Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
12Next
Return to list New
3027
View
28
Reply

Bertemu Jejaka Palestin

[Copy link]

Author: barfi       Show all posts   Read mode

Author
Post time 14-7-2016 12:16 PM | Show all posts |Read mode
Edited by barfi at 14-7-2016 02:54 PM

Sunyi.

Menyepi.

Lalu aku buka fon. Masuk ke ruang chat tersohor.
Ada satu mesej yg menarik hati.

Ok. Dah baca mesejnya.
Hatiku berbunga.. Senyum.

Dah dah.
Banyak benda lagi nak diuruskan..

Lalu ku berlalu ke ruang dapur.
Ku lihat anak ku bermain dengan toys yang berselerakan. Lega. Sebab anakku okay okay sahaja.


Keesokan harinya~

Pagi itu aku ada beberapa kelas dan test.
Tension. Penat memikir.
Tapi aku nak merubah nasib diri dan masa depan anakku. Jadi aku kena tabahkan hati untuk terus bertahan habiskan pengajian yg berbaki beberapa semester sahaja lagi.

Beberapa test telah kuhadap hari itu dan seriously mata aku berpinar-pinar. Rasa nak muntah. Masa dah suntuk. Aku kena ambil anak aku yg masih berada di rumah pengasuh.
Motor cabuk yg dah beberapa kali rosak itu ku naiki. Merempit.

Malam itu. Kucuba pejam mata yg tidak mahu lena.
Resah memikir.

Kekiri kekanan ku berpusing. Berhenti.
Ada satu mesej masuk.

"Assalamualaikum. How are you doing? My name is Abdullah. Can I get to know you? "

Damn. Mata mengerlip laju. Jantung berdetak tidak mahu bertenang.


" Ingin benar aku berjodoh dengan jejaka Palestin. Agar jiwa perjuangannya meresap kedalam jiwaku. "

Ku renung semula status yg sudah berkurun lama yg pernah ku tulis di ruang 'social media'.
*Gelak

Berangan nya ko Nur. Melayu layaknya dengan melayu!

Bersambung dibawah~
Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 14-7-2016 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
adu....camne hang kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
apa ni sekerat.cmni aku blh buat..peff..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-7-2016 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 14-7-2016 12:28 PM
adu....camne hang kat sini

Aku bosan. Ingat nak buat cerpen la
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
barfi replied at 14-7-2016 12:37 PM
Aku bosan. Ingat nak buat cerpen la

ka buak cerpen mesia kna bom.gempa beso.haha.. join contestla wey.contest rya.cerpen rya jer
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-7-2016 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 14-7-2016 02:00 PM
ka buak cerpen mesia kna bom.gempa beso.haha.. join contestla wey.contest rya.cerpen rya jer

Cerpen raya ko la join.. aku nak menulis apa yg aku rasa nak tulis  
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-7-2016 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by barfi at 14-7-2016 03:04 PM

"Akak, akak apa khabar?
Boleh tolong kita tak kak.. Kita taktau nak hurai macammana essay ni. "

Si gadis genit itu menyapaku sesambil meminta pertolongan.
"Ok, boleh. Nanti akak ajarkan! "
Kemudian aku pulang.

Sedang aku berehat rehat, ku terjah ruangan profil dirinya. *ting!

Chat masuk. Dari Abdullah. Dia menggelarkan dirinya Abood.
Orangnya kacak. Bertubuh sasa tinggi dan berkulit putih merah tipikal jejaka arab~

Pada mulanya aku segan untuk membalas sapaannya. Tapi oleh kerana aku teruja, kubalas juga.

Dia bercerita mengenai dirinya. Dia seorang refugee. PELARIAN. Menumpang di Malaysia dibawah UNCHR.

Kesian. Gambar2 nya dan keluarga sewaktu di Palestin tidak menggambarkan seolah mereka adalah pelarian.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 03:26 PM | Show all posts
Edited by awanjingga at 14-7-2016 03:31 PM

pertama kali menulis cerpen eh..

plot mcm bagus..cuma...

ayat tak berkembang..lompat cepat sgt..jadi cerpen macm xde jiwa..



"Akak, akak apa khabar?
Boleh tolong kita tak kak.. Kita taktau nak hurai macammana essay ni. "

Si gadis genit itu menyapaku sesambil meminta pertolongan.
"Ok, boleh. Nanti akak ajarkan! "
Kemudian aku pulang.





yg ni elok panjang kan lagi ..






tapi kalo tt tulis apa yg tt nak  tulis..

hentam saja la..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-7-2016 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by barfi at 14-7-2016 05:12 PM
awanjingga replied at 14-7-2016 03:26 PM
pertama kali menulis cerpen eh..

plot mcm bagus..cuma...


A'ah first time menulis. Thank you ya atas kritikan membina!

Saya sesaja jek menulis mengisi masa senggang  

Pasal lompat cepat sgt sebab saya sendiri tak suka membaca cerpen/novel yg meleret2.

Sebab tu saya taknak org baca penulisan saya meleret2.. huhu
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-7-2016 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by barfi at 14-7-2016 05:22 PM

' PELARIAN '

Pada mulanya terdengar hina dan dhaif.
Tapi bila diamati dari sudut pandang ihsan,
Pandangan kau pasti akan berlawanan.
Mereka saudara seakidah.

Apa sudah terlalu hitamkah hatimu utk tidak bersimpati dan berlapang dada dengan keadaan mereka?

----

Lelap.
Usai solat subuh, aku bergegas menyiapkan keperluan anak ku utk ditinggalkan di rumah pengasuh. Aku bersyukur kerana ditemukan dengan pengasuh yg agak baik hati dan senang sekali berurusan.

Kehidupanku sebagai ibu tunggal dibumi Hang Tuah ini agak perit dan menyukarkan.

Aku sendiri ~
Bersama anak kecil berusia 3tahun..
Bekas suami ku sedang meringkuk didalam penjara dek kerana memiliki sebungkus kecil dadah jenis heroin.

Dahulu, pada mulanya aku hidup bersendiri, hampir setiap malam aku menangis.
Aku sayangkan Melaka..
Jiwaku tenang berada disini semenjak pertama kali aku menjejakkan kaki ke kampus Melaka ini..
Kurasa seolah semangat Hang Tuah itu meresap masuk ke sanubari.

Aku ingin berjuang!
Berjuang dengan pengajian.
Hari2 aku bertungkus lumus menyiapkan assignment sambil menjaga anak dan suami..

Tapi semenjak aku dan suami bercerai, dan dia meringkuk didalam penjara, hidupku jadi gelap sebentar.

Tidak tentu arah.
Jatuh.
Rebah.
Tak terdaya utk bangkit.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-7-2016 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by barfi at 14-7-2016 07:10 PM

YaAllah..
Kuatkanlah diriku yang sedang sendiri ini sebagaimana kau memberikan kekuatan kepada Hajar disaat beliau ditinggalkan Ibrahim di Padang Pasir bersendirian bersama si kecil Ismail.
Ameen.

Kulipat sejadah dihadapanku.
Aku menoleh kearah anakku yg sedang lena tidur.
Lega tengok dia dapat tidur dengan lena.

Malam ni aku kena tidur awal.
Besok pagi aku harus bergegas ke Pusat sumber di kampus utk menyiapkan assignment yg berbaki.
Aku tak ada laptop. Jadi semua assignment memang aku taip di Pusat sumber universiti.


Selesai urusan di Universiti, aku terus pulang menjemput anak ku.
Final exam bagi semester kali ini tinggal lagi sebulan. Aku harus bersiap sedia.
Sampai sahaja dirumah, aku terus menyemak smartphone.. menunggu mesej dari dia.


Sewaktu bersembang di laman chatting, dia banyak bercerita ttg latar belakang keluarga nya.
Tentang kisah pahit kediaman nya di bom oleh Zionis.
Kisah bagaimana dia bersetuju utk menjadi pelarian.

Ku amati ceritanya.. aku simpati juga walau tidak banyak. Kerana aku rasa setiap manusia di dunia ini punya kepayahan hidup dengan cara tersendiri..  Aku meminta pandangan ibuku dikampung tentang Abood. Ibuku mengeluh dan tidak gembira. Katanya tak usah teruskan perkenalan.. Dia Rakyat palestin. Tetapi mahu jadi pelarian. Bukankah pengecut kata ibuku..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 05:51 PM | Show all posts
kisah diri sendiri?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-7-2016 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Jajabeans replied at 14-7-2016 05:51 PM
kisah diri sendiri?

Ini cerpen.. terpulang kepada pembaca nak menilai macammana  
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni kisah barfi sendiri ke?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-7-2016 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 14-7-2016 06:11 PM
Ni kisah barfi sendiri ke?

Saya menulis apa yg terlintas dihati  
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
barfi,kala ka nk ambik hti pembca sini.ka buat cerpen cintan cibtun.Kalau misteri pun, kau buat romantik misteri.sure org sbut nma kau..aku tgok,kisah cintan cintun dpt perhatian sini
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-7-2016 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 14-7-2016 07:00 PM
barfi,kala ka nk ambik hti pembca sini.ka buat cerpen cintan cibtun.Kalau misteri pun, kau buat roma ...

Ohh yeke..

Thanks for the suggestion es.

Tapi aku menulis bukan utk kredit yg byk atau nak tawan hati pembaca.

Aku menulis dari hati..
Aku nak menenangkan hati yg sedang rawan.
Jadi aku luahkan segalanya.
That's it.  
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
barfi replied at 14-7-2016 07:03 PM
Ohh yeke..

Thanks for the suggestion es.

bgusla. Hope jgn cite suamiku. Menggeletar je kaki aku nak hinggap ke penulis novel horny tu.haha
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-7-2016 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by barfi at 5-8-2016 03:37 PM

Agak lama juga kami bersembang di laman chatting, sehingga la selepas beberapa bulan perkenalan di laman chatting, kami membuat keputusan utk bertemu.

Sewaktu bertemu aku tergamam kerana dia agak kacak juga. Lebih kacak berbanding didalam gambar.
Tinggi sangat orangnya.. Kufikir 184cm begitu.
Manakala aku pula hanya 161cm sahaja. ( sangat pendek ).

Ramai yang bertanya ku, mat salleh kah?
Aku tersenyum sinis. Lalu dengan bangga aku berkata, tidak. Dia lelaki Palestin!

****
Kami berborak santai.. Kami banyak bercerita tentang latar belakang keluarga masing-masing.

Dia bilang padaku sewaktu pertama kali bertemuku adakah aku punya darah campur. Katanya wajahku seakan ada darah arab. Balasku tidak juga.. aku tidak pasti berkenaan darah campur atau tidak.. Tapi kedua ibubapaku keduanya adalah Malaysian.

Dia bilang dia senang berbicara denganku.
Dia mahu terus berbicara. Tanpa henti.

Beberapa perkara yg aku boleh rumuskan mengenai Abood :

-Dia penghisap rokok. Tetapi 2batang sehari saja katanya.
- Dia gemar memasak.
- Dia tidak boleh bekerja sekarang kerana memegang status pelarian. Dia cuma menjual roti kebab di IPT dan sekolah-sekolah. ( pity him.. )


Hari itu kami luangkan masa berbicara tentang diri dan keluarga..
Tiba waktu untuk aku pulang. Dia juga mahu terus pulang ke Kuala lumpur.

Dia tersenyum.
Aku juga.

Malam itu aku terlelap dengan hati yang gembira.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 5-8-2016 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by barfi at 5-8-2016 03:21 PM

**Mencari alfatih**

Rindu.

Tapi jarak itu terlalu jauh untuk ikatan ini disimpul.

Selepas bertemu denganku tempoh hari, Abood meluahkan rasa hatinya ingin menikahiku.

Hatiku ragu-ragu. Dan khawatir. Aku meminta waktu dengannya.. Aku tidak mahu terburu-buru. Kubilang padanya kita harus berkawan sahaja.

Abood bertegas dengan kehendak hatinya. Lalu dia menghubungi keluarganya di Palestin. Abood  menerangkan situasi sebenar kepada kedua ibubapanya bahawa dia sedang mengenali seorang wanita melayu.

Disaat Abood menjelaskan kepada ibu dan ayahnya bahawa aku adalah seorang Janda, ibunya tidak bersetuju. Ibunya bilang di Palestin punya ramai gadis perawan.. Kami boleh mengusahakannya untuk kamu.

"Kamu bilang dia Janda.. Bagaimana jika dia juga telah punya anak?"

Inilah respon ibubapa Abood setelah abood menerangkan situasi sebenar.
Aku terdiam.

"Jangan bersedih Nur. Saya tetap ingin menikahi awak. "
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list