Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
70129
View
776
Reply

Siapa Shark, BF Aku Ni? & Kisah Kisah Lain (PENERANGAN : #726 - 19/11)

[Copy link]

Author: 9teen       Show all posts   Read mode

Post time 20-7-2016 10:28 AM | Show all posts
sambung
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 10:35 AM | Show all posts
maaf ckp dik dieowg speku ko ngn shark gay keee? dek kerana adegan korg tido berpelukkan tu ke? muahaha.. sabo je la dikk.. teruskan mengarang.. im waiting..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-7-2016 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
me.me replied at 20-7-2016 10:35 AM
maaf ckp dik dieowg speku ko ngn shark gay keee? dek kerana adegan korg tido berpelukkan tu ke? muah ...

@me.me

Tepat lagi bernas! Kakak senior lagi siot boleh dia ingat aku ni wifey & si Shark tu shuben. Logik si Shark shuben?

Sebab dia banyak cakap - talkative & rapat dengan orang, cuma dia agak kerap buat penampilan berdua dengan aku. Aku kena cop wifey sebab pendiam, tak cakap banyak. Spesies wifey yang mithali

Sampai sekarang tak tahu siapa yang bukak cerita. Cuma aku taw, ada lagi kes macam ni. Tapi nak buat macam mana, jadi budak junior. Plus, senior pun nak jugak ada cerita cerita hot minggu orientasi kan?   :  :  :
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 11:14 AM | Show all posts
9teen replied at 20-7-2016 10:41 AM
@me.me

Tepat lagi bernas! Kakak senior lagi siot boleh dia ingat aku ni wifey & si Shark tu shu ...

akak speku ko ngn shark mesti dua2 jenis elok. stok muka retis kohrea. sb tu la menguatkan lagi speku hakak senior ko tu dik..muahaha.. tapi jgn betul2 ye dik nabi tak mengaku umat.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-7-2016 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by 9teen at 20-7-2016 12:26 PM
me.me replied at 20-7-2016 11:14 AM
akak speku ko ngn shark mesti dua2 jenis elok. stok muka retis kohrea. sb tu la menguatkan lagi sp ...


Jangan risau, kitorang TTM je  
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 12:22 PM | Show all posts
9teen replied at 20-7-2016 12:13 PM
Jangan risau, kitorang TTM saja

Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 01:24 PM | Show all posts
9teen replied at 20-7-2016 10:13 AM
Macam dekat post pertama, aku ada terangkan yang thread ni akan berkisar mengenai pengalaman yan ...

baru paham isi dgn tajuk.

baru nak suruh ko tukar tajuk. Siapa sebenarnya perempuan berbaju merah itu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko sambung cepat boleh tak dek..? Menceceh je..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 03:04 PM | Show all posts
daiman replied at 20-7-2016 02:38 PM
Ko sambung cepat boleh tak dek..? Menceceh je..

hahahahha
marah

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 03:11 PM | Show all posts
daiman replied at 20-7-2016 06:38 AM
Ko sambung cepat boleh tak dek..? Menceceh je..

dah berjangkit dgn shark.. bebel je
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-7-2016 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
TabletSusu replied at 20-7-2016 03:11 PM
dah berjangkit dgn shark.. bebel je

Sikit sebanyak perangai kawan kau mesti melekat sikit sikit kan @TabletSusu

Kalau nak tahu apa yang kita jadi sekarang ni, salah satunya berpunca dari kawan kawan kita dulu dulu. Hahahaha!

Kalau aku tak kawan dengan Shark si talkative. Aku tak rajin nak cerita kat sini.    
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 05:28 PM | Show all posts
9teen replied at 20-7-2016 09:09 AM
Sikit sebanyak perangai kawan kau mesti melekat sikit sikit kan @TabletSusu

Kalau nak tahu apa  ...



dah jgn bebel lg, cepat sambung citer
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-7-2016 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by 9teen at 20-7-2016 06:36 PM

Terima kasihlah yang sudi SR tu ya?  
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-7-2016 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kebetulan ada masa lapang. So, izinkanlah Aku menaip pengalaman aku yang lain ya? Yang pasti kali ni ada Shark.

Maaf erk kalau kali ni panjang sikit. Terpaksa tulis panjang eventhough serius malas nak taip. Tapi demi korang yang nak sangat kenal si Shark ni, meh aku ceritakan.

Kali ni maybe tak seram, cuma tak tahu apa, kenapa & siapa yang buat.

-----------------------------------------------------

CERITA KETIGA - MALAM BURUNG HANTU

Rasanya semua orang sedia maklum kan tentang malam burung hantu ni? Alah, budak budak senior nak sakat sakat budak junior yang inesen ni. Sakat suka suka.

Malam Burung Hantu ni diorang buat masa hari kedua orientasi. Maksudnya, malam yang sama yang mana petang tadi aku mimpi perempuan misteri berbaju merah nak bagi aku 2 gamelan yang tak pasti datangnya dari mana.

Malam tu senior senior fasi buat games dekat dewan. Lepas habis sesi games, diorang suruh kitorang keluarkan sapu tangan, kain batik atau kain pelikat yang kitorang bawak. Petang tadi time riadah petang memang fasi ada suruh bawak untuk aktiviti malam ni. Masing masing memang inesen (bagi akulah).

Batch kali ni tak lah ramai mana, sebab kitorang budak budak second intake. Budak first intake dah masuk. Then kitorang, lepas tu budak third intake pulak masuk. Budak third intake ni budak rayuan. Budak first & second intake yang dapat tawaran masuk. Biasanya budak masuk second intake sebab tak confirmkan setuju daftar masa first intake, then still dapat masuk as second intake.

Diorang suruh buat kumpulan. Satu kumpulan 9 orang. Setiap kumpulan mesti ada 3 anak sulung, 3 anak lain lain & 3 anak bongsu.

Setiap group kena ada 9 orang. Mesti cam muka masing masing. Kalau tak ingat muka member, kena denda.

Aku pun joinlah mana mana group yang aku nampak masih tak cukup orang dalam keadaan yang tak berapa best. Rasa tak sedap badan. Aku pulak memang jenis susah nak bukak mulut. Nasib baiklah tadi masa games dah kenal jugaklah siapa yang sulung, bongsu dan lain lain. Then, group yang dah cukup kena duduk sebaris atas lantai dewan.

Yang lagi siot, boleh pulak si Shark ni pun join group aku, right after fasi fasi dah main kira kira suruh cukupkan group tu. Menyampah betul!

Aku menyampah sebab mulut dia ni banyak sangat cakap. Satu lagi, dia ni kan dispeku ada hubungan tak berapa nak lurus dengan aku. Musibat betul!

Aku peduli walaupun cuma dalam hati dan tak tunjukkan dengan jelas yang aku menyampah dekat si Shark ni. Aku tak nak minggu orientasi ni makin macam macam cerita aku dengar. Aku nak belajar elok elok. Takde kawan pun no hal.

Tapi tak lama mana pun si Shark ni dapat join group aku, ada satu abang fasi ni. Orang Melaka, putih putih. Abang Aan kitorang panggil. Budak Form 4. Ahli Lembaga Disiplin. Dia suruh Shark masuk group lain.

"Yang baru masuk group 4 tu, tolong bangun sekejap. Masuk group 6 erk?"

Lepas si Shark tu masuk group lain. Aku nampak ada fasi yang senyum senyum. Aku malas nak pikir bukan bukan. Maybe ada aktiviti yang tak berapa sesuai untuk masukkan Shark dalam group aku. Atau, diorang ada sebab sendiri. Entahlah...

Then, fasi fasi suruh kitorang ikat kain yang kitorang bawak untuk tutup mata masing masing. Jangan mengelat katanya. Tutup elok elok. Kalau tak tutup elok elok, kalau nampak bukan bukan, jangan nak nangis.

Lepas memasing siap ikat penutup mata masing masing. Diorang suruh masing masing diam. Diorang suruh ikut arahan yang diorang akan bagi. Rasa makin sunyi pulak. Makin lama, rasa makin sunyi. Aku masih lagi duduk atas lantai dewan.

Lepas tu, aku rasa ada orang pegang badan aku. Maybe fasi kut. Sebab dia cuit aku dan suruh aku ikut dia. So, aku pun ikutlah apa yang dia suruh. Dia pimpin tangan aku. Jauh jugaklah aku rasa dia pimpin aku tu. Lenguh rasa kaki kena menapak. Lepas tu tak lama lepas tu, bila dah sampai satu point tu dia lepaskan tangan. Dia pegang bahu aku suruh duduk. Dia macam suruh aku diamkan diri sebab aku dengar bunyi orang bagi arahan suruh diam.

Keadaan sekeliling memang sunyi. Aku rasa macam aku sorang sorang je yang ada dekat situ. Sejuk pun sejuk. Maklumlah malam malam memanglah suasana agak sejuk. Aku tunggu punya tunggu sampai penat dah. Dah lah rasa macam nak demam. Last sekali, aku tertidur & terjaga bila Abang Aan spray muka aku pakai air. Tahu kan spray air tu? Ala ala, yang Febreeze tu?

Aku terkejut so aku bukaklah tutup mata aku time tu. Gila apa nak main spray spray air?

Abang Aan tanya aku buat apa dekat dekat bukit tu. Bukan atas bukit, tapi dekat dekat bukit. Ada 2 lagi fasi lelaki & sorang fasi perempuan ikut sama. Aku cuma diam. Diorang pun diam je bila aku diam.

Malam tu memang best sangat sebab fasi fasi ada yang takut sebab diorang tak jumpa aku dengan Shark. Lepas puas diorang carik, diorang jumpa Shark dekat depan rumah sampah.

Diorang jumpa aku dekat kawasan bukit belakang Blok C. Fasi yang dekat dewan bagitau budak budak lain tak payah panik sebab warden dah bagitau yang Shark temankan aku pergi klinik sebab demam. Warden pun ikut sekali. Diorang kata aku tak tahan sangat. Alasan tak kreatif langsung.

Blok budak Form 1 & 2 dekat Blok A. Blok B blok form 4. Blok C Form 3 & D blok Form 5. Blok C belakangnya memang bukit.

Bagi yang tak tahu, rumah sampah ni agak gelap sikit. Sampah sampah yang dah dimasukkan dalam plastik hitam sampah tu akan dikumpulkan dalam rumah sampai. Kedudukan rumah sampah ni dekat dengan Dewan Makan (DM). Agak jauh dari bangunan akademik & lebih dekat dengan kawasan asrama pelajar.

Shark cerita dia pun kena pimpin jugak. Lepas tu orang tu suruh dia duduk. Then, dia tunggu je orang tu bagi arahan. Tapi, dia dengar tapak kaki orang tinggalkan dia. Bukan 1 tapak kaki tapi macam ada kawan kawan lain.

Lama sangat tunggu, orang tu tak datang balik. Time dia dah penat tu, dia dengar orang duduk main bukak pintu rumah sampah. Baling baling plastik sampah hitam masuk bekas besi yang kumpulkan plastik plastik sampah tu. Semerbak bau busuk sampah sarap masuk ke hidung dia. Hanyir hanyir bau dia. Kali ni bau dia pekat macam sampah dah lama.

Shark kata dia diam je sebab setahu dia rasanya hari hari pekerja kutip sampah. Tak mungkin ada sampah yang bau sebusuk tu. Tapi dia diam je. Sebab bagi Shark, kalau tak benda jahat mesti senior saja nak sakat bagi dia takut. Maybe fasi yang tinggalkan dia dekat situ saja nak bagi dia nangis. Then ambik gambar dan share masa majlis penutup minggu orientasi.

Fasi fasi ada yang takut sebab diorang tak ada hantar mana mana budak pergi jauh dari bangunan akademik. Maybe ada yang terlepas pandang sampai ada budak yang terkeluar dari kawasan. Masing masing tak ngaku ada tinggal budak luar blok akademik.

Senang cakap, kalau ini perang, confirm aku & Shark dah mati sebab masuk kawasan musuh. Fasi ada yang speku mesti ada yang perdajal kitorang.

Nasib baiklah bukan aku yang diorang letak dekat rumah sampah tu. Nasib baik aku kena letak dekat bukit je. Aku rasa bersyukur pulak sebab si Shark kena letak dekat rumah sampah. Hahahahah!

Tak seram kan? Cuma misteri. Lagi kurang asam, buatlah dajal dengan orang lain time aku nak demam tu. Aku jugak yang kena. Kalau pasangkan aku dengan budak lain, no hal lah jugak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-7-2016 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
TabletSusu replied at 20-7-2016 05:28 PM
dah jgn bebel lg, cepat sambung citer

Dah sambung dah pun. Maybe tak seram, misteri nusantara je    
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
erm..sekolah integrasi kt mersing tu ke?
tp sekolah tu xglamer pon
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-7-2016 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
hasniey replied at 20-7-2016 09:54 PM
erm..sekolah integrasi kt mersing tu ke?
tp sekolah tu xglamer pon

Nope. Yang pasti bukan. Silakan terus meneka. Terima kasih sudi singgah baca pengalaman kat sini.     
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2016 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
9teen replied at 20-7-2016 10:09 PM
Nope. Yang pasti bukan. Silakan terus meneka. Terima kasih sudi singgah baca pengalaman kat sini.  ...

ai teka mrsm or sains kota tinggi  
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2016 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
ni mesti sains muar kan
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2016 09:29 AM | Show all posts
ko bekwn lg ke dgn shuben ko si shark ni..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2016 10:27 AM | Show all posts
tak terungkai lagi ke misteri shark ni sapa
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 21-7-2016 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
fifie_olin replied at 21-7-2016 09:29 AM
ko bekwn lg ke dgn shuben ko si shark ni..

Hahaha...Dah nama dah jadi bestfriend pun.

Nanti petang sikit atau malam sikit Aku sambung update    
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2016 11:03 AM | Show all posts
Parking2
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2016 11:04 AM | Show all posts
9teen replied at 20-7-2016 06:35 PM
Kebetulan ada masa lapang. So, izinkanlah Aku menaip pengalaman aku yang lain ya? Yang pasti kali ni ...

takutnye main burubg hantu ni...sambung la wahai tt..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2016 11:50 AM | Show all posts
iols paling menyampah stp kali mggu orientasi ade sesi burung hantu ni.. bajet tingaikan org kt hutan dgn niat nk takut2kan org..serius sgt2 xsuke..nsib la iols merasa sekali ja masa kne kursus btn kt mukah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.051863s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list