CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 8704|Reply: 47

Terjumpa Kekasih Lama, Apa Yang Anda Perlu Buat?

[Copy link]
Post time 25-7-2016 01:53 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ



Gambar sekadar hiasan



"Bercinta sudah lama, berkasih dan bermesra, sedang enak membuai rasa..............perpisahan tercipta". Itu lah antara bait-bait lirik lagu tentang perpisahan dalam sebuah ikatan percintaan.



Setiap insan yang bercinta didunia ini tidak semestinya berakhir dengan kisah yang membahagiakan. Walaupun pelbagai kata-kata janji manis dan sumpah setia diungkapkan oleh pasangan, namun jika tiada jodoh pasti tetap akan terjadi sebuah perpisahan yang memeritkan.


Kebiasaannya banyak punca yang membuatkan pasangan putus cinta antaranya kerana kehadiran orang ketiga, salah faham, tidak direstui keluarga dan mangsa keadaan. Tidak kira apa punca sekalipun, bila sudah putus cinta pasti akan menyakitkan hati. Lebih teruk lagi apabila terjadinya pertengkaran besar sehingga masing-masing mula memburukkan antara satu sama lain.



Gambar sekadar hiasan



Soalan penulis, andai ditakdirkan anda terjumpa bekas kekasih anda di mana-mana, apakah yang anda akan lakukan?


#1 - Teruskan perjalanan dan buat-buat tak nampak
#2 - Teruskan perjalanan dan buat jelingan maut
#3 - Teruskan perjalanan dan berikan senyuman
#4 - Teruskan perjalanan, senyum dan tegur
#5 - Pusing belakang kemudian jalan terus tanpa menoleh
#6 - Langgar bahu kemudian lari sambil gelak tutup mulut

Masing-masing pasti ada tahap kebencian yang berbeza terhadap bekas pasangan kekasih bergantung kepada punca terjadinya perpisahan. Ada yang sangat mengharapkan dipertemukan semula dan ada juga yang mengharap si dia tidak lagi muncul dalam kamus hidup setelah berpisah.


Nasihat penulis, jika sebelum ini anda mampu menyayangi si dia sepenuh hati jadi elakkan lah menanam dendam kerana dendam itu akan memakan diri sendiri. Tiada manusia yang tidak melakukan kesilapan, terimalah takdir dengan hati terbuka dan sentiasa lah mendoakan kebahagiaan si dia... walau dengan sesiapa pun. - CARI.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2016 02:08 PM | Show all posts
aku choose

#1 - Teruskan perjalanan dan buat-buat tak nampak

You're just my past. I need to looking forward.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2016 03:12 PM | Show all posts
#1 - Teruskan perjalanan dan buat-buat tak nampak

kalo lil single



#3 - Teruskan perjalanan dan berikan senyuman

kalo lil dh bahagia dgn si dia. senyum kemenangan gitu...hehee
aku dpt lg bagus dr ko
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2016 03:59 PM | Show all posts
#1 sbb dah ada life masing2..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2016 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha no 6 tu kelakar
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2016 05:46 PM | Show all posts
Teruskan perjalanan dan berikan senyuman

sbb wife dia...bkn aku mnghina fizikal ye...dia pun malu bila aku tgk dia, terus tgk wife dia..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2016 05:49 PM | Show all posts
teruskan perjalanan dan senyum ........


6 - Langgar bahu kemudian lari sambil gelak tutup mulut - kalau ada godiva boleh je nak tambah sambil tertumpah godiva hahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2016 07:06 PM | Show all posts
#4 - Teruskan perjalanan, senyum dan tegur


Most of my relationships ended in good terms. Skrg pun most ex jadi kawan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2016 07:25 PM | Show all posts
aku siap gi rumah beraya lagi, bawak family.. hahaha.... dah takda jodoh, nak wat camana..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2016 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Pilih 1.sebab ati dh benci....kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2016 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
#5 - Pusing belakang kemudian jalan terus tanpa menoleh

Malas nk ingt2 dah...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2016 11:37 PM | Show all posts
marah betul korang dgn ex korang
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2016 11:58 PM | Show all posts
ninja boy replied at 25-7-2016 11:37 PM
marah betul korang dgn ex korang

popmpuan biasa mcm tu... pendendam lpas tu share kat fesbuk" lelaki yg baik adalah lelaki yg xkisah ttg masa silam seseorang wanita"

ptuuuuiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
No 1 ngan 3 kot.iols bukan pendendam punye org
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Tanya khabar laa.. kalau dia tak bersama2 bf baru la masa tuh.. dah takda jodoh buat apa nak dendam..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 04:26 AM From the mobile phone | Show all posts
#1 . Buat-buat tak nampak.. Kalo bole u-turn, lagi elok..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2016 08:53 AM | Show all posts
pilih no 1, perkara lampau tiada apa2 untuk dikatakan lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 09:10 AM | Show all posts
untuk yang pertama - #4 - nak tanya, masih macai biend lagi ke?

untuk yang hampir jadi, tapi disailang housemate - #1 - senang sangat kau beralih hati

kahkah
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 11:17 AM | Show all posts
3 n 4...hidup mesti diteruskan maa
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 11:47 AM | Show all posts
aku pernah buat #1 / #5..
Aku terperasan dia.. pastu cabut cepat2.. hahahahaha
nak sembang2 pun malas ahh.. sebab dia pun duduk area2 rumah aku gak..
kang lain cite plak kang..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 32206 Replies : 616
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3291 Replies : 39
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39519 Replies : 129
Kisah iblis betina yang tak pernah tidur pt.2
manoppKisah iblis betina yang tak pernah tidur
Views : 7581 Replies : 2
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 20600 Replies : 60
ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
kukukud450ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
Views : 1616 Replies : 0
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 45716 Replies : 57
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 356639 Replies : 3525
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63569 Replies : 74
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 4089 Replies : 100

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.381082 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list