1. Pengikut Mazhab Shafie ditanya kenapa buat doa qunut bila solat subuh.........jawap pengikut, Imam Shafie kata sekian2..........maka pengikut Mazhab Shafie dimasukkan kedalam syurga
2. Bila sampai kat pengikut Wahabbi.......kenapa tak buat qunut bila subuh.........maka jawap pengikut, Imam kata bidaah dan buat bidaah dapat dosa.........maka pengikut Wahabbi pun dimasukkan kedalam syurga

Soklan. Mazhab mana yang betul? Adakah kedua-duanya betul atau kedua-duanya salah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2016 10:24 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2016 10:38 AM | Show all posts
thread ni bagus, kepada @nolya sila nilai semula apa yg saudari tulis pada saya semalam berkenaan mazhab syafie jadi pengikat hukum dimalaysia. Saya bukan seorang pentaklid buta, cuma saya menyokong Gen. El sisi untuk bukak balik pintu ijtihad dalam dunia islam selepas ditutup pada tahun 1258. so kepada pariah ugama macam stad deros and the gang susah lah nak cari makan lepas ni bila golongan IQ rendah yg layan mejlis ilmu dikampung Railway tu taknak datang ke mejlis ilmu seumpama itu.

@Maideen.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2016 10:53 AM | Show all posts
atira replied at 13-7-2016 10:24 AM
jurnal lama

http://www.academia.edu/5078210/Kesesuaian_Pemikiran_dan_Amalan_Mazhab_Selain_Syaf ...

satu bacaan yg bagus kak tira.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2016 11:00 AM | Show all posts
kita up lagi thread ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2016 11:08 AM | Show all posts
cissss...
patut la cari kat CI tak jumpa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-7-2016 11:10 AM | Show all posts
lkick2113 replied at 13-7-2016 10:53 AM
satu bacaan yg bagus kak tira.

melalui jurnal tahun 2009 tu, kesimpulan adalah masalah utama pada ulama tempatan yg mmg seboleh2 nak malaysia fanatik kpd mazhab syafie ....

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2016 12:06 PM | Show all posts
lkick2113 replied at 13-7-2016 10:38 AM
thread ni bagus, kepada @nolya sila nilai semula apa yg saudari tulis pada saya semalam berkenaan ma ...

Banyak yang Maideen nak komen pasal fahaman Muhammad bin Idris aka Imam Shafie ini Lkick. Fahamannya tentang macamana nak kurangkan bayar zakat, tentang bagaimana niat seseorang itu kita tak perlu kaji, tentang bagaimana perbankan Isle di Malaysia yang berlandaskan fahamad Imam Shafie di Malaysia kena gelak di jurisdiction lain dsbnya.

Tapi malangnya thread yang mengalakan berbincangan ini dah kena pindah ke board sendu dimana jika perbincangan di buat, kita boleh kena ban.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2016 12:47 PM | Show all posts
Maideen. replied at 13-7-2016 12:06 PM
Banyak yang Maideen nak komen pasal fahaman Muhammad bin Idris aka Imam Shafie ini Lkick.  Faham ...

itulah maideen, I pon nak bincangkan mazhab ahlul bersunat berjemaat wal shafie ni maideen, nak jugak tanya lobai kenapa tang zakat pitrah olamak malaysia nak pakai mazhab hanafi plak??? dsbgnya.....tapi bod sendu ni tak syok la maideen nak bincang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2016 02:55 PM | Show all posts
lkick2113 replied at 13-7-2016 12:47 PM
itulah maideen, I pon nak bincangkan mazhab ahlul bersunat berjemaat wal shafie ni maideen, nak ju ...

selalunye kalau bab duit ni terus jadi layennnnn..layennn..
tapi malas jugak la....
aku dah le tak de maltinik...
dulu ada.. dah tak ingat password
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 09:54 PM | Show all posts
batu kikir replied at 13-7-2016 10:13 AM
Lagi banyak ulamak.........lagi berserabut kepala. Masing2 punya pendapat berbeza........tapi semua  ...

Kau dah sampai depan Allah ke kat akhirat sampai boleh bagi contoh?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2016 12:39 AM | Show all posts
masak kari pun sodap............  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2016 01:17 AM | Show all posts
batu kikir replied at 13-7-2016 10:13 AM
Lagi banyak ulamak.........lagi berserabut kepala. Masing2 punya pendapat berbeza........tapi semua  ...



oh my god....

soal qunut again?


see uy guys - soal qunut
i think saudara budak darjah 5 yg tahu bab sunat haiah dan ab 'ad rasanya akan maklum bab bab  qunut



dan logiknya

kalau tak buat perkara sunat - dalam solat adakah allah akan hukum

well i think yg dah faham islam insya Allah akan senyum
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2016 01:17 AM | Show all posts
ibnur replied at 14-7-2016 09:54 PM
Kau dah sampai depan Allah ke kat akhirat sampai boleh bagi contoh?

tak pe

pokoknya

hal sunat pun  pada pemahamannya kena dihukum, kot

taraf sunat tu

hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2016 01:21 AM | Show all posts
i nak tanya u directly , apakah akan jadi satu hal ke kalau kita lakukan solat di morooco contohnya kalau kit amazhab syafie?
kalau ye apa , dan kalau tidak apa?

u know why i tanya you
sebab  i nak tahu juga how would u apply the mazhab kepelbagaian mazhab dalam konteks ibadah

i bagi hints - dalam baca fatihah je...

apa ke jadi sesuatu yg big deal ke?

u rasa ?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2016 05:06 AM | Show all posts
atira replied at 13-7-2016 11:10 AM
melalui jurnal tahun 2009 tu, kesimpulan adalah masalah utama pada ulama tempatan yg mmg seboleh2  ...

bukan fanatik lah Atira - kalau itu konklusi u dari makalah akademik tu i amat kecewa jelah tapi

bebenda ygkita perli lihat ialah

a) sejauh mana you and i faham keselruhan mazhab hanafi, hambali dan maliki?
b) okay sejauh mana pengetahuan kita yg membolehkan kita menilai , apparaise dan melakukan talfiq- can u answer me ?pada saya hanya org yg mempunyai level tertentu berupaya untuk menilai , sintesis dan bersifat kritis.
c) i rasa kalau kit anak keomggaran mazhab ye atira  ap aakan terjadi pada public yg tak tahu pun apa apa tentang mazhab ni
in fact dalam solat rukun solat pun ada beza ikut mazhab ? u know - takkan nak berbalah? ni boleh baca dalam buku ustaz Zaharudin tu terperinci dia tulis/
so semua dah tahu ke perbuatan solat tu rukun tu adabeza ? ikutmazhab ?
so ap ajadi kalau campur ikut suka? tanpa sistem ? berkecamuk tak ke?

so kalau public tak tahu apa mazhab mazhab dan beza  - macam mana depa nak talfiq? apakah ada asas you nak cakap  '  fanatik' tu buruk atau perkukan definisi semua anggapan you bahaa kita bukan fanatik tapi kita pegang satu untuk mudahkan

ktakkan nak kata tak payah solat? takkan nak kata eh u all solat ikutsuka or kalau urban tak payah solat?

atau u nak jadi satu tahapdi mana
Mengambil pendapat yang paling ringan di antara mazhab-mazhab dalam satu masalah. Talfiq begini tidak benarkan.
Contoh, Ali bernikah tidak menggunakan wali kerana ikut Hanafi. Dia tidak memakai 2 saksi kerana mengikut pendapat Maliki.
Pernikahan seperti ini adalah batal/tidak sah.









Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2016 05:06 AM | Show all posts

KITA bercakap pasal kepelbagaian mazhab - TAPI ADAKAH KITA FAHAM KONTEKSNYA -

Edited by mbhcsf at 16-7-2016 05:11 AM


amboi berdiskusi pasal mazhab , tak siapa pun kisah pasal mazhab tu pun tapi ini tapinya kenapa bab ini tidak dihighlight dlm membicarakan bab mazhab?

i wonder

Apakah hukum Taklid,talfiq,ittiba’

Jawapan :
Salam

Untuk memudahkan pemahaman anda, kami akan terangkan sekali lagi mengenai taklid, talfiq dan berkaitan dengannya.

Pembahasan ini telah dibicarakan secara terperinci dan hingga ke dasarnya di dalam ilmu Usul Fiqh. Ilmu ini amat penting bagi mereka yang benar-benar mendalami dasar-dasar pembinaan hukum Islam.
Taklid ialah: Mengikut pendapat seorang mujtahid tanpa mengetahui sumber dan cara pengambilannya. Seperti seseorang itu mengikut pendapat Imam SyafiI tanpa mengetahui dalilnya atau hujahnya. Orang seperti ini disebut muqallid.

Apa hukum bertaklid?
Hukum-hakam amaliyah dapat kita bahagikan kepada 2:

1. Hukum-hakam yang dapat diketahui tanpa memerlukan penelitian dan ijtihad. Iaitu hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh dalil yang qathI dan yang dapat diketahui dengan segera. Ia disebut sebagai `al-malum minad din bid-dharurah. Contohnya ialah hukum tentang kewajipan sembahyang lima waktu, kewajipan puasa bulan ramadhan, bilangan rakaat dalam sembahyang dsbnya. Ini semua dapat diketahui oleh semua umat Islam. Pengetahuan tentang hukumnya tidak memerlukan kepada penelitian terhadap dalil-dalilnya.
Dalam maslaah ini, seseorang itu tidak dibenarkan bertaklid, kerana semua orang dapat mengetahuinya.

2. Hukum-hakam yang memerlukan penelitian dan ijtihad. Masalah-masalah yang berada di bawah kategori ini amat banyak sekali. Seperti masalah yang hukum menyentuh perempuan ajnabi, apakah batal wuduk? Ini adalah masalah yang termasuk di dalam kategori ini. Sebab, masalah ini memang ada dalilnya dari al-Quran. Tetapi dalilnya perlu diteliti terlebih dahulu untuk diketahui Apakah hukum yang boleh dikeluarkan darinya. Dalam penelitian dan kajian ini, sudah semestinya terjadi perselisihan pendapat. Mazhab-mazhab dan perbedaan-perbedaan pendapat di kalangan ulamak terjadi dalam dalam masalah yang seumpama ini.

Orang yang berusaha meneliti dalil-dalil, kemudian mengeluarkan hukum dari dalil berkenaan di namakan sebagai mujtahid. Antara mereka adalah seperti Imam SyafiI, Malik, Hanbali dll. Manakala mereka yang mengikutnya atau memakai hukum yang dikeluarkan oleh mujtahid disebut sebagai orang yang bertaklid. Perbuatan mengikut/memakai hukum berkenaan disebut sebagai bertaklid.
Dalam masalah inilah yang dibenarkan bertaklid.

Kebanyakkan ulamak Usul (Usul Fiqh) mengatakan bahawa mereka yang tidak berkeupayaan untuk berijtihad wajib mengikut dan mengambil pendapat atau fatwa dari para mujtahid (org yg berkeupayaan berijtihad).

Bertaklid kepada mazhab-mazhab

Mazhab-mazhab masyhur yang wujud hingga sekarang ini ialah mazhab SyafiI, Maliki, Hanafi dan Hanbali. Kita di Malaysia rata-rata bertaklid kepada mazhab Syafii.

Soalan: Apakah kita boleh bertukar kepada mazhab lain?
Jawab: Boleh. Kerana, apa bezanya SyafiI dan lain-lain mazhab di atas? Jika kita boleh bertaklid kepada mazhab SyafiI, ini bermakna kita juga boleh bertaklid kepada mazhab-mazhab lain.
Menurut Al-Amidi, Ibnu al-Najib dan Kamal al-Hummam, tidak wajib bertaklid kepada seorang mujtahid (mazhab) tertentu. Dalam satu masalah, mereka boleh beramal dengan mazhab ini, kemudian dalam masalah lain mereka beramal dengan mazhab lain.

Berdasarkan pendapat ini, jika kita bertaklid dengan mazhab SyafiI dalam satu-satu masalah, tidak semestinya kita mesti bertaklid dengan mazhab ini dalam semua masalah. Dibenarkan mengamalkan pendapat dari mazhab-mazhab lain.
Taklid yang diharamkan ialah:
1. Bertaklid kepada seseorang tanpa mengendahkan al-Quran dan Sunnah.
2. Bertaklid kepada seseorang yang tidak diketahui kemampuannya berijtihad.
Talfiq
Ialah mengikut pendapat satu-satu imam dalam satu-satu masalah, kemudian bertaklid kepada imam lain dalam masalah lain. Contoh, mengambil wuduk ikut cara Hanafi dan sembahyang ikut cara Syafii. Ataupun, pada hari ini dia bersembahyang ikut pendapat SyafiI dengan membaca Bismillah.., esoknya dia bersembahyang ikut pendapat Hanafi dengan tidak membaca bismillah.
Inilah yang dikatakan sebagai talfiq.

Kebanyakkan ulamak membahagikan talfiq kepada dua:

1. Mengambil pendapat yang paling ringan di antara mazhab-mazhab dalam beberapa masalah yang berbeza. Contoh: Berwuduk ikut Hanafi dan sembahyang ikut Maliki.

Apa hukumnya? Menurut ulamak-ulamak ini, talfiq dengan cara begini adalah dibenarkan, kerana dia mengamalkan pendapat yang berbeza dalam dua masalah yang berbeza Wuduk dan sembahyang.
Talfiq begini dibenarkan dalam bidang ibadah dan muamalat sebagai keringanan dan rahmat dari Allah Taala terhadap umat Muhamad.

Dibenarkan juga mengambil pendapat yang paling ringan antara mazhab-mazhab dalam satu masalah. Ia diamalkan pada masa yang berlainan yang tidak bergantung satu sama lain.
Contoh, Ali berwuduk menurut syarat-syarat yang telah ditetap oleh Syafii. Pada waktu lain dia berwuduk menurut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Hanafi.

Talfiq seperti ini dibenarkan kerana wuduk pertama yang menurut syarat SyafiI telah selesai dan digunakan untuk satu-satu ibadah hingga selesai. Kemudian wuduk keduanya menurut Hanafi juga selesai dan digunakan untuk tujuan tertentu hingga selesai. Jelasnya ia dilakukan, sekalipun masalahnya sama tetapi dalam peristiwanya berbeza.

2. Mengambil pendapat yang paling ringan di antara mazhab-mazhab dalam satu masalah. Talfiq begini tidak benarkan.
Contoh, Ali bernikah tidak menggunakan wali kerana ikut Hanafi. Dia tidak memakai 2 saksi kerana mengikut pendapat Maliki.
Pernikahan seperti ini adalah batal/tidak sah.

Untuk menjelaskan lagi mengenai mengambil pendapat yang ringan ini kita bahagikan juga kepada dua:

Pertama: ringan itu kerana seseorang itu dari jenis yg sukakan yg mudah-mudah dalam agama dan yg ringan itu disandarkan pd dalil yg lemah atau hadis yg dha’ef. Jika keringanan ini disandarkan pada dalil yg lemah atau hadis dha’ef bahkan mungkar sedangkan ada pendapat lain yg disandarkan pada dalil yg kuat atau hadis hasan atau sahih, maka ini talfiq (memilih yg ringan2) yg dilarang.

kedua: jika pendapat yg ringan itu disokong oleh dalil yg kuat, menyamai pendapat yg keras juga disokong oleh dalil yg kuat, maka orang awam digalakkan mengambil yg ringan dan mudah sesuai dengan intipati Islam itu mudah dan tidak mempersukar. Ini talfiq yg harus (Prof Hasbi Siddiqiey, Pengantar Ilmu Fiqih, Pustaka Rizki Putra, Semarang.)
Ittiba
Ialah menerima pendapat orang lain dengan mengetahui sumber atau hujahnya.
Ittiba adalah sebaik-baik cara menerima dan mengamalkan pendapat dari mujtahid.

sebenarnya orang awam tidak ada madzhab. Madzhab atau ikutan masyarakat ialah ulama’ yg ada disekelilingnya atau siapa yg ia sering bertanya. Jika anda bertanya orang Hanafi, maka anda boleh ikut. itulah cara taklid. Orang bertaklid tak ada madzhab.

Jika anda membuat keputusan untuk ittiba’ (meneliti dalil), maka anda hendaklah meneliti satu persatu bermula dari taharah, wudhu’, tatacara solat, puasa, Zakat, haji, mengikut pendapat semua madzhab. Anda kena kosongkan kecenderungan pada mana-mana madzhab, anda hendaklah mencari pendapat yg paling kuat dalam setiap aspek fiqh harian anda.
itulah pilihan yg anda:

jika anda hanya ingin taklid dan akan bertanya dari masa kesemasa, maka anda tidak perlu ikut mana-mana madzhab, sebab muqallid tidak perlu tahu dalil dan sandaran.
Jika anda kemampuan utk mengikuti perbahasan dalam fiqh, maka anda boleh memilih mana-mana pendapat Madzhab mengikut kajian anda paling kuat.

Tidak ada nas syara’ yg mengatakan madzhab duduk dibaris ketiga selepas AQ dan asSunnah. Banyak orang menganggap madzhab adalah rukun ketiga fiqh selepas AQ dan asSunnah.
Ini adalah myth sahaja. WA

Wassalam
http://www.yadim.com.my/v2/?qa_faqs=hukum-talfiq
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2016 05:12 AM | Show all posts
sebab tu apa apa pun mesti acquire BODY of knowledge tu

kalau tak :

macam ni lah

2. Mengambil pendapat yang paling ringan di antara mazhab-mazhab dalam satu masalah. Talfiq begini tidak benarkan.
Contoh, Ali bernikah tidak menggunakan wali kerana ikut Hanafi. Dia tidak memakai 2 saksi kerana mengikut pendapat Maliki.
Pernikahan seperti ini adalah batal/tidak sah.


sebab : nak ambil yg tak menyusahkan paling ringan ....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.100929 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list