CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: 9teen

Siapa Shark, BF Aku Ni? & Kisah Kisah Lain (PENERANGAN : #726 - 19/11)

  [Copy link]
 Author| Post time 22-7-2016 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
ffawwaz replied at 22-7-2016 04:59 PM
hehehe..iols attached kan peta terendak kat sini..
so boleh la kita sama2 mengagak sama ke x crit ...

Rajin sungguh men-CSI erk?

Takpe. Teruskan dengan speku speku korang. Aku serahkan semuanya pada imaginasi korang untuk hubungjalinkan setiap cerita pengalaman yang aku share dekat sini sendirian berhad.

Kalau korang nak lukis peta sendiri based on apa yang aku ceritakan pun, takde masalah. Aku memang tak akan mention nama lokasi sebenar & nama watak watak sebab semua masih hidup & rapat dengan Aku.

Aku cerita pun sebab just nak share      
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2016 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
9teen replied at 22-7-2016 10:53 PM
Baik sungguh menatang tu temankan Aku kan?

Baik lagi prihatin gitu, mujur tak ada kenduri kendara meraikan kedatangan ko      
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2016 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
manehnya replied at 22-7-2016 03:43 PM
hihii

so sweet....

Masam masam manis. Biasalah orang bencinta, ada ranjaunya.

Bencinta okay? Bukan bercinta      
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2016 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Inezkhalidi replied at 22-7-2016 10:59 PM
Baik lagi prihatin gitu, mujur tak ada kenduri kendara meraikan kedatangan ko

Kalau ada kenduri kendara, mesti lagi lama sesi pemutihan aku      
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2016 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
9teen replied at 22-7-2016 10:48 PM
CERITA KELAPAN - KEMBAR

Aku tak ada dekat sekolah hampir 2 minggu. Ni pun selepas consult dengan ...

I tggu gak cerita u start mase u balik rumah sebab demam time2 orientasi tu. And u cuti 2 minggu tu. Ade ape dgn shark?

Tetibe mcm I is so tak mnyabar. Sorry TT....   
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2016 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang mengundang rasa sesuatu sangatlah kalau orang nampak ko makan sosej dengan lahapnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2016 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita shark ni dah ada ending nya ka belum? I mean, tt dah tau kaaa siapa shark yg sbnarnya. Atauuu, misteri cerita masih berterusan hingga ke harini?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2016 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by 9teen at 22-7-2016 11:40 PM
Cuppy replied at 22-7-2016 11:30 PM
I tggu gak cerita u start mase u balik rumah sebab demam time2 orientasi tu. And u cuti 2 minggu t ...


Terima kasihlah sebab sudi baca Cerita 1 sampai Cerita 8 (walaupun takde Cerita 4)

Insya-ALLAH, nanti Aku akan merajinkan diri update cerita tu ya?

Shark = Jerung, so of courselah tanpa Ice, si Jerung akan carik anak anak ikan untuk dimakan. Hahahaha!

P/s : Ini melawak je taw?    
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-7-2016 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Inezkhalidi replied at 22-7-2016 11:33 PM
Memang mengundang rasa sesuatu sangatlah kalau orang nampak ko makan sosej dengan lahapnya

Nasib baik faham. Budak budak perempuan boleh senyum senyum.    
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2016 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
9teen replied at 22-7-2016 11:38 PM
Terima kasihlah sebab sudi baca Cerita 1 sampai Cerita 8 (walaupun takde Cerita 4)

Insya-ALL ...

Amboi uolss.....   

Takpe, takpe. Kite tggu smpai hbs.    
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2016 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
9teen replied at 22-7-2016 10:57 PM
Rajin sungguh men-CSI erk?

Takpe. Teruskan dengan speku speku korang. Aku serahkan semuanya pa ...

Ekeke..xpe2..
Akak kat opis aku ni rasanya super senior ko..
Ikut apa yg dia crita ttang mjsc dia hampir sma da dgn crita ko..
Dia admit mmg angker gituh..huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2016 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
ffawwaz replied at 23-7-2016 09:08 AM
Ekeke..xpe2..
Akak kat opis aku ni rasanya super senior ko..
Ikut apa yg dia crita ttang mjsc di ...

Owh I see...Rasanya sekolah sekolah asrama memang banyak yang angker.
Tapi, niat aku stori mori ni bukanlah nak bagi orang takut nak masuk sekolah asrama.

Tak semua orang akan berhadapan dengan angker mangker ni. Nasib nasiblah  
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2016 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Wey hapdet cepat cite kau, bro. Cite lu memang besttt

Aku seram baca part hantu2 tu dok teman kau kt sickbay. Kau pernah bukak cite tu kt Abang Aan tak? Samada cite hantu Abang Aan tu betul atau hantu tu yg reka sendiri? HAHAHA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2016 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
arrowtotheknee replied at 23-7-2016 10:17 AM
Wey hapdet cepat cite kau, bro. Cite lu memang besttt

Aku seram baca part hantu2 tu dok tem ...

Dah baca Cerita 1 sampai Cerita 8 ke?
Terima kasihlah sudi baca pengalaman yang aku share dekat sini. Kalau tak seram mana, maaflah...Asalkan ada misterinya

Cerita 4 memang takde. Jangan carik pulak      
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2016 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Best, seram.. ayat senang difahami..

Akak bagi A jugak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2016 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
aijinmisaki replied at 23-7-2016 01:05 PM
Best, seram.. ayat senang difahami..

Akak bagi A jugak..

Alhamdulillah.
Takpe, kalau tak seram, its okay. Sebab bukan semuanya seram, ada yang misteri.
Yang penting, biar orang faham.

Kalau orang lain tak faham, susah jugak nak bagi orang bayangkan sendiri  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2016 02:12 PM | Show all posts
3bidadara replied at 21-7-2016 03:20 PM
Citer pasal game ni. Aku ade story. Sori ae TT kalau aku celah sikit.

Dulu masa aku kena minggu ...

benci betul la jenis orientasi nak buat benda tak faedah macam nih, dah tau dah end up mesti menyusahkan semua orang.bawak pulak sampai ke kuburan. eii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2016 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
MizzNaza replied at 23-7-2016 02:12 PM
benci betul la jenis orientasi nak buat benda tak faedah macam nih, dah tau dah end up mesti menyu ...

Sabar! Sabar!

Jangan marah marah. Relaks. Aku pun tengah tunggu 3bidadara sambung cerita tentang orientasi tu.

Mehlah @3bidadara sambung cerita tentang yang pijak stainless steel tu!    
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2016 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by 9teen at 23-7-2016 03:29 PM

CERITA SEMBILAN - SURAU

Ingat lagi Cerita Tujuh : Sickbay tak? (kalau tak silap aku lah)

Yang Aku kena sakat dekat sickbay time Malam Burung Hantu dengan makhluk makhluk yang cerita hantu dan gelak semacam tu? Yang aku ingat Abang Aan, Shark & fasi yang bercerita tapi rupanya rupanya bukan apa yang aku sangkakan?

Okay meh aku cerita apa yang sebenarnya terjadi. Right after aku masuk bilik sickbay lelaki tu, diorang jengah tengok aku macam tertidur. Lagipun kipas memang berpusing, means aku nak berehat.

So, diorang geraklah sekali dengan Shark sebab ketua warden nak jumpa dia. Abang Aan, Kak Share dengan 2 fasi yang jumpa aku bawak si Shark. Fasi yang jumpa Shark pun sama jugak. Diorang pergi rumah ketua warden dekat kawasan rumah rumah warden. Ditinggalkan aku dekat sickbay sebab abang Aan rasa tak ada siapa akan sakat aku time dekat sickbay. Abang Aan kata aku budak baik baik.

Ketua warden kitorang ni agak berisi sikit. Kulit dia gelap gelap. Suka buat lawak, disegani and at the same time, watak dia macam misteri gitu.

Time dekat rumah warden, fasi fasi ni pun ceritalah diorang jumpa Shark dekat rumah sampah. Diorang cerita jugak jumpa aku dekat dekat bukit.

Ketua warden senyum je bila dia salam dengan Shark. Dia tanya fasi kenapa tinggal aku sorang sorang dekat sickbay. Dia cakap jugak, lepas settle semua, terus pergi sickbay, bawak aku balik. Jangan cakap apa apa, takut aku pengsan.

Lepas dia cakap macam tu, dia cakap, "Dah dah, pegi balik! Takde apa apa kat sini. Nak kumpul buat apa"

Tapi bukan cakap dekat fasi fasi & Shark ni. Dia cakap dekat satu kawasan tu. Seram fasi fasi semua. Ketua warden cuma senyum je lepas dia nasihat & tegur tu. Selamba dia je.

Benda ni Abang Aan cerita dekat aku betul betul pada minggu aku balik sekolah lepas puas berehat dekat rumah (minggu sama yang aku tak puas hati sebab orang dok tengok aku makan sosej goreng yang rupanya Doeh cerita ada beberapa siri penampakan aku dekat sana).

Actually, sepatutnya takde sampai 2 minggu aku kena pemutihan. Yang lebih lebih cuti tambahan tu sebab aku homesick, tak nak balik sekolah. Tapi pukul rata je cakap cuti pemutihan.

Sekolah ni pun dah biasa. Asal nama minggu orientasi, confirm ada yang akan tak habis orientasi. Naik lambat. Cuma nasib siapa yang kena.

Anak bongsu memanglah macam tu. Lelaki ke perempuan aku rasa sama je kot. Eventhough tak sampai 2 hari orientasi, dah homesick. Apa da!

Okay meh, aku ceritakan pengalaman yang abang Aan sempat stori mori dekat aku masa yang sama dia cerita pasal apa yang terjadi dekat aku dekat sickbay tu.

Abang Aan cerita apa yang aku dengar tentang dia kena kacau masa study dengan kena kacau dekat sickbay memang betul pun. Dia siap tambah satu lagi cerita, tapi benda ni dia tak stori mori dekat orang lain. Cuma dia nak aku tahu.

Okay, ceritanya macam ni...

Benda ni jadi masa dia form 3. Means benda jadi masa tahun dia nak ambik salah satu periksa besar dekat Malaysia yang memang berasaskan peperiksaan untuk nilai budak tu bijak ke kurang bijak.

Satu pagi tu, dia siap siap awal. Lepas siap, dia ke surau. Dari Blok dia, dia kena jalan lepasi blok blok sebelum sampai ke surau. Dalam perjalanan tu, memang suasana sepi & hening sebab orang baru nak mula bangun nak sembahyang Subuh. Tiba tiba sebelah telinga dia dengar ada orang beri salam.

"Assalamualaikum..."

Abang Aan terbehenti dengan sendirinya. Dia toleh belakang kot kot ada orang nak teman dia sama pergi surau kan?

Awal lagi ni. Dia nak pergi surau pun sebab nak bersihkan surau sikit sikit. Dapat jugak pahala tambahan. Buang taik cicak ke apa ke pun, dapat pahala jugak.

Kat sini, surau kitorang pintunya sliding. Once sampai, abang Aan terus bukak pintu sliding tu. Dia terus pergi dekat tempat nak on suis lampu dan kipas.

Lepas tu, dia rasa macam berdegup degup jantung dia. Tiba tiba rasa seram sendiri. Dia belum sempat nak on suis, dia rasa macam ada cuit cuit kaki dia. Dia pandang dari ekor mata tak ada apa apa. Dia dah niat macam nak batalkan bukak lampu & keluar dulu. Dia niat nak keluar untuk tunggu kalau ada orang lain datang surau sama.

Time dia pusing belakang tu (lepas batalkan niat nak on segala suis), dia nampak berterabur benda berkapan dekat atas lantai surau. Benda tu berterabur betul betul atas lantai surau. Ada yang macam nak bangun, tapi susah nak bangun sebab berikat.

Agak agak faham tak berterabur? Senang kata macam orang tidur ramai ramai atas lantai, but yang ni tutup full kain kapan macam orang mati.

Abang Aan memang nak cabut dah time tu. Dia tak fikir apa. Bila dia nampak benda tu macam dah ada yang berdiri dan mula nak melompat lompat ke arah dia, dan dan kaki abang Aan macam kena gam statik dekat situ, terus dia pengsan.

Tak lama lepas tu, abang Aan dikejutkan Ustaz. Ustaz senyum je sebab tengok abang Aan baring dekat sejadah imam. Abang Aan cuma mintak maaf sebab tertidur.

Benda ni abang Aan tak cerita pada siapa siapa kecuali pada aku, seorang Ice, maybe sebab dia rasa orang tak akan percaya benda benda ni akan mengganggu dalam surau.

Aku memang agak sangsi, but aku percayakan je sebab benda ni tak terjadi pada aku, so aku bersangka baik je lah. Lagipun surau ni memang jadi port dating sesetengah couple. Sebab saf lelaki dengan saf perempuan ada divider. Biasanya couple meeting dekat saf perempuan belah belakang.

Aku tak tolak kemungkinan benda ni jadi betul betul pada abang Aan, sebab nampak dia macam jujur ceritakan benda ni. Plus, surau ni pun ada beberapa siri histeria sebenarnya. Nanti nanti kalau aku ingat, aku cerita ya?

Maaf kalau tak seram. Sekadar update buat yang sudi baca & SR dekat thread aku ni.

P/S :

1) Shark tu sekarang bestfriend aku. Aku mula kenal dia masa orientasi Form 1.
2) Ice tu nama aku. Nama panggilan.
3) Abang Aan tu fasi aku yang seboleh mungkin tak nak aku satu team dengan Shark time orientasi. Dia ni pernah jadi abang angkat aku masa sekolah sini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2016 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Maaf sebab aku tak akan terus reveal siapa sebenarnya Shark & kenapa benda nj jadi pada Shark & aku - Ice.

Cara aku memang aku akan cerita, then bagi selingan cerita cerita lain yang terjadi dekat asrama & sekolah kitorang. Baik pada aku, Shark atau senior lain. So korang taklah jemu asal sikit aku, Shark, aku, Shark.

Ni pun Shark bagi greenlight untuk aku cerita kenapa benda ni jadi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.284437 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list