CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: 9teen

Siapa Shark, BF Aku Ni? & Kisah Kisah Lain (PENERANGAN : #726 - 19/11)

  [Copy link]
 Author| Post time 6-8-2016 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
xscore_angelz replied at 6-8-2016 12:50 PM
salah satu sebab nape tak nak masuk asrama dulu   
kalau jadi kat aku, mau aku nan ...

Aku cerita ni bukan nak takut takutkan korang yang ada niat nak sambung belajar kat asrama. Even duduk dekat rumah atau sekolah harian pun, benda benda macam ni, boleh je jadi.

Asalkan orang yang jahat @ nakal tu dah nekad nak buat. Akan jadi jugak dengan izin ALLAH S.W.T.

Dari borak borak aku dengan Panjang, Panjang tak pernah pulak kena benda benda ni semua (macam yang aku kena). Maybe orang tak berani nak buat macam macam sebab dia dah tayang semua sekali kot even nak mandi pun boleh bogel tanpa seurat benang depan kitorang semua, siap ngusik Aku lagi        
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2016 06:15 PM | Show all posts
9teen replied at 6-8-2016 04:50 PM
Aku cerita ni bukan nak takut takutkan korang yang ada niat nak sambung belajar kat asrama. Even d ...

hahah yela tu. hakak dulu pon masa belajar zaman u dulu, even bukan hostel tapi rumah sewa tetap je ada benda kacau.seram bila ingat balik member aku tu kena rasuk dah la aku ni tido sebilik dengan dia.

boleh masa kau tengah sembang sembang dengan dia tetiba pandang tepi dia dah senyum kambing semacam
kat kau eee terus melompat aku masa tu. renungan dan senyumannya aduhh menusuk kalbu betol

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2016 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
xscore_angelz replied at 6-8-2016 06:15 PM
hahah yela tu. hakak dulu pon masa belajar zaman u dulu, even bukan hostel tapi rumah sewa tetap j ...

Cuba open stori sikit kak?

Aku ni takdelah marah pun kalau orang datang bertandang rumah setinggan aku ni nak open stori sendiri. No hal pun. Bak kata orang Melayu (eventhough aku bukan pure Melayu),

"Buat macam rumah sendiri"

Aku apply buat macam rumah sendiri ni kat rumah setinggan aku ni, as long as tak buat benda benda yang menyakitkan hati dah lah    
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2016 06:32 PM | Show all posts
9teen replied at 6-8-2016 02:42 PM
CERITA DUA PULUH EMPAT - BILIK GURU

Cerita ni aku dapat dari Abang Aan jugak. Anggaplah macam sel ...

korang dah buat benda salah,
patut lerr cik pocong tu datang nak menjenguk kekdahnya





Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2016 06:32 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 6-8-2016 05:33 PM
9teen replied at 6-8-2016 02:42 PM
CERITA DUA PULUH EMPAT - BILIK GURU

Cerita ni aku dapat dari Abang Aan jugak. Anggaplah macam sel ...

double post......pc akak ni bengong skitke akak yg bengong senja2 nih..duk ngadap ja forum MPS ni



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2016 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by 9teen at 6-8-2016 06:39 PM
Ipo replied at 6-8-2016 06:32 PM
korang dah buat benda salah,
patut lerr cik pocong tu datang nak menjenguk kekdahnya



Kak,

Pasal Cik Pocong tu sakat budak budak senior Form 3 (yang tahun aku masuk tu dah jadi budak Form 4) tu boleh kiralah sebab diorang menceroboh Bilik Guru kan? Kira buat jenayah.

Masalahnya, yang Aku & Shark pun kena apa jadahnya? Ingat kitorang nak buat maksiat erk? Aku speku memang Cik Pocong yang sama sebab dia datang dari Blok Kemahiran     
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2016 06:41 PM | Show all posts
9teen replied at 6-8-2016 05:38 PM
Kak,

Pasal Cik Pocong tu sakat budak budak senior Form 3 (yang tahun aku masuk tu dah jadi b ...

hahaha...patutnya bukan cik pocong yg datang kalau ko dan Shark tu..
Jebon yang patut datang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2016 06:53 PM | Show all posts
Ipo replied at 6-8-2016 06:41 PM
hahaha...patutnya bukan cik pocong yg datang kalau ko dan Shark tu..
Jebon yang patut datang ...

Maybe dia melompat lompat ambik udara segar. Secara tak sengaja, aku tersensitif sikit pada masa tu. So apa lagi, jadilah drama sebabak lari lari berdua.  




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2016 07:10 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 6-8-2016 06:11 PM
9teen replied at 6-8-2016 05:53 PM
Maybe dia melompat lompat ambik udara segar. Secara tak sengaja, aku tersensitif sikit pada masa t ...

heheh..biasalah tu..nakal time sekolah..
akak dulu pun gitu jugak...bukan seram hantu tapi seram lain
ada je yg jenis songsang ni....les..seram bulu roma..suka meraba2

kalau bab nakal pulak, sebelah sekolah tu, kebun tembikai..
korek tanah bawah  pagar sekolah yang kawat tu...nak ambik buah tembikai..
sekali kena jerkah dgn senior...berterabur lari lintang pukang
rupanya pakcik(pemilik kebun tu) duk sengih jah tengok gelagat kita orang (bertiga)
last2 dia bagi free tembikai..3 biji pulak tu..
tahniah..citer 19 ni semua menarik




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2016 09:38 PM | Show all posts
Ipo replied at 6-8-2016 07:10 PM
heheh..biasalah tu..nakal time sekolah..
akak dulu pun gitu jugak...bukan seram hantu tapi seram  ...

Alhamdulillah kalau best bagi kau Kak.

Aku ni pun tak berapa nak pandai sangat nak menerangkan atau menulis ni. Kalau ada yang macam confuse tu, maafkanlah erk?Kalau semua orang dapat paham apa yang aku cerita pun dah cukup baguslah tu. Hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2016 11:56 PM | Show all posts
9teen replied at 6-8-2016 03:42 PM
CERITA DUA PULUH EMPAT - BILIK GURU

Cerita ni aku dapat dari Abang Aan jugak. Anggaplah macam sel ...

Haha. Pernah experience cabut tingkap tu satu2 pastu masuk dalam bilik komputer sorang2 masa kat matrix dulu. Pasal nak siapkan kerja khusus gak. Dah dekat sgt dgn dateline sampaikan tak fikir dah yg bilik tu sebelah je dgn kebun pisang yg budak2 matrix ckp pernah nampak pocong kat situ. Tapi kerja khusus tak sempat siap sebab terkantoi dgn MPP huhu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2016 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
amirezu replied at 6-8-2016 11:56 PM
Haha. Pernah experience cabut tingkap tu satu2 pastu masuk dalam bilik komputer sorang2 masa kat m ...

Pergh! Berani mati!

Cabut satu satu cermin tingkap nako tu ke? Yang dalam cerita ni, Bilik Komputer dengan Bilik Guru guna tingkap yang jenis ada selak tu.

Senang nak bayangkan cermin dia macam pintu sliding tu. Ada bingkai keliling. Cuma ada selak belah bawah tu. Boleh bayangkan tak?

Memang manusia kalau dah terdesak memang apa apa pun sanggup buat. Camne boleh kantoi dengan MPP pulak?    
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2016 01:40 AM | Show all posts
Edited by amirezu at 7-8-2016 01:42 AM

Silap baca lak. Ingatkan cermin nako. Bilik komputer matrix aku dulu cermin nako. Sebenarnya tu bilik komputer utk MPP. Bilik kayu, atas bukit mengadap kebun pisang yg agak angker kawasan tu. Ada sebijik je komputer dlm bilik tu.

Sebenarnya aku dah dapatkan kebenaran nak guna komputer MPP daripada YDP sendiri. Tapi YDP balik kampung masa tu, kunci dia terbawak balik sekali. Dia yg cadangkan pecah masuk ikut tingkap Satu lagi kunci ada pada timbalan YDP, tapi dia ni strict sikit. Susah nak mintak tolong bab2 macam ni.

Pukul 10 mlm lebih kurang aku sorang2 ke bilik komputer MPP tu. Lagak macam pencuri intai kiri kanan dulu ada orang tak walaupun area tu jarang orang lalu sbb gelap n agak angker. Bila dah masuk tu terus on komputer nak siapkan keje dalam gelap.

Tengah menaip tu tetiba dengar suara orang kat luar bilik. 2 orang. Salah sorang tu tanya kawan dia kenapa ada cahaya bawah celah pintu. Aku terus off monitor, pastu menyorok belakang pintu. Tiba2 dia bukak pintu tu...Timbalan YDP rupanya! Dia tak perasan aku nyorok belakang pintu. Tapi dia perasan lampu cpu tengah on.

Masa dia duk cari2 sape yg ada kat dalam bilik tu pelan2 aku pegang bahu kiri dia. Keras kaku mamat tu terkejut sampai putih muka Serius! Dia gelap sikit tapi malam tu dia nampak putih. Aku rasa sikit lagi dia nak pengsan hehe. Sebelum dia rebah aku terus mintak maaf dengan dia sebab terpaksa guna komputer MPP. Bagitau dia siap2 dah mintak kebenaran dengan YDP. Tapi dia macam biasalah lagak mengalahkan YDP. Lepas tarik nafas lega tu dia suruh aku balik terus sebelum dia ubah fikiran nak buat report.

Malam tu aku balik tanpa siapkan assignment. Esoknya sir bagitau dia lanjutkan seminggu lagi dateline sebab ramai tak siap huhu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2016 04:01 AM From the mobile phone | Show all posts
amirezu replied at 7-8-2016 01:40 AM
Silap baca lak. Ingatkan cermin nako. Bilik komputer matrix aku dulu cermin nako. Sebenarnya tu bili ...

Nasiblah yang tepuk tu muka dia hensem. Hehehe.

Kalau yang tepuk tu muka tak dapat digambarkan?
Mahu demam sebulan mamat tu!      
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2016 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
9teen replied at 4-8-2016 11:05 PM
@Inezkhalidi

Ni jawapan aku untuk soalan kau tu Kak :

Siap ada aksesori bagai lagi, rasa nak sebat dengan ekor pari jer dengar. Sesuka hati dorang aje nak pedajal anak orang.      
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2016 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
9teen replied at 6-8-2016 04:50 PM
Aku cerita ni bukan nak takut takutkan korang yang ada niat nak sambung belajar kat asrama. Even d ...

Panjang tak dikacau sebab dah bagi jamuan mata kat entiti gamaknya, tu yang tak kuasa dorang nak ngacau.      
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-8-2016 05:15 PM | Show all posts
CERITA DUA PULUH LIMA - SIDRED

"Alamak adik si Aan ni ada pulak!" Tiba tiba je kepala aku kena luku.

Senior Form 4 mana entah luku kepala aku. Bukannya aku kenal pun. Aku sure tu budak Form 4 sebab dia boleh panggil Abang Aan as Aan je.

Saja je buat potong mood aku yang tengah happy happy main sampan kertas lipat sendiri ni dekat situ. Agaknya diorang tak boleh tengok aku happy. Bukannya aku kacau orang pun. Macam biasa, aku kadang suka buat muka.

Buat muka kat sini means pancarkan ekspresi wajah yang macam tak puas hati dekat diorang. Bukan inject botox, cucuk vitamin C atau bedah plastik taw?

"Apa pandang pandang? Debik nak debik?"
"Jambu Aan, woi!"

Lepas tu senior senior Form 4 tu belah sambil gelak gelak. Ada 5 orang semuanya. Nampak macam nak ke kafe sebab jalan straight je sebelah Bangunan Akademik.

Aku pun tak ada apa apa plan. Nak siapkan kerja sekolah, semua mind map aku dah buat. Kat sini memang kerja buat mind map, nota teringkas dengan presentation je.

Nak outing? Aku kena tunggu Shark. Terus terang aku cakap, aku macam makin rapat dengan Shark sebab dia baik dengan aku.

Dah takde mood lagipun aku nak main sampan kertas tu. Lagipun dah karam dah kena air yang mengalir dari tasik tu ke longkang. Alah, tasik yang depan blok A yang aku boleh nampak dari bilik aku tu.

Suasana masih tak berapa nak ceria. Maklumlah baru pagi. Biasa budak budak lelaki riuh dan kecoh time time dah tengahari. Budak perempuan pun sama je. Bukan aku tak pernah bertembung dengan budak budak kelas aku yang mata panda waktu tengahari.

------------------------------------------

"Shark, ni nak jalan kaki terus sampai pekan ke, nak tumpang orang ni? Kalau nak jalan kaki terus aku tak larat. Sumpah macam jauh je!"

"Aku tiap tiap kali time boleh outing jalan kaki je. Nasiblah kalau ada yang nak tumpangkan sampai pekan"

"Habis tu nak jalan je ke?"

"Aah. Apa kata kau kenyit kenyit mata kat orang yang lalu naik moto ke kereta ke. Mana taw ada yang sudi tumpangkan?"

"Bodohlah kau! Ingat aku apa?" Dapat dia satu penumbuk dekat bahu.

"Hahahahha...Tu cadangan aku je"

Budak Shark ni memang jenis tak boleh stop bercakap. Kalau dulu aku macam malas nak layan dia. Tapi since jadi macam macam ni, kira macam rapatlah jugak.

Tak lama lepas tu, dia bukak cerita lain pulak.

"Aku dah telefon parents aku dah. Aku dah cakap kat diorang yang minggu pertama cuti semester ni nanti, aku tidur rumah kau. Diorang kata boleh. Tapi, kau kena balik tidur rumah aku dulu cuti yang terdekat ni"

"Oh I see. Okay okay. Nanti aku tanya Atuk aku. Tak janji kalau dia kasi ke tak"

"Aku harap bolehlah sebab parents aku cakap ada orang nak jumpa. Nenek aku. Mungkin dia nak tengok calon cucu menantu"

"Insya-ALLAH kalau Tok Rom aku kasik lah erk?"

Serba serbi benda yang nak buat luar sekolah, aku memang kena mintak izin dulu. Yang pasal Shark tidur rumah aku time cuti semester nanti pun, Tok Rom yang suruh aku ajak kawan yang paling rapat dengan aku datang rumah. Tok Rom tak ada explain apa apa pun.

Tiba tiba belakang kitorang ada sorang budak batch kitorang ni jalan sebelah Shark, dia sentuh bahu Shark lepas tu selamba badak dia cakap

"La Taqrabu Zina -Janganlah kamu menghampiri zina"

Aku dengan Shark dah pandang pelik satu sama lain. Kebangangan apakah ini? Nak berzina dengan siapanya? Even kalau betul kitorang nak bermaksiat pun, for sure terus carik semak paling sunyi atau paling senang stay je dekat asrama since budak budak lain biasanya semuanya outing. So, line dah tentu clear.

Selamba je dengan muka inesen lepas dia cakap benda tu, relaks relaks dia jalan depan kitorang.Tahulah minggu tu baru habis belajar tentang Zina masa kelas Ustazah time perbincangan luar silibus. Tapi agak agaklah nak sesuaikan dengan situasi dan keadaan.

Then, kitorang bershopping sakan dekat Family Store beli apa yang patut. Yang confirm kena beli, for sure makanan ringan & air kotak sebab senang kalau lapar, boleh bukak locker & makan je stok makanan yang ada.

Blok lelaki tak ada masalah kalau nak simpan makanan. Biasa blok perempuan yang sikit problem since ada makhluk makhluk berbulu yang suka ambush masuk bilik dan curi makanan. Lepas curi makanan, diorang tinggalkan tanda penghargaan.

Senang cakap, kalau ni cerita jenayah, tu macam signature penjenayah lah. Biasa penjenayah, tinggalkan signature macam no siri pistol yang dah dikikis kan? Kalau tak pun, diorang toreh apa apa tanda pada mangsa yang diorang dah aniaya.

Yang ni special sikit, dia tinggalkan harum haruman yang bila kau masuk bilik je, semerbak bau dia boleh merebak ke lubang hidung dan menimbulkan reaksi dalam perut kau dan akhirnya kau terpaksa mengeluarkan apa apa yang patut dari perut ke lubang tandas.

Selain dari stok makanan, aku beli hanger dengan sepit baju sekali. Satu lagi benda aku beli (masa ni Shark tak nampak) ialah boxer baru dalam kotak. Aku beli baru sebab masa kira dalam locker sebelum ni, macam ada boxer aku yang kurang. Maybe salah letak.

"Ice, malam ni kalau ada orang ajak kau pergi mana mana tak payah pergi. Stay je bilik. Aku ada hal"

"Hmmm...Okay"

Aku buat selamba time makan dekat warung. Antara warung yang aku suka sebab masakan dia sedap, plus cepat & mesra pelanggan.

Then, kitorang balik semula asrama jalan kaki dari pekan. Fuh! Penat gila!

-------------------------------------------------

"Ice, tolong boleh?"
"Boleh. Nak tolong apa?"
"Temankan aku pergi Bilik Sidred kejap?"
"Bilik Sidred yang budak budak cetak majalah sekolah tu?"
"Yupp. Ade senior mintak tolong aku"

Doeh tunjukkan aku kunci bilik Sidang Redaksi - Sidred. Bilik Sidred ni bilik budak budak Sidred kumpulkan gambar gambar, buat pilihan gambar, buat editing gambar, pilih karya karya pelajar, taip & buat kerja kerja menulis, edit, desain dan macam macam yang lain time budak buda tengah prep malam.  

Cuma hari tu hari cuti, so of courselah Blok Akademik tak ada orang. Kalau ada pun, orang syak wasangka sikit sebab biasanya budak budak couple yang akan lepak sini sambil minum air dari vending machine yang kadang sedap kadang tak sedap tu.

Aku dengan Doeh masuk Bilik Sidred yang agak tersembunyi tu. Aku tolong susun susunkan majalah sekolah yang ada dekat meja. Sambil susun aku selak selak sikit. Si Doeh pulak dekat bilik simpanan.

Tak semena mena aku rasa bilik Sidred ni macam sejuk semacam. Aku panggil lah Doeh. Tak menyahut. So, aku pergilah dekat bilik simpanan tu. Tak ada pulak orang. Then, aku patah balik keluar dari bilik simpanan tu pergi depan.

Bila aku pusing je roommate aku tu tengah kelar nadi dia pakai pisau cutter yang ada dekat atas meja. Darah menitik nitik ke lantai. Makin lama makin banyak. Bila makin banyak tu, makin dekat dia kat aku. Doeh senyum.

Time tu aku tak ingat apa dah. Rasa lemah lutut. Lepas tu gelap.

"Ustaz, mana Doeh? Dia tak apa apa ke Ustaz. Tolong dia Ustaz. Tolong dia Ustaz"
"Shark, tadi aku nampak Doeh potong nadi dia"

Shark cerita time tu aku dah macam orang gila sebab macam ketakutan. Muka pucat tak berdarah. Bibir kering.

Then, Ustaz buat air minum untuk aku. Aku minum. Then, Ustaz mintak Shark minum sama dari cawan yang sama sebab time tu tak ada cawan lain. Air penenang katanya.

"Lepas minum ni, bawak Ice balik bilik. Temankan dia"

"Shark, Doeh mana Shark? Doeh?"

Rupanya Doeh tak ada pun ajak aku pergi Bilik Sidred @ Bilik Sidang Redaksi. Pak Guard jumpa aku terbaring dekat dalam Bilik Sidred sorang sorang. Kebetulan time tu dia tengah ronda ronda dengar suara menjerit jerit. Kunci bilik Sidred ada dekat atas meja seolah olah aku masuk bilik tu dan pengsan dalam tu. Pak Guard cuba carik suara menjerit jerit tu, tapi tak jumpa. Dia assume salah dengar.

"Ice, kalau aku cakap apa apa, tolong ikut terutamanya kalau aku tak kasi kau buat apa apa"

"Esok ikut aku jumpa Miss Tengku. Kita consult terapi darah untuk kau"

Miss Tengku tu panggilan untuk kaunselor kitorang. Seorang kerabat, so kitorang panggil dia Miss Tengku je.

Macam mana kitorang tahu dia kerabat? Sebab ada Y.A.M dekat depan nama dia. Orangnya humble gila. Suka belanja budak budak makan coklat.

So siapa sebenarnya yang ajak aku teman dia? Dan kenapa dalam Bilik Sidred? Erk? Mana Shark tahu yang aku perlu terapi darah?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2016 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Inezkhalidi replied at 7-8-2016 09:46 AM
Panjang tak dikacau sebab dah bagi jamuan mata kat entiti gamaknya, tu yang tak kuasa dorang nak n ...

Bukan setakat entiti, yang sama sama bernama manusia pun tak berani nak ganggu si Panjang ni sebab semua dah jelas lagi nyata dipertontonkan semua yang ada
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2016 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
9teen replied at 6-8-2016 03:49 PM
Nampak kuat semangat sebab tak nampak Aku menangis guling guling lagi Kak. Kalau kau nampak aku na ...

Kesian ko dik tt... Takpelah.. Akk doakan tt lebih bahagia didunia dan akhirat. Tq. Akk enjoy baca citer tt semua.. Ada antu ke takde ke semua nya menarik n misteri gituh.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2016 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Makhluk berbulu tu memang... Suka benar membuat onar. Tapi masa belajar dulu menatang tu suka ambil hp students jer. Tambah2 pulak kitorang terpaksa letak hp tepi tingkap supaya ada coverage, itu pun setakat 1,2 bar aje. Nak call kena keluarkan separuh badan kat luar tingkap baru OK.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:58 PM GMT+8 , Processed in 0.086112 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list