CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 17053|Reply: 74

KISAH 10 UPDATED!(Misteri Mamat sorong M) Kisah Misteri/Seram Aku, famili/lain2

[Copy link]
Post time 27-7-2016 12:45 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Zaien at 15-9-2016 10:37 AM

Assalammualaikum para readers..
selama ni aku dok baca & reply dalam bod seram nih..
ni aku nak kongsi kisah-kisah yang pernah aku, famili dan rakan2 alami...

sebelum ni aku pernah post kisah kt page seram kt FB..
ni aku nak post sini..

KISAH 1

kisah ini berlaku di kampung mak aku Riau, Indonesia. (masih tinggal nenek,saudara-mara disana)

Ini pengalaman pak Usu aku zaman remajanya.

Pak Usu aku ni suka menyakat adik beradik tambahan pula nenek aku ada ambil anak angkat cina aket( kt sana klau sebut aket tu orang asli) yang dijadikan bongsu dalam keluarga yang dipanggil busu As.

Busu As merupakan anak yang cengeng, mungkin sebab anak bongsu. jika nasi tidak dipenuhkan satu pinggan dia akan merajuk dan menangis lalu bertinggung atas tangga kayu rumah. mak aku pun kadang naik angin bengang dengan perangai mengada-ngada adik bongsu diorang ni dan pernah lempar sambal cili kat busu As ni (orang dulu-dulu gurau kasar) . disebabkan oleh itu, pak Usu suka la menyakat adiknya itu.

pada suatu hari waktu malam, busu As merajuk lagi lalu berlari ke tangga. Pak Usu dapat idea plan nak kenakan busu As ni, lalu pak Usu menyarung telekung putih nenek lalu menyusur perlahan-lahan dicelahan semak lalang depan rumah untuk menakutkan busu As. busu As pun nampak kain putih terlompat-lompat terus lari masuk dalam rumah. hal ni berlanjutan berminggu-minggu untuk menakutkan busu As.

sehinggalah terjadinya pada ketika itu, pak Usu melihat sendiri kejadian seperti dia pernah lakukan. Apa yang dilihat adalah satu lembaga putih terlompat-lompat di celah semak-semak waktu senja malam sama seperti dia pernah lakukan untuk menakutkan busu As.

Nenek aku cakap jangan main sergah/takut2 kan orang macam tu lagi, sebab setan/hantu suka mengikut apa kita buat camtu.
Sejak kejadian tersebut, pak Usu serik nak menyakat pakai telekung nenek. Busu As pun tak cengeng lagi.







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2016 01:06 PM | Show all posts
sambung k...........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2016 01:11 PM | Show all posts

ada lagi kisah lain.. jap lagi sambung..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 01:27 PM | Show all posts
CEPAT SAMBUNGGGGG
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaien replied at 27-7-2016 11:45 AM
Assalammualaikum para readers..
selama ni aku dok baca & reply dalam bod seram nih..
ni a ...

Betul tu...org kata kalau kita menyakat org, kita pulak disakat
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 01:40 PM | Show all posts
Parking duluannn
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-7-2016 02:04 PM | Show all posts
KISAH 2
Pertama kalinya aku dapat lihat betul depan mata. Selama ni aku cuma nampak bayangan hitam laju ( ni nanti aku story next kisah mak aku kena buatan orang)

kisah ni terjadi pada tahun 2008, Melaka. masa tu aku belajar di kolej komuniti Masjid Tanah. Oleh kerana rata-rata pelajar situ akan menyewa rumah sewa berdekatan dengan kolej. aku diantara bernasib baik dapat rumah sewa dekat betul dengan kolej (beberapa tapak jalan kaki ke kolej dah sampai)

rumah sewa yang aku dapat ni rumah batu dan difahamkan baru dibina dicat. kiranya aku dan rakan-rakan lain orang first rasmi duduk rumah baru tu. Rumah aku duduk ni terletak atas bukit(atas), jadi jalan nak ke rumah tu macam condong. tak jauh dari situ ada rumah-rumah lain yang kawan2 aku yang lain menyewa, cuma rumah bawah tu semua rumah papan lama.(kiranya tuan rumah ni ada tanah besar lebar buat rumah sebuah2 kat situ dan pagar keluar ada satu je.) rumah bawah ni, belakang nya ada tiang elektrik dan pokok pisang berdekatanya ada busut disitu.

suatu hari tu, kawan aku(rumah lama bawah) ada buat makan/party sempena hari lahirnya. sampailah waktu malam sekitar pukul 11.45 macam tu, aku dan kawan serumah nak balik. kawan aku ni punya lari tinggalkan aku jalan balik seorang diri.(konon lumba lah siapa cepat sampai umah padahal rumah tak jauh pun).

orang cakap kalau dah jalan malam-malam, mata tu jaga.. jangan melilau pandang sana sini atas bawah. oleh kerana aku tak pernah la berdepan dengan situasi seram sangat. mata aku ni gatal pulak pandang atas sekitar semak samun pokok-pokok(kawasan rumah kampung kan dan macam dekat dengan hutan) . sekali mata aku terus SPOT tiang eletrik (ada pokok pisang/busut sekitar situ) blakang rumah kawan aku tuh. waktu begini lah kaki aku buat hal, serta merta kaku terpacak kat tanah tak boleh gerak seolah-olah suruh aku tengok betul-betul apa yang nampak tu khayalan dek perasaan takut atau realiti entiti tu dduk atas tiang eletrik tu.

Apa yang nampak adalah kain putih lebar berkibar-kibar macam bendera ditiup angin malam sedangkan aku rasa takde angin pun terasa. kaki aku gagal dihayunkan kedepan. aku tunduk kebawah dan cuba sedapkan hatiku bahawa apa yang aku nampk tu cuma bendera buruk dah usang.(maybe tuan rumah pacakkan bendera situ , lupa nak turunkan buang). lama kelamaan, kaki ku dapat melangkah  perlahan-lahan terus sampai rumah.

sampai kat rumah, kawan aku tanya kenapa lama sangat sampai rumah padahal beberapa langkah je jarak rumah bawah dan rumah atas. aku pun cerita lah kesemuanya apa yang aku nampak, kawan2 aku yang lain tenangkan aku dan berpakat lah nak tengok esok pagi, mungkin bendera /kain buruk tu.

keesokkan harinya, waktu nak pergi kolej pagi, ternyata memangtakde kain putih/bendera tu atas tiang elektrik tu. lama aku pendam sampailah suatu hati tu berkesempatan berborak dengan tuan rumah apa yang aku alami tempoh hari. Tuan rumah dengan bersahaja relax bercakap "ohhh kau nampak benda bertenggek atas tiang elektrik tu erk?? itu pakcik Mahmud punya..waktu dalam pukul 11 lebih malam memang kawasan laluan benda tu kat situ. balik rumah tuannya!"  (pakcik Mahmud tu jiran yang mnyewa rumah bawah tu. aku baru dapat tahu pakcik Mahmud tu Bomoh. patutlah baru aku teringat pernah tengah malam aku dengan kawan2 aku lepak bersidai depan rumah( ada pondok kecil)  kelihatan pakcik mahmud keluar membawa keris yang dibalut dengan kain kuning separuh.

ada macam2 kejadian lain lagi berlaku kat sini.. nanti aku story mory NEXT KISAH..... nak pergi makan dulu....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2016 02:06 PM | Show all posts
Ipo replied at 27-7-2016 01:28 PM
Betul tu...org kata kalau kita menyakat org, kita pulak disakat

tu nenek aku pantang kalau main-main sergah/takutkan orang.. hhuhuhuhhu
takut jadi macam ni lah huhuhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-7-2016 02:09 PM | Show all posts

dah ada sambungan kisah 2..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 02:47 PM | Show all posts
check in. tgk dp ko pun aku dh scary.. hoho
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2016 03:20 PM | Show all posts
me.me replied at 27-7-2016 02:47 PM
check in. tgk dp ko pun aku dh scary.. hoho

amboiii scary ke? huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 03:32 PM | Show all posts
Zaien replied at 27-7-2016 03:20 PM
amboiii scary ke? huhuhuhu

ala2 pochong uolz.. tak tau la imaginasi i yang terlampau tinggi nau nau ke hape nih..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 08:26 AM | Show all posts
sambung lagi ye tt............
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 10:06 AM | Show all posts
Cantekkk. Ade port lepak kat sini.
Sambung jgn tak sambung TT.

Ade selit2 pengajaran sikit kat citer kau ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2016 11:12 AM | Show all posts
Edited by Zaien at 28-7-2016 01:39 PM

KISAH 3
WAK SAPAN @ JELMAAN KHINZIR

ini mak aku cerita zaman dia muda remaja di kampung(Riau, Indonesia)


masa tu moyang ada lagi. mak aku cerita zaman dulu memang orang kampung(orang tua dulu) ada yang membela(tak taw la hantu raya,bajang @ polong) untuk menjaga ahli keluarga/rumah/tanah/kebun dan ada juga untuk buat bekerja. boleh dikatakan orang dulu2 pandai mengubat(menuntut dapat ilmu utk mengubat sakit mistik). ada yang dapat ilmu dari mimpi. ada yang dari keturunan diwariskan kepada anak- anak apabila orang tua meninggal dunia.


kat kampung ada orang tua ni namanya Wak Sapan ( sebaya dengan moyang rasanya), orangnya dah tua tapi masih lagi tegap dan kuat bekerja mengalahkan tenaga anak muda. Wak Sapan ni selalu membanting tulang mengerjakan tanah kebun kepunyaannya. sampailah Wak Sapan ni sakit. zaman dulu memang tiada doktor2 ni, cuma perubatan tradisional ( dah nama pulau, so memang terpisah dengan kemodenan). pengamal tradisional kat kampung pun tak dapat mengubat menyakit Wak Sapan.


sehinggalah waktu senja, Wak Sapan disahkan meninggal dunia. oleh kerana dah menjelang gelap malam, ahli keluarga dan orang kampung bersetuju untuk mengkebumikan jenazah pada keesokkan harinya.


seminggu kemudian, kecoh satu kampung apabila munculnya seekor khinzir ( nak sebut Ba** takot kena banned plak) . khinzir ni akan muncul waktu malam dan bikin kacau kebun/tanaman orang kampung. pernah pemuda2 kampung ternampak haiwan tersebut selalu berkeliaran di sekitar rumah arwah Wak Sapan ni. sehinggalah orang kampung tidak tahan lagi habis kebun tanaman dirosakkan oleh haiwan tersebut walau dah cuba ditangkap/halau tak berjaya, dipanggil orang yang pandai( ilmu2 ni) Cek Risan tengokkan hal ni.


waktu jam malam, Cek Risan dan beberapa pemuda menunggu dengan sabar dibelakang rumah Wak Sapan ni. muncul lah haiwan itu menyondol2 pintu belakang rumah arwah Wak Sapan ni. entah apa yang Cek Risan baca mentera ketika itu, . alangkah terkejutnya pemuda2 yang ikut Cek Risan ni apabila Cek Risan teriak dan panggil haiwan itu dengan nama "Wak Sapan" dan haiwan tersebut menyahut (boleh bayangkan tak? masa ni mak aku cerita buat suara garau sambil cerita kat aku "Wak Sapan!" ba** tu menyahut "Hok")


tanpa berlengah lagi Cek Risan dan pemuda2 kampung pergi ke kubur Wak Sapan, terdapat lubang besar pada kubur tu. esoknya Cek Risan panggil orang kampung dan ahli keluarga arwah untuk baca yasin dan ayat2 lain sambil kambus kan kembali lubang besar kat kubur Wak Sapan. selepas itu tiada lagi kemunculan jelmaan Wak Sapan dalam bentuk khinzir lagi berkeliaran disitu.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2016 12:41 PM | Show all posts
3bidadara replied at 28-7-2016 10:06 AM
Cantekkk. Ade port lepak kat sini.
Sambung jgn tak sambung TT.

thanks sudi baca.. dah ada sambungan kisah lagi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-7-2016 01:38 PM | Show all posts
medangmru replied at 28-7-2016 08:26 AM
sambung lagi ye tt............

kisah 3 dah update!
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 03:30 PM | Show all posts
Zaien replied at 28-7-2016 11:12 AM
KISAH 3
WAK SAPAN @ JELMAAN KHINZIR

"Hok" tu yg ala2 bunyi babi ke TT? Ingatkan dia nyahut "Ya!!" hihi..
Nice stori TT

Seronok rasa ada cerita boleh follow
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2016 03:43 PM | Show all posts
F8_girl replied at 28-7-2016 03:30 PM
"Hok" tu yg ala2 bunyi babi ke TT? Ingatkan dia nyahut "Ya!!" hihi..
Nice stori TT

bunyi "Hok" ba** tu laaa.. tapi bunyi macam scary sket

sampai sekarang aku ingat mak aku cerita bila tang panggil nama Wak Sapan tuh & jelmaan Wak Sapan tu menyahut..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 03:45 PM | Show all posts
Zaien replied at 28-7-2016 03:43 PM
bunyi "Hok" ba** tu laaa.. tapi bunyi macam scary sket

sampai sekarang aku ingat mak  ...

Mak TT mesti macam mak aku. Kalau bercerita tu mmg ada gaya siap bagai la..ajuk pun pandai hihi

Nak lagi citer ye TT
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.253936 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list