CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: 9teen

Siapa Shark, BF Aku Ni? & Kisah Kisah Lain (PENERANGAN : #726 - 19/11)

  [Copy link]
Post time 5-8-2016 08:18 AM | Show all posts
@9teen..

Kalu aku, aku tak dpt maafkan org2 mcm tu.. lagi2 yg perilaku sumbang ni cz dia akan effect kau seumur hidup kot.. Tak pasal2 ko akan suka lelaki nnt.. Mmg KURANG AJAR sgt makhluk 2org tu. Siap nak amik aksesori bagai..otak dia la.. Bengang lak aku. Tak sgka kehidupan di ASPURA mcm tu ye..sedihnyaaa.. Risau anak2 laki kita yg sopan baik mcm ko..bertukar gaya hidup pasal hal2 mcm ni je..

Apa pun..Shark mmg kwn yg bagus..setakat aku baca smpai epi.22 ni la.. Appreciate it k..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2016 10:02 AM | Show all posts
mmg keji sgt mangkuk hayun 2 ekor tu

mentang2 junior boleh nk buat sukahati

buli2 lain tu biasa la kot adat dok asrama

tp buli & paksa buat benda keji mmg takleh terima dek akal

syukur la ko selamat ..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 11:56 AM | Show all posts
9teen replied at 4-8-2016 06:29 PM
CERITA DUA PULUH DUA : DUGAAN

Semalam aku janji nak cerita kenapa aku sangat sangat sangat anti d ...

serious rasa kesian sangat pada yg kena abuse begini..
untung ko dek dapat escape, yg tak dapat nak escape?
adehh tak pat nak imejin ape lah keji sangat perangai some dak lelaki yg dok asrama ni

pengalaman 3 taun dok asrama. sesungguhnya itulah pengalaman paling tak best dalam idup.
sejak grup wasap wujud ni, kawan2 lama pakat nak jejak kasih. jujurnya sorry wa tak minat
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Citer nk menganu tu lg ngeri dr citer pocong atau langsir atau ape sahaja. Kesiannye dak asrama ni ye... Camne nk kawal mende gini ek? Tt ade report kt cikgu atau warden tak? Err tp boleh ke nk report klu kes gini?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2016 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
CERITA DUA PULUH TIGA - CERITA SENIOR

Sebenarnya dalam hidup ni, kadang mulut kata lain, tapi hati kata lain. Rasanya semua orang pun macam tu. Even aku dah mintak senior 2 ekor tu belanja aku konon konon untuk lupakan benda yang diorang buat pada aku, sampai sekarang masih ada efek sikit sikit pada aku. Ada sikit rasa insecure.

Bila ada masa teringat balik benda benda tu, memang aku salahkan diri sendiri. Bila aku ingat balik idea aku suruh diorang belanja masa diorang nak SPM tu, aku rasa macam seolah olah aku iyakan yang aku tak kisah nak buat apa apa pun, as long as aku dibayar. Macam prostitute kan?

Aku paling takut dengan Vampire Syndrome, alah yang kalau sorang manusia kena kokak dengan vampire, tup tup manusia tu pun akan jadi vampire jugak. Kenapa aku takut? Sebab orang cakap mangsa abuse akan jadi abuser kan? Means aku takut sebab aku pernah hampir kena sesuatu dengan senior senior lelaki aku, so aku mungkin akan buat benda yang sama pada junior junior lelaki aku nanti. Aku paling takut kalau the evil me tu keluar tunjuk rupa.

Memang masa aku jumpa Shark & cerita pada roommate aku apa yang jadi tu, aku tak menangis. Aku cuma nak luahkan je. Aku tak pasti sama ada Doeh & Panjang faham apa yang aku sampaikan sebab aku cakap gila cepat masa tu. Just untuk clarify & rasionalkan kenapa aku berpakaian macam tu. Aku rasa masa Form 1, budak budak batch yang aku percaya gila cuma 3 roommates aku ni lah. Kawan kawan lain pulak biasa biasa je sebab aku mana ada ramai kawan.

Sekarang baru aku dapat belajar seni mempertahankan diri sebab aku fikir ada eloknya untuk aku ada keupayaan nak pertahankan diri. Nak nak pulak sekarang dah masuk U. Okay kita kembali pada cerita kali ni erk?

--------------------------------------------

Aku mintak Shark tolong hantar aku pergi sickbay. Masa aku nampak senior 2 ekor tu, aku cepat cepat menyorok belakang Shark.

"Eh, kau ada dekat sini? Tak sihat ke?"

"Aah. Ice demam"

"Oh. Tidur sini lah erk malam ni?"

Aku tak faham kenapa bab bab tidur kat mana pun nak jadi bahan bualan masa tu. Leader Senior Form 5 dengan kawan dia yang angkut aku sebelumnya tu rupanya datang sickbay nak ambik ubat dari first aid kit. Maybe ubat dalam first aid kit dekat blok diorang dah habis kot? Then, masa diorang belah tu, aku nampak diorang buat sign senyap atau nahas. Means sorang buat sign tutup mulut. Yang sorang buat sign potong leher tu.

Masuk je sickbay lelaki, Shark on suis kipas. Aku terus pergi dekat katil. Rebahkan badan. Baring mengiring. Ambik selimut. Tutup satu badan. Bantal aku dirikan. Kepala sandar kat bantal. Bala sebab bertembung dengan 2 senior mangkuk hayun tu.

"Aku belah dulu erk, Ice?"
"Shark, kau teman aku boleh?"
"No probs..."

Si Shark ni pergi dekat tingkap tingkap, tarik langsir. Kasi tutup semua. Then pergi dekat pintu, kunci.

Aku dah terjaga semula. Selimut aku tutup dari paras dada ke bawah. Oh shit! Kenapa nak tutup tutup langsir. Tangan time tu memang pegang ketat ketat selimut. Menyesal pulak mintak si Shark ni temankan aku.

"Wei! Apsal muka pucat je tu!"
"Aku takutlah...Bukak langsir tu sikit, boleh?"

Shark ni dah sengih sengih. Senyum gedik aku panggil.

"Kalau aku nak, dah lama aku dapat. Masa mula mula kenal kau, aku dah rasmi dulu" Shark senyum.

"Tapi, kau tidur dekat katil sebelah taw?"

Aku just nak kepastian. Plus, aku masih dalam fasa fasa nak move on dari benda yang baru jadi. Even Abang Aan pun aku mengelak dari jumpa sebab time tu macam ada sikit curiga pada senior senior. Aku cuma percaya junior & roomate roomate aku je.

Kat sickbay tu, kalau Shark tiba tiba peluk aku, maybe tindakan refleks aku masa tu cuma tolak, tepis & tendang dekat main point dia.

Then, si Shark ni baring dekat katil sebelah. Aku yang tengah tidur mengiring tu pusingkan badan. Sebab tadi bahagian belakang aku menghadap Shark. So aku pusing, so that bahagian depan aku menghadap Shark berdepan. Lebih aman macam tu.

At least kalau tiba tiba Shark ni plan nak buat apa apa. Aku boleh shield apa yang patut dulu.

"Ice, kau nak tak dengar cerita? Aku dengar cerita ni dari senior senior"

"Ikut suka hati kau lah, Shark..."

Aku malas nak layan. So, aku suruh je lah dia cerita apa yang dia nak. Then si Shark ni bukak cerita.

CERITA DARI SENIOR 1
-----------------------

Ada senior cerita dekat Shark. Benda ni berlaku tak tentu masa. Tak kisahlah kalau jumlah genap atau ganjil sekalipun, kalau nak jadi, mesti dia jadi. Nak nak kalau banyak ruang kosong. Benda ni diorang cerita pun sebab dah kena sendiri. Siap nasihat jangan cabul mulut.

Satu bilik ada 4 orang. Satu masa ni, senior senior ni cuma tinggal bertiga je dekat bilik. So diorang join kawan kawan diorang yang tengah main kad pakau (poker) dekat bilik pantry. Semua sekali ber-7 orang.

Bilik pantry ni dekat hujung, betul betul berdepan dengan tangga belakang aras atas blok. Sekeliling blok memang ada ruang dekat belah luar untuk lalu. Means kalau kau terkunci bilik, kau masih boleh masuk ikut bilik jiran, then keluar ikut tingkap dan jalan atas ruang yang ada dan masuk bilik kau ikut tingkap macam agent perisik tu.

Hujung minggu kan? So berseronok seronoklah. Hisap rokok sambil main kad pakau. Borak borak. Gelak gelak. Minum air tin yang baru beli masa outing tadi petang lepas sembahyang Jumaat.

"Wei, cepatlah CONG kad tu!"
"Lembaplah kau ni macam POCONG!"
"Ye lah, aku CONG lah kad ni. CONG! CONG! CONG! Macam POCONG betul lah korang ni!"
"Hahahahaahhahahaha..."

Tak lama lepas diorang dapat kad masing masing tu. Lampu bilik Pantry dan ruang lalu lalang aras atas tu mati sendiri.

"Eh, sial betullah! POCONG mana buat kerja ni!"

Then, lampu hidup balik. Mata masing masing memang niat nak fokus pada kad pakau diorang tapi lebih tertarik nak pandang pada tingkap bilik Pantry.

Peluh dah menitik. Masing masing dah diam. Yang tadi kecoh dah jadi macam tanah kubur.

Bertempiaran lari masing masing masuk salah satu bilik diorang. Masuk je bilik, terus kunci pintu. Masing masing bawak turun tilam. Letak atas lantai. Tarik selimut selubung ramai ramai. 7 orang tidur satu bilik.

Kat luar bilik, Cik Pocong tu main langgar langgar pintu nak masuk. Memang nampak jelas kain berbonjot bonjot langgar langgar pintu nak masuk. Time tu pintu pintu bilik asrama memang jenis yang bingkainya ada cermin petak dekat bahagian atas untuk mudahkan warden buat inspection dari luar bilik je.

Kus semangat kalau kena kat diri sendiri!


CERITA DARI SENIOR 2
-------------------------

Shark cerita benda ni jadi dekat salah satu blok asrama lelaki. Kat blok ni je yang ada kolah air. Blok lain takde kolah air. Pakai shower. Aku tahu sebab pernah masuk blok ni dan ada kenangan yang tak best dalam blok ni sebelum aku demam tu.

Ceritanya macam ni. Pada satu pagi yang tenang tenang yang disangka takde puaka tu, sorang senior lelaki ni plan nak mandi hadas besar selepas menjalani upacara bersendirian malam tadi. Faham faham sendirilah erk dia buat apa malam tu?

Masa dia mandi tu, dia nampak kawan dia tengah mandi dekat kolah tu. Dah namanya senior, nak nak pulak jenis yang macam roommate aku si Panjang tu, selamba badaklah dia bogel kat tempat kejadian. Nak malu apa? Sama sama lelaki kononnya.

Time dia tengah tengah mandi tu, nak dipendekkan cerita, sabun dia terjatuh dan tergelincir terus dekat kawan dia yang sorang lagi tu.

So dia pun geraklah makin dekat & tunduk nak ambik sabun. Time dia tunduk nak ambik sabun, baru dia perasan yang kawan dia tu cuma dari paras pinggang ke atas saja. Means takde kaki.

Dia tak perasan langsung sepanjang dia mandi tu kawan dia tu takde kaki sebab terselindung di sebalik kolah air. So, dia capai tuala dan belah terus dengan badan yang masih bersabun tu. Tak ada selera dah nak mandi.

Time dia nak jalan pi bilik dia, dia dengar suara orang gelak puas hati dapat sakat orang. Sampai bilik terus pakai kain sarung, tidur. Menggigil. Esoknya demam.

"Ni dah kenapa pulak kau nak gabung gabung katil?"
"Seramlah...Kau tidur katil kau. Aku tidur katil aku. Cuma dekatkan je"
"Hahahhaahaa..." Gelak si Shark


P/S : Terus terang, masa Form 1 tu memang aku kerap sakit sakit. Sikit sikit demam. Sikit sikit pengsan. Even terlanggar tong sampah, pun boleh pengsan. Kalau ada award, Anugerah Pelajar Sakit Memanjang mesti aku akan dapat tepukan yang gemuruh sama naik macam budak budak yang dapat pointer 3.50 ke atas tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 04:37 PM | Show all posts
9teen replied at 5-8-2016 04:04 PM
CERITA DUA PULUH TIGA - CERITA SENIOR

Sebenarnya dalam hidup ni, kadang mulut kata lain, tapi hat ...

hihih..saboo jela tpuk tangan bdak dapat APP..btw..sekola aku pun sama je dik..senior2 bila bau2 je konon2 junior ada skandal, terus panggil n belasah..
masa aku form 2,ak kena juga belasah sbb rapat sangat ngan sorang bdak batch aku..kena tampar, terajang..
lepas tu suruh ktorg solat taubat bagai..mcm haram je rasa..masa tu mmang rasa betul2 tsisih..
batch form 5 tu majoriti pandang serong kt aku ngan kawan..last2 aku dgn mamat tu terus xbertegur, n dia pindah sekola sebelum hujung thun..

bila dah nak spm..celaka2 yg memukul ni mula la buat "Liqa' " @ perjumpaan kt surau..mintak maaf dekat satu2 batch..
aku punya plastik masa tu..angguk n xcakap apa pon..dalam hati "mampos la kau nanti dah kawen, merasa la anak kau jdi kelempok, kna pkul kt asrama sbb org tuduh ada skandal"..huuu...punya la dendam ,,
lagi best, bila aku masuk tahun 1 kt UM, dorang2 ni jdi senior jugak kt UM..pling xtahan boleh kita lalu sebelah beri salam dia xknal..
ciss..walhal dulu muka aku ni yg ko tampo,tumbuk..badan ni yg ko terajang..
hangin je aku.. ~sori o.t banyak..ni betul2 mngimbau kenangan aspura ni..huu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2016 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa shark taknak tido katil dia sendiri? Dia takut ke? Ada apa2 ke kat katil dia??

Sian aku baca pengalaman tak best ko kat hostel ni. Patutnya bangga kot dapat masuk asrama penuh. Aku siap terbayang ko menangis2 merayu mintak dilepaskan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Even baca siang2 pon seram... Bile la asben aku nak balik kje ni.,. Huhu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2016 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
9teen replied at 5-8-2016 03:04 PM
CERITA DUA PULUH TIGA - CERITA SENIOR

Sebenarnya dalam hidup ni, kadang mulut kata lain, tapi hat ...

Yang nampak badan separuh tu seram  
Yang psl pocong tu..org kata jgn panggil atau seru..kang tercongok depan mata

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2016 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by 9teen at 5-8-2016 07:23 PM

@ffawwaz  Eh APP tu apa erk?  

Aku tak kisah sangat kalau kena lempang, tumbuk dengan tendang tu @ffawwaz sebab even luka pun satu masa akan hilang jugak. Cuma bila sampai part nak mencuba rasa junior diorang sendiri tu yang buat aku rasa macam dah hilang maruah. Memang takkan lupa sampai bila bila sebab ada masa dia macam flashback sendiri.

@F8_girl, @rosa_canina, @bottombikini, @mienina, @kancilku_biru, @lady_bonia, @Ipo

Maaf kalau Cerita 22 : Dugaan (#373) yang aku ceritakan buat korang hangin satu badan. Kalau baca je pun dah hangin nak mengamuk. Agak agak boleh paham kot apa perasaan aku masa tu?

Tapi kan, aku rasa aku kuat jugak time tu sebab aku langsung tak inform parents aku ngan kakak kakak aku (But akhirnya diorang tahu jugak)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2016 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 5-8-2016 05:58 PM
Yang nampak badan separuh tu seram   
Yang psl pocong tu..org kata jgn panggil atau seru..k ...

Memang spesies ni rasanya dia macam agak mencari publisiti sikit Kak oi!    
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
9teen replied at 5-8-2016 07:19 PM
@ffawwaz  Eh APP tu apa erk?  

Aku tak kisah sangat kalau kena lempang, tumbuk dengan tendang tu  ...

Bestnya baca cerita2 dlm sini. Terima kasih sudi share smua kixah2 tu. Kak mmg peminat cerita seram  .

Kesian awak dik. Kak dpt bayangkan betapa  traumanya adik dengan sikap si keji berdua tu..pandai juga mereka minta maaf ya?

Shark tu tau ke tak dia ada saka?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2016 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
unoryah replied at 5-8-2016 10:23 PM
Bestnya baca cerita2 dlm sini. Terima kasih sudi share smua kixah2 tu. Kak mmg peminat cerita sera ...

Terima kasih kak Unoryah sebab sudi baca Cerita 1 sampai Cerita 22 (tolak Cerita 4 & Cerita 13 yang sememangnya tak ada dalam ni)

Aku sekadar mengupdate je kak. Kalau ada yang tak seram tu, maybe aura keseramannya tu rendah. Atau cuma seram pada aku je masa tu. Benda benda ni pun jadi masa sekolah menengah, sekarang baru je masuk U ni.

Benda benda ni memang orang kadang tak perasan. Konsep dia kat sini, Induk tu memang tak tahu menahu tentang bawaan dia tu. Turun pun bukan kehendak dia. Turun secara songsang sebab pewaris sepatutnya perempuan, tapi entah macam mana boleh songsang jatuh ke lelaki.

Siapa kah induknya? Shark ke? Siapa?
Btw, siapa pulak yang ambil gamelan (simbolik bawaan) satu lagi tu?       
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2016 12:33 AM | Show all posts
Kat bawah ni aku senaraikan 23 cerita setakat ni, yang seram & misteri & seram seram kuku jugak (Just in case korang tak bukak yang Only For Author tu)

● Cerita 1 : Intro - Perempuan Baju Merah (#1 - Page 1)

● Cerita 2 : Gamelan (#22 - Page 2)

● Cerita 3 : Malam Burung Hantu (#64 - Page 4)

● Cerita 5 : Bantal Golek (#77 - Page 4)

● Cerita 6 : Jangan Gantung (#88 - Page 5)

● Cerita 7 : Sickbay (#104 - Page 6)

● Cerita 8 : Kembar (#119 - Page 6)

● Cerita 9 : Surau (#139 - Page 7)

● Cerita 10 : Sakat (#167 - Page 9)

● Cerita 11 : Ampaian (#214 - Page 11)

● Cerita 12 : Bawa Balik (#216 - Page 11)

● Cerita 14 : Tumpang (#249 - Page 13)

● Cerita 15 : Temurun (#277 - Page 14)

● Cerita 16 : Padang (#282 - Page 15)

● Cerita 17 : Dewan Makan (DM) (#317 - Page 16)

● Cerita 18 : Berbual (#326 - Page 17)

● Cerita 19 : Cuci (#328 - Page 17)

● Cerita 20 : Usaha (#343 - Page 18)

● Cerita 21 : Pada Siapa (#355 - Page 18)

● Cerita 22 : Dugaan (#373 - Page 19)

● Cerita 23 : Cerita Senior (#385 - Page 20)

P/S : Insya-ALLAH semoga apa yang aku stori mori dekat sini bagi pengajaran sikit sebanyak dekat kita semua. Manusia memang kena berpesan satu sama lain kan?
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2016 06:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Kuat semangat tt... Kadang2 pengalaman pahit ni mengajar kita jd lebih kuat... Cerita lg ek? Tq
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2016 11:33 AM | Show all posts
TT ..... Cerita menarik....macam baca novel pun ada....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2016 12:50 PM | Show all posts
salah satu sebab nape tak nak masuk asrama dulu   
kalau jadi kat aku, mau aku nangis tak nak duduk asrama dah. kira ko kuat la jgk even kena macam2.


kakak2 dulu pun asrama gak. masa balik cuti je mesti macam2 citer dengar dari dorang. tapi pasal kes buli tu seriously aku baca pun memang tak puas hati. gila ke hape dorang?
nak je aku tumbuk2 dorang kalau boleh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2016 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
adzyla replied at 6-8-2016 11:33 AM
TT ..... Cerita menarik....macam baca novel pun ada....

Macam baca novel?  

Maybe sebab cara olahan aku kot?
Aku lebih suka cerita cerita aku diceritakan macam ni.
Terima kasih sudi baca even kadang tak seram.  

Dialog dialog dalam ni bukan sebijik sebijik macam yang berlaku. Means takdelah Tok Rom & family & kawan kawan aku cakap macam tu. Aku dah olah based on point penting dialog diorang tu yang aku dengar & yang diceritakan pada aku.

Kalau nak taip cerita cerita pengalaman ni based on ingatan semata mata, rasanya walaupun pengalaman tu dah jadi 1-2 tahun lepas pun orang dah tak ingat, ni pulak benda jadi dalam 5-6 tahun lepas.

Aku taip based on ingatan aku pada certain certain kejadian & catatan yang aku tulis pada diari - satu habit yang menurun pada aku dari kakak aku.      
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2016 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
CERITA DUA PULUH EMPAT - BILIK GURU

Cerita ni aku dapat dari Abang Aan jugak. Anggaplah macam selingan ya?

Aku suka cara cerita macam ni. Sebab benda benda alien tak keluar hari hari mengganggu manusia. Kalau hari hari keluar, macam makan nasi jugak, lama lama orang tak takut & dah biasa. Jemu lagi! Siap nak makan lain.

Please jangan expect setiap cerita yang aku kongsi akan jadi seram sebab keseramannya mungkin pada pihak aku sorang pada masa tu. Kalau jadi cerita lawak, boleh buat korang terkekek kekek sorang diri pun dah okey bagi aku. At least, bermanfaat. Tak semua update aku akan ada hantu keluar tunjuk muka.

Benda ni jadi masa Abang Aan & budak budak batch dia Tingkatan 3. Means setahun sebelum aku masuk sekolah asrama penuh ni.

Masa tu Tingkatan 3 ada kerja kursus. Antara kerja kursus yang menyerabutkan otak diorang adalah kerja kursus Geografi sebab selalu sangat kena reject oleh cikgu cikgu Geografi yang memang dah terkenal agak cerewet dan nak pastikan diorang dapat yang terbaik untuk kerja kursus diorang. Siap ada yang draf kerja kursusnya kena baling dari tingkap kelas ke bawah.

Diorang kena preparekan draf kerja kursus dulu. Kalau dah lulus semua. Baru diorang kena proceed dengan yang betul betul nak submit untuk pemarkahan bagi PMR punya. So, memang ramailah yang kena reject sebab kebanyakannya buat kerja last minute & tak lengkap.

Masa tu nak dapatkan laptop memang susah. Even bawak phone pun sorok sorok. Abang Aan time tu bawak Phone Express Music je sebab paling slim & nipis, mudah nak masukkan dekat lubang kaki katil.

Paling rajin pun budak budak ni guna komputer dekat lab komputer dan library yang kadang penuh dengan student nak guna internet atau yang siapkan kerja. Tak termasuk yang ada ancaman virus lagi.

So disebabkan nak siapkan kerja punya pasal, satu group budak budak Form 3 lelaki ni dah nekad nak pecah masuk Bilik Komputer yang dekat ground floor Bangunan Akademik dan Bilik Guru yang dekat aras 2 Bangunan Akademik.

Budak budak yang nak masuk Bilik Komputer memang dah plan lama dah. Bilik Komputer ni berdepan dengan Dewan Besar. Laluannya memang agak gelap sikit. Tingkap Bilik Komputer ni jenis yang ada selak tu.

Agak agak paham tak? Bukan tingkap nako taw? Ni tingkap sebijik sebijik yang ada selak tu?

Ada yang dah ditugaskan untuk berlakon acah acah guna Bilik Komputer waktu tengah ramai orang dan buat mission impossible untuk make sure selak tingkap tingkap tak berkunci dari dalam. So, diorang dapat beraksi masuk ikut tingkap dengan jayanya satu malam tu nanti.

Kiranya plan diorang menjadi lah bagi yang nak masuk Bilik Komputer tu. Maka berhuhulah mereka dalam tu, siap ada yang tengok benda bukan bukan @ gambar dan video lucah dekat website yang ada. Kerja Kursus ke laut.

Yang pecah masuk Bilik Guru pun rupanya taktiknya lebih kurang sama. Pastikan tingkap tak berselak. Sebab dalam kalangan senior Form 3 yang pecah masuk Bilik Guru ni ada yang jenis rapat dengan cikgu, so akses nak masuk Bilik Guru tu kira tak mencurigakan lah. Kalau budak tak pernah pernah masuk, paling paling pun cikgu bagi pandangan pelik sikit.

Bilik Guru ni jenis open. Mana mana budak nak masuk nak jumpa cikgu cikgu pun takde masalah. Aku tahu & percaya yang Abang Aan cakap Bilik Guru ni jenis open sebab aku & Shark pernah sembahyang sekali berimamkan Shark dekat surau Bilik Guru yang agak tersorok yang terletak betul betul dalam bilik guru. Nanti lah erk aku cerita part aku & Shark, ada satu Ustazah ni panggil tarbiah kitorang suruh kembali ke pangkal jalan.

Surau tu lah tempat cikgu cikgu sembahyang kalau nak kejar masa mengajar, as long as diorang tunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah.

Diorang naik ikut Blok Kemahiran yang bersambung dengan Blok Akademik ikut tangga. Then, diorang masuk ikut tingkap yang tak berselak tu. Tingkap belah belakang Bilik Guru.

To make it short, masa tengah bersuka ria guna internet & siapkan kerja kerja mendraf Kerja Kursus dekat Bilik Guru tu. Diorang terdengar ada bunyi bergegar gegar dalam 1 locker besi yang diletakkan kat centre Bilik Guru bersebelahan dengan satu almari simpan fail fail maklumat pelajar.

"Wei, belah wei!"
"Bukan locker tu simpan phone ke?"
"Cibs lah kau! Jangan tegur boleh?"

Diorang cepat cepat belah sebelum benda tak elok jadi bila salah sorang budak Form 3 yang biasa akses Bilik Guru ni ajak belah sebab setahu dia locker besi tu tempat simpan phone phone student yang kena rampas oleh warden. Tak mungkin boleh bergegar macam ada benda besar dalam tu.

Time nak keluar dari Bilik Guru tu, depan tingkap yang jadi pintu masuk diorang malam tu, diorang nampak macam ada 2 bayangan perempuan tengah lalu lalang. Muka menunduk ke lantai. Rambut tutup segenap badan. Masing masing dah shaking sebab dah sah sah tu bukan Mak Guard.

Cepat cepat senior yang biasa akses Bilik Guru ni nak tutup suis lampu sebab mudah nak keluar nanti. Tak nak tinggal apa apa jejak jenayah langsung.

Lepas tu, agaknya kifarah dosanyalah gamaknya, lampu koridor yang samar samar tu pun mati serentak dengan lampu Bilik Guru yang baru diorang nak matikan. Dalam samar samar tu, senior senior Form 3 ni nampak macam ada makhluk berbulu dekat satu side dinding Bilik Guru ni. Side ni tak jauh mana pun dari diorang. Makhluk berbulu tu mulanya macam duduk mencangkung, then tiba tiba berdiri tegak. Tinggi dah nak cecah siling Bilik Guru.

Terus senior senior ni menggelabah. Bukak tingkap. Keluar cepat cepat, belah dari Bilik Guru dan lari turun tangga kayu dari Blok Akademik ke Blok Kemahiran. Then, masa dekat Blok Kemahiran, diorang kena sakat pulak dengan 2 makhluk berbalut bonjot - Cik Pocong. Mencicit masing masing lari. Dengan yang lemah lutut pun ada.  

Budak budak yang dekat Bilik Guru kena kacau. Budak budak yang dekat Bilik Komputer pulak kantoi. Bila dah kantoi, pandai pulak petik nama budak budak yang sama sama konvoi memecah masuk Bilik Guru dan Bilik Komputer. Tak best agaknya kena hukum sorang sorang, kenalah hukum ramai ramai, baru nampak macam ada geng.

Nak tahu apa punca kantoi?

Ada satu budak yang pecah masuk dekat Bilik Komputer print 3 gambar lucah tapi tertinggal 1 gambar dekat printer. Budak budak lain nampak dia print, so tak kisah sangat sebab boleh jadi bahan kongsi untuk memuaskan nafsu budak budak yang baru nak kenal dunia. Budak yang print ni ingat dia dah cancelkan printing 1 gambar dari 3 gambar tu yang macam lambat benor nak siap print. Plus, dia lupa nak ambik pendrive yang dah penuh dengan video video yang dia download. Dekat pendrive pulak letak gambar gambar peribadi. Senanglah Cikgu Bilik Komputer buat kerja.

Rupanya tu jadi sebab musabab untuk diorang tertangkap dalam minggu tu. Maka tumpaslah sebuah jenayah terancang. Hehehehe.

Aku husnudzon je cerita ni sebab cerita cerita jenayah sekolah macam ni, jarang pelaku nak buat buat cerita. Biasa memang betul betul jadi.

P/S : Aku rasa suku sakat Cik Pocong yang sama lah yang kacau senior senior dengan yang kacau aku & Shark. Tapi baik jugak erk diorang takutkan budak, supaya tak buat benda tak elok?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2016 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
mienina replied at 6-8-2016 06:14 AM
Kuat semangat tt... Kadang2 pengalaman pahit ni mengajar kita jd lebih kuat... Cerita lg ek? Tq

Nampak kuat semangat sebab tak nampak Aku menangis guling guling lagi Kak. Kalau kau nampak aku nangis guling guling, serius kau paham apa perasan kakak kakak aku dengan adik bongsu diorang ni

Dah update dah. Hantu tak muncul selalu. Mana mana cerita hantu pun akan cerita perjalanan cerita sikit demi sikit, so maafkanlah keakraban aku & Shark yang kadang di luar jangkaan & batas batas pergaulan.

Tak logik pulak nanti kalau setiap cerita ada hantu nak ganggu. Banyak pulak duit nak bayar upah pada hantu tu   
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.165496 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list