CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MizzNaza

Cerita Ain [OFF] & Throwback TT Kedaung [UPDATED 6/9/2016 #551]

[Copy link]
Post time 5-9-2016 09:03 AM | Show all posts

sbb iols pun dalam opis duduk hujung2, ada 1 haritu iols balik lambat, tak la lambat sgt pkul 5.30 je. so iols nampak member sebelah ni nak ke tempat dia, then dgr dia bz nau menaip..rajin sungguh time2 cam ni buat keja.. so iols pun nak ke tempat dia la nak ckp nak balik dulu, baru nak bukak mulut nak pgl dia.....haihhhhh la..kusss semangat sebenarnya dia tak ada pun kat tempat, dah balik!! habis yg lalu depan aku tadi tu sapa? sapa yg bz nau menaip tadi? dan2 iols lari tak cukup tanah kua dari opis.. bilik scary kt opis iols ni dekat je ngn tempat i..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-9-2016 12:12 PM | Show all posts
Edited by MizzNaza at 5-9-2016 01:59 PM

[sambungan Cerita 12]

Kak Ta cakap mula-mula diorang sampai on moving day tu budak-budak semua menjerit excited tengok rumah dan laman luas. Yelah budak-budak kan. Padang kat depan patio pon boleh buat main bola dah. Area kat belakang dapur pun luas dan bersempadan dengan kawasan berteluk sikit dengan hutan paya bakau. Memang banyak pon pokok besar2 di sekeliling pagar rumah tu.

Balkoni tingkat atas rumah pulak menghadap laut. Ada pagar kecil siap tangga untuk turun ke area pantai, macam ala-ala private beach gitu. Dan ada pokok besar jugak kat tepi tu. Kitorang memang biasa jugak la turun PD at least sekali sebulan. Memang acara wajib la buat BBQ, budak-budak semua lepas bebas berlari keliling rumah tu semua. Kak Ta sikit pun tak pernah bukak mulut perihal kejadian-kejadian yang pernah berlaku di sekitar rumah tu kat kitorang. Walhal kitorang siap pacak khemah lagi kot ada sekali tu buat family day dengan keluarga sanak saudara semua berkumpul. Memang meriah.

Ceritanya pada hari pindah masuk tu, diorang jumpa banyak jugak bekas kemenyan kat penjuru dinding rumah either kat luar dan juga dalam rumah. So tanyakan jugakla apa cerita sebenarnya. Ada apa jadi ke sebelum tu. Dengarnya family JD tuh dulu teruk jugak kena kacau. Tapi diorang dah pagar siap sebelum ketibaan family Kak Ta nih. Tu yang ada saki baki lagi peralatan nak pagar tu.

Oh ya, time mula-mula masuk tuh Kak Ta tengah sarat mengandung anak ke-5 dia. Jangkaan baby boy. Kenapa perlu disebut?

Sebab ada kaitan dengan kejadian-kejadian lepas tu...


[bersambung]
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2016 01:55 PM | Show all posts
MizzNaza replied at 5-9-2016 12:12 PM
[sambungan Cerita 12]

Kak Ta cakap mula-mula diorang sampai on moving day tu budak-budak semua me ...

Wallahhh...suspen aku menunggu sambungannya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2016 02:00 PM | Show all posts
hatikudus replied at 5-9-2016 01:55 PM
Wallahhh...suspen aku menunggu sambungannya

sambil nak ingat kejadian2 jugak nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2016 06:51 PM | Show all posts
[sambungan Cerita 12]

Sorry, aku tak berapa jelas sangat peristiwa yang berlaku awal-awal kemasukan diorang kat banglo rasmi tuh. Tapi Kak Ta tak lama lepas tu selamat lahirkan anak lelaki bongsunya di PD, dan pilih untuk berpantang di rumah tu saja. Sebab anak-anak lain bersekolah, malas nak tinggalkan diorang kalau balik pantang di kampung. Jadi macam biasa, Mummy memang akan turun jaga cucu tiapkali sesiapa dalam pantang.

Memang aku biasa dengar Mummy mengadu cucu yang sorang ni suka sangat berjaga malam. Kalau di letak dia menangis. Bila dipangku sibuk nak mengagah ajak orang berbual. Didodoi-dodoi dia lena kejap, tapi lena dalam pangkuan la. Bila letak dia kat tempat tidurnya mesti dia bangun menangis balik. Kadang tu sepanjang malam la dia berjaga, menangis. tunjuk perangai.

Bila dah habis pantang, Mummy aku balik kampung jelah. Sebulan sekali turun sana pulak jenguk cucu lepas tu langsung ke KL jenguk cucu-cucu lain pulak. Fast forward beberapa bulan kemudian, Kak Ta pon dah kembali bertugas ke sekolah macam biasa jadi si baby tu ditinggalkan dengan maid. Abang-abang dan kakak 3 orang yang lain semua bersekolah, dengan seorang kakaknya yang masa tu umur 3 tahun je yang duk di rumah 2 beradik dengan si baby bersama maid.

Nak dijadikan cerita, si maid duk di dapur bersiap-sedia nak masak makan tengahari. Yang si baby dan kakaknya pulak dia tinggalkan di living hall. Pintu berkatup, jendela je terbuka siap grill. Sesekali dia akan jenguk ke depan tengok-tengokkan dua beradik tuh, takut jugak kot kakaknya menyakat adik ke macam mana.

Sekali si baby menangis lapar. Jadi si maid datang ambil botol dekat ngan baby tu patah balik ke dapur nak buatkan susu. Dia tinggalkan si baby tu tergolek je meniarap kat tilam diorang bergolek adik beradik. Yang kakak elok je duk main sorang diri tak jauh dari si adiknya.

Bila maid tu dah siap buatkan susu dan pegi balik ke living hall untuk susukan baby, dia sangat terkejut sebab si baby takde di tempat yang ditinggalkan atas tilam tadi. Masa tu anak buah aku tu baru je pandai membalikkan tubuh, angkat tubuh pon tak boleh lagi. Kakak dia pon baru 3 tahun. Apa sangatlah dia tahu. memang cuak la si maidnya tuh mencari mana pulak si baby ni pergi. Cari kat celah-celah bawah kerusi kot dia dah pandai mengensot ke takde.

Sekali dia ternampak baby tu elok je atas sofa kat main hall. Main hall tu kira ruang pintu masuk utama la, Kak Ta taruk set kerusi meja jugak di situ. macam tempat rasmi la nak sambut guests ke apa. Kejadian ni berlaku tengahari dengan keadaan sunyi sepi cuma diorang bertiga je yang ada kat rumah time tuh.

Cepat-cepatlah maid tu dukung si baby dan si kakaknya tu pegi cek sekeliling isi rumah, kot ada pintu terbukak ke apa. Tapi takde. Dia pun memang tak buang masa la terus contact abang ipar aku dan Kak Ta bagitau apa dah jadi.

Diorang balik serta-merta ke rumah.

"...dah main kasar dah ni tuan!"

Jadi abang ipar aku pun mintak tolong orang-orang pejabat dia carikan orang yang boleh tolong tengokkan.

Rupanya anak buah aku tuh dah didukung oleh anak-anak bunian, jiran pagar sebelah rumah diorang. Memang nak diangkut nak bawak bermain bersama tapi dah terkejut nampak maid dah datang bawak botol susu so diorang tinggalkan kat atas sofa tu je tak sempat nak letak kat tempat asalnya.


Boleh?


[bersambung]

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2016 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
asyanina replied at 5-9-2016 09:03 AM
sbb iols pun dalam opis duduk hujung2, ada 1 haritu iols balik lambat, tak la lambat sgt pkul 5.30 ...

  nasib dia x tegur...klau x confirm pengsan  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2016 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
MizzNaza replied at 5-9-2016 06:51 PM
[sambungan Cerita 12]

Sorry, aku tak berapa jelas sangat peristiwa yang berlaku awal-awal kemasuk ...

Baik plk tu,letak blk...klau dia ambik terus bby tu,, aduhai.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2016 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
kupetik replied at 5-9-2016 10:22 PM
Baik plk tu,letak blk...klau dia ambik terus bby tu,, aduhai.....

Hehe baiklah sebab budak jah

Takpe nanti disambung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2016 11:10 AM | Show all posts
errr cepat sambung sis..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2016 01:54 PM | Show all posts
Sambung jangan tak sambung naaa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2016 05:00 PM | Show all posts
[sambungan Cerita 12]

Menurut pak ustaz yang tolong tengokkan rumah tu, diorang ni sebenarnya berjiran dengan perkampungan bunian di belah laman belakang rumah tu. kat area hutan bakau berteluk tuh. Dan adalah satu family ni ada 4 anak perempuan kecik-kecik suka sangat datang bermain masuk area rumah Kak Ta. Dari masa Kak Ta masuk pindah time mengandung tu lagi diorang tau nanti akan ada baby boy yang lahir. Diorang macam dah lama nak ada adik lelaki sendiri. Gituh.

Jadinya dipanggil la keluarga bunian tu datang, bagitau supaya jangan dikacau la diorang ni anak beranak. Boleh pulak diorang ni nak buat deal, nak pinjam anak buah aku tu let say dalam seminggu semalam dua gitu. Sebab anak-anak bunian dah jatuh sayang dengan baby boy ni jadi itulah permintaan diorang. Nak pinjam? Gila kakak aku nak bagi!

Pak Ustaz pon bagitau la..kau dengan alam kau, tak sama dengan manusia. Janji kau takleh pakai. Nak pinjam karang lain jadinya terus kau ambil tak dibagi balik naya la kat mak pak baby nih. Jadi tiadalah kata sepakat tentang hal itu, mintak maap mintak ampun permintaanmu tak dapat ditunaikan. Mustahil kot.

Tapi ia mendatangkan kesan emosi ke atas Kak Ta. Haruslah wei, anak kot. Alangkan mummy yang tentu nenek budak nih mintak nak bawak balik kampung pun dia berat nak bagi, ini nak dibagi pinjam kat orang lain takde suku sakat. Bunian pulak tuh. Lalu terkeluar jugaklah dari mulut Kak Ta sebab rasa geram dan marah sebab baby selalu menangis sepanjang masa. Dari dalam pantang lagi kot rupanya budak-budak bunian tu duk usik dan agah dia tu yang selalu buat pe'el tak mo tido la, ajak neneknya berjaga malam la. Bila kita dodoikan dia menangis, rupanya kena cubit kot sebab kakak-kakak bunian dia tak puas bermain lagi.

"yang budak-budak bunian ni pon tak reti ke anak orang nak tido!"

Mengundang sangat amarahnya itu. 3 malam wuo Kak Ta dapat akibatnya. 3 malam mak bunian turun padang pegi berdiri depan katil Kak Ta dengan muka garang mata merenung je Kak Ta tido. Dia buat Kak Ta terjaga kemudian kaku je tak boleh gerak, tak boleh bersuara panggil laki yang tido kat sebelah. Kak Ta cakap memula dia tido macam bermimpi dia nampak sesuatu yang bergerak menghala dari pintu pagar besar berjalan masuk ke dalam rumah until berdiri depan jasad dia yang sedang baring di katil.

Lepas tu diorang baru settle operasi memagar rumah tu sekali lagi. Dari situ la dapat tau sejarah JD yang sebelum ni lagi teruk dikerjakan diorang tuh semua. Wallahualam la gangguan macam-macam sangat dan dari segala jenis pesen. Lepas JD terdahulu tu pindah keluar baru diorang pagar elok-elok.

Rupanya lagi, area sekeliling rumah tu jugak tak berapa elok dan menakutkan. Kan kawasan berteluk macam tu jugak sebenarnya ialah kawasan pilihan bagi pengamal ilmu untuk pergi buang benda-benda jadian tuh semua. Segala langsuir ponti bergentayangan jah kat situ malam-malam, yang kitorang ni elok je duk lepak kat balkoni ambil angin malam dari laut depan mata feeling dia. Padahal benda tuh semua kemain duk terbang melintas-lintas tapi sebab dah terpagar so takleh nak masuk. Yang mengerikan jugak tangga kecil dari private beach tu pun ialah tempat buaya merayap. Wallahualam la, buaya betul ke buaya jadian hantu raya ke. Hooiii laa menakutkan!

Lepas dah dipagar pun, gangguan makin kuat. Bukan daripada set puaka yang terbang tuh semua, tapi dari bunian tu. tak abis-abis sakit hati tersentap tak bagi pinjam anak kita kot.

[bersambung]
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2016 05:50 PM | Show all posts
Edited by hatikudus at 6-9-2016 05:52 PM
MizzNaza replied at 6-9-2016 05:00 PM
[sambungan Cerita 12]

Menurut pak ustaz yang tolong tengokkan rumah tu, diorang ni sebenarnya ber ...

Hmmm ni jenis bunian ketegaq kot...tak reti bahasa org taknak bagi. Klu dia syg anak2 dia, mesti dia fhm mcm mana kita pun syg anak2 kita tak memasal nak bg pinjam2 plak...huihhh

Ehemmm...ada masa smbg lagi ye tuan tanah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2016 07:12 PM | Show all posts
hatikudus replied at 6-9-2016 05:50 PM
Hmmm ni jenis bunian ketegaq kot...tak reti bahasa org taknak bagi. Klu dia syg anak2 dia, mesti d ...

sebab dia sayang anak2 dia la tuh nak buat deal tak masuk dek akal sebegitu
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2016 12:49 PM | Show all posts
MizzNaza replied at 6-9-2016 07:12 PM
sebab dia sayang anak2 dia la tuh nak buat deal tak masuk dek akal sebegitu

Anak dia org taknak pinjam...marah ler tuh
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2016 01:23 PM | Show all posts
MizzNaza replied at 6-9-2016 05:00 PM
[sambungan Cerita 12]

Menurut pak ustaz yang tolong tengokkan rumah tu, diorang ni sebenarnya ber ...

ehhh.. suke suki je nak marah org xnak bagi pinjam anak ke die.
anak kot, mmg la x boleh
suh die beranak lagi smpi dpt boy la.. haih. mcm2 perangai makhluk nie
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2016 01:35 PM | Show all posts

best cerita mu mek 3 hari aku nak khatam setelah merempit thread @9teen
dulu selalu berkuntum baca thread dammerung je, pastu kena tipu baca thread cik es hahaha
dah lama sangat aku duk lost kad bod kenamaan je kekdohnye

mek rumah you kat hospital tu husm ke hrpz?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2016 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kancilku_biru at 7-9-2016 03:45 PM

Kat area mana ye kuarters DO kat pd tu... Ada sesape tau?? Bukan apa just nak membygkan je location ngan environment mcm tt citer tu. Nanti pegi pd boleh rece2...

Lagi pon i suka tgk banglo kuarters lama kerajaan especially yg ada halaman yg luas dan dikelilingi oleh pokok2 besar.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2016 04:32 PM | Show all posts
MizzNaza replied at 6-9-2016 04:00 PM
[sambungan Cerita 12]

Menurut pak ustaz yang tolong tengokkan rumah tu, diorang ni sebenarnya ber ...

baca kisah yang ni teringat kisah ahmad albab
p ramlee bawa anak keciknya bermain dgn anak jin sebab dah buat perjanjian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2016 12:32 PM | Show all posts
hatikudus replied at 7-9-2016 12:49 PM
Anak dia org taknak pinjam...marah ler tuh

anak pon masuk rumah orang tak reti bagi salam!
adab tau adab?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2016 12:33 PM | Show all posts
farihada replied at 7-9-2016 01:23 PM
ehhh.. suke suki je nak marah org xnak bagi pinjam anak ke die.
anak kot, mmg la x boleh
suh die ...

sebab dah sound macam tu lah yang mak dia emo turun berdiri cekak pinggang depan katil orang tuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 12:50 AM GMT+8 , Processed in 0.070436 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list