CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3419|Reply: 6

Apb penganut agama jadi sewel

[Copy link]
Post time 23-7-2016 01:42 AM | Show all posts |Read mode
'Terima Kasih Ustazah Kerana Tampar Kepala Anak Saya Sampai Masuk Wad'
9:59 AM



Terima kasih USTAZAH HUSLIN (SMK Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan) kerana telah menampar kepala anak saya NURSYAHIDA BT ZULKIFLI sebanyak tiga kali pada 19 Julai 2016, jam 8.30 petang.

Katanya, anak saya mengandam kening. Sedangkan keluarga kami semuanya kening seperti diandam. Saya rasa ustazah berkenaan perlu menambah power kaca matanya.

Anak saya masih dalam rawatan Doktor Pakar Othorpedik kerana tulang tengkuknya menghadapi masalah kritikal. Penyakit ini di bawah kawalan Ketua Pakar Othorpedik HRPZII dan anak saya dinasihatkan agar tidak mengangkat barang-barang berat dan tidak dibenarkan sesiapa menyentuh, apatah lagi memukul bahagian kepalanya.

Disebabkan kejadian semalam, saya terpaksa menghantar anak saya ke Hospital Tanah Merah kerana dia mengalami sakit di bahagian yang ditampar dan muntah-muntah. Dan sekiranya sakitnya tidak berubah, saya terpaksa merujuk HRPZII.


Bulu kening mangsa yang didakwa telah dicukur. Bagaimana mangsa menafikan dakwaan itu.




Justeru, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Sepatutnya pihak sekolah prihatin dan tidak menghukum muridnya secara keterlaluan.

Tambahan pula guru yang berpendidikan agama perlu mengambil tindakan secara berhemah. Saya berharap pihak kementerian mengambil tindakan yang serius terhadap guru-guru yang tidak beretika. - Zulkifli Yunus | PIXEL MEDIA


https://pixelperfext.blogspot.my ... -kerana-tampar.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2016 02:21 AM | Show all posts
okay - kalau awak nak kata si pemukul tu yg salah i think she is bersalah sebab memukul bhgn kepala
dalam islam kalau awak nak tahu ada dinyatakan anggota mana yg boleh dan yg tak boleh .

so - harapnya jgn ada pula yg kata islam tu kejam ke ( nauzubillah ) ni sebab ustazah tu pukul dan tindakan pukulan tu dilakukan  dengan penuh keraguan dan tanda tanya - adaklah pelajar itu sempat bela diri atau tersu saha dipukulnya.

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2016 07:10 AM | Show all posts
Edited by ibnur at 23-7-2016 07:12 AM

Berita ni keluar dalam Pixel Media sahaja.  kemudian orang share dalam My Media Hub facebook.  Buat masa ni gambar ajer yang betul.

Berita belum pasti sahih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2016 10:27 PM | Show all posts
Kening punya pasal
Muhamaad Razis Ismail
razis@hmetro.com.my


SITI Nursyahida terlantar di HRPZ II akibat mengalami masalah saraf selepas mendakwa ditampar seorang guru wanita dalam kejadian Selasa lalu.

Kota Bharu: Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga terlantar di hospital akibat masalah saraf selepas mendakwa ditampar guru wanita di sekolah menengah di Tanah Merah, Selasa lalu.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi, itu, Siti Nursyahida Zulkifli, 15, mendakwa ditampar di belakang kepalanya tiga kali selepas didakwa mencukur keningnya.

Akibat kejadian itu, anak sulung daripada empat beradik itu dibawa di Hospital Tanah Merah (HTM) sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini rawatan lanjut selepas mengalami masalah saraf.

Ibu pelajar terbabit, Zakirah Zahari, 35, berkata, dia difahamkan, anaknya ditampar di depan perhimpunan sekolah selepas menafikan mencukur keningnya.

“Saya hanya menyedari anak seperti menahan kesakitan ketika mengambilnya untuk pulang ke rumah selepas tamat sesi persekolahan sebelum dia menceritakan apa yang berlaku sambil menangis.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Julai 2016 @ 10:00 AM


http://www.hmetro.com.my/node/153798


jika agama keamanan, apasal ektremisnya amat ganas?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2016 11:10 PM | Show all posts
Hujatul_Jihad replied at 23-7-2016 10:27 PM
Kening punya pasal
Muhamaad Razis Ismail

ada lagi sumber yang boleh bagi tahu dengan lebih terperinci - apa yg berlaku ?

pernyataan saksi dan apa yg sebenarnay berlaku selepas guru tu nampak kening pelajar tu macam tu - adakah

a) dia bertanya terlebih dahulu?
b) sebelum ini kalau kening pelajar tu dah macam tu dan kekawan boleh confirm adakah lain ke keningnya pada hari kejadian- any witness?
c) apabila membaca article di atas saya beranggapan - bahawa guru wanita berkenaan tersu menampar kepala dan begitu sahaja seolah olah tak ada  yg melaporkan critical events that led  to her being  hit by the  teacher

sebba pada i yang ini kritikal - ada takkomunikasi ? sebarang bentuk antara guru berkenaan dan pelajar?

ada tak siasatan dijalankan  dalam perkara ini ?


Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2016 11:15 PM | Show all posts
Hujatul_Jihad replied at 23-7-2016 10:27 PM
Kening punya pasal
Muhamaad Razis Ismail

jika agama keamanan, apasal ektremisnya amat ganas?


kenapa anda bertanya soalan dalam mana ia dah ada jawapan?


a) extreme tu maksudnya  ape?
b) dalam islam dah dinyatakan anggota mana yg boleh dipukul dan tak  - adakah anda tahu ?
c) anda tahu sebat yg dianjurkan dalam hukum islam tu sebatan tu pun ada cara bukan macam sebatan sivil
d) dah siasatan dilakukan ke belum secara  terperinci?
so mengapa anda terus menghukum islam ?


saya bertanya soalan di atas tu sebab saya tak clear exactly  sama ada a) bentuk komunikasi yg berlaku antara guru dan pelajar  sebelum ditampar  c)  tak ada saksi yg dipetik pernyataan .




so...the only thing i could say pukul kepala bukan area badan yang dibenarkan memukul so itu salah , pukul sampai cedera itu salah dan kalau guru tu faha islam dia tak buat macam tu  seperti didakwa.


so...apa jadi sebenarnya dalam detik ketika pelajar belum dipukul? apa bentuk komunikasi?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-7-2016 12:36 AM | Show all posts


Kelab Intelek dan Pendidikan Malaysia added 2 new photos.
15 hrs ·
Isu Tampar • Berbaju kurung sendat, bertudung kecil, alis mata dicukur ukir, lempar kata-kata kesat dan biadap adalah punca seorang guru terpaksa tampar sebagai respon kepada murid yang biadap.
Admin yakin, cikgu takkan buka aib muridnya di depan ibubapa kerana percaya dengan cara ini dapatlah murid ini berubah, MALANGNYA tidak.
Kepada ibubapa di luar sana, sila semak anak-anak anda sebelum anda menyerang cikgu di sekolah.
*Sebagai tanda sokongan moral kepada ustazah berkenaan, ayuh SHARE cerita sebenar ini supaya netizen tahu cerita sebenar. SHARE.
cc: Dato' Seri Mahdzir Khalid, Kementerian Pendidikan Malaysia, Sinar Harian, Berita Harian Online, Utusan Online, Harian Metro, Siakap Keli, Oh! Media
#DisiplinMuridTanggungjawabIbubapa
#MuridBiadapDiciumSayanga



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.064597 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list