CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MizzNaza

Cerita Ain [OFF] & Throwback TT Kedaung [UPDATED 6/9/2016 #551]

[Copy link]
 Author| Post time 10-8-2016 03:49 PM | Show all posts
hatikudus replied at 10-8-2016 03:41 PM
Wahhh ada story baru! Tenkiu mizzNina...eehh @MizzNaza ...nah munga
Dah lama follow ben ...

hewheww thanks ya sanggup folo thread inih!
sorry banyak sebab lama pulak idle nya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2016 04:28 PM | Show all posts
Finally, ade update. Mekacih kakak.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2016 04:56 PM | Show all posts
Cuppy replied at 10-8-2016 04:28 PM
Finally, ade update. Mekacih kakak.....

sesama acihhh kaka



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2016 04:59 PM | Show all posts
Cerita 7


Ini kisah masa matriks. Tapi zaman ini tak berapa ingat mana sangat, sebab setahun je pun. Bangunan hostel kitorang diconvert oleh kementerian dari rumah kedai je. Pun menghadap padang besar, yang hujungnya tuh ada macam bukit kecil. sekeliling kawasan kolej kitorang ni ialah kawasan perumahan. tapi memang area cina tapi ada sebaris kawasan perumahan orang melayu betul-betul kat tepi pagar hostel budak lelaki. Jadi adalah jugak masanya bunyi azan tuh bila masuk waktu datang dari surau tak jauh dari kawasan orang melayu tuh. Tapi pihak kolej pun memang siarkan azan sendiri jugak dari kalangan student matriks sendiri. tidaklah memanjang je nak dengar bunyi anjing menyalak.

Masa ni jugaklah baru aku expose dalam kehidupan sebagai anak hostel. Setiap blok ada 4 tingkat, dan ada satu dorm setiap tingkat. Internally ada laluan khas yang terbuka dari dorm ke dorm, dan satu dorm pulak ada 20 orang students. Yang lelaki aku tak tau sangat tapi diorang dapat rumah. Aku memang tak pernah ada pengalaman duk hostel time sekolah, jadi awal2 kehidupan di matriks tuh agak jakun jugak la. Dah la aku nih macam anti sosial sikit, aku bergaul dengan budak satu course dan kalau di hostel aku lepak ngan jiran katil je. Kat hostel aku memang tido kat katil atas.

Berapa lama jugaklah sejak kitorang mula menghuni hostel tuh, aku tak pernah dengar atau encounter sendiri benda2 mistik ke angker nih. Mula2 duk situ dek kerana jakunnya aku, mandi pun aku pegi sebelum subuh lagi. Oh ya, setiap dorm ada shower & toilet masing2 tapi kat hujung dorm la. Tapi lama-kelamaan, aku jadi makin malas dan terpancar jelah true colors aku yang penidur nih hehe. Aku naik givap kot rasa dah bangun awal nak pergi mandi tapi diorang dorm mates aku lain semua mengelat dengan mark their turn nak mandi tuh dengan susun bakul baldi shower masing-masing siap2 dah. Penyudahnya aku jugak yang dapat turn paling hujung, like 10 mins to class baru boleh nak mandi. Nak iron baju pon same la baik aku sambung berdengkur lagi best.

Tapi lama-kelamaan biasalah, ada la jugak terdengar sosek-sosek ada gangguan misteri dah. tapi dorm lain takde pulak dengar kat dorm aku. Paham jelah, perempuan kalau dah beramai2 tu masalah dengan apa lagi kan? Masalah menstrual dan pad la. Cerita yang aku dengar pulak, selalunya budak dorm akan terjaga tengah malam time waktu perdana benda tu turun ke bumi mencari makanan. Kul 3 macam tu lah kan, nak masuk ke toilet. Tapi diorang bertembung dengan seorang 'makcik' ataupun dah dalam bentuk kejadian asalnya duk mencangkung tepi tong sampah pad tuh. Duk bersantap dengan lahapnya. demam jugak la sesiapa yang pernah bertembung kejadian tuh. tapi selalunya tak jelas dorm mana atau student mana yang kena. Warden jaga berita baekkkk punya kot? tak nak kitorang semua duk dalam ketakutan.

Sekali tuh pecah cerita ada kejadian hantu apa tah kelihatan dalam salah satu dorm. Maka budak2 dorm aku pun berpakatlah lepas maghrib malam tuh kitorang buat tahlil baca yasin sekali. keadaan tu rasanya tidaklah kecoh tapi terasa ketegangannya, aku tak retilah describe. Jadi bila dah malam makin larut, aku pun dah siap buat assignment nak siap2 naik ke katil aku. Malas nak layan bersembang dengan budak katil bawah aku, si Yanti. Minah tu memang mulut kepochi sikit. Dahlah kepochi asal malam je suka sangat duk berkemban sambil sikat rambut panjangnya tuh. panjang wei sampai ke pinggang, lebat pulak tuh. Patut benarlah aku pilih tido katil atas pun, kalau dia yang tido kat atas maunya aku sakit jantung terkejut!

Yanti duk galak lagi mengajak aku sembang. Dia boleh pulak celupar mulut tanya dekat aku macam mana nak buat kalau hantu tu datang dorm kita? Aku cakap nak buat macam mana lagi, hadap jelah. Baca doa tido dan tawakkal jelah. Time tu tak silap ada bunyi cerita katil kena gegar. Tapi selang seli. Boleh pulak si Yanti ni ajak aku kira katil dan agak2 katil mana yang akan kena kan. Kira punya kira tuh macam katil kitorang ni terselamat, katil kiri kanan yang bakal kena. Pandai sendiri. Katil kitorang ni letaknya tak jauh dah dari tingkap yang menghadap padang. Yang kitorang pandai2 kira tuh mula dari kepala katil hujung sana, yang sebelah dengan bilik air dah. So kitorang ikut dari cerita yang didengar, langkau la satu katil. Kiraan tu memang tak libatkan katil kitorang. Kira dari tingkap pun macam kitorang terlepas jugak. Bijak sendiri

Jadi nya terlenalah kitorang berdua ni. Dah jadi tabiat aku tido dengan walkman. Entah pukul berapa aku terlena pun tak perasan tapi aku terasa katil aku bergoyang kiri kanan kot. cuak aku tapi tak pulak terbukak mata. Dalam hati duk mengata si Yanti, apa benda la minah kepochi nih mengigau malam nih kemain bergegar katilnya. Sekali tu jelah aku terasa katil aku kena gegar pun. Tak terfikir langsung la memang disebabkan oleh Yanti ke atau...

Bangun subuh paginya tuh, aku turun je dari katil Yanti dah bising2 dekat aku cakap aku tido lasak sangat malam tadi sampai dia terasa katil bergoyang kiri kanan. Aku terpinga jah la dengar dia cakap macam tuh, aku cakap aku ingatkan dia. Kau cakap aku,aku cakap kau lama-lama kitorang paham sendiri. sesungguhnya kami berdua telah di'usik' oleh hantu yang diperkatakan.

Boleh pulak kitorang menemuramah katil yang langkau sebelah dari katil orang tuh, kena goyang jugak kan? tidak. tanya punya tanya owner katil yang lain semua jawab tidak. yang sebelah katil pun tidak jugak jawapannya.

rupanya katil kitorang je yang kena malam tuh. brengset sungguh!

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2016 05:09 PM | Show all posts
MizzNaza replied at 10-8-2016 02:26 PM
Cerita 6

Kejadian ni berlaku time aku dah habis sekolah, dan melanjutkan pelajaran di matriks kat ...


masa sekolah dulu..pernah bergambar kat bawah pokok ketapang dan pokok kemboja
dua2 pokok ni ada kat pagar sekolah
pokok ketapang ni, dahan pokok tu merendang gitu..jadi teduh la
kita orang bergambar tiga orang
sekali bila dah siap print gambar tu, ada lebih sorang dan tak pakai tudung
perempuan tu berambut panjang duk tengah2..di belakang
makhluk berambut panjang tu muka pucat
lepas tengok gambar tu, esok tu pergi sekolah, aku tanya la member lain, ada tak sapa2 yg menyelit masuk..
diorang ckp, mana ada, kan semua dah balik lepas latihan sukan tu. Tinggal aku dan dua lagi member yang lain yang dalam gambar tu..
yang peliknya, bila kita orang tunjuk kat member lain gambar yg dah siap print tu..perempuan berambut panjang tu dah tak ada


Pokok Ketapang


yang kat pokok kemboja pun ada makhluk tak diundang masa bergambar tuh..


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2016 05:11 PM | Show all posts
Ipo replied at 10-8-2016 05:09 PM
masa sekolah dulu..pernah bergambar kat bawah pokok ketapang dan pokok kemboja
dua2 pokok ni a ...

alerr..tapi aku suka pokok kemboja.. cantik
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-8-2016 07:13 PM | Show all posts
Edited by MizzNaza at 19-8-2016 12:39 PM

Cerita 8

Pun terjadi di zaman matriks tu jugak. tapi pengalaman dorm mates la, bukannya pengalaman aku sendiri. waktu tu aku dah berpindah dorm, pihak kolej rearrange balik susunan dorm etc. jadinya aku duk di blok baru, yang lebih dekat dengan bangunan kolej. Separuh dari ahli dorm pun geng baru jugak la. Kali ni katil aku berdekatan dengan pintu toilet, dan sebelah je dengan laluan antara dorm. Macam rumah tepi lorong gitu feeling dia

Biasalah kehidupan students waktu malam ialah waktu study group, buat assignments dan bersembang kosong sesama dorm mates. Sambil bukak radio layan lagu. Kalau lagu yang tengah hot kitorang sama2 nyanyi ke, berjoget bak movie hindustan ke. Saje nak fun-fun gitu. Dan time tu jugak lagu Casey "jangan ada benci" tengah naik ke atau memang dah top aku pun lupa. Tapi jadi among favourite la masa  tuh.

Geng katil hujung dekat tingkap pulak jenis kuat pulak sisterhood nya, siap pakai pangkat gelarang pulak sesama mereka. sapa yang kak long, kak ngah, andak sampailah busu. Aku tak termasuk dan aku memang tak ikut campur pun tapi layankan jelah. Dah jadi satu kerja pulak diorang ni duk hafal2 lirik lagu Jangan Ada Benci tuh pulak, siap duk repeat rewind je sampai ke tengah malam kejanya. Bila dah mengantuk tuh sorang-sorang la mula masuk tidur. Yang salah seorang daripada mereka tuh, Angah tak silap aku pun sejenis berambut panjang jugak. Dah la siap tido katil atas, malam2 memang rutin dia menyikat rambut dan bila tido dia lepas bebas je rambutnya tuh. Bertabah benar la yang tido katil bawahnya tu, ataupun memang sejenis yang tido mati.

Sebelah katil Angah dan partner, katil budak junior namanya Rina. Rina tido bawah, tapi takde partner belah katil atas. Selalunya Rina buat park beg kuliah ngan buku2 jelah, saje tak nak bagi kosong. Jadi kejadian ni berlaku pada member katil bawah Angah, tak silap aku gelarannya Adik. Katanya malam tuh dia terjaga tengah malam tu, agak2 nak pukul 3 pagi la terasa haus. Tapi dia tahankan jah. Malas nak pegi area pantry. Tapi dia macam sedar tak sedar la time tuh.

"Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati.."

sayup-sayup jah Adik dengar suara orang menyanyi lagu Jangan Ada Benci time tuh. Memula dia buat bodoh jah. Ingatkan ada radio sape yang tak off. Tapi macam lain sikit bunyinya, tak macam dari bunyi radio. Suara pun bukan suara Casey.

"sape pulak yang tak tido lagi nih?"

Adik pun kalih la kepala dia ke sebelah kiri. Tu dia nampak macam ada benda yang terbuai dari katil atas Rina, yang sepatutnya kosong tuh. Boleh pulak Adik slow motion jah tengok dari bawah sampai ke atas katil tuh, rupanya ada 'kakak' yang macam duk terbuai-buai kat katil kosong tuh, sambil menyanyi lagu tuh sambil mata duk merenung Adik, dan memberi senyuman manisnya. Adik terus beralih pandang ke arah lain dan berusaha buat-buat tak tahu dan pejamkan mata. Tapi tak berjaya dan matanya macam disuruh-suruh pulak untuk terbukak luas. Kali nih Adik pandang je belah kanan katil dia. Sekali dia nampak rambut terjurai pulak dari atas katil Angah, Adik terkejut dah tapi dia ingat memang pun Angah tu rambut panjang dan suka lepas bebas je rambutnya. Tapi perlahan lahan rambut yang terjurai tuh macam terkirai luas sikit-sikit dan macam menutupi katil Adik macam kelambu. Gila tak gila punya usikan?

Adik terus pengsan.

seminggu jugak la Adik balik cuti sebab demam teruk. Kitorang yang kat dorm ni memang jadi amalan la baca yasin beramai-ramai sebelum tido dan tido di bawah lampu cerah dah. Pasang mp3 mengaji sekali sepanjang malam sampai ke Subuh.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2016 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Horrornya... Mujurlah zaman aku belajar takde apa2 kejadian...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2016 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaiklah kamu MizzNaza . Terima kasih atas semua perkongsian .
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2016 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Alang alang TT dah cerita pasal gangguan melibatkan Pad Wanita, so aku copy paste je lah erk cerita yang aku share dekat rumah setinggan aku.

Kot kot ada yang belum baca lagi. Harap ada pengajaran. Maaf TT sebab menyelit update dekat rumah TT.

==================================

Aku terpaksa gunakan "Biskut Kering" dan "Jem" untuk elakkan aku termuntah depan phone masa aku tengah taip ni. Karang tak pepasal kena speku mengandung.

--------------------------------

CERITA SEMBILAN BELAS - CUCI

Tandas blok perempuan memang selalu ada isu tersumbat. Nak tahu sebab apa? Sebab lepas guna, diorang akan buang biskut kering diorang tu terus masuk ke lubang tandas. Tak payah susah susah nak tanggalkan jem yang ada pada biskut kering kan?

Biskut kering ni memang benda yang penting untuk budak budak perempuan & kena pastikan sentiasa ada sebab kalau tak buat calculation cycle yang betul, tiba tiba nanti ada yang kebocoran.

Aku tahu pun sebab hidup aku dikelilingi oleh biskut biskut kering kakak kakak aku yang mana aku salah satu mangsa diorang untuk tolong belikan biskut kering ni. Tak termasuk fasi Kak Share yang pernah sekali tu mintak tolong aku belikan on behalf dia. So, terpaksalah tebalkan muka aku membeli biskut kering yang mostly tahu hanya akan diconsume oleh kaum Hawa semata mata.

Mak Cik cleaner selalu komplen & budak budak perempuan yang lalu depan tandas masa mak cik cleaner tengah buat kerja membersih dia tu, siap sedialah kena tegur dengan mak cik mak cik ni. Memang kena tahan telinga bila bertembung dengan sesetengah mak cik yang bercita cita nak jadi juri, tapi tak berjaya masa audition tu. Tapi, nasihat nasihat mak cik ni memang betul pun. Diorang nak kan yang terbaik untuk semua orang & elakkan masalah.

Okay, kita kembali pada cerita ya? Aku nak start cerita ni. Panjang pulak mukadimmahnya. Heheh.

PART 1
=========

Benda ni jadi dekat satu blok perempuan. Terjadi dekat mak cik cleaner yang memang satu team kerja. Diorang buat kerja dah petang dah time budak budak sibuk nak balik cuti semester hujung tahun sampailah ke belah petang nak nak maghrib macam tu.

"Budak budak ni memanglah. Pengotor betul!"
"Dah nama pun budak budak, Gayah"
"Sampai tersumbat tandas ni. Esok ni confirm nak kena mintak orang datang pam kasik keluar semua sekali"
"Buat je lah. Lagi cepat siap, lagi bagus"
"Esok nak kena complaint ni dekat pengurusan"

Salah sorang mak cik cleaner tu pergi tinggalkan mak cik yang dekat tandas yang satu tu ke tandas yang lain.

"Srut...Srut...Srut..."

"Gayah, dah lah cepat. Balik jom!"

Mak cik yang tadi pergi tandas lain tu cepat cepat dapatkan Mak Cik Gayah yang dekat tandas yang mula mula tu. Mak Cik Gayah time tu tengah gulung gulung getah hos warna kuning yang panjang tu. Baru dia nak letak dekat atas tempat cuci baju.

"Jomlah balik"
"Kenapa? Aku belum siap semua ni"
"Turun nanti aku cerita. Cerita sekarang, lain pulak jadinya"

Mak cik 2 orang tu pun keluarlah dari tandas dan keluar ikut pintu belakang blok perempuan tu. Betul betul lepas diorang keluar, bunyi pintu macam kena hempas. Tapi, tak ada angin pun yang tiup.

Masa dekat Post Pengawal, mak cik ni bukak cerita pada Pak Guard & Mak Guard yang ada time tu sekali dengar cerita dia. Seram je masing masing.

"Tadi Gayah, time aku pergi tandas satu lagi tu. Aku kena lalu bilik budak. Aku nampak tilam semua lintang pukang. Tak berlipat pun. Dengan atas meja kertas kertas semua bersepah. Lepas tu, pintu tu terbukak sikit. Aku dengar macam bunyi orang menghirup. Aku ingat nak tegurlah, kot kot ada lagi budak belum balik sebab mak ayah ambil lambat. Sekali aku jengah, terkejut aku Gayah!"

"Kau tak payah cerita apa sambungan dia. Aku dah tahu dah. Tengok muka kau pun pucat semacam"

Nak tahu apa yang mak cik ni nampak? Ada sesuatu tengah dengan berseleranya menikmati jem pada biskut kering yang ditinggalkan macam tu je. Tak dibuang. Tak dicuci. Baru agaknya.

PART 2
===========

Ada satu mak cik cleaner ni kena bersih bersihkan blok time cuti peristiwa. Budak budak asrama memang mostly balik bermalam kat rumah atau bercuti dengan kawan kawan. Mak cik ni biasanya pair dengan satu lagi mak cik, tapi sebab mak cik yang biasa ada hal, so management cleaner ni bagilah mak cik ni buat kerja dengan orang baru.

Time tu dah remang remang senja. Mak Cik yang tua ni bagitahu dekat cleaner yang baru masuk tu, kalau jadi apa apa jangan tegur.

"Dik, kau palingkan muka kau jap. Tutup telinga sekali ya? Kalau nak tutup mata pun boleh"

So, cleaner yang baru ni pun ikut je lah apa yang cleaner yang agak senior ni suruh dia buat. Dalam hati tertanya tanya jugak, apahal suruh buat macam tu macam ni.

Hati suruh ikut je apa yang cleaner senior tu suruh buat. Tapi, akal dalam kepala suruh dia carik logik, kenapa kena buat macam tu. So tak lama lepas dia buat macam tu, dia paling muka.

Depan mata dia, dia nampak cleaner yang agak senior tu tengah jilat jilat jem segar dari ladang yang ada pada biskut kering yang diorang kumpulkan dalam plastik hitam sampah. Tersenyum sambil jelir jelir lidah cleaner yang senior ni pada cleaner yang muda ni.

Pengsan cleaner muda tu kat tempat kejadian. Bila dia bangun je dia dah dekat Post Pengawal. Dia dah nak menjerit dah bila sebelah dia time dia bukak mata tu muka cleaner senior tu. Takut wo!

Terus cleaner senior tu senyum senyum.

"Akak dah bagitahu dah tadi. Kau tak payah stay sampai petang. Pukul 2 tadi kan akak dah bagitaw yang akak balik?"

Cleaner senior tu rupanya memang dah balik pukul 2 petang tu lepas diorang rehat makan tengahari cuma cleaner baru tu tak perasan. Dia terlebih semangat buat kerja sampai terlupa serba serbi. Sepatutnya sampah sampah tu biar macam tu je, sebab nanti cleaner cleaner yang bersihkan blok sebelah akan tolong sebab cleaner senior tu ada emergency. Plus, cleaner baru memang tak digalakkan kerja sampai petang sebab masih baru.

Pesanan Khidmat Masyarakat :

So pada yang consume Biskut Kering, tolonglah cuci sehabis baik sebelum kau campak merata rata ya? Ada yang memerhati & menunggu rezeki datang ke riba mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2016 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
MizzNaza replied at 10-8-2016 07:13 PM
Cerita 8

Pun terjadi di zaman matriks tu jugak. tapi pengalaman dorm mates la, bukannya pengalama ...

Okay! Yang ini agak seram... Jadi kelambu kau!    
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2016 10:17 AM | Show all posts
MizzNaza replied at 10-8-2016 07:13 PM
Cerita 8

Pun terjadi di zaman matriks tu jugak. tapi pengalaman dorm mates la, bukannya pengalama ...

seram hoke

dema ni mmg suke meniru kan? mak aku dulu masa zaman remaja dulu suka xtvt memasak ni. ada satu malam tu dia & adik dia a.k.a makcik aku lah syok belek2 majalah dalam tu ada banyak resipi. bila dah ngantuk dua2 pun masuk la dalam kelambu. tengah2 malam tu depa nampak ada benda turun dari bumbung dok cari2 apa resipi yg depa belek sebelum tu..sret sret bunyi kertas diselak. dua beradik ni kat dalam kelambu dok kejung menonton adegan tersebut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2016 11:11 AM | Show all posts
bottombikini replied at 11-8-2016 10:17 AM
seram hoke

dema ni mmg suke meniru kan? mak aku dulu masa zaman remaja dulu suka xtvt me ...

ambuiii maju nya theyols!
bukan slalu suka meniaga satay je ke tepi jalan?
lepas tu bertukar jadi ulat
kot dah bosan resipi sama jah kot tu yang tumpang nak belek buku resipi jugak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2016 11:11 AM | Show all posts
9teen replied at 10-8-2016 10:30 PM
Okay! Yang ini agak seram... Jadi kelambu kau!

yea berkelambu kelam teruss
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2016 12:50 PM | Show all posts
Inezkhalidi replied at 10-8-2016 08:16 PM
Horrornya... Mujurlah zaman aku belajar takde apa2 kejadian...

bersyukurlah dikau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2016 12:52 PM | Show all posts
RamboMandul replied at 10-8-2016 09:50 PM
Terbaiklah kamu MizzNaza . Terima kasih atas semua perkongsian .

thanks jugak sebab folo!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2016 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
MizzNaza replied at 11-8-2016 12:50 PM
bersyukurlah dikau

Hahahaha... Memang bersyukur sangat. Ada kejadian2 mistik sebenarnya tapi aku terlampau blur/ positif/ malas nak fikir masa tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2016 01:28 PM | Show all posts
Inezkhalidi replied at 11-8-2016 12:59 PM
Hahahaha... Memang bersyukur sangat. Ada kejadian2 mistik sebenarnya tapi aku terlampau blur/ posi ...

apalagi..meh la buat rumah kita berjiran yea hewheww
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2016 05:08 PM | Show all posts
best cerita-cerita TT
kipidap
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2016 03:48 PM | Show all posts
waa..hilang gigil gian aku...hahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.074728 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list