CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: 9teen

Siapa Shark, BF Aku Ni? & Kisah Kisah Lain (PENERANGAN : #726 - 19/11)

  [Copy link]
 Author| Post time 9-8-2016 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
BabeYSHa replied at 9-8-2016 04:28 PM
Kepada hadek TT... kalo ko rajin, ko hapdatela kesah2 ko plus ngan direct link kat PAGE 1 (contoh m ...

Insya-ALLAH akan diusahakan. Harap harap tak hangat hangat nasi lemak kukuslah erk? Sebab hari tu, semangat aku nak kaji cara penulisan jantan sejati, akhirnya aku stick jugak pada cara aku. Nanti aku cuba buat reference tentang link tu.

TERIMA KASIH MOMOD SEBAB BAGI SUGGESTION UNTUK IMPROVEMENT .

As long as orang faham, tak ada masalah rasanya. Biarlah orang nak speku aku ni perempuan ke hadek hadek ke... I dont care!

Lagipun hadek hadek ramai yang jutawan sekarang      
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-8-2016 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
BabeYSHa replied at 9-8-2016 04:32 PM
Haku memang tak berkuntum kat bod MPS neh lebih dua minggu.. sebelum raya... masa minggu raya lagi  ...

Momod,

Habislah aku kena banyak bersenam lepas ni. Sekali dapat makan kacang, banyak pulak Momod kasi erk? Ni kolestrol tinggi tak?      

Comments

taklah.. tacang neh memang terbaek dari ladang.. rendah kolestrol.. XD  Post time 10-8-2016 03:56 PM
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Luar setinggan dalam kondo wa cakap sama lu....
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 04:49 PM | Show all posts
9teen replied at 9-8-2016 04:39 PM
Insya-ALLAH akan diusahakan. Harap harap tak hangat hangat nasi lemak kukuslah erk? Sebab hari tu, ...

Hahaha. Tak perlu risau la dek non oii.
Kau buat cara kau pun, jalan citer kau tetap mantop dek.
Contoh macam aku ni, tetap meleborkan badan dekat rumah kau ni.

Aircond baruuu ~~~~~

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2016 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
BONDAFAD replied at 9-8-2016 04:47 PM
Luar setinggan dalam kondo wa cakap sama lu....

@BONDAFAD

Ni pun dek support para forummers Cari jugak!

Dapatlah aku kumpul kacang sikit sebanyak nak buat bayar kos renovate ni semua. Banyak wo nak pakai duit.      
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2016 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
3bidadara replied at 9-8-2016 04:49 PM
Hahaha. Tak perlu risau la dek non oii.
Kau buat cara kau pun, jalan citer kau tetap mantop dek.
...

Jangan tak tahu kak 3bidadara,

Sudah kutiupkan sesuatu dalam cerita tertentu. Rumah setinggan Aku ni pun ada yang jaga. Hahahhaha... Bahaya wo kalau sangkut. Cuba tengok belakang, depan, atas, bawah, ada nampak yang pelik pelik tak?

Aircond tu memang baru pasang. Banyak lagi nak renovate (berangan)  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2016 11:40 PM | Show all posts
amirezu replied at 7-8-2016 01:40 AM
Silap baca lak. Ingatkan cermin nako. Bilik komputer matrix aku dulu cermin nako. Sebenarnya tu bili ...

Tengs momod

Comments

sesamer cik katak pisang.. ^_^  Post time 10-8-2016 11:21 AM
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2016 01:26 AM | Show all posts
3bidadara replied at 9-8-2016 03:15 PM
Mau aku tak marah. Kadang ade senior bodoh ni laa buat huru hara. Aku ingat lagi 1 kes ni kat asra ...

patutnya seru saja spirit tu suruh menghantui senior yang suruh main tu... bior padan muka... bagitau spirit tu, dia yang suruh panggil, nak suruh teman dia sokmo idup...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-8-2016 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by 9teen at 10-8-2016 05:31 PM

CERITA DUA PULUH TUJUH : PERANGKAP

"Assalamualaikum. Kawan aku dah tengok tengokkan cucu aku tu. Dalam minggu ni, kita sabma sama bawak cucu aku tu balik. Kau tolonglah cakapkan pada yang lain. Aku dah tak sedap hati sangat..."

"Ikut Ayahlah apa yang patut. Kami ikut je..."

"Baguslah kalau kau cakap macam tu. Kawan aku yang tolong tengok tengokkan ni pun katanya, Ice tu dah tunggu masa je. Sampai masanya, dah susah dah nak pisahkan diorang"

Abah bagitahu dekat Ibu aku yang baru tadi, Tok Rom telefon. Tok Rom nak bawak aku balik kampung dalam minggu tu. Tapi Abah aku tak cerita part yang aku dah makin teruk tu.

Mungkin Tok Rom sengaja call Abah aku terus dan tak call terus ke rumah sebab dia tak nak bagi Ibu aku makin susah hati.

"Baru je anak sulung kita tu cerita, dia mimpi yang bukan bukan tentang Ice. Tahu sendirilah Ice dengan kakak kakak dia rapat macam mana"

"Ada Ice telefon?"

"Tak ada. Pelik jugak. Rasanya baru je topupkan phone yang kita suruh dia guna tu kan? Ke dah habis topup?"

"Takpelah. Nanti saya topupkan lagi. Rasanya mungkin dia sibuk. Topup tu tak mungkin habis sebab dia bukannya ramai kawan"

"Awak siaplah dulu apa yang patut. Nanti kalau Ayah on the spot suruh kita turun ke sana nanti, tak lah kelam kabut. Ni pun nak siapkan surat mohon cuti untuk Ice"

-----------------------------------------

"Ice, ada senior Form 4 nak jumpa kau. Nak mintak tolong sikit katanya..."

"Esok je tak boleh ke? Dah ngantuk ni"

"Entah. Pleaselah tolong aku. Dia suruh aku bawak kau malam ni jugak pergi bilik dia"

Bila budak Batch aku - Arm tu dah berplease please dengan muka kesian gila, haruslah aku tolong.

Walaupun aku tak rapat langsung dengan budak budak selain Shark, Doeh & Panjang (roommates aku tu) since parents aku memang ajar aku tolong orang yang memerlukan, so kenalah aku tolong si Arm tu.

Risau jugak kalau aku tak tolong, senior tu buat apa apa dekat budak Batch aku tu. Cukuplah kalau hidup aku sorang yang kena seksa sekalipun. Aku ni even pendiam suka je nak perhatikan semua orang, tapi bukanlah macam stalker yang buat kerja kerja gila tu. Just observe dan tengok gelagat orang. Si Arm ni boleh masuk kategori lurus bendul.

Sampai je dekat bilik senior Form 4 tu, si Arm ni ketuk pintu. Rupanya ni bilik senior Form 4 yang luku kepala aku masa aku main sampan kertas tu hari. Aku tahu sebab tengok gambar ahli bilik yang ada dekat depan pintu bilik.

"Masuk" Ada suara senior suruh masuk bilik.

"Bang, ni Ice. Saya balik dulu lah erk?"

Si Arm terus belah dari bilik senior Form 4 tu lepas tinggalkan aku dengan senior tu. Bilik ni bilik berdua. Blok C memang ada bilik 2 orang.

"Kau pandai lukis kan? Tolong lukiskan untuk aku boleh?"

"Taklah pandai mana. Ada kertas ke? Warna?"

"Kau ambik dalam locker tu. Dekat belah bawah sekali"

Aku yang memang dah ngantuk terus je jalan pergi locker. Then bongkokkan badan nak ambik drawing block dan warna dalam locker senior tu. Lagi cepat siap, lagilah cepat aku balik bilik & tidur.

------------------------------------------

"Kau rasa orang akan percaya cakap kau? Cakap sorang budak Form 1 yang penakut? Yang tak habis orientasi? Yang selalu sakit? Yang macam tak siuman tu?"

Dush! Rasa macam batu bata hempap kepala otak aku. Rasa terbeban sangat dengan semua yang Leader Form 5 tu cakap.

"So, sekarang nak settle macam mana? Nak settle elok elok? Atau settle tak elok?"

"Kalau benda ni jadi kecoh, aku sure kau mesti pindah sekolah punya! Bukti dah ada. Saksi, tak perlu. Mulut aku kalau bukak cerita, cikgu cikgu semua percaya"

Aku geleng kepala. Tak tahu dah nak fikir apa lagi benda yang nak jadi. Dalam hati, cuma Allah je yang tahu apa yang aku doakan & kenapa aku doa macam tu.

"Kalau kau nak hidup kau senang kat sini, kau kena buat apa je senior kau suruh. Sekarang kau buat apa yang aku nak kau buat..."

Hidup aku makin lama makin susah, makin payah. Aku ingatkan dah habis dengan senior Form 5, habislah. Rupanya ada pulak bala dengan senior Form 4.

Menyesal pulak bila dah masuk perangkap diorang.


BERSAMBUNG.. REFER POST #478 (DAH SAMBUNG DAH).

P/S : Nanti Aku Sambung Dengan Part Yang Aku Sengaja Tak Tulis  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2016 08:07 AM | Show all posts
darlingangel replied at 10-8-2016 01:26 AM
patutnya seru saja spirit tu suruh menghantui senior yang suruh main tu... bior padan muka... bagi ...

Ya Allah.. Kau nak tau.. Lepas je aspura ni kena macam2, ehh bole pulak tu dorang 'hantar' bala tu ke aspuri! Da tu nak jadi ape kalau banyak makhluk tak diundang dalam asrama kan? Dengan aku2 sekali kena mase malam lepas aku balik teman member aku pergi hospital. Lol
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2016 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
3bidadara replied at 10-8-2016 08:07 AM
Ya Allah.. Kau nak tau.. Lepas je aspura ni kena macam2, ehh bole pulak tu dorang 'hantar' bala tu ...

Meh lah open cerita kak 3bidadara yang cantik!

Open cerita meh? Sambil sambil nanti nak buat brownies kekedut ni    
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2016 08:13 AM | Show all posts
9teen replied at 9-8-2016 07:11 PM
Jangan tak tahu kak 3bidadara,

Sudah kutiupkan sesuatu dalam cerita tertentu. Rumah setinggan  ...

Berangan tak salah. Lagi aku suke kalau ade macam2 dalam rumah kau ni. Eh?? haha
Dek, akak sentiase menunggu citer kau. Masuk opis, benda ni akak cari dulu.

Kipidap dek
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2016 08:59 AM | Show all posts
9teen replied at 9-8-2016 01:57 PM
Alamak!

Dah agak dah mesti ada yang akan baling pinggan mangkuk.

ni bukan pinggan mangkuk je
ni rasukan ablasa sekali tau
dengan kuasa bulan, aku arahkan ko sambung cite parakang tu

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2016 10:21 AM | Show all posts
9teen replied at 10-8-2016 07:30 AM
CERITA DUA PULUH TUJUH : PERANGKAP

"Assalamualaikum. Kawan aku dah tengok tengokkan cucu aku tu.  ...

kena tangkap basah ke?
oh mai..huhuhu..

kat skola ak pelik..bila lower form kna tgkap dgn senior..dorg xcakap apa pon..
speku just abg adik je..ciss..
tpi kalau kena tangkap sesama batch..cm haram dia punya spekulasi n fitnah..
tu yg sampai kena belasah.,.

~matila xhbis2 nyemak..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2016 01:55 PM | Show all posts
3bidadara replied at 10-8-2016 08:07 AM
Ya Allah.. Kau nak tau.. Lepas je aspura ni kena macam2, ehh bole pulak tu dorang 'hantar' bala tu ...

Memang dahsyat ya kalau deal dengan diaorang ni... jahatnya senior yang paksa uols main spirit tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2016 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Noyen replied at 10-8-2016 08:59 AM
ni bukan pinggan mangkuk je
ni rasukan ablasa sekali tau
dengan kuasa bulan, aku arahkan ko samb ...

Lepas Aku settle update Cerita 27 : PERANGKAP, Aku update Parakang ye?

Haish...Mintak mintaklah sebelah kau tu muncul Parakang ni. Minat sungguh nak kenal ya? Boleh buat sesi interview sekali kalau dia muncul sebelah kau    
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2016 04:35 PM | Show all posts
Mohon hadek TT sambung citer parakang tue.. kalotak haku potong tacang... muahahaha! Ya... memang mengugut neh!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2016 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
P/S : Lepas update cerita ni, bagi aku masa sikit untuk update cerita Parakang ya?

Tak tahu kenapa macam susah dan malas sangat nak mengupdate tentang Parakang Kongkang ni. Kepada Momod, janganlah tolak kacang. Susah nak bayar bil elektrik nanti. Kalau rumah setinggan ni bergelap dan panas, harus bagaimana lagi Aku? (Nyanyi lagu)..

Haruskah aku jual apa je yang boleh? Yang orang sanggup bayar duit untuk memilikinya. Hahahaha...Jangan pikir yang bukan bukan pulak!

-------------------------------------------

CERITA DUA PULUH TUJUH : PERANGKAP

"Assalamualaikum. Kawan aku dah tengok tengokkan cucu aku tu. Dalam minggu ni, kita sama sama bawak cucu aku tu balik. Kau tolonglah cakapkan pada yang lain. Aku dah tak sedap hati sangat..."

"Ikut Ayahlah apa yang patut. Kami ikut je..."

"Baguslah kalau kau cakap macam tu. Kawan aku yang tolong tengok tengokkan ni pun katanya, Ice tu dah tunggu masa je. Sampai masanya, dah susah dah nak pisahkan diorang"

Abah bagitahu dekat Ibu aku yang baru tadi, Tok Rom telefon. Tok Rom nak bawak aku balik kampung dalam minggu tu. Tapi Abah aku tak cerita part yang aku dah makin teruk tu.

Mungkin Tok Rom sengaja call Abah aku terus dan tak call terus ke rumah sebab dia tak nak bagi Ibu aku makin susah hati.

"Baru je anak sulung kita tu cerita, dia mimpi yang bukan bukan tentang Ice. Tahu sendirilah Ice dengan kakak kakak dia rapat macam mana"

"Ada Ice telefon?"

"Tak ada. Pelik jugak. Rasanya baru je topupkan phone yang kita suruh dia guna tu kan? Ke dah habis topup?"

"Takpelah. Nanti saya topupkan lagi. Rasanya mungkin dia sibuk. Topup tu tak mungkin habis sebab dia bukannya ramai kawan"

"Awak siaplah dulu apa yang patut. Nanti kalau Ayah on the spot suruh kita turun ke sana nanti, tak lah kelam kabut. Ni pun nak siapkan surat mohon cuti untuk Ice"

-----------------------------------------

"Ice, ada senior Form 4 nak jumpa kau. Nak mintak tolong sikit katanya..."

"Esok je tak boleh ke? Dah ngantuk ni"

"Entah. Pleaselah tolong aku. Dia suruh aku bawak kau malam ni jugak pergi bilik dia"

Bila budak Batch aku - Arm tu dah berplease please dengan muka kesian gila, haruslah aku tolong.

Walaupun aku tak rapat langsung dengan budak budak selain Shark, Doeh & Panjang (roommates aku tu) since parents aku memang ajar aku tolong orang yang memerlukan, so kenalah aku tolong si Arm tu.

Risau jugak kalau aku tak tolong, senior tu buat apa apa dekat budak Batch aku tu. Cukuplah kalau hidup aku sorang yang kena seksa sekalipun. Aku ni even pendiam suka je nak perhatikan semua orang, tapi bukanlah macam stalker yang buat kerja kerja gila tu. Just observe dan tengok gelagat orang. Si Arm ni boleh masuk kategori lurus bendul.

Sampai je dekat bilik senior Form 4 tu, si Arm ni ketuk pintu. Rupanya ni bilik senior Form 4 yang luku kepala aku masa aku main sampan kertas tu hari. Aku tahu sebab tengok gambar ahli bilik yang ada dekat depan pintu bilik.

"Masuk" Ada suara senior suruh masuk bilik.

"Bang, ni Ice. Saya balik dulu lah erk?"

Si Arm terus belah dari bilik senior Form 4 tu lepas tinggalkan aku dengan senior tu. Bilik ni bilik berdua. Blok C memang ada bilik 2 orang.

"Kau pandai lukis kan? Tolong lukiskan untuk aku boleh?"

"Taklah pandai mana. Ada kertas ke? Warna?"

"Kau ambik dalam locker tu. Dekat belah bawah sekali"

Aku yang memang dah ngantuk terus je jalan pergi locker. Then bongkokkan badan nak ambik drawing block dan warna dalam locker senior tu. Lagi cepat siap, lagilah cepat aku balik bilik & tidur.

Tiba tiba time tengah bongkokkan badan dan nak reach drawing block & warna tu, mulut aku kena tekup dari belakang dengan kain sapu tangan.

------------------------------------------

Bangun bangun je, aku tengok tangan aku dah ada dekat aset senior Form 4 tu. Memang rasa melekit tangan aku. So aku tariklah keluar tangan aku dari boxer dia tu. Aku bangun berdiri even rasa pening kepala nak keluarkan tangan aku dan betulkan boxer dia tu. Tiba tiba, senior Form 4 tu terjaga, pegang tangan aku tak nak lepas.

"Babi punya sundal! Kau buat apa?"

"Saya tak buat apa apa bang. Bangun bangun dah macam ni"

"Habis yang kat bibir kau tu apa? Yang kat tangan kau ni? Melekit lekit ni. Aku punya erk?"

Lepas tu, Leader Form 5 yang aku anti gila tu masuk.

"Kau rasa orang akan percaya cakap kau? Cakap sorang budak Form 1 yang penakut? Yang tak habis orientasi? Yang selalu sakit? Yang macam tak siuman tu?"

Dush! Rasa macam batu bata hempap kepala otak aku. Rasa terbeban sangat dengan semua yang Leader Form 5 tu cakap.

"So, sekarang nak settle macam mana? Nak settle elok elok? Atau settle tak elok?"

"Kalau benda ni jadi kecoh, aku sure kau mesti pindah sekolah punya! Bukti dah ada. Saksi, tak perlu. Mulut aku kalau bukak cerita, cikgu cikgu semua percaya"

Aku geleng kepala. Tak tahu dah nak fikir apa lagi benda yang nak jadi. Dalam hati, cuma Allah je yang tahu apa yang aku doakan & kenapa aku doa macam tu.

"Kalau kau nak hidup kau senang kat sini, kau kena buat apa je senior kau suruh. Sekarang kau buat apa yang aku nak kau buat..."

"Tak nak!' Aku menepis. Cuba bangun nak lari. Leader Form 5 tu tahan pintu. Terajang dan penumbuk hinggap dekat badan. Tak seteruk masa mula mula kena.

Hidup aku makin lama makin susah, makin payah. Aku ingatkan dah habis dengan senior Form 5, habislah. Rupanya ada pulak bala dengan senior Form 4.

Menyesal pulak bila dah masuk perangkap diorang. Benda apa pulak yang ada dekat bibir & tangan aku ni? Aku malas nak fikir sebab masih pening kepala tak tahu punca dari mana.

-----------------------------------------

Yupp. Memang benda jadi kecoh. Even aku nak sembahyang pun, aku kena sembahyang dekat saf belakang. Saf lelaki yang paling belakang, yang belakangnya betul betul tirai saf perempuan paling depan.

Aku tak boleh nak solat dekat saf saf depan sebab jadi tak khusyuk walaupun sebenarnya solat aku susah nak khusyuk bila orang duduk pandang pandang. Bila makin teruk, setiap kali waktu sembahyang jemaah, aku turun surau, but aku sorok either dekat dalam tandas atau dekat belakang tandas. Just sekadar nak tunjuk muka turun surau.

Budak budak duduk kecoh kecoh kononnya ada sorang senior Form 4 mintak sorang junior Form 1 urutkan dia sebab penat main ragbi. Tapi, sekali senior Form 4 tu terlena sebab kepenatan sangat. Then, bila dia terjaga, dia rasa basah basah. Bukak je mata, senior Form 4 ni nampak budak Form 1 yang dia mintak tolong urutkan dia tadi tu tengah k***m aset senior Form 4 yang tertidur tu. Terus kena terajang budak Form 1 tu.

Memang tak ada siapa yang mention nama budak Form 1 tu. Even, senior yang buat fitnah tu pun tak mention nama aku, tapi seriously aku cakap ramai yang speku budak yang dimaksudkan adalah aku sebab cuma aku budak Form 1 yang macam lebam lebam.

Logik akal kalau kena terajang, mesti akan ada lebam lebam kan dekat badan orang yang kena terajang? Lagipun, for sure senior Form 4 tu tengah marah. Mesti digulainya budak tu.

--------------------------------------------

"Ice, aku tahu kau tak bersalah. Tak perlulah nak moody memanjang"

"Cakap memanglah senang. Cuba kau duduk dekat tempat aku?"

"Tak ada benda nak sesalkan. Semua dah jadi, Ice"

"Owh, kau nak cakap pasal tak payah menyesal lah kan? Kalau kau nak tahu, benda yang buat aku paling menyesal sepanjang aku hidup ni.... Aku kenal kau!"

"Sejak aku kenal kau, macam macam benda jadi. Boleh tak kalau kau tak payah nak buat baik sangat dekat aku? Kau tahu tak yang kau nampak macam desperate sangat?"

Aku tak tahu dari mana datang idea untuk aku cakap macam tu dekat Shark yang selama ni banyak tolong aku.

Aku sure masa tu Shark memang kecewa gila dengan apa yang aku cakap. Tapi, kalau diambil kira keadaan masa tu, benda tu agak logik sebab orang mula speku aku songsang sejak kawan & kenal dengan Shark. Dengan dia yang over caring eventhough aku yakin & kadang tak yakin Shark buat macam tu sebab dia pegang kuat nilai sahabat.

"Tak payah dah nak sibuk hidup aku"

Aku jalan keluar dari bilik aku dan masuk ke bilik kosong yang Shark pernah duduk sorang sorang dan berborak dengan sesuatu. Mak Cik cleaner pun dah bersihkan bilik kosong tu, sebab aku mohon pada pihak pengurusan asrama untuk guna bilik tu sementara siasatan tengah dibuat.

Lebih baik aku duduk sorang sorang since sejak kes ni jadi pun, aku sorang sorang.

Kalau Allah dah tak sayangkan aku & tak ada manusia yang sudi berkawan dengan aku. Aku tak kisah kalau ada mana mana bangsa atau spesies yang ada nak berdamping dan berkawan dengan aku. Aku sedia terima padahnya.

Selama ni aku tak kisah sangat sebab aku memang tak banyak kawan, tapi bila aku mula ada kawan dan jadi macam macam, aku jadi menyampah. Aku berubah jadi orang yang perlukan kawan. Mesti ada kawan.

P/S : Tolong bayangkan diri korang dekat tempat Aku pada masa tu. Nasihat aku, jangan bawak diri jauh jauh. Nanti akan ada yang menyambut.

Dari sinilah, mimpi kakak sulung aku jadi realiti & apa yang ditengokkan kawan Tok Rom tu jadi realiti. Shark jadi salah satu manusia penting dalam apa yang akan jadi. Apa apa pun, aku sandarkan semuanya jadi atas izin & ketentuan Allah S.W.T sebab tak ada yang terlepas dari hitungan Allah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2016 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
BabeYSHa replied at 10-8-2016 04:35 PM
Mohon hadek TT sambung citer parakang tue.. kalotak haku potong tacang... muahahaha!  Ya... ...

Mohon jangan potong kacang yang sedia ada. Aku dah tukar kacang tu as duit deposit lah Momod. Kalau kena potong, apa aku nak buat nanti? Aku tak tahu nak jual apa nanti nak jana duit      
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2016 05:45 PM | Show all posts
9teen replied at 10-8-2016 04:29 PM
P/S : Lepas update cerita ni, bagi aku masa sikit untuk update cerita Parakang ya?

Tak tahu kena ...

beratnya ujian ko dik...
speechless baca kisah 27 nih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:09 PM GMT+8 , Processed in 0.266582 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list