CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14804|Reply: 146

Islam untuk orang berakal

[Copy link]
Post time 15-7-2016 09:43 AM | Show all posts |Read mode
Islam untuk orang berakal Dr Mohd Asri Zainul Abidin      14 Jul 2016, 11:59 tengahari      14 Jul 2016, 12:02 tengahari



AddThis Sharing Buttons









  

Menjadikan alasan sesuatu riwayat itu benar kerana ia wujud dalam sesebuah kitab (dalam Bahasa Melayu kitab bermaksud buku) bukan alasan yang diterima di sisi ahli riwayat.
Kewujudan sesebuah cerita dalam sesebuah kitab tidak menjadi bukti kesahihannya. Bahkan, banyak riwayat dalam kitab-kitab terdahulu yang tidak sahih.

Dalam kitab-kitab tafsir ada pelbagai riwayat Israiliyyat yang pelik-pelik. Tidak boleh semuanya dipercayai.

Ada disiplin ilmu yang mesti diikuti sebelum memetik kisah-kisah itu. Benar seperti kata Dr Yusuf al-Qaradawi:
“Sesungguhnya antara yang mencemarkan warisan ilmu kita, terutamanya di medan tafsir ialah meresapnya Israiliyyat, dan sukar pula untuk dibersihkan”.

Katanya juga: “Seakan-akan Yahudi ketika tentera mereka tewas di hadapan dakwah Islam di Madinah, Khaibar dan selainnya, maka mereka cuba menghadapi Islam dengan senjata yang lain sebagai ganti kepada kekalahan mereka.

“Demikian itu ialah senjata peperangan pemikiran. Lalu mereka memasukkan riwayat Israiliyyat yang pelik-pelik. Dalam kecuaian, maka tidak sampai sekejap, lalu Israiliyyat telah mencekik kitab-kitab kaum Muslimin”.( Al-Qaradawi, Thaqafah al-Da`iyyah, 41, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Dalam kitab-kitab hadis banyak hadis yang palsu. Para ulama hadis menyuruh kita menyemak sanad dan matan sebelum sesuatu hadis diterima.

Bahkan para sarjana hadis telah bertungkus-lumus melakukan klasifikasi hadis bagi membezakan yang sabit dari selainnya.

Kata al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H):
“Ada beberapa golongan yang membuat hadis palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi). Mereka ini membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala.

“Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadis mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. Alhamdulillah”.(Ibn al-Salah, `Ulum al-Hadith, ms 99, Beirut: Dar al-Fikr al-Mu`asir)

Dalam membaca bahan sejarah juga demikian. Bukan semua yang ada dalam buku sejarah itu boleh dipetik tanpa menyemak sanad dan matannya.

Empunya kitab sejarah terbesar al-Imam al-Tabari (meninggal 310H) sendiri mengingatkan hal ini pada mukadimah kitabnya:
“Apa yang terkandung di dalam kitabku ini tentang sebahagian kisah orang yang terdahulu; antara berita tersebut ada yang menyebabkan pembacanya merasa pelik atau pendengarnya merasa jelik. Ini kerana dia tidak dapat menerimanya sebagai sesuatu yang benar atau sesuatu yang hakikat. “Maka hendaklah dia mengetahui bahawa berita-berita tersebut bukan datang daripadaku, tetapi ia datang daripada orang yang menyampaikannya kepadaku. Aku telah meriwayatkannya seperti yang disampaikan kepadaku”.(Al-Tabari, Tarikh al-Tabari, 1/8. Beirut: Rawai’ al-Turath al-‘Arabi).
Manhaj sejarahwan Islam

Saya petik kata-kata Syeikh Dr Salah ‘Abd al-Fattah al-Khalidi dalam membahaskan manhaj sejarahwan Islam terutamanya al-Tabari:
“Para ahli sejarah Islam telah menulis himpunan riwayat yang begitu banyak dalam penulisan mereka. Mereka mencampuradukkan antara yang sahih dengan yang palsu lagi dusta. Mereka tidak mengasingkan apa yang sahih daripada yang sebaliknya.

“Mereka juga tidak mentakhrijkan riwayat tersebut dan tidak pula menjelaskan kedudukan perawinya. Namun begitu mereka meriwayatkan riwayat-riwayat tersebut secara bersanad. Mereka juga menyebut perawi-perawi bagi setiap sanad.

“Selain itu, mereka juga menyebut bagi sesuatu kejadian itu, berbagai-bagai riwayat yang berulang-ulang, bercanggah dan bertentangan antara satu dengan yang lain. Ini bukanlah bererti kehendak mereka adalah untuk berpegang, mempercayai dan menerima kandungannya, tetapi yang menjadi tujuan mereka ialah menunaikan amanah ilmu.

“Inilah faktor yang menyebabkan mereka mencatat dan menulis setiap berita yang sampai kepada mereka sama ada riwayat itu benar, dusta, betul atau salah”. (Salah ‘Abd al-Fattah al-Khalidi, Qabasat Tarikhiyyah, hlm 7)

Malangnya apabila kedangkalan disiplin ini tidak dikuasai, ada yang mencedok apa sahaja yang dia jumpa tanpa menghayati disiplin dalam periwayatan.
Perkara yang tidak logik dan menyanggah akal waras tidak mungkin hendak dikaitkan dengan Islam. Inilah yang kita ulang apa yang disebut oleh sesetengah sarjana hadis:
Apabila engkau melihat sesebuah hadis menyanggahi logik, menyalahi Manqul (al-Quran) dan bertentangan dengan usul-usul Islam, maka ketahui ia hadis yang palsu (Al-Sayuti, Tadrib al-Rawi, ms 182, Beirut: Dar al-Fikr).
Ilmuwan al-Azhar sendiri, Dr al-Syeikh Muhammad Muhammad Abu Syahbah juga menyebut:
“Sepertimana ulama hadis mengambil berat berhubung analisa kritis terhadap sanad yang merupakan analisa kritis luaran, mereka juga membuat analisa kritis terhadapmatan, iaitu analisa kritis dalaman.

Ini terbukti dengan mereka menjadikan salah satu tanda-tanda hadis palsu ialah percanggahannya dengan akal, atau al-musyahadah (apa yang disaksikan di alam kenyataan), atau al-hiss (apa yang dikesan pancaindera) sedangkan ia tidak mampu untuk ditakwilkan dengan takwilan yang hampir dan mungkin (untuk diselaraskan).

Dalam banyak keadaan mereka maksudkan ialah percanggahan dengan al-Quran, atau al-Sunnah yang masyhur lagi sahih, atau sejarah yang diketahui, sedangkan ia tidak mampu untuk diharmonikan. (Abu Syahbah, Difa’ an al-Sunnah, ms 31. Kaherah: Maktabah al-Sunnah)
Buku-buku memang banyak. Pun begitu, mensahihkan sesuatu perlukan kaedah yang betul. Bukan salah untuk mengutip cerita-cerita yang lemah sekadar iktibar, tapi hendaklah jangan disandarkan kepada agama Allah yang maha mulia ini.

Jangan pula cerita itu menjatuhkan martabat Islam sebagai agama yang rasional dan penuh dengan alasan yang munasabah bagi setiap perkara nanti orang bersalah sangka kepada agama.
Kisah-kisah pengajaran orang salih dan para wali boleh dipetik tapi pasti ia seiras dengan nas-nas al-Quran dan as-Sunnah.

Agama tidak mungkin membawa sesuatu yang tidak dapat disaksikan kebenarannya oleh akal yang waras.

Jangan kita main ceduk semua benda dan masukkan ke dalam bakul agama.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-7-2016 09:43 AM | Show all posts
Tazkirah hari jemaat...
kalau ada artikel pon kene move gak ke?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2016 09:45 AM | Show all posts
bydeway....
aku nak bertazkirah ke @lkick2113
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Entahlah sis atira. Akak syak bilamana thread ini dicampak ke bod lain, maka sejuk beku lah jawabnya thread ni. Sebabnya, bod lain memang sendu habis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2016 09:49 AM | Show all posts
pooh~key replied at 15-7-2016 09:46 AM
Entahlah sis atira. Akak syak bilamana thread ini dicampak ke bod lain, maka sejuk beku lah jawabnya ...

kalau bod yg itu..
ko tadah tengkuk je la utk dibanhammer
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 09:51 AM | Show all posts
tetapi kebenaran la yang paling susah untuk diterima oleh orang2 yang berakal...
kalau tak, masakan berlaku huru hara di bumi sebab tamak loba.

sekian...

iol bukan setajah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2016 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Untuk segala shitfest dlm isle sekarang inni.saya salahkan lobai 90% sis..murekalah yang spread do n donts..kita sbagai umat marhaen xlayak katanya untuk melaah koran..hanya untuk bacaan berlagu sendu jahh..susah okkah ujung2 guna perantara jua..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
shi_jewel replied at 15-7-2016 09:51 AM
tetapi kebenaran la yang paling susah untuk diterima oleh orang2 yang berakal...
kalau tak, masakan ...

Kebenaran apakah sister? Kebenaran menala tawanan perang?  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-7-2016 09:57 AM | Show all posts
DrMAZA.com2 hrs ·






Penilaian Semula


Para mujtahid dan imam dalam fekah, kesemua mereka dihormati dan disanjungi tanpa mengira batasan mazhab. Mereka itu berjasa dan doa kita sentiasa buat mereka.
Dalam masa yang sama, kita wajib tahu bahawa pandangan setiap mazhab sebahagian besarnya adalah ijtihad yang terdedah untuk dinilai oleh pihak yang lain. Maka kita pula berhak untuk mengambil pandangan ijtihad lain yang pada penilaian kita lebih dekat kepada fakta dan lebih mampu menterjemahkan wajah Islam yang sebenar. Umpamanya, pendapat dalam Mazhab al-Syafi’i, yang membolehkan bapa berkahwin dengan anak zinanya sendiri, barangkali tidak wajar untuk dipertahankan terutama ketika menerangkan Islam kepada dunia hari ini. Apakah Islam yang mengharamkan mengahwini seseorang wanita hanya kerana susuan akan menghalalkan anak zina?! (lihat: Al-Fatawa al-Kubra, 3/200, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Demikian juga jika pendapat awal ulama al-Syafi’i dikekalkan yang mensyaratkan setiap urusan jual beli mempunyai lafaz, tentu sukar untuk kita di zaman moden ini membeli minuman atau makanan dari mesin-mesin canggih yang ada. Bahkan di sana banyak perkara yang menuntut seorang muslim melihat luar dari kerangka mazhabnya terutama tentang hubungan dengan non-muslim, zakat, wakaf, perkahwinan dan berbagai lagi. Bahkan pandangan-pandangan agama yang menyusahkan tanpa dalil dari al-Quran dan al-Sunnah patutlah dielakkan terutama untuk generasi moden yang mula fobia dengan agama. Apatah lagi kepada yang baru menganut Islam.
Dr Yusuf al-Qaradawi juga pernah menyebut:
“Perkara yang penting untuk anda mengetahuinya bahawa hukum orang awam mengikut salah seorang imam-imam mazhab ialah harus dengan syarat-syaratnya. Ianya bukan sesuatu yang wajib seperti yang dikatakan oleh golongan mutakhir. Ini kerana tiada kewajipan kecuali apa yang diwajibkan oleh al-Kitab dan al-Sunnah. Kedua-duanya tidak mewajibkan seseorang terikat dengan mazhab. Maka tidak menjadi halangan untuk seseorang muslim bebas dari terikat dengan mana-mana mazhab. Dia boleh bertanya berkaitan agamanya kepada sesiapa sahaja di kalangan ulama. Tanpa perlu terikat dengan seseorang ilmuwan sahaja tanpa bertanya orang lain. Inilah jalan para sahabah dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan cara yang baik pada zaman sebaik-baik kurun. Allah telah selamatkan mereka dari taklid yang dicerca ini. Sebaik-baik manusia untuk bebas dari terikat dengan mazhab ialah seseorang yang baru menganut Islam. Maka tiada kepentingan mewajibkannya apa yang tidak diwajibkan Allah ta’ala. Dia boleh bertanya sesiapa sahaja dari kalangan ulama yang dia mahu. Wajib ditulis untuk mereka buku-buku fekah yang memudahkan tanpa terikat dengan mazhab tertentu” (Dr Yusuf al-Qaradawi, Kaif Nata’amal Ma’ al-Turath, m.s. 83-84, Kaherah: Maktab Wahbah).
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
shi_jewel replied at 15-7-2016 01:51 AM
tetapi kebenaran la yang paling susah untuk diterima oleh orang2 yang berakal...
kalau tak, masakan ...

Amboi statement superficial yang sngt pussycat sis..takut digencap ke sis?     
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 09:57 AM | Show all posts
Sangat setuju. Sekarang gua meluat tengok pakaian pelik pelik bodoh bodoh dikaitkan dengan Islam
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 10:01 AM | Show all posts
pooh~key replied at 15-7-2016 09:55 AM
Kebenaran apakah sister? Kebenaran menala tawanan perang?

takde satu agama yg beri kebenaran utk menala tawanan perang melainkan kumpulan fanatik yg gila isim..macam IS, Daesh,Taliban etc...

yang kumpulan fanatik mcm tu harus dibakar hidup2 sebab menyusahkan orang awam.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 10:02 AM | Show all posts
famri7 replied at 15-7-2016 09:57 AM
Amboi statement superficial yang sngt pussycat sis..takut digencap ke sis?

ekekeke...selamat hari raya maaf zahir batin...
tak best la gaduh2 ngn keyboard warrior sbb iol kompom tak terjawab nnti
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 10:04 AM | Show all posts
atira replied at 15-7-2016 09:43 AM
Tazkirah hari jemaat...
kalau ada artikel pon kene move gak ke?




tengok gak kot sapa hang .

kalau set2 ampu depa ,  thread

besar panjang anu si anu pun depa kata current issue .





Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 10:05 AM | Show all posts
atira replied at 15-7-2016 09:49 AM
kalau bod yg itu..
ko tadah tengkuk je la utk dibanhammer

salam habatus sauda sis.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
shi_jewel replied at 15-7-2016 02:02 AM
ekekeke...selamat hari raya maaf zahir batin...
tak best la gaduh2 ngn keyboard warrior sbb iol ...

Eid mubarak ukhti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2016 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
shi_jewel replied at 15-7-2016 10:01 AM
takde satu agama yg beri kebenaran utk menala tawanan perang melainkan kumpulan fanatik yg gila is ...

Masyallah sis. Astargfirullah al ajim sis. Adakah sister mengatakan para pengumpul hadith sebagai kumpulan famatik?  
Bawa mengucap sis!  :
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 10:13 AM | Show all posts
pooh~key replied at 15-7-2016 10:07 AM
Masyallah sis. Astargfirullah al ajim sis. Adakah sister mengatakan para pengumpul hadith sebagai  ...

astaghfirullah al ajim....
iol tak kecam pengumpul hadith jaman nabi dulu2...

yang iol kecam pengumpul hadith jaman sekarang, semua hadith diaorg claim authentic gitu..walaupun hadith tu hadith lemah...

sebagai contoh "Kalau pmpn kasi suami kawin satu lagi nescaya dpt payung emas di akhirat"....tu semuanya beda'ah je tu.

yang kumpulan pengumpul hadith ni objektif diorang satu je, utk menegakkan hadith2 lemah & lepas tu buat hadith sendiri & paste di wall facebook masing2. yang jadi mangsanya bbnu yang baru belajar berpurdah & rakyat marhein yg otaknya mudah dipengaruhi ke hulu ke hilir sharekan hadith tersebut tanpa usul periksa.

sekian...

iol bukan setajah tau...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2016 10:16 AM | Show all posts
dess402 replied at 15-7-2016 10:04 AM
tengok gak kot sapa hang .

kalau set2 ampu depa ,  thread

aku paling tak boleh tered2 reporter cari...
tered org dah buka 10 kali...dia bukak gak tered baru....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2016 10:18 AM | Show all posts
dinopower replied at 15-7-2016 10:05 AM
salam habatus sauda sis.....

salam syumul uols...bila nick uols nak idop balik?





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.068534 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list