CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: barfi

Bertemu Jejaka Palestin

[Copy link]
Post time 6-8-2016 10:55 AM | Show all posts
oh dilema ya...kenapa, kalau janda jadi satu halangan untuk menikah?..emm...

sambung la barfi

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2016 05:57 PM | Show all posts
aku dok pahan bila ka kabo tulis ikut hati..kalau hati kau nak watak tu gay tiba2, kau tulih ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2016 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 14-8-2016 05:57 PM
aku dok pahan bila ka kabo tulis ikut hati..kalau hati kau nak watak tu gay tiba2, kau tulih ke?:lol ...

Mende la ko ni gay plak.. hadoiiii laaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2016 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 6-8-2016 10:55 AM
oh dilema ya...kenapa, kalau janda jadi satu halangan untuk menikah?..emm...

sambung la barfi

Ok ipo nnt kita sambung ya.. bila ada mood  
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
iol tau board ni lpas org dok citer tntng sorang frumer tu pastu nmpk tred chuol.. Ni kisah idup barfi kan berat kdg kala dugaan sstengah org, brsyukur atas sgalanya. Smbng la lg barfi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2016 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by barfi at 17-8-2016 01:37 PM

Hari berlalu dengan pelbagai rasa.
Adakalanya bahagia menjengah..
Sedang asyik diulit bahagia, barulah tersedar.
Realiti kehidupan sebenarnya sangat perit untuk ditelan.

***

Setiap hari Abood menghubungiku.
Berkali-kali juga dia meluahkan hasrat hati untuk bertemu dengan anak tunggalku.

"Saya senang sekali melayani kerenah anak kecil" -katanya.

Tapi aku meminta dia untuk faham, situasi sekarang tidak mengizinkan untuk sering bertemu, apatah lagi memperkenalkannya kepada anak ku.

Iyalah, hubungan ini masih belum punya hala tuju yg konkrit. Dan aku tidak mahu tersilap langkah.
Hati anak ku harus kupikir juga.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-8-2016 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedang asyik aku menumpukan perhatian kepada anak ku yang sedang mahu tidur,
tak henti-henti mesej whatsapp masuk. Siapa lagi kalau bukan dari Abood.
Dari sekecil-kecil perkara mahupun sebesar-besar perkara dia mahu kongsikan kepadaku. Apa yang dia buat, apa yang aku buat, semuanya dia ingin tahu.

"Nur sudah makan?"
"Adakah awak senang sekarang? Boleh kita bersembang?"

Sampai suatu masa, beberapa bulan selepas perkenalan kami. Mungkin sudah tak tertahan lagi dilubuk hatinya.

"Nur, let's get married."

Aku terpinga sebentar. Hatiku berbunga-bunga. Tetapi aku tidak gembira.

" Keadaan kita sama sekali tidak membenarkan untuk kita menikah.
Sila berpaksi pada bumi yang nyata. "
Ujarku padanya.

"Walau apa sahaja halangan yg menolak, saya mahu kita tetap berkahwin.
Saya mencintai awak, Nur. Saya ingin menjaga awak dan anak kecil awak. Saya pasti akan sangat menyayanginya walau saya belum pernah bertemu dengannya."

Hmmm..
(Mengeluh)
***

Bukan sahaja kerana status pelariannya itu tidak membenarkan kami berkahwin, keluarga nya juga sangat tidak gembira denganku. Status diriku dipandang hina oleh mereka.
Lagi pula, aku masih belum menamatkan pengajian yg berbaki beberapa semester sahaja lagi.

Benar. Situasi sekarang tidak melayakkan aku untuk menikah kembali meskipun jauh disudut hatiku aku mahu. Pilu dan rindu sentiasa menyebulungi didalam diri seorang wanita berusia 22tahun ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2016 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by barfi at 17-8-2016 02:09 PM

"Saya sangat mencintai awak Nur.
Saya ingin bersama-sama awak. Secara halal. "

"YaAllah.. Lelaki ni dah melampau. "
Getus suara hatiku.

"Abood. Kita tak boleh berbuat apa-apa.
Ya saya tahu awak mencintai saya. Saya juga mencintai awak. Tetapi cukuplah. Janganlah diulang perkataan kahwin, jumpa, kahwin dan berjumpa.
Saya rimas. "

"Nur, let me tell you something that you would never understand.
(Perbualan ini diterjemah kepada bahasa melayu agar senang dibaca)
Saya seorang lelaki normal. Pertama kali berpeluang berhubung dengan wanita melayu secara lebih dekat semenjak 2tahun berada di Malaysia.

Saya melihat begitu banyak keindahan yang ada didalam diri awak. Saya yakin saya telah mencapai beberapa titik persamaan diantara saya dan awak. Walau tidak sampai 4bulan perkenalan kita, saya begitu yakin untuk menikahi awak. Bukan kerana apa-apa, tapi semata-mata kerana awak.

Saya tidak selesa untuk terus berhubung sebegitu dekat begini tanpa ikatan yang sah. Alangkah indahnya jika hubungan ini dimateri dengan satu akad yg murni.
Tapi awak sendiri tidak memberikan diri awak ruang untuk menerima lamaran saya.
Bagaimana hubungan ini akan menjadi baik dan lancar sekiranya tiada rasa tekad didalam diri awak? "

Panjang lebar sekali penjelasannya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-8-2016 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by barfi at 17-8-2016 02:24 PM

" Setiap hari saya fikirkan awak. Saya mahu kita ke langkah yang seterusnya. Saya tak selesa jika terus berhubung dengan awak tanpa apa-apa ikatan yang sah.

Saya beri awak pilihan. Samada fikirkan cara untuk kita berkahwin atau kita jarakkan hubungan sampai masa kita bakal berkahwin nanti.

Awak beritahu tentang hubungan kita kepada ibu dan ayah awak. Saya juga akan berusaha untuk memujuk keluarga saya di Palestin agar dapat menerima awak sebagai bakal isteri saya.
Sila pilih Nur.

Kita berkahwin atau kita jarakkan hubungan. Tiada panggilan, tiada mesej  sehingga ke hari perkahwinan kita. "
Damn!

Aku meminta sedikit waktu dengannya untuk membuat pilihan.
Kuhubungi ibuku di kampung.
Aku bercerita sedikit sebanyak tentang keinginan keras Abood untuk memperisterikanku.

Ibuku menegah dan sangat marah.

"Kamu fikirlah betul-betul. Lelaki arab memang senang mengucapkan perkataan cinta dan sayang. Tapi bila berkahwin nanti, kamu akan jadi hamba dia. Hamba nafsunya. Kamu tidak akan dibenarkan bekerja sama sekali kerana mereka kuat cemburu. Silap haribulan dia akan pukul kamu. Tolonglah fikir. Tolonglah berhenti berhubung dengan dia. Mak sama sekali tak berkenan! Tak setuju.

Orang Palestin yg sebetulnya diorang tak akan sanggup pun meninggalkan negaranya melainkan Syahid. "

Bertalu-talu respon diberi oleh Mak..
Hahahaha. Adoiiii.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:12 AM GMT+8 , Processed in 0.197936 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list