|
|
Oleh : Dean BZ
Bila pergi ke restoran mewah atau majlis di hotel, biasanya ada cara-cara atau etika makan yang menunjukkan sesuatu maksud atau mesej kepada pelayan restoran.
Etika di meja makan merupakan satu kemahiran yang perlu ada pada setiap individu. Penggunaan sudu dan garpu yang betul adalah sangat penting. Secara asasnya, kita memegang sudu di sebelah kanan dan garpu di sebelah kiri sekiranya sajian makanan Melayu dihidangkan. Memegang pisau disebelah kanan dan garpu disebelah kiri untuk sajian makanan Barat. Chopstick di sebelah kanan untuk sajian makanan Cina. Tidak mengambil kira sama ada anda seorang yang kidal.
Selain itu, amat penting untuk anda ketahui tentang maksud disebalik cara-cara meletak sudu dan garfu ketika berada di meja makan. Jom lihat cara-cara beserta maksudnya dibawah ini.

Jadi, boleh lah manfaatkan ilmu diatas ini untuk digunakan ketika berada di meja makan restoran mewah, atau majlis makan di hotel. Selamat mencuba! - CARI
|
|