CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 64203|Reply: 576

Cerita Ain [OFF] & Throwback TT Kedaung [UPDATED 6/9/2016 #551]

[Copy link]
Post time 15-7-2016 01:09 PM | Show all posts |Read mode
Edited by MizzNaza at 6-9-2016 05:00 PM

Asik duk SR jah dalam board MPS nih. Rasa nak share jugaklah. Sementelah penah ada experience jugak dengan Ain, partner aku kat opis nih.
Tapi aku bagi intro dulu ya.

Aku dipindahkan ke branch ofis ni dah setahun. Ofis ni ada 2 waktu kerja; 9-6 dengan 10.30-7.30 dan aku slalu kena assign untuk waktu kedua sebab kena handle closing. Setiap hari lepas orang lain dah balik jam 6 memang slalunya sunyi je keadaan opis, kekadang aku stay sorang je. Aku ni pulak bangsa hati kering. Kadang aku main tutup je lampu dan biar lampu area aku duduk je yang menyala. Konsep aku senang je, kalo orang tak start cerita yang pelik2 aku ok. Kadang tengok atas tempat jugak, kalau radar aku sendiri yang terasa sesuatu aku pun akan rasa tak selesa. Nasib la hijab aku tak terbukak, tapi somehow aku ada sense kuat nak detect. Selalunya ular, ataupun kehadiran entiti makhluk jin setan hiblis tu aku rasa meremang jelah, kalo memang ada selalunya akan disahkan oleh orang2 yang nampak.

Sekian lama jugak la aku stay ofis sesorang time maghrib nak tunggu azan dan lepas siap solat, baru aku balik. Punyalah malas, kadang aku solat dalam bilik gelap je harapkan lampu samar yang menyala dari tempat aku. Setakat bunyi2 standard macam perabot ditarik, bunyi tapak kasut dari tingkat atas tu aku dah lali sangat. Ada time aku takde, dan colleague lain yang kena stay untuk handle closing slalu mengadu dekat aku rasa seram sejuk la apa tapi aku buat bodoh je. Pada aku, selagi aku takde rasa sesuatu diorang tu saja je simply penakut! Oh ya, jiran next door ofis aku pulak architect firm so kadang2 aku anggap bunyi drill yang aku dengar time2 senja maghrib gitu datang dari dinding sebelah-opis diorang. Maybe diorang duk buat model plan rumah ke apa ke. Gitu sedapkan hati sendiri.

Aku aman2 je sampailah sebahagian team dept aku kena pindah ke branch baru. aku sorang je handle branch kecik sini until aku dapat partner baru-Ain.
Ain ni fresh grad. Aku tengok ok2 je. Fast learner so overall aku senang je keja dengan dia. Time tu pulak aku bz kena slalu ulang alik branch lain jugak, so Ain yang baru start keja situlah kena belajar handle opis sesorang. Full shift dari pagi sampai senja.

Sekali bila aku masuk balik opis tu, dia mai tanya dekat aku. Terkedu jugak aku mendengarnya.

"...kak, opis ni ada benda ke?"

"takde pape pon"

"...tapi saya nampak 'dia' kat belakang tu" - belakang tu merujuk pada bilik ops kitorang. kekadang bosses guna bila datang opis ni, jadi terceruk la sikit. dan ceruk bilik tu jugak ditempatkan server dan mesin fotostat. memang gelap pon area tu.

Aku cakap kat dia, perasaan ko je kot. Aku slalu je time nak balik buat one last check round situ slambe bergelap tak bukak lampu. Ok je.

"tapi dia ada kak. Saya baru je nampak tadi"

Time dia cakap tu siang hari lagi weh. Aku dah rasa cuak sikit.



[bersambung dulu ya. nak break makan]


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2016 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
sambung je.. silent reader ramai hehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 01:50 PM | Show all posts
TT, sambung la.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2016 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
mai-shi replied at 15-7-2016 01:38 PM
sambung je.. silent reader ramai hehe

Sabar ha, jap lagi kita sambung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2016 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuppy replied at 15-7-2016 01:50 PM
TT, sambung la.

Ya, ya sambung taip kt PC gak yang best. Sabar jap ha
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 02:25 PM | Show all posts
sambung la lagi...tak sbr ni nak baca
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2016 02:27 PM | Show all posts
*tunggu sambungan cerita*
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Pe benda nya tu weh... cpt smbg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2016 02:56 PM | Show all posts
macam seram je...teruskan tt
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 02:56 PM | Show all posts
tunggu jugak ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2016 03:12 PM | Show all posts
[sambungan]

walaupun kepantangan, tapi aku tetap gedik jugak nak tanya Ain. Apa yang dia nampak. Sejenis apa segala kan. padahal dalam hati carut diri sendiri. senja nanti aku akan duk sesorang jugak tutup opis.

"Ada dua kak"

Ok. aku nak terima kenyataan ada entiti dalam area opis pon dah satu hal. nih kau cakap ada 2 ekor pulak.

" satu macam budak. tapi kat luar" hmm ok. luar pintu opis  tu macam runway dari lif lorong menuju ke opis kitorang ni side by side dengan jiran2 opis lain. Opis kitorang pulak selang 1 pintu ke toilet. Toilet sharing basis. Pakai lampu auto-sensor. ah itu pon babi satu hal lagi. citer lain kali hehe. so pada hemat aku takpelah, kot entiti tu menyerupai sejenis budak. asal ko main kat luar tu takpe. jangan nak buat onar buat penampakan depan muka pintu opis aku time aku duk sorang sudah!

"so satu macam budak. satu lagi?"

"satu lagi macam pompuan"

aah sudah. entiti macam ni laaa aku paling pantang. dengan sejenis lagi yang berbungkus tuh. eiiii memang aku lemah. lemah2 pon aku celupar lagi menanya details dia lagu mana.

"dia yang duk kat belakang tu. kat belakang server. serba putih.tapi dia tak kacau"

aku mula laa nak meremang bulu tengkok time nih. brapa kali dah nampak benda ni aku tanya dia. dia cakap ada brapa kali jugak. yang pasti lebih dari 2x. duk pandang je dia kalo dia masuk belakang tu amik barang. aku harap akak tu pandang kau je dik, jangan pandang aku sudah. hahaha harapan je lah kan.

Jadi aku pon tergerak la untuk background check si Ain ni lebih lanjut lagi. Dia cerita hijab dia pernah terbukak. time dia kecik dulu. sebab arwah nenek dia ada saka, dan memang nak turunkan kat salah sorang cucunya. Memang tidak la mak si Ain ni nak kasi. Teruk jugak la Ain kena dulu time dia kecik katanya. nampak setan tu merangkak belakang adik dia pon penah. Merata jugak la mak dia bawak berubat. Tapi somehow dia still nampak lagi benda2 nih, ada masa2 jugak la.

Dia cite kat aku, even kat rumah sewa dia pon slalu dia nampak penampakan beruk la apa bergayut kat tepi tingkat dan grill pintu dia. Tapi tak kacau dia pon. Aku yang mendengar pulak seram sejuk huhu.

Lepas Ain abis kije dan balik, aku tinggal sorang kat opis dan2 aku pasang mp3 mengaji. Memang rasa tak aman jah selama ni elok je aku duk bergelap. aku pon tatau apasal pulak perangai aku jenis duk bergelap. Sampaikan aku solat maghrib dalam bilik discussion pong, aku macam terasa2 jah macam ada kelibat duk lalu lalang di balik dinding kaca. Aku cakap dalam hati kau nak lalu lalang silakan, tapi kau jangan nak lalu lalang depan sejadah aku ni duk mencangkung kacau aku. Alhamdulillah takde la pulak gangguan secara kasar, tapi aku perasan antara bunyi2 standard yang aku slalu dengar macam bunyi perabut kena seret, bunyi drill tu memang ada je tapi bunyi high heels macam overcome plak dari bunyi2 tu semua. Lagi laa aku try buat tatau tapi tiap kali aku sign out, nak gerak ke pintu aku macam terasa2 je macam ada yang ngintai kat celah cermin pintu bilik belakang tu.

Tu laa aku cakap, kalau aku dah start tahu ada benda ni mula laaa aku rasa pelik2.

Korang macam mana? penah dengar bunyi high heels time maghrib?


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2016 03:12 PM | Show all posts
awek_amir replied at 15-7-2016 02:25 PM
sambung la lagi...tak sbr ni nak baca

ok dah sambung
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
MizzNaza replied at 15-7-2016 03:12 PM
ok dah sambung

Best2, lg tt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2016 04:19 PM | Show all posts
bila aku dah tau serba sikit background si Ain ni, nak plak melibatkan unsur2 mistik gitu. Jadi aku lebih observe tang dia day in day out. si 2 ekor tuh pun tidaklah membuat penampilan istimewa jadi aku tak mahu menanya sangat la, kang macam mengundang sangat. cuma aku curious 2 ekor ni memang sedia ada kat area opis nih ke, atau pon ada unsur mengekori si Ain? pada aku once dah tau background family kau ada unsur saka mensaka nih hmm kebarangkalian tinggi la jugak jenis mengekor nih. lapar kasih sayang tuan kan.

tapi so far takde gangguan pun sejak aku tahu Ain nampak benda2 tuh. cuma bunyi2 je la yang tak surut lagi. lantaklah, asal ko jangan bunyi kuat2 ataupun start menangis ke mengilai. dan2 aku terjun keluar ikut tingkap pulak.

Ain ada jugak share kejadian kat rumah sewa dia sbelum tu. dengan salah sorang housemate dia. orang tu dah pindah keluar dah. diorang perambat sebab terjebak dengan permainan sihir. siap buat bilik sewa dia tuh tempat pemujaan setan pulak. Asal tengah malam je Ain ngan kakak dia terdengar bunyi orang menangis. tiap2 malam macam tu. siap pakej pulak bunyi dinding kena cakar. bila diorang cari mana punca bunyi datangnya dari bilik housemate pelik tuh. dah la terasa panas berbahang je walaupun berdiri depan pintu bilik orang tuh.

Sekali bila dah tak tahan, diorang confront jelah dengan housemate pelik tuh. Mati2 dia deny tak tahu apa2 pun tapi diorang insist jugak nak check masuk bilik. Terkejut la jugak tengok keadaan bilik tu siap ada lilin besar2 macam kat tokong si Ain cakap. diorang tekan2 la tanya apa sebenarnya yang si pelik tu cuba lakukan. akhirnya dia ngaku cakap dia cuma nak panggil ex boyfriend dia je. tatau lah mane bomoh siam dia pegi cari dan amalkan ilmu hitam cenggitu. boyfriend tak datang balik pun. bahagia je kawen dapat anak lagi.

So diorang sepakat perambat je housemate pelik tu. tapi yang baiknya siap tolong carikan lagi rumah sewa untuk dia. lepas tu panggil Ustaz mintak tolong bersihkan dan pagar apa patut. Macam2 jugak la penemuan diorang, sampai ke atas siling pun ada benda berbalut kain kuning. hal bilik housemate pelik tu settle la tapi hal si Ain yang still nampak makhluk pelik2 time maghrib ada lagi. Tapi sebabkan dia dah lali so dia hadap jelah. Aku yang baru dengar dan tahu ni lah yang satu hal pulak. Duk pikir ada ke tidak kaitan antara apa yang Ain biasa nampak kat umah dia ngan kat opis nih


[bersambung. nanti aku sambung kejadian Ain di opis ni pulak]



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 04:31 PM | Show all posts
Nice one. Tq TT sebab cerita uols best....
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 04:42 PM | Show all posts
Sambung lagi...sy salah sorang silent reader~  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-7-2016 05:15 PM | Show all posts

tq! berkerut kening jugak nak flashback kejadian 2-3 bulan lepas ni nak kena susun kronologi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2016 05:17 PM | Show all posts
Cuppy replied at 15-7-2016 04:31 PM
Nice one. Tq TT sebab cerita uols best....

tq! tapi berkerut kening jugak nak kena ingat susunan kejadian 2-3 bulan lepas nih huhu
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
best... menunggu sambungan...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 05:42 PM | Show all posts
fuhhh... best n seram kalau ada kawan mcm Ain ni..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.114861 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list