CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: 9teen

Siapa Shark, BF Aku Ni? & Kisah Kisah Lain (PENERANGAN : #726 - 19/11)

  [Copy link]
Post time 19-7-2016 04:58 PM | Show all posts
NEXT please......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-7-2016 06:56 PM | Show all posts
Tak sangka rupa rupanya ada jugak yang baca pengalaman yang aku share dekat sini ya? Terima kasihlah sebab sudi baca cerita aku yang tak pasti seram tak seram ni...

Nak kata berani tu takdelah berani sangat aku ni. Bak kata orang ramai, nak hidup, kenalah tabah kan?

Pengalaman pengalaman yang aku share ni mostly tentang Shark (watak utama), bestfriend yang aku kenal sejak aku masuk sekolah asrama.

Orang pendiam ni kalau jumpa suis yang betul, dia akan mula membuka hatinya untuk menerima apa apa pun. Hahahahah!

------------------------------------------

CERITA KEDUA - GAMELAN

Macam yang aku ceritakan sebelum ni, lepas dari abang Badan Dakwah (kat sini orang panggil BADAR) kejut kitorang Subuh, maka muncul lah spekulasi yang bukan bukan tentang aku dengan Shark.

Tak pastilah siapa yang bukak cerita. Suwei betul sebab hari kedua orientasi, adalah mata mata yang memandang. Tapi nak buat macam mana, sebab aku ni memang jenis pendiam & si Shark ni pulak jenis yang memang talkative. So, macam tak ada apa apalah sangat. Kitorang buat bodoh je, macam tak ada apa apa yang berlaku.

Si Shark ni asyik nak pot pet pot pet. Serius tak reti nak senyap. Even time orang tengah bercakap kat depan pun, dia boleh lagi nak ajak aku sembang ( ajak aku dengar dia membebel)

Macam biasa sesi orientasi ni nak perkenalkan orang tu orang ni, jawatan tu jawatan ni, kuasa tu kuasa ni. Icebreaking, games, ceramah, lawatan, bla bla. Semua orang sedia maklum sesi orientasi ni macam mana kan?

To make it short, salah satunya adalah lawatan untuk memperkenalkan student dengan kawasan sekolah. Antara tempat yang kitorang lawat Dewan Makan (DM), asrama (lalu luar je), kelas kelas akademik, court bola tampar, court futsal, court bola jaring, padang, makmal, cafeteria dan bilik persembahan & kesenian.

Bilik persembahan & kesenian (aku main bubuh je sebab tak ingat nama bilik ni apa) ni atas cafeteria & koperasi. Agak sunyi sikit. Ada beberapa bilik dekat aras atas cafeteria ni.

Kalau naik dari tangga, akan jumpa satu ruang macam ruang tamu dulu. Sebelah depan dia ada sliding door boleh bukak dan tutup untuk tengok pemandangan blok asrama perempuan.

Dari ruang yang macam ruang tamu yang kosong tu, boleh nampak bilik bilik. Salah satu bilik tu lah bilik persembahan & kesenian.

Dalam bilik persembahan & kesenian tu macam macam props & alat muzik ada. Salah satu yang menarik perhatian aku - Gamelan!

Aku memang suka gamelan ni sebab orang yang pendiam macam aku (tak pastilah kalau orang pendiam lain) suka dengar muzik muzik ni sorang sorang. Muzik gamelan bagi aku menenangkan.

Lepas sesi lawatan & solat Asar, kitorang dilepaskan sekejap masuk bilik masing masing. Untuk berehat & tukar pakaian sukan untuk riadah belah petang.

Tak tahu macam mana lepas aku siap tukar baju sukan, aku boleh tertidur. Lagipun time tu tak ada Shark yang talkative. Doeh & Panjang pun tak nampak batang hidung diorang.

Dalam mimpi aku, suasana keliling rasa redup je. Aku nampak ada sorang perempuan. Aku yakin dia perempuan yang aku nampak dengan Shark semalam sebab baju dia warna merah. Cuma, tak ada bakul anyam atau kendong apa apa.

Aku memang tak dapat nampak muka atau rambut dia sebab diselindungkan. Lagipun aku pandang dari sisi dia. So, cuma boleh nampak tangan kanan dia tunjuk ke arah tanah depan aku. Tangan kiri dia pulak macam cuba pegang kain yang selindungkan muka dia.

So aku melangkah step by step. Takut, but aku rasa dia tak ada niat apa apa pun pada aku. Aku cuba tengok benda apa yang ada dalam kawasan tanah yang digali tu.

Aku nampak 2 gamelan yang berbungkus kain kuning. Betul betul dalam kawasan tanah yang digali. Tak pasti pulak siapa yang menggali.

Perempuan baju merah tu tak cakap apa apa. Dia cuma tunjuk pada gamelan tu. Aku tak tahu nak buat apa. Gamelan tu memang cantik. Ada jugak rasa nak ambik, tapi mana boleh suka suka hati ambik. Bukan aku punya pun. Lagipun my mum kata, tak elok ambik apa apa yang bukan hak milik kita, hatta yang ditinggalkan kat tengah jalan sekalipun.

Then, aku terjaga sendiri. Aku dengar sayup sayup dekat telinga macam ada orang berbisik, "Kami nak bagi. Kenapa tak mahu?"

Cepat cepat aku bangun dan keluar dari bilik. Tak ada siapa pun yang ada dalam bilik. Suara siapa yang cakap bisik bisik petang petang macam ni?

Rasa pening pening lepas Subuh tadi rasa macam nak datang balik. Rasa pening pening, panas & tak selesa macam nak demam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
9teen replied at 19-7-2016 06:56 PM
Tak sangka rupa rupanya ada jugak yang baca pengalaman yang aku share dekat sini ya? Terima kasihlah ...

Alamak..ini betul2 seram...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2016 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
jojie replied at 19-7-2016 10:38 AM
hihihi tido sekatil tu yg tak tahan tu..

Tahu takpe...

Entah siapa yang bukak cerita. Abis start hari tu, orang speku yang bukan bukan tentang aku dan Shark yang talkative.     
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2016 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
ffawwaz replied at 19-7-2016 11:52 AM
kann..skola sy dlu harus bising budak2 biro kerohanian kalau tidur sekatil..

Tak kena bising, cuma kena speku    
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2016 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 19-7-2016 01:50 PM
sambung dek, tengok tajuk dan post#1 macam bersiri cita ko kan.

akak bagi A.

Amboi bagi A ya? Segan pulak. Entah seram entahkan, tidak...    
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-7-2016 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Cik_Andak replied at 19-7-2016 04:58 PM
NEXT please......

Dah update dah @Cik_Andak

Mohon ke #22 ya?    
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
9teen replied at 19-7-2016 05:56 PM
Tak sangka rupa rupanya ada jugak yang baca pengalaman yang aku share dekat sini ya? Terima kasihlah ...

Menarik citer yg ni. Misteri pompuan bajubmerah tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2016 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak  lagi tt.. I sabar mnunggu
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
ok smbg lagi tt..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
best tt ..mohon terus update bila kelapangan..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Menarik. Sambung lagi pls. Mesti subjek BM ko dapat A sejak dari dalam perut kan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2016 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
daiman replied at 19-7-2016 11:15 PM
Menarik. Sambung lagi pls. Mesti subjek BM ko dapat A sejak dari dalam perut kan..

Erk?

@daiman belum jumpa dengan Shark lagi.
Kalau aku yang pendiam ni dapat A, mahu si Shark tu dapat AAA   
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
9teen replied at 19-7-2016 07:19 PM
Amboi bagi A ya? Segan pulak. Entah seram entahkan, tidak...

Skala seram ke berapa pun takpa, yg penting unsur mistik tu ada.

Ayat ko tersusun, taip penuh, pandai ko mengarang ek.

Sila karang lagi     
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Dan cerita ko ni dah berapa tahun berlalu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2016 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 19-7-2016 11:26 PM
Dan cerita ko ni dah berapa tahun berlalu?


@doubleA

Mohon tengok nick ya?

Muda remaja lagi. 9teen. Tak lama mana pun pengalaman pengalaman ni    
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-7-2016 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by 9teen at 19-7-2016 11:36 PM
doubleA replied at 19-7-2016 11:25 PM
Skala seram ke berapa pun takpa, yg penting unsur mistik tu ada.

Ayat ko tersusun, taip penuh, ...


@doubleA

Eventhough tak lah lama mana berlalu, daya ingatan ni pun kadang tak berapa nak ingat. So haruslah, time ingat tu diconteng dulu. Lepas conteng dekat Notes, aku conteng dekat sini pulak. Kalau conteng dekat Notes je, mana lah boleh korang nak baca sama kan?

Kalau lama menyepi tu, maaflah ye?
Terima kasih pada Cikgu Cikgu yang sudi merotan aku time sekolah dulu. Hasilnya, aku dapat menconteng di sini dengan baik (baik ke?) Hahaha!    
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
9teen replied at 19-7-2016 11:29 PM
@doubleA

Mohon tengok nick ya?

Agak dah umo ko sama dgn id porem ko, tapi mana nak tau register porem dah bertahun tapi baru muncul ke, tu hakak tak cek dek  

Kipidap writing in a good sentence, tak memutar mata nak baca
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
go go TT,sambung..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2016 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 19-7-2016 11:44 PM
Agak dah umo ko sama dgn id porem ko, tapi mana nak tau register porem dah bertahun tapi baru munc ...

@doubleA

Insya-ALLAH. Terima kasih sudi baca pengalaman yang dishare dekat sini  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.060435 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list