Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
70127
View
776
Reply

Siapa Shark, BF Aku Ni? & Kisah Kisah Lain (PENERANGAN : #726 - 19/11)

[Copy link]

Author: 9teen    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Post time 21-7-2016 12:54 PM | Show all posts
Nice story TT. Sila sambung ya...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 21-7-2016 01:00 PM | Show all posts
CERITA KELIMA - BANTAL GOLEK

Lepas Malam Burung Hantu, esoknya aku terpaksa balik rumah. Parents aku ambik bawak balik rumah. Puncanya sebab aku demam panas. So, senang cerita. Aku tak berada di sekolah masa cerita kelima ni jadi. Aku tak habis orientasi. Meanwhile Shark nampak tak terkesan langsung.

Benda ni jadi masa malam orientasi ketiga. Kali ni, orientasi dekat asrama baru nak mula. Abang abang Form 5 panggil semua budak budak Form 1 (first intake & second intake).

Doeh cerita, masa dekat aras atas Blok C tu atau budak budak panggil aras kayangan, budak budak Form 1 first intake diam je. Budak budak Form 1 second intake (batch aku) pulak ada yang borak borak dengan kawan kawan.

Budak budak Form 4 ada dekat aras bawah. Form 5 nak guna aras kayangan, so penghuni bilik aras atas Blok C ni menepek dekat bilik kawan. Diorang guna Blok C sebab terpencil sikit.

Abang Form 5 suruh budak budak ni beratur straight face to face. Badan membelakangkan dinding. Muka bertemu muka. Faham kan?

Diorang suruh budak budak yang first intake bangun. Tarik telinga orang sebelah. Silang silang. Diorang kena buat squad jump. Alasan kena denda sebab budak first intake tak ajar budak second intake hormat Form 5. Alasan lagi, konon bajet bajet budak first intake rasa diri lagi mulia dari budak second intake, walhal second intake pun budak offer masuk sekolah. Terus budak budak second intake jadi diam. Budak budak inesen tengok ada yang kena marah dengan senior.

Tetibak, ada satu budak Form 5 ni Doeh tak ingat nama, datang. Dia datang dekat Shark. Kebetulan Shark duduk tengah tengah barisan budak second intake.

"Wei, budak Gay sekor lagi tu mana?"

Budak budak batch aku kata balik. Demam.

"Babi! Boleh balik pulak!"

Lepas tu abang tu pergi dekat ketua diorang yang duduk dekat kerusi plastik. Dia bisik bisik something. Kawan dia dekat sebelah pegang kertas. Macam banyak jugaklah kertas.

Ketua diorang (yang bagi arahan suruh budak first intake buat squad jump tadi) panggil sorang budak first intake. Dia main petik je nama. Dia suruh demo "helikopter". Melayang layang budak tu. Siap kena tendang tendang dengan senior form 5 lain.

Lepas tu, budak budak batch aku (second intake) ni pulak kena buat squad jump. Lepas buat squad jump, kena buat motor. Doeh cerita sakit & penat gila buat menatang bodoh tu.

Lepas settle semua, boleh budak budak Form 5 ni bantai gelak. Happy agaknya nampak budak budak junior ni penat. Celaka betul.

Datang pulak satu lagi senior. Dia cakap nampak ada budak pakai topi macam takut takut belah dari blok C. Senior ni nak naik tangga belah belakang blok C tu ke aras kayangan. Dia bertembung dengan budak bertopi tu. Dia syak ada budak junior belah dari kena orientasi. Dah satu hal, sebab budak batch aku yang suka pakai topi even malam sekalipun cuma aku je! Lagi best budak tu pakai baju orientasi. Muka tak nampak sebab belakang blok C ni memang agak gelap.

Budak budak senior ni ada yang belah balik bilik lepas dengar benda tu. Ada senior yang konon konon tak percaya Aku dah balik, so diorang nak carik. Ada yang stay situ lagi.

Yang ketua diorang ni pulak petik nama Shark. Dia suruh Shark pergi depan dia. Dia suruh pumping depan dia. Lepas pumping, dia suruh buat knuckle. Masa Shark buat tu, kaki ketua diorang ni dia letak atas belakang badan Shark. Dia buat sampai Shark penat.

Lepas dah settle. Dia suruh Shark bangun. Then, dia cakap dia nak si Shark ni jadi kapten batch. Semua kesalahan yang budak budak batch buat, dia yang kena tanggung. So, dia kena jaga budak budak batch dia jangan sampai ada yang buat salah. Dia cakap budak budak Form 5 nak bagi hadiah sikit sebab jadi kapten batch.

Budak budak Form 5 yang ada, diorang pergi dekat Shark then masing masing tumbuk sorang sekali dekat bahu belah kanan dengan kiri si Shark ni. Memang nampak dia sakit kena pukul tu. Tapi budak budak inesen ni manalah nak lawan kan? Masih dengan kasta first batch, second batch. Kau kau, aku aku.

Habis sesi pukul memukul, pilih kapten batch secara paksarela & gelak gelak oleh budak budak Form 5 ni, so budak budak Form 1 ni bolehlah balik. Tu pun, lepas kertas tu diedarkan pada sorang satu. Semua budak Form 1 kena ambik tandatangan budak budak Form 5. Yang tak cukup, ada denda menanti masa meeting kedua nanti.

Masa dekat bilik, Doeh dengan Panjang cakap si Shark ni diam je. Biasa dia banyak cakap kan? Kali ni dia diam.

Lusanya, diorang dengar cerita ada senior Form 5 kena kacau. Agak agak senior yang mana? Tapi tak ada siapa tahu siapa yang kena kacau, cuma speku speku je.

Kononnya masa budak senior tu tengah bukak locker nak kemas kemas baju dia dalam locker, dia kena kacau. Time ni masa lepas habis prep malam. Sunyi lagi time tu. Atas locker dia memang dia letak bantal golek yang panjang tu.

Entah macam mana, nak jadi cerita, lepas kemas kemas baju dalam loker tu. Dia terpandang dekat bantal golek atas loker dia tu. Bantal golek tu dah tak jadi bantal golek. Boleh pulak bantal golek tu nampak macam cik Pocong! Slow slow dia pusing menghadap dia.

Terus abang senior tu keluar dari bilik dia. Terkejut agaknya. Mampus kalau cik Pocong tu lompat depan dia. Tahu jugak dia takut erk. Konon dialah yang paling pailang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 21-7-2016 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuppy replied at 21-7-2016 12:54 PM
Nice story TT. Sila sambung ya...

Terima kasih. Dah update cerita tak berapa seram  
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2016 01:25 PM | Show all posts
9teen replied at 21-7-2016 01:21 PM
Terima kasih. Dah update cerita tak berapa seram

Seram la bagi iols sebab iols imagine sekali sambil bace tu. Trase diri sendiri plak kat tempt kejadian...

Btw, keep up the good work. Cerita senang fhm...;)
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2016 01:25 PM | Show all posts
9teen replied at 21-7-2016 01:00 PM
CERITA KELIMA - BANTAL GOLEK

Lepas Malam Burung Hantu, esoknya aku terpaksa balik rumah. Parents  ...

aku igtkn aman2 je sek ko ni
ade gak kes buli2 ni ek..
x gemar tul aku..
sian shuben ko...apsal dia diam jek...mksud ko tu bkn dia ke
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 21-7-2016 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
fifie_olin replied at 21-7-2016 01:25 PM
aku igtkn aman2 je sek ko ni
ade gak kes buli2 ni ek..
x gemar tul aku..


Air yang tenang, jangan sangka takde buaya.

Nasib baiklah Aku dah balik rumah time orientasi. Tapi benda benda meeting buli ni memang akan ada sentiasa. Tahan je lah. Nama pun budak junior

Paling musibat, boleh dia tanya "Mana sekor lagi budak Gay?"

Takde siapa suka sexual orientationnya diketahui umum. Hahaha... Semua gara gara makhluk kepala tercabut :
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2016 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
BapakBunga replied at 21-7-2016 09:15 AM
ni mesti sains muar kan

Sains muar baru tahun ni ada intake form 1.sebelum2 ni form 4,5 je...mrsm muar kot..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2016 03:20 PM | Show all posts
9teen replied at 20-7-2016 06:35 PM
Kebetulan ada masa lapang. So, izinkanlah Aku menaip pengalaman aku yang lain ya? Yang pasti kali ni ...

Citer pasal game ni. Aku ade story. Sori ae TT kalau aku celah sikit.

Dulu masa aku kena minggu orentasi, fasi kami terdiri dari lecturer je. Dorang tak bagi senior incharge new intake. Tak tau apsal. Maybe dulu pernah ade kes kot. Okla kan. Lagipun bagus jugak mcm tu. Mase ni aku kat salah satu institut kemahiran area2 selatan.

Ok. Ade satu hari tu aktiviti burung hantu ni laa dibuat pd hari ke brape ntah aku tak ingat. Tepat pukul 12 malam kami dikumpulkan dekat kawasan tapak perhimpunan mengikut kumpulan memasing. Sebelum aktiviti tu start, fasi telah membacakan doa agar kami selamat dari sebarang malapetaka. Mase doa dibacakan tu, suasana memang rasa lain gila. Seram sampai meremang remang. Keadaan jadi sunyi sepi. Yg ade suara ketua fasi baca doa. Dalam pd sunyi tu, tetiba ada pulak bunyi burung hantu sahut menyahut. Mau tak seram.


Aktiviti pun start lepas bacaan doa tu. Kami diarah tutup mata sambil pegang kain yg da diikat pd tangan semua pserta kumpulan supaya tak berpecah. 10 minit pertama ok lagi. Masuk minit berikutnya, kami dpt tau kami ni kena letak kat kawasan perkuburan india depan kolej tu. Gila! Mcm mna aku tau? Sebab ketua kumpulan kami yg bagitau dan dia pesan "JANGAN CAKAP APA2 DAN TUNGGU ARAHAN DARI DIA JE". Memang ade bau asap yg biase dorang buat sembahyang tu. Dalam kami berjalan teraba raba sebab mata da kena tutupkan, tak jauh dari group kami tu, ade lagi satu group baru dtg. Tetiba aku terdengar ade budak "tersepak" something yg bunyi nya macam mangkok stainless steel terpelanting. So agak kecoh sikit sebab fasi suruh kami rehat & duduk kejap. Mungkin dorang nak check ape yg dilanggar tadi.

Mase tu keadaan macam kelam kabut sikit sebab ade yg da mula nak menangis la, ape la. Aku dgn group aku pn teruskan jela jalan bila ketua aku arahkan kami bergerak. Dengar macam kami lalu kawasan hutan sebab bunyi cengkerik la ape la. Pastu terasa semak2 bagai tu. Alhamdulillah kami selamat sampai point terakhir. Lepas dari point terakhir tu, kami bukak la penutup mata tu & terus kumpul dalam dewan. Tapi nampak muka fasi mcam ade yg tak kena. Aktiviti habis pukul 3pagi.

Keesokkan harinya, aku dapat citer. Dorang cakap malam tadi kecoh kat asrama laki. Dengan pak guard sekali busy. Mana tak nye, ade sorang pelajar laki tu boleh panjat pagar pintu utama memalam buta sebab nak pergi kat kubur depan tu. Kesian beb. Sampai berdarah darah kaki budak tu terpijak besi tajam yg ade kat atas pagar. Meracau budak tu cakap bahasa lain. Dorang pakat tangkap bawak pegi surau. Memang kuat. Member aku ni aku panggil dia botak. Botak cakap lebih 10 orang gak pegang budak tu. Tapi semua terpelanting. Punyalaa kuat benda tu. Last2 dekat subuh gak baru ok sikit. Tapi budak tu terpaksa bawak balik utk berubat. Sebab botak cakap budak tu tak berhenti ckp dalam bahase yg susah nk paham.


Haa.. tu baru sorang je... Ade lagi budak perempuan yg kena & budak ni gak la yg tersepak mangkok stainless steel tu..


Panjang sangat da ni..
Ok TT, sori again ye.. hehehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 21-7-2016 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
3bidadara replied at 21-7-2016 03:20 PM
Citer pasal game ni. Aku ade story. Sori ae TT kalau aku celah sikit.

Dulu masa aku kena minggu ...

Takde masalah pun. Sebab Aku pun ambik masa jugak nak sambung. Silakan kalau ada cerita lagi. Hihihi

Dekat sini, time orientasi, fasi fasi memang dah minta izin cikgu & warden untuk uruskan. Kalau jadi apa apa je, baru cikgu & warden akan turun. Kena tinggal pun dalam kawasan Blok Akademik sebab budak budak sekolah menengah je.

Tak tahu macam mana Aku & Shark terpilih kena sakat tempat lain. Jauh wo!    
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2016 04:42 PM | Show all posts

SAMURA upper form sajork uols..
iols speku kalau x SMSJ Kluang, mesti SAKTI..

SASEM & SEHEBAT skola baru2..hihi
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2016 05:10 PM | Show all posts
9teen replied at 21-7-2016 01:00 PM
CERITA KELIMA - BANTAL GOLEK

Lepas Malam Burung Hantu, esoknya aku terpaksa balik rumah. Parents  ...

Wahhh..adakah belaan atau penjaga shark balas dendam... speku2
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 21-7-2016 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
F8_girl replied at 21-7-2016 05:10 PM
Wahhh..adakah belaan atau penjaga shark balas dendam... speku2

Jangan tidur dengan bantal golek, okay?      
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 21-7-2016 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
CERITA KEENAM - JANGAN GANTUNG

Aci tak kalau Aku update cerita yang tak berlaku pada Aku, tapi berlaku pada kakak kakak senior fasi kitorang?

Cerita ni pun aku terdengar Akak fasi yang ada sama sama dengan 2 orang lagi abang dengan abang Aan masa diorang bawak aku pergi sickbay. Lepas diorang jumpa aku yang tertidur sorang sorang dekat dekat bukit belakang Block C tu, diorang bawak aku pergi sickbay. Nama lagi 2 orang abang fasi ni nanti aku dedahkan okay.

Aku tak akan cerita sekolah mana. Cukuplah aku cakap sekolah berasrama penuh dalam zon Selatan Malaysia. Zon Selatan ni meliputi 3 buah negeri kan?

Nama nama diorang ni pun dah aku samar samarkan supaya tak sentuh apa apa. Sekadar berkongsi je.

Bagi yang tak tahu, sickbay ni tempat budak budak yang tak sihat akan baring baring. Kalau budak yang tak sihat, akan pergi klinik kesihatan kerajaan yang berdekatan sini. Van sekolah yang akan hantar kitorang. Then, bagi copy MC dekat sickbay untuk izinkan korang terbongkang dekat sickbay secara berleluasanya. Kalau nak skip kelas sebab tak siapkan homework yang cikgu bagi dulu pun, macam ni boleh jugak. Even cikgu datang melawat, bila nampak muka kau kat sickbay pun, dia akan sejuk hati. Husnudzon gamaknya. Kesian budak tak sihat.

Sickbay ni jugak tempat orang dari klinik kesihatan akan datang untuk program derma darah dan check gigi berjadual.

Okay, kita kembali pada cerita yang aku terdengar kakak fasi ni cerita. Biarlah aku namakan dia kak Share. Nama penuh dia Syarifah. Nama yang umum kan?

Kak Share ni salah sorang ahli Wakil Pelajar. Kak Share cakap benda ni jadi kat budak budak bilik dia, tapi diorang tak nak kecoh kecoh.

Kakak pada kak Share pernah cakap jangan suka suka gantung telekung dekat tingkap belah senja ke atas, seeloknya letaklah kat tempat yang sepatutnya. Biasanya memang budak budak bilik dia tak gantung telekung dekat tingkap sebab takut nanti Kak Share ni tegur diorang.

Kebetulan satu hari tu, Kak Share balik bermalam dekat rumah dia. So, tinggallah roommates kak Share yang bertiga ni. Disebabkan Kak Share tak ada, so kawan Kak Share yang sorang ni nak tumpang belajar sama dekat bilik tu. Dibuat ceritanya sebab blok dia jauh, so dia bawaklah segala mak nenek yang diperlukan sekali termasuklah sepasang telekung suci nan kudus. Ecewah!

Digantunglah telekung tu dekat tingkap sepanjang malam. Pagi tu, nak jadi cerita, nak qiamullail lah agaknya, kakak tu nampak telekung tu dah tak nampak macam telekung. Macam lembaga bersandar kepala dekat tingkap dan badannya nak cecah meja belajar. Muka hitam sehitamnya.

So, mencicitlah kakak tuan punya telekung tu menyelit sebelah kawan dia yang tengah tidur. Tarik selimut kawan dan menidurkan diri.

Abang Aan suruh Kak Share slowkan suara dia. Maklumlah ahli Wakil Pelajar memanglah nyaring suara dia. Abang Aan tak nak aku dengar agaknya cerita yang agak menyeramkan tu.

Diorang ingat aku tak dengar agaknya? Mungkin nampak aku macam tak berapa sihat. Tapi, haruslah aku tetap bukak mata & telinga seboleh mungkin sebab fasi fasi ni bukan boleh percaya sangat kan?

Huhuhu...Nanti Aku sambung cerita lain ya? Agak agak korang dah mula speku speku tak siapa sebenarnya Shark?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2016 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
jangan2 mcm cite siam. shark tu roh budak yg melepak kt sekolah asrama tu. eii nextyear anak nk masuk form 1 mmg aku xnk kasik dia pi asrama if result ok. satu sebabnya xnak dia kne ragging. kedua sbb aku xnk terserempak dgn bende mistik if anto anak. seramnya lahai.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2016 10:27 PM | Show all posts
sabar menanti sambungan tt
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2016 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
9teen replied at 21-7-2016 01:00 PM
CERITA KELIMA - BANTAL GOLEK

Lepas Malam Burung Hantu, esoknya aku terpaksa balik rumah. Parents  ...

Mana cerita no empat Tt   
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 21-7-2016 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
BONDAFAD replied at 21-7-2016 10:39 PM
Mana cerita no empat Tt

Cerita 1 - Intro -Perempuan Baju Merah (#1)
Cerita 2 - Gamelan (#22)
Cerita 3 - Malam Burung Hantu (#64)
Cerita 5 - Bantal Golek (#77)
Cerita 6 - Jangan Gantung (#88)

Cerita 4 tertinggal nak update pulak!
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2016 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
ingatkan mcm lif no 4
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 21-7-2016 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
BONDAFAD replied at 21-7-2016 11:11 PM
ingatkan mcm lif no 4

No 4 suwei kot, sebab tu takde dalam thread ni. Hahahahah!      
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2016 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Ikut TT lah nak update ikut urutan ke macamana. Janji cerita mantap...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-7-2016 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Inezkhalidi replied at 22-7-2016 12:44 AM
Ikut TT lah nak update ikut urutan ke macamana. Janji cerita mantap...

Terima kasihlah sudi baca pengalaman pengalaman yang Aku coretkan kat sini. Bukan semua pengalaman aku. Ada jugak orang orang terdekat cerita.    
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2016 08:09 AM | Show all posts
bijak ko susun citer ko ni..
lain dr yg lain..yg ni aku nak
x membosankn
hrp2 ko x tgglkn benang ni tekontang2..
mcm sesetgh porumer
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2016 09:12 AM | Show all posts
Sambung lagi TT..

Tak sabarr nak tahu siapa Shark tu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2016 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerita tt sentiasa dialu2kan...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-7-2016 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
fifie_olin replied at 22-7-2016 08:09 AM
bijak ko susun citer ko ni..
lain dr yg lain..yg ni aku nak
x membosankn

Insya-ALLAH. Terima kasih sebab sudi baca pengalaman yang Aku sharekan dengan sini.    
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.062536s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list