CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2912|Reply: 16

Pemandu LRT 'Tidur' Ketika Bertugas? Jurucakap Pihak LRT: Dia Hanya Berehat!

 Close [Copy link]
Post time 25-7-2016 11:41 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO




sumber foto: http://media.themalaymailonline.com



Terdahulu, di media sosial tersebar secara meluas sekeping gambar yang menunjukan seorang pemandu LRT laluan Sri Petaling kelihatan berada dalam keadaan mengantuk ketika menjalankan tugasnya.


Perkara tersebut menimbulkan perbincangan hangat di kalangan netizen.


Semalam syarikat Prasarana mengeluarkan satu kenyataan menjelaskan bahawa pemandu berkenaan bukan mengantuk, tetapi hanya berehat sahaja dengan menyandarkan dirinya atas panel di hadapannya.


" walaupun ketika itu pemanduan keretapi LRT dikendalikan secara automatik, tetapi kelakuan pemandu tersebut turut dianggap melanggari Prosedur Operasi Standard, SOP.


Surat amaran telah dikeluarkan kepada pekerja berkenaan dan dia diarah berhenti kerja seminggu bermula daripada hari Sabtu lalu. Kursus berkaitan akan diaturkan untuk pemandu terbabit bagi tujuan pembelajaran semula.


Kenyataan yang dikeluarkan juga menegaskan, keselamatan para penumpang menjadi keutamaan, pihak syarikat Prasarana tidak akan bertolerensi berhubung sikap pekerja yang kekurangan etika pekerjaan atau tidak menurut SOP yang ditetapkan.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2016 12:12 PM | Show all posts
abis da mentrik2 suh wat 2 keje kan skang

tu bahana nya
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2016 12:15 PM | Show all posts
Masa naik monorel hari tu dok nampak pemandu dok usha phone letak tepi tu bila message wassap masuk, takut gak kot2 dia menjawab wassap dia , nasib baik tak jawab cuma tengok notification aje.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2016 12:17 PM | Show all posts
mesti mamat yg komplen tu happy bila tau driver ni dah kena suspend.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2016 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Menteri yang tidur tak diambil tindakan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2016 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
imransulaiman replied at 25-7-2016 12:48 PM
Menteri yang tidur tak diambil tindakan ke?

Hahaha..... winnnn   
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2016 01:25 PM | Show all posts
harap2 pemandu tu bertabahlah yea dgn kehidupan sekrg
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2016 02:23 PM | Show all posts
bagus la ada tindakan... at least Prasarana ikut SOP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2016 08:53 PM | Show all posts
rehat sambil memejamkan mata dan sekaligus mendengkur je macam karyawan mas
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2016 09:24 PM | Show all posts
kang langar nu sentral,haxhaxhaxhax
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 09:29 AM | Show all posts
buat apelah aniaya periuk nasik orang.....

sikit2 nak viral... sikit2 nak viral.....

driver tu manusia kot.... bukan robot....

macamlah kita semua ni tak penah rase ngantuk time keje.....

mana kita nak tau yang ntah2 mlm tadi beliau tak cukup tido sebab anak tak sihat....

or beliau tinggal jauh dan kena kuar awal pagi tuk sampai keje on time......

wahai manusia sekalian.... berhati perutlah bila nak bertindak.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 01:41 PM | Show all posts
kesian kawan tu. lentok sikit nak rehat ja.

yang tangkap gambar pun, kecoh sangat viral. tegur saja bulih kan
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 01:51 PM | Show all posts
maharani_gebu replied at 26-7-2016 09:29 AM
buat apelah aniaya periuk nasik orang.....

sikit2 nak viral... sikit2 nak viral.....

Kan... klu masa bergerak ko tidur tu lain ler... bukan macam bawak kereta tidur masuk gaung... lagi pun belum pulak dengor accident berlanggar yang maha dahsyat berlaku... sikit2 nak viral...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 02:15 PM | Show all posts
maharani_gebu replied at 26-7-2016 01:29 AM
buat apelah aniaya periuk nasik orang.....

sikit2 nak viral... sikit2 nak viral.....

tapi tindakan beliyau itu membahayakan beratus2 nyawa penumpang LRT sis termasuklah hakak sebagai pengguna LRT tegar....kakak rasa selayaknya lah beliyau mendapat CASH regardless of what the reasons for being sleepy....ada hakak kesah?  

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 02:20 PM | Show all posts
maharani_gebu replied at 26-7-2016 09:29 AM
buat apelah aniaya periuk nasik orang.....

sikit2 nak viral... sikit2 nak viral.....

nama pun SOP. kena follow. jangan tunggu jadi sesuatu baru nak kecoh kecoh dah takde gunanya......
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 02:50 PM | Show all posts
sian di,  kena buang keje ker
dia kan manusia biasa
ntah2 tu la sekali dia mengantuk giler.. kepala dia pening ker..
kat ofis aku ni ada org tiap2 hari duk terpegun kaku jerk kat kerusi,
ingat kusyuk ngadap PC wat keje,  rupa2 nya tidooo..boleh tido tu elok jerk duduk terpaku
xde sape nak viral pun..dpt gak gaji, dpt gak kenaikan gaji, dpt gak bonus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2016 04:17 PM | Show all posts
thread dha ada@spiderman80
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.054218 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list