CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: sellie003

[CONTEST] MISI RAYA ADWA AFIFA~TamaT 29/7/16~

[Copy link]
Post time 21-7-2016 01:36 PM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 21-7-2016 12:43 PM
Cik Sellie...
sila sambung b4 tkh xpired!

bila xpired? nay lupa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-7-2016 10:13 PM | Show all posts
Selamat Malam,

Jangan risau...malm ni usaha tamatkn...semalm tak leh online...tenet tenat sebab ujn lebat sgt...pastu tido awal ckit...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2016 01:03 AM | Show all posts
LAPAN : Pujaan Dia

Adwa Afifa cuba untuk menoleh gerangan yang begitu biadap memeluknya begini saat ini. Tetapi, boleh pula gerangan ini main elak-elak pula kan…geramnya…!!!

Namun, haruman itu sudah cukup menggetarkannya kala ini. Dia, amat familiar akan bau haruman ini. Mana tidaknya, dia juga yang angau tatkala haruman itu menusuk lembut ke deria baunya pabila lelaki itu mendekati. Asyik sekali.

“Encik Irsyad…” Hampir tidak kedengaran suara Adwa Afifa. Serasa nafasnya bagai terhenti bernafas.
“Hmmm...?” Irsyad mendaratkan dagunya dibahu Adwa Afifa sambil mencium bauan Adwa Afifa. Mempesonakan.

Meremang roma ditengkuk. Adwa Afifa dapat rasakan hangatnya nafas Irsyad disebalik shawl yang dipakai. Entah kenapa dia tidak langsung menghalang tingkah Irsyad, jika dilihat sangat kurang sopan itu.

Namun, Adwa Afifa seakan terbuai dalam dakapan Irsyad dan terasa belakang tubuhnya semakin melekap kemas. Debaran didada lelaki itu,  kedengaran jelas ditelinga Adwa Afifa. Apakah itu? Kenapa rentak jantungnya seirama denganku?  

Ohh... Adwa Afifa tersedar. Lalu, tubuh lelaki itu ditolak kasar dengan siku. Terlepas pelukan itu dari tubuh Adwa Afifa. Adwa Afifa pantas berpaling.

Berdiri tenang sang arjuna di hadapannya ini. Lelaki itu tersenyum manis memandangnya penuh makna. Dan pandangan itu, cukup Adwa Afifa fahami. Kerana, pandangan sebegitulah membuatkan Adwa Afifa jatuh cinta.

“Encik Irsyad. Tolong jangan buat saya macam ni...”
“Buat apa Adwa Afifa?” Gemersik suara lelaki itu menyebut namanya.

Adwa Afifa sedikit berundur saat lelaki itu mendekat. Adwa Afifa menahan langkah perlahan lelaki itu agar jangan terus hampirinya. Dia sedang tidak keruan sekarang ini. Takut pun ada.

Dah kenapa dia ni? Karang, tak pasal-pasal kena tangkap basah. Heh? Mana perginya Arfan, adik aku. Dia boleh tinggal aku sorang-sorang...eh, bukan...berdua-duaan dengan Encik Irsyad. Adik aku ni dah hilang akal ke apa? Langsung tak fikirkan maruah aku sebagai kakak dia ni.

Hampir menangis Adwa Afifa mengenangkan situasinya sekarang ini. Dalam dia memikirkan maruah diri. Tadi macam seronok juga perasaan tadi itu hadir. Terasa diawangan.

Macam tu ke perasaan orang yang saling menyintai? Umi, ayah...Adwa Afifa dah fikir nak kahwin dah ni.

“Adwa Afifa, saya...”
“Kalau encik setapak lagi ke depan...saya tak jamin apa akan jadi selepas ini.”
Adwa Afifa cuba mengugut apabila lelaki itu tetap juga menyambung langkah.
“Kenapa? Awak takut?”
“Encik nampak saya sedang takut? Saya...saya akan pertahankan diri saya...jika encik fikir yang saya tak kisah dengan apa yang encik buat kat saya tadi. Saya bukan yang encik sangkakan. Kalau dah suka tu...jumpa sajalah orang tua saya, berbincang.”

Tidak semena-mena Irsyad tertawa. Lucu pula hati Irsyad. Gadis ini langsung tidak tahu hal sebenar. Hanya dia, Adwa Afifa tidak pernah tahu. Sedangkan yang lain-lain... Apalah reaksi gadis ini jika tau perkara sebenar?

**********************

“Saya tak kisah apa awak nak buat kat saya, Adwa Afifa. Saya rela...”

Belum sempat Adwa Afifa berfikir maksud kata-kata Irsyad, tangannya direntap sehingga jatuh ke dalam pelukan Irsyad. Adwa Afifa benar-benar tergamam. Belum hadam maksud Irsyad, satu lagi kejutan lelaki itu tunjukkan.

Siapa awak sebenarnya Irsyad? Kasanova, John Duan atau...Romeo...buaya, mungkin lebih tepat.

“Lepas...” Adwa Afifa cuba meronta. Makin kuat dia meronta, makin kejap lelaki itu memeluk dirinya.
“Chuppp...” Adwa Afifa terkasima dan terus terpaku. Apa tadi tu?
“Diam pun awak bila saya cium. Kalau tau tadi...patut buat...”
“Encik...!”

Adwa Afifa tidak mampu menahan rasa. Terasa bagaikan maruah dirinya telah hilang melayang apabila lelaki itu mengucup bibirnya.

Perlahan-lahan dia mulai menangis. Berjurai terus airmata melaju dikedua pipinya. Cuak terus Irsyad melihatkan Adwa Afifa semakin kuat meraung. Puas dia memujuk diri Adwa Afifa. Pipi gadis itu diusap-usap, menyapu airmata yang semakin melebat.

“Sayang, please...jangan nangis. Abang...okey, okey...abang cakap...”

Cakap apa pulak ni? Aku tengah sedih dia nak buat lawak pulak. Nak aku terjun laut baru dia puas hati agaknya. Uhuhuhu....

“I’m your husband now...okay? Maksud abang...abang suami sayang sekarang, kini dan selamanya...”

Hah? Hingus ditarik. Terus tangisannya berhenti serta-merta.

“Abang suami sayang. Dah...jangan sedih-sedih okey.”

Adwa Afifa tidak berkutik langsung. Hanya mata bundarnya sahaja yang terkebil-kebil. Ada candid camera tema raya ke sekarang ni?

Irsyad menyapu lembut kedua-dua pipi Adwa Afifa yang masih bersisa kesan airmata.

“Awak tipu saya ya Encik Irsyad? Ada orang nak prank saya kan. Lepas tu ketawakan saya sampai habis raya. Dan...mesti encik berpakat dengan Arfan. Adik saya tu memang tiga suku...suka nak kenakan saya.”
“Eh? Buat apa nak tipu awak benda-benda macam ni?”
“Mana saya nak percaya. Sejak bila kita nikah? Saya jumpa awak pun time puasa...kenal pun tak lama.”

Irsyad terdiam. Kemudian, dia mengusap-usap belakang tengkuk .
Kena explain dari mula sampai akhir ni.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2016 01:05 AM | Show all posts
SEMBILAN: Nikah Sama Dia

Adwa Afifa benar-benar terkejut. Ayahnya Encik Rahman dalam diam menikahkannya malam Jumaat. Sebelum umi dan ayahnya pulang ke kampung? Wah, bijak dan advance sungguh mereka. Boleh pula nikahkan dia senyap-senyap macam tu. Malam Ramadhan pula tu.
Patutlah umi dan ayah tak kisah bila dia diajak berbuka di rumah Irsyad. Seorang dia pun tiada halangan sebab mereka masa itu sudah halal. Paling tak menahan, patutlah dia galak sangat menandatangani beberapa borang oleh ayahnya. Katanya, borang zakatlah, borang derma dan wakaflah. Walhal, borang nikah, kahwin. Dia pula main malas baca, taram sahaja tandatangan sendiri.

Itu belum masuk lagi check darah dan urine test. Alasan ayah, kena buat pemeriksaan kesihatan jika nak jadi sukarelawan bantuan kemanusiaan. Yang dia memang jenis lurus sangat dan tak jenis membantah orang tua, turutkan sahajalah. Banyak helah ayah.

Bab kursus kahwin, dah ada dah sijil gara-gara temankan member baik punya pasal.

“Kenapa saya encik? Kiah Hanum macam mana? Tak kesian ke kat dia? Lama dia tunggu encik, dah tu...sanggup cari encik sampai jumpa.”
“Yang tu awak tak perlu risau. Saya dah pun bincang dengan dia dari hati ke hati. Saya beritahu dia...sebab apa saya tak boleh terima dia. Dan dia...faham. Lagipun, dia dah tak ada kat Malaysia.”
“Dia ke mana?” Nak juga Adwa Afifa tahu. Gadis itu pun bukan calang-calang juga. Dari keluarga ada-ada juga. Nak banding dengan dia yang biasa-biasa...degree pun takat dalam Malaysia.

Terasa jugalah rendah diri dan cemburu. Namun, mana nak sangka...Irsyad memilih dia juga walaupun apa adanya dia ini...

“Itu awak tak perlu tau. Biarlah dia nak ke mana pun...bukan hal kita dah...yang perlu awak ambil tau...hal kita...saya, awak dan Hilman.”
Kan...betul juga tu. Dah elok-elok Kiah Hanum beralah sampai bawa diri ke luar negara...yang dia kisahkan sangat buat apa. Biarlah.
“Sebenarnya...saya ada perkara penting nak beritahu awak.”
“Perkara penting?”
“Ya, siapa sebenarnya saya dan hubungan saya dengan Hilman selama ini. Mesti awak tertanya-tanya selama ini kan. Mama saya pernah sebut yang saya anak kedua?”

Adwa Afifa lambat-lambat mengangguk. Memang dia ada tertanya-tanya juga. Tetapi, perkara itu seperti angin lalu. Terus dia lupa nak selidik latar belakang sebenar lelaki itu melalui umi dan ayah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2016 01:06 AM | Show all posts
sorry...tak dapt sambung part akhir...ngantuk sgt...sempt lgi kan esok...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2016 05:26 PM | Show all posts
@sellie003 mana sambungan nye... silalah sambung lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2016 11:37 AM | Show all posts

dah xpired pun nii...

tp lady ok je kalau bg peluang kat cik sellie n mod sha utk habiskan cerpen mereka. Penat depa tulis...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 12:14 PM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 27-7-2016 11:37 AM
dah xpired pun nii...

tp lady ok je kalau bg peluang kat cik sellie n mod sha utk habiskan cerp ...

nay dah extend sampai 31/7/16..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-7-2016 11:36 PM | Show all posts
SEPULUH: Aku, Dia Dan Hilman

“Sebelum itu, saya nak cerita berkenaan diri saya. Siapa saya sebelum ini? Apa yang dah saya buat...saya akan ceritakan satu persatu. Harap, awak sudi dengar dan kalau boleh...jangan tanya apa-apa dulu. Tunggu saya habiskan kisah saya. Boleh?”

Macam serius sangat bunyinya.

“Baiklah.” Adwa Afifa buat isyarat ‘zip mulut’. Kemudian, mereka sama-sama ketawa seketika.
“Okey, saya perkenalkan diri saya dulu. Nama penuh saya Irsyad Muhammad Bin Haji Ihsan Muhammad. Anak kedua dari dua beradik sahaja...”

Adwa Afifa mula nak buka mulut, namun dah diingatkan tadi...dia katup mulutnya...tak jadi tanya...

“Saya sambung Cik Adwa...” Adwa Afifa sekali lagi membuat isyarat ‘dipersilakan’. Sempat lelaki itu perli dia yang tahulah jenis gelojoh, tak menyabor-nyabor...
“Saya ada seorang abang, satu-satunya abang yang saya ada kat dunia ini. Namanya Irham Muhammad Bin Haji Ihsan Muhammad. Kalau dia ada...awak pasti akan jatuh cinta dengan dia...dia lebih kacak daripada saya...tinggi, tegap...kulit sawo matang. Dia juga seorang yang tidak pernah skip-skip solat...bak kata orang sekarang...stok-stok imam muda, pencetus ummah, da’i...name it...dialah orangnya.”
Irsyad terhenti...mula menghela nafas berat. Adwa Afifa dapat rasakan...akan ada klimaks pada kisah seterusnya...apa dia ya?...
“Saya...cemburu. Sangat, sangat cemburu dan sakit hati...”

Irsyad terhenti. Adwa Afifa terdiam dan tersentak. Ada genangan airmata mengalir dipipi lelaki itu. Dia menangis? Encik Irsyad menangis? Kenapa? Ada sesuatu tak kena ke? Ohh...Adwa Afifa menahan diri untuk tidak bertanya lanjut. Dia menanti dengan sabar.

“Saya...dengan dia ibarat langit dan bumi. Tak pernah ngam dengan semua perkara. Dia tak pernah suka apa yang saya buat...dan saya tak pernah langsung nak dengar cakap dan nasihat dia. Dia sangat menitikberatkan hal-hal agama tetapi saya rimas dengan semua itu. Mama dan papa tak pernah halang apa yang saya buat...tetapi dia...dia kawal semua pergerakan saya...kalah cara papa dan mama didik anak-anak.
Namun, dia jugalah emas dan permata mama dan papa. Saya ibarat kaca. Kadang-kadang saya terfikir, sebab mama dan papa tak berat didik aku lebih-lebih sepertimana abang...hanya sebab...mereka lebih menyayangi abang daripadaku... Itulah makanan hasutan saya hari-hari dalam hati dan minda saya...”

Astaghfirullah Al Azim. Adwa Afifa beristighfar dalam hati. Tidak pernah menyangka kisah hidup sebenar Irsyad seperti itu.

Walaupun Arfan selalu mengusiknya dan adakalanya melampaulah juga, tidak pernah dia menanam rasa dendam dan benci terhadap Arfan kerana, dia tanamkan dalam hati...inilah satu-satunya adik lelaki yang dia ada kat dunia ini. Dia, sangat sayang adiknya itu.

“Hari demi hari...saya makin bencikan dia. Paling saya meluat, bila dia sanggup tolak tawaran belajar ke Jordan sekali dengan biasiswa macam tu saja, hanya sebab tak nak berjauhan dengan keluarga. Dek kerana hasutan syaitan laknatullah, saya bersangka-sangka jahat yang abang tolak tawaran sebab dia masih belum puas buli  saya dan mahu kawal saya semahunya...
Sejak itu, saya mula fokus pada belajar. Bukan semata-mata meraih kejayaan...tetapi, lebih pada mahu keluar dari kongkongan dia dan berambus dari rumah kami.
Melihat kesungguhan saya, abang macam slow kawal saya. Dalam pada itu, nak elakkan bebelan dan nasihat-nasihat dia saya... Ya Allah...”

Adwa Afifa bertambah tergamam. Irsyad semakin tersedu-sedu menahan sebak yang mula mengasak lelaki itu. Sehinggakan Irsyad menakup mukanya menangis begitu seperti anak kecil.

Adwa Afifa tidak mampu memujuk lelaki itu. Mungkin, dengan cara begitu lelaki ini akan lega.

“Saya...bersolat, baca Al-Quran...tetapi...itu hanya di depan dia...sebaliknya saya...tak pernah buat...semua tu...”

Adwa Afifa meletakkan telapak tangan kanan ke dada. Sungguh dia terkejut. Namun, cuba untuk tidak ketara di hadapan Irsyad.
Perlahan-lahan Irsyad panggung kepala melihat wajah Adwa Afifa. Wajah itu ternyata terkejut. Namun begitu, dia nekad dedahkan segala keburukannya. Agar Adwa Afifa tahu, siapa dia sebenarnya. Cuma, dia berharap...Adwa Afifa tidak meminta cerai daripadanya. Ada sebab, kenapa dia memilih gadis itu untuk dijadikan isterinya...

Kisah Irsyad dilanjutkan...dan kini Adwa Afifa mengerti sebab apa dia dilarang bertanya itu, ini selagi belum terungkai...

“Hari yang saya nantikan selama ini tiba...lepas dapat keputusan cemerlang SPM, saya dapat tawaran belajar ke luar negara di UK selama 5 tahun. Saya sangka, berita baik ini dapat dikongsi bersama keluarga...sebaliknya...abang saya nak saya tolak tawaran itu. Mama dan papa pun setuju saja cakap abang.
Saya benar-benar mengamuk waktu tu. Punyalah bertungkus-lumus bersengkang mata belajar...senang-senang mereka nak saya tolak tawaran tu yang hanya sekali dalam hidup saya.
Kerana terlampau marah, saya lari dari rumah. Lepak rumah kawan. Masalah saya, kawan-kawan semua tau. Jadi, salah seorang rakan saya bagi jalan kat saya...cara nak diorang benarkan saya pergi...”

Irsyad berjeda. Terkenang rakan-rakan lamanya. Tiada satu pun yang elok. Itu sebab dia lost contact dengan mereka sekarang ini.

“Saya buat perkara-perkara yang menaikkan marah mereka. Dan sampai satu tahap...sampai saya pernah kena tahan lokap sebab mencuri...barulah mama, papa dan abang benarkan saya pergi.

Sampai saya di sana...ibarat burung bebas dari sangkar. Saya bebas lakukan apa saja. Malah saya...”

Berkocak hebat degupan jantung Adwa Afifa. Irsyad boleh faham air muka gadis itu. Akan tetapi, cerita kena juga diteruskan dan Adwa Afifa...kena juga dengar.

“Saya berpeleseran dengan gadis-gadis sewaktu di sana...macam-macam bangsa. Arak...saya pernah teguk tapi pelik...saya boleh muntah semula. Banyak kali terjadi. Dan saya...pernah bawa gadis UK ke hostel...pertama kali, saya nak cuba puaskan nafsu sendiri untuk malam pertama kami. Dia memang cantik dan sangat seksi...”

Adwa Afifa mencebik, meluat...cemburu...ada lah...sikit je. Irsyad sengaja berhenti di situ sambil melihat reaksi Adwa Afifa.
Adwa Afifa pelik. Bukan main tajam pandangan Irsyad ke arahnya. Dah terbayang aku ni perempuan UK tu pulak ke? Melampau dah ni.
Adwa Afifa membaling pasir pantai ke arah Irsyad. Nasib sempat elak. Kalau tak, mata masuk pasir tak memasal saja.

“Okey, okey saya sambung...bab paling klimaks ni...dengar baik-baik...”

Ceh, banyaklah dia punya klimaks. Lucahan pun nak cerita juga ke? Haih...

Adwa Afifa terpaksa tahan diri nak membantah. Dia memang jenis berpegang janji walau mereka tak janji pun.

“Saya dan dia...sama-sama tonton video lucah...”

Membuntang Adwa Afifa dengar.

“Awak jangan angin dulu Adwa Afifa. Saya tak habis lagi ni...”

Sabar Ifa sabar...dia belum habis lagi tu...

“Lepas tu, kami nak praktikkan seperti dalam video tu...tapi...masa saya nak tanggal seluar saya...ada suatu suara menahan saya buat perkara terkutuk tu...suara abang saya sendiri. Saya cuba cari arah suara tu kat semua arah...tak ada. Kemudian, badan saya dah start menggigil. Tiba-tiba perasaan takut dan gerun mengocak hati saya. Malah, perempuan tu pun...tengok saya macam tu terus dia cabut.”
Esoknya tu, saya terus demam seminggu tak bangun, bangun. Sampaikan mama, papa dan abang datang ke UK jenguk saya. Saat itulah, saya nampak...betapa sayangnya mereka kat saya. Lebih-lebih lagi abang. Dialah yang masakkan makanan…suapkan, dialah yang mandikan saya...dia jugalah yang uruskan kesihatan saya sampai saya sembuh sepenuhnya. Masa tu baru saya tau. Abang ambil cuti tanpa gaji sebabkan saya.
Mama dan papa bercerita hal itu kat saya. Tetapi...saya ego...saya masih buat muka batu setiap kali berhadapan dengannya. Abang saya macam tak kisah dan tak terkesan pun perangai tak semenggah saya tu. Dia...tetap sayang.”

Irsyad teruskan lagi...

“Kebetulan alang-alang mereka datang, ada berita baik juga mereka nak sampaikan kat saya. Abang hulurkan kad jemputan. Saya baca...rupanya kad kahwin. Tersipu-sipu abang masa saya bacakan nama bakal pengantin perempuan. Mesti gadis itu istimewa sehingga abang malu-malu begitu. Hmmm...tak kisahlah kan...saya doakan juga kebahagiaan abang, tapi...dalam hati je. Betapa bodoh dan sombongnya saya nak bagitau, yang saya happy untuk dia. Saya memang sangat, sangat bodoh...kan.
Tapi tulah, tarikh kahwin abang saya tu pulak...saya tengah exam penting. Tak dapat hadir. Nampak abang kecewa sangat ...dia nak sangat kenalkan bakal isteri dia kat saya. Apakan daya...bukan rezeki saya...
Sebulan diorang stay dengan saya. Lepas tu mereka pulang. Sempat abang hadiahkan saya buku hadis-hadis nabi. Minta saya baca, faham dan kongsi dengan dia. Saya macam tulah...poyo sangat.”

Masing-masing tetap berdiam. Irsyad menyambung…kali ini seperti sukar dia nak buka kisah selanjutnya. Lagi selajur airmata lelaki itu turun kepipi. Pasti ada kisah yang lebih menyayat hati. Adwa Afifa tetapkan hati.

“Lepas exam saya langsung tak pulang. Saya buat perangai lama. Enjoy dengan kawan-kawan dan travel sana, sini sampai saya lupa segala kat Malaysia. Sehinggalah saya pada tahun akhir semester…masa tu hati saya pelik sangat.
Saya asyik teringatkan abang. Mana-mana minda saya ingat kat dia…nasihat dia…kata-kata dia…terngiang-ngiang kat telinga saya. Kawan-kawan kuliah pun pelik dengan perangai saya…saya kerap kata nak balik Malaysia, rindukan abang.
Bukan diorang tak tau yang saya tak ngam dengan abang. Tapi, saya tetap kata kat diorang…dia benar-benar rindukan Abang Irham…macam tak sempat tunggu besok, saya book tiket malam tu juga nak balik.
Sampai di Malaysia, rupanya ada benda yang tak baik menanti saya. Mama dan papa dah ada kat terminal tunggu saya. Puas saya cari kelibat abang dengan isterinya…mama dan papa macam tau-tau…kata, diorang tak dapat datang. Bila dengar macam tu…hati saya jadi tak sedap.
Dalam kereta pun, baik mama atau papa tak cakap apa-apa. Saya pun tak pula bertanya walaupun hati saya bergelodak nak tahu kenapa Abang Irham dan isterinya tak datang jemput.
Nak bagi hilang rasa tak enak…saya ambil keputusan tidur sebentar. Entah berapa lama saya tertidur, papa kejutkan saya. Alih-alih…kami kat hospital.
Bila nampak hospital, saya dah mula tak tentu hala. Kali ni, saya dah tak boleh tunggu dan sabar lagi…bertubi-tubi soalan saya tanya kat papa dan mama. Papa dan mama cuba tenangkan saya meminta saya bersabar dan mengucap. Tak tunggu…saya terus ke kaunter pelawat. Saya tanya jururawat yang bertugas.
Lutut saya lemah, rasa tak berdaya bila dapat tau…wad yang diduduki abang saya…wad pesakit koma. Paling mengejutkan…isterinya yang dikahwini 4 tahun dulu sudah meninggal dunia semalam. Tak cukup dengan itu, arwah isteri abang sarat mengandung. Namun, Allah lebih menyayangi-Nya dan anak yang dikandung selamat dilahirkan sehinggalah isterinya menghembuskan nafas terakhir.
Saya terduduk mendengar berita itu dari mulut papa. Belum sempat saya berkenalan dan berjumpa dengan kakak ipar, Kak Jasmin. Mereka kemalangan dilanggar Pajero dari arah belakang. Pajero itu hilang kawalan. Waktu itu, mereka baru pulang dari membeli-belah barangan bayi.”

Adwa Afifa tergamam. Seakan ada perkara terlintas difikirannya.

“Saya tak mampu berfikir kala itu. Fikiran saya jadi kosong sekosongnya. Kalau selama ini…saya pernah impikan jika saya…anak tunggal. Tanpa seorang abang… tapi…kali ini…saya tak boleh terima hakikat yang saya bakal kehilangannya suatu hari nanti. Walaupun saya pernah benci dia…tapi, saya tak pernah doakan dia untuk ditimpa musibah seperti itu. Sedikit sebanyak…masih ada rasa sayang pada dia…”

“Encik...”
“Please Adwa...tunggu saya habiskan dulu...”

Adwa Afifa menggumam. Dia cuba bertahan mendengar kisah selanjutnya walaupun hati ini benar-benar ingin luahkan.

“Saya melihat abang terdampar kaku. Pada masa tu, papa panggil saya...dia...nak saya azankan bayi lelaki yang baru lahir itu. Subhanallah. Saya tanya papa...kenapa tak dia saja yang azankan? Papa kata...dia nak saya menggantikan tempat abang sebagai bapa apabila Abang Irham dijemput Allah. Sekali lagi, saya bagaikan dipukul...dengan tangan terketar...saya menyambut bayi comel itu dibawa dalam dakapan. Bayi itu masih merah dan sedang lena. Saya ciumnya perlahan-lahan. Mencurah-curah rasa kasih saya kepada si kecil itu. Bersama rasa syahdu, saya azankan dia... Masya Allah...rasa yang tak dapat saya gambarkan tika itu.
Seolah-olah, saya sudah menjadi seorang bapa. Kalau abang di sini...mungkin...dialah bapa yang paling bahagia di dunia ini...”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2016 11:41 PM | Show all posts
SEBELAS : Janji Seorang Adik

“Janji dengan abang...kamu akan jaga Hilman Muhammad seperti anak sendiri...”
“Abang...jangan cakap macam tu. Abang akan sihat seperti sedia kala...kita jaga dia sama-sama.”

Perlahan-lahan Irham menggeleng.

“Abang takkan lama...Irsyad...”

Irsyad mengongoi pilu di sisi Irham. Dia tak sanggup berpisah mati dengan Irham. Dia benar-benar mahukan abangnya. Dia benar-benar sesal atas segala yang pernah dia buat terhadap abangnya. Dia mahu, menebus segala dosanya terhadap abangnya. Banyak salah yang dia buat.

Perlahan-lahan, kepala Irsyad diusap sayang. Dia juga turut pilu melihat adiknya. Dia tahu adiknya seperti menyesali akan perbuatan yang pernah melukainya dulu...namun, dia tidaklah memendam luka itu...sebaliknya...dia bersikap pemaaf dan selalu mendoakan yang terbaik buat satu-satunya adik yang dia ada.

“Jangan rasa menyesal...Irsyad...abang...tak pernah simpan...abang lama dah...maafkan...Jasmin...dia juga...maafkan Irsyad...satu abang pinta...jaga Hilman...untuk kami. Jika...ada gadis...yang kamu suka...kahwinlah...pasal Hilman...serah kat...papa dan mama... Jangan biarkan...kamu membujang... Janji...dengan abang...Irsyad...”
“Abang...”
“Janji...”

Irsyad tak sanggup membiarkan Irham meneruskan kata. Nak bercakap tadi pun...punyalah payah. Akhirnya, dia mengotakan janji dengan menganggukkan kepala.

“Saya janji...”

Wajah pucat Irham mula berseri-seri. Dia berpaling di sisi melihat papa dan mama sedang mengendong Hilman sambil sama-sama menyaksikan dua beradik itu saling berjanji dengan linangan airmata. Mereka sekali-kali tidak mencelah. Mereka tahu, banyak yang nak dibualkan mereka berdua tadi. Jadi, mereka sekadar melihat sahaja sambil menitipkan rasa syukur.

Anak kecil yang baru seminggu didekatkan kepada Irham. Bercucuran airmata Irham kerana mengenangkan arwah isterinya, Jasmin... tiada kesempatan melihat anak kecil mereka ini.

Semoga di akhirat sana, kita dipertemukan...sayang...

Irham mencium penuh rasa kasih mengebu-gebu seorang bapa di kedua pipi Hilman. Kemudian, Hajah Khalida menyiarapkan tubuh bayi Hilman yang lena pada tubuh Irham. Betul-betul pada paras jantung. Irham pejamkan mata. Terasa degupan si anak bersatu dengannya.
Dia, tidak mampu mendakap...tubuhnya lumpuh seluruhnya. Hanya kepala mampu digerakkan.

“Mama, papa...terima kasih...atas segalanya... Hanya Allah...mampu membalasnya...”
Hajah Khalida mencium wajah si anak, diikuti Haji Ihsan dengan juraian airmata. Mereka merelakan pemergian si anak apabila sampai masa...anak sulung mereka dijemput Allah.

Tiba-tiba, Bayi Hilman berteriak kuat. Terkocoh Hajah Khalida mengambil bayi itu atas tubuh Hilman. Berdetak kuat jantung Irsyad melihat abangnya tiba-tiba kaku langsung tidak bergerak. Wajah Irham jadi berbeza...ada senyuman terukir dibibir dan semakin berseri-seri. Haruman yang agak asing menyelubungi wad.

Irsyad lantas mencapai pergelangan tangan dan memeriksa nadi. Tiada denyutan. Tidak puas hati...dia melekap telinga pada dada Irham...juga tiada...
Bercucuran airmata Irsyad. Namun, dia bangga...pemergian abangnya di saat umat Islam mulai berpuasa dan sesungguhnya Abang Irham serta Kak Jasmin tenang bersama di alam sana.

Tunggu kami sehingga kami menyusul suatu hari nanti.



Tanggal 1 Ramadhan 1433 Hijrah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2016 11:45 PM | Show all posts
Edited by sellie003 at 28-7-2016 11:47 PM

DUA BELAS : Aku Pilih Kamu

Bengkak sepasang mata Adwa Afifa mendengar kisah Irsyad. Puas dia menangis sepanjang lelaki itu bercerita. Dalam masa yang sama, dia kagum dengan kasih sayang yang dicurahkan Irsyad kepada Hilman. Anak kecil itu, sangat manja dengan Irsyad.

“Awak mesti tertanya-tanya...apa sebab saya ambil tindakan drastik menikahi awak tanpa pengetahuan awak.”

Tersentak Adwa Afifa mendengar. Memang kenyataan itu yang dia ingin sangat tahu. Irsyad menatap wajah ayu Adwa Afifa yang sedikit tercengang.

Kemudian, dia tersenyum.

“Sebab Hilman...”
“Hilman? Saya tak faham...kalau sebab saya layan Hilman dengan baik..rasanya kalau budak yang comel sangat macam tu...sesiapa pun akan suka...termasuk saya...”

Irsyad menggeleng. Adwa Afifa menakup mulut. Opss...aku ada salah cakap ke?

“Saya belum habis cakap...Adwa Afifa.”

Adwa Afifa menekur menatap butiran pasir pantai. Rasa malu sendiri.

“Saya mula perhatikan awak sejak mula-mula saya jumpa awak di masjid. Entah kenapa...saya rasa tertarik nak tahu gadis yang pandai buat Biskut Coklat Moist tu. Dalam masa tu juga, mama bercerita tentang arwah Kak Jasmin. Saya sendiri yang beria nak tahu perwatakan dan tingkah Kak Jasmin sehinggakan Abang Irham yang berhati dingin dan sangat menjaga batasnya dengan perempuan, berkahwin juga dengan seorang gadis. Apa keistimewaan dia?
Terus mama memberitahu saya, anak gadis kepada Pakcik Rahman itu bagaikan bayangan Kak Jasmin. Kak Jasmin juga, pandai buat biskut Coklat Moist. Arwah pernah mengirim biskut itu melalui pos setiap kali menjelang Aidilfitri sepanjang 4 tahun saya berada di sana. Sehinggalah saya tidak lagi menerima biskut itu pada tahun akhir pengajian.
Bila mama kata yang awak pandai buat biskut tu, saya ingin cuba. Dan...saya benar-benar terkejut...rasanya cukup sama. Lebih-lebih lagi inti coklat di dalam. Dingin dan hangat bila dalam mulut. Itulah keistimewaan biskut yang saya pernah rasa dulu.”

“Ohh...” Adwa Afifa tergamam. Tak mustahillah biskutnya habis sebalang tak sampai seminggu. Penggemar Biskut Coklat Moist rupanya.
“Biskut tu awak buat sendiri atau...ada yang pernah ajar awak ke?”

Adwa Afifa terdiam. Mula berfikir dari mana dia belajar buat biskut itu. Dah lama juga dia belajar buat semenjak 4 tahun lalu. Waktu itu, dia ingin cari duit poket bagi menampung pengajian di kolej.

“Lama dulu. Ada sorang kakak ni, dia ajar saya buat biskut tu. Saya pun tak ingat nama dia. Saya panggil dia Kak Min saja. Cantik orangnya. Ehh...?”
“Kenapa Adwa?”
“Encik ada simpan gambar arwah kakak ipar encik tak? Entah-entah...”
“Err...ada dalam iphone saya ni. Nak tengok?”

Laju Adwa Afifa mengangguk. Lalu Irsyad mengeluarkan iphone 7 Jenama Apple pada kocek baju melayunya. Sempat dia kuis pada skrin dan hulur kepada Adwa Afifa. Adwa Afifa sambut dan melihat gambar pada skrin.

Hoh! Melopong Adwa Afifa melihat gambar itu sambil menutup mulutnya yang sedikit ternganga.

“Encik, memang tak salah lagi. Saya masih ingat wajah dia. Lama juga saya tak jumpa dia. Masa tu pula saya dengar dia dah kahwin dan tinggal dengan suami dia kat Pulau Pinang.”
“Abang saya memang kerja kat Pulau Pinang sebagai Pensyarah di Kolej Islam  Teknologi  Antarabangsa.”

Adwa Afifa benar-benar terkejut. Kecilnya dunia.

“Sebenarnya, saya pernah jatuh cinta pada pembuat biskut tu...”
“Hah? Jangan kata yang encik jatuh cinta dengan kakak ipar sendiri.”
“Itu salah satu sebab...saya tak balik-balik sepanjang 4 tahun tu. Saya takut, hati saya makin membenci abang...sebab...dia dapat selalu yang terbaik...”
“Encik...Istighfar banyak-banyak...”
“Saya kadang-kadang benci kat diri sendiri. Sejak ada Hilman...saya berubah drastik. Saya seolah-olah nak jadi seperti abang saya. Malah, saya sentiasa berdoa...agar saya dipertemukan gadis seperti kakak ipar saya dan...menyayangi Hilman seperti mana saya menyayanginya...”

Redup pandangan Irsyad terhadapnya sudah cukup menyatakan isi hati dan, Adwa Afifa cukup memahaminya kini.

“Saya...memang sayang Hilman seperti mana encik sayang dia.”
“That’s why I choose you.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2016 12:00 AM | Show all posts
Epilog

Mereka sekeluarga kedua belah pihak membuat majlis tahlil arwah Irham dan Jasmin di malam hari. Usia Isyak, mereka mula berkumpul membacakan Yassin beramai-ramai bersama penduduk kampung dikalangan saudara mara juga.

Selesai bacaan Yassin mereka mengalunkan selawat dan kemudian takbir raya. Selesai majlis tahlil, mereka menjamu tetamu dengan hidangan raya seperti lemang, ketupat, rendang, kuah kacang, sate, nasi ayam, kuih raya dan sebagainya.

Selesai jamu selera, mereka dihiburkan dengan nyalaan bunga api dan bunyi padu meriam buluh hasil ciptaan penduduk kampung sendiri. Tak sah raya tanpa bunyi-bunyian meriam buluh dan nyalaan bunga api serta mercun.

Hilman yang tidak pernah merasai suasana kampung, paling galak ketawa riang dan berlarian ke sana, sini di halaman rumah kampung Nek Onyang dan Tok Onyang.

Walaupun kedua mereka sudah begitu lanjut usia, masih sihat. Cuma mereka berdua tidak lagi mampu berjalan. Hanya mengensot, melihat anak, menantu, cucu, cicit serta piot sedang beramah mesra. Dan dikalangan kanak-kanak, mereka berlari keriangan.

“Macam ni rupanya suasana kampung.”

Terkejut Adwa Afifa apabila ada suara berbisik di tepi cuping telinga.

“Encik tak pernah rasa ke?”
“Tak. Kami kan membesar di bandar. Tak pernah rasa semua ni.”
“Ish, ish, ish...kesian.”
“Awak perli saya ke Cik Adwa Afifa.”
“Tak...saya cuma nak balas dendam sikit kat encik sebab tipu saya bulat-bulat...”
“Tipu awak? Tipu apa pulak ni?”
“Huh...encik dah lupa macam mana encik tipu saya nak saya buat lagi Biskut Coklat Moist sampai dua balang. Dah tu buat cerita sedih kata Hilman kepingin nak biskut tu...sebab arwah mak dia. Sedangkan Hilman tak pernah pun tengok arwah mak dia. “
“Erkk...saya dah bersalah dengan Hilman sebab tak tunggu dia makan biskut tu. Dia dah merajuk dengan saya masa tu sebab biskut dia makan sempat jamah tiga ketul tapi...saya dah melantak habis biskut-biskut tu. Dah janji dengan dia suruh awak buat, tapi kali ni kami dapat sorang satu...”
“Hah! Sorang satu balang?”

Alamak. Irsyad terlepas kata. Beriya-iya nak Hilman janji, jangan beritahu fasal biskut yang dia tempah dua balang semata-mata mereka berdua nak makan. Sudahnya, mulut dia sendiri yang mungkir janji.

“Encik! Jangan nak lari...saya belum puas marah encik...”

Adwa Afifa mengejar langkah Irsyad yang mula melarikan diri. Arfan yang melihat kejadian itu, cuba nak redakan mereka berdua yang baru bergelar suami, isteri.

“Kak, janganlah buat perangai budak-budak. Apahal kejar suami akak sampai macam tu?”

Arfan menghalang. Adwa Afifa cekak pinggang melihat adik. Ada sesuatu yang terbuku di hati.

“Hah! Ni sorang lagi. Kau pun akak nak marah. Kenapa tak bagitau akak yang kau tau pasal akak kena nikah ayah?”
“Eh, eh...”

Arfan turut melarikan diri apabila melihat Adwa Afifa naik angin kat dia pula.

“Sorry kak. Ini amanat ayah suruh rahsiakan dulu. Sebab Arfan dilantik jadi wali kedua kalau apa-apa jadi kat ayah. Tu pasallah kak oii...”

Mereka bertiga saling berkejaran. Melihat keadaan mereka bertiga, Hilman tidak ketinggalan, sama-sama join larian setempat dengan mereka. Suasana kampung Nek Onyang dan Tok Onyang meriah dengan gelagat mereka.



~TAMAT~



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2016 12:06 AM | Show all posts
Moga2 terhibur...tamat juga kisah Adwa Afifa yang tak seberapanya ini...

Asalnya bukan nak tulis kisah nih...kisah suami isteri sebenarnya....tp...macam panjg lak...tak sesuai masuk contest...

tp....nih pun terpanjg gak nih...sorry mod Nayla...kalu rasa tak menepati syarat leh aje potong...heheh...akak tak reti lak nak pendekkn lagi cerita nih...sbb dah menderu2 idea keluar...so nilah hasilnya...walaupun ada lg cacat cela kisah ni...

Thanks For Reading...Muahhh...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2016 07:30 AM | Show all posts
sellie003 replied at 29-7-2016 12:06 AM
Moga2 terhibur...tamat juga kisah Adwa Afifa yang tak seberapanya ini...

Asalnya bukan nak tulis  ...

sis... pagi2 jumaat ni dh buat mata saya masuk habuk... huhuhuuuhu... tahniah dpt menamatkan kisah ini dgn jayanya...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2016 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Wah...menarik citer sellie...boleh buat novel penuh ni..
Teringat citer fahrin berlakon jadi kembar dulu..
Tk ingat dh tajuknya..sorang jahat, sorang imam muda..gitulah..
Si imam muda ni pun mati..si jahat ni ganti si imam muda..lama2 dia insaf..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2016 12:19 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 29-7-2016 07:30 AM
sis... pagi2 jumaat ni dh buat mata saya masuk habuk... huhuhuuuhu... tahniah dpt menamatkan kisah ...

Thanks so much...syg kamu...muah, muah....

Akak ada masalah ckit lately nih...tp it's ok...malas dah nak fikir...nnt bila ada kelpgn nak berkarya semula...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2016 12:21 PM | Show all posts
Ipo replied at 29-7-2016 08:46 AM
Wah...menarik citer sellie...boleh buat novel penuh ni..
Teringat citer fahrin berlakon jadi kembar ...

Oh? tak tau lak fahrin ada berlakon drama camtu...tau yg dia berlakon kembar drama eksperimen cinta tuh...tp yg ipo citer nih jauh nau...
tajuk apa?

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2016 03:29 PM | Show all posts
sellie003 replied at 30-7-2016 11:21 AM
Oh? tak tau lak fahrin ada berlakon drama camtu...tau yg dia berlakon kembar drama eksperimen cint ...

tak ingat la tajuk apa..
kisahnya pasal kembar(Ihsan dan ikhwan) lakonan fahrin
Ihkwan ni lulusan Al Azhar - alim
Ihsan ni lulusan UK - kasanova
Tak ingat dah, ikhwan ke atau ihsan yang baik......maklum lerr otak dah tua..
anggap je la macam kat atas tu..

Diorang ni selalu berhubung..
satu hari, Ikhwan mati kemalangan disebabkan Ihsan jugak la, masa tu diorang bertemu kat KL..
Pastu..Ihsan menyamar jadi Ikhwan disebabkan rasa bersalah,
mak ayah dan orang kampung memang sukakan Ikhwan dari Ihsan sebab perangai hazab si Ihsan ni..
scene lucu lepas tu berlaku sebab Ihsan ni bukan alim, so dia berlakon jadi alim..terpaksa mengajar, terpaksa jadi imam yg buat dia terpaksa juga belajar bab2 agama...lama2 dia jadi alim
bila jumpa balik makwe yg dirosakkan dulu..rahsia dia terbongkar.. termasuklah kematian Ikhwan tu..
gitulah kisahnya
gigih aku taip...sekian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2016 07:25 PM | Show all posts
Ipo replied at 30-7-2016 03:29 PM
tak ingat la tajuk apa..
kisahnya pasal kembar(Ihsan dan ikhwan) lakonan fahrin
Ihkwan ni lulusa ...

aiseh, nama pun dekt nak sama daa...pangkal aje mula dr I.... suratan atau kebetulan nih...?

Thanks, gigh bg sinop...hehehe...

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2016 07:42 AM | Show all posts
sellie003 replied at 30-7-2016 12:19 PM
Thanks so much...syg kamu...muah, muah....

Akak ada masalah ckit lately nih...tp it's ok...mala ...

tak sabar nak tunggu karya yang lain... congratulation sis... you're the best...
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.069252 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list