Oleh Izzah Abbasy
Balik nanti, jangan lupa cas dahulu 8 jam baru boleh guna ya!
Seringkali ayat tersebut dipesan apabila membeli telefon, komputer riba, kamera dan gajet baru yang lain. Terfikir juga, kenapa kena cas 8 jam ya?
Adakah perkara ini FAKTA atau sekadar MITOS?
Baiklah, jawapannya adalah MITOS untuk sekarang ini.
Tetapi jika dahulu ia sememangnya FAKTA. Kenapa dulu fakta dan sekarang ini menjadi mitos pula? Ia bergantung kepada jenis bateri yang digunakan. Dulu, bateri yang digunapakai adalah bateri Nickel Cadmium. Sekarang ini nak cas bateri telefon berapa lama pun tak kisah dah. Nak terus guna telefon atau gajet lain yang baru beli pun boleh walaupun bateri tak penuh lagi. Tak ada masalah.
Sebabnya bateri Nickel Cadmium ada ‘memory effect’ yang boleh kekalkan kapasiti bergantung kepada berapa bateri sudah dicas dan diguna. Maksudnya, gajet yang guna bateri ini, dia ada amaran untuk cas penuh dahulu baru boleh guna.
Sekarang, gajet guna bateri Li-lon atau Li-PO. Selain itu, kita dinasihatkan untuk cas bateri apabila peratusan bateri sudah tinggal 40%. Jangan sampai kurang daripada 10% baru nak cas. Ada faham?
Kredit : Says |