CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Zaien

KISAH 10 UPDATED!(Misteri Mamat sorong M) Kisah Misteri/Seram Aku, famili/lain2

[Copy link]
Post time 28-7-2016 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
smbg lg crita tt.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-7-2016 10:04 PM | Show all posts
F8_girl replied at 28-7-2016 03:45 PM
Mak TT mesti macam mak aku. Kalau bercerita tu mmg ada gaya siap bagai la..ajuk pun pandai hihi
...

a'ah.. macam mak aku la tu... cerita dengan gaya2 sekali. seronok bila dengar cerita mak.. hehehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2016 10:06 PM | Show all posts

esok aku sambung lagi story, tadi dah taip2 hilang pulak separuh cerita.. huhuhu
aku baru nak balik kerja ni. seram pulak  lama2 kat opis..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2016 06:45 PM | Show all posts
KISAH 4

GANGGUAN RUMAH SEWA (part 1)

macam pernah aku cerita sebelum ni KISAH 1, aku pernah belajar dan menyewa semasa belajar kat KKMT(kolej komuniti masjid tanah)

lepas kes aku nampak benda putih (refer KISAH 1) misteri/seram tak habis disitu. kali ni aku & kawan2 rumah kena kacau pulak.

tuan rumah sewa ni aku panggil nenek & atok.. atok ni ada pekerja lelaki ( duduk disitu gak tapi rumah dia cuma rumah kecil bilik saja. atok ni pemborong/ bawa lori kesana sini, so pkerja lelaki tu akan ikut mana atok ni pergi. lupa plak nama lelaki tu aku tak ingat la.. panggil saja abg A.

rumah kecil abang A ni berhampiran rumah sewa yang aku duduk( kiranya jarak sikit dan bersebelahan la kalau buka tingkap bilik boleh nampak terus rumah dia). selalu nampak abg A ni baring2 depan rumah dia tu. abg A tu jenis pendiam dan kami pun tak pernah tegur.

malam terjadilah kejadian pertama kat rumah sewa aku, budak bilik depan tiba-tiba masuk bilik aku(bilik tengah, rumah tu ada 3 bilik) dalam keadaan cemas. budak bilik depan ceritalah kat tingkap macam ada orang baling batu kat tingkap berkali-kali. kawan aku suspek abg A, mana lah tahu minat ke kat budak-budak perempuan kat rumah ni. aku bising dengan kawan-kawan aku sebab diorang ni kalau sidai baju kat depan selalu pakai singlet & seluar pendek cina tu(seksi.


bersambung...... ( aku ada meeting jap lagi, esok aku sambung )
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2016 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
nak lg ttt..sambung3
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2016 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
smbg lg tt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2016 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
smbg lg tt
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2016 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
mana tuan rumah ni. lama hilang, misteri sungguh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-8-2016 08:43 AM | Show all posts
laila_zi replied at 31-7-2016 09:09 PM
mana tuan rumah ni. lama hilang, misteri sungguh

kejap2.. baru masuk keje... huhuhuu jap ag aku update ye..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2016 09:08 AM | Show all posts
Zaien replied at 1-8-2016 08:43 AM
kejap2.. baru masuk keje... huhuhuu jap ag aku update ye..

Aku masuk masuk ofis je terus skodeng kat thread sini. Menunggu TT update citer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2016 11:58 AM | Show all posts
Edited by Zaien at 1-8-2016 12:18 PM

KISAH 4 (Part 2)

Malah penyewa2 pelajar lain turut juga dikacau dengan tingkap dibaling batu, Nampak kelibat orang lalu tepi tingkap(ni budak rumah aku kena, menangis2lah sampai nak pindah), sampailah kami sepakat report kat tuan rumah. Seminggu lepas tu abg Adah berhenti kerja. Kes ni tak abis sampai disini.


Zaman remaja biasalah bergayut dengan boyfriend kan?( zaman aku dulu bergayut puas2 sampai ke subuh pakai hotlink super saver tu). Tengah malam seperti biasa aku bergayut berborak, sampailah boyfriend aku tegur.. “ apa bunyi bising kat situ?? Aku pun cakaplah maybe budak bilik belakang tengah cuci baju kat bilik air( memang selalu je dengar bunyi budak2 bilik berus baju kan). Boyfriend aku ni boleh pulak menyakat.. “entah2 bukan kawan2 yang berus baju tak.. pergilah tengok”sambil gelak, aku dengan tak puas hati terus pergi tengok apabila dicabar begitu. Mengejutkan apabila hanya lampu bilik air saja menyala dengan pintu terbuka luas tapi TIADA SIAPA di dalam bilik air tu dan bunyi memberus tu berhenti bila aku jengah bilik air tu, terus aku berlari masuk bilik aku dan cancel kan niat nak bergayut sampai subuh. Berderau darah aku taw masa tu. Keesokan harinya, aku tanya budak rumah semua cakap TAKDE.


Ingatkan aku seorang je kena, budak2 lain pun pernah dengar bunyi yang sama. Malah penyewa2 pelajar lain turut juga dikacau dengan tingkap dibaling batu, Nampak kelibat orang bongkok lalu tepi tingkap(ni budak rumah aku kena, menangis2lah sampai demam), muncul kucing hitam selalu masuk rumah(kucing ni bila malam je muncul, bila siang hilang tak jumpa) , penyewa2 yang lain turut berkongsi cerita yang sama.Senior2 yang menyewa situ tak tahan mengadu pada atok & nenek ni semua hal2yang berlaku disitu, so masa cuti semester bermula( masa ni mana yang masihmenunggu family datang jemput masih tunggu di rumah sewa termasuk aku) dapat tengok la orang yang atok panggil ni untuk “bersihkan luar/dalam rumah dengan cara tradisional( bagi aku macam khurafat sebab pakai kapur dok renjis2 luar dalam rumah habis kotor) . naik sem baru perkara tetap berulang sampai ada yang kena histeria.



bersambung.......

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2016 11:59 AM | Show all posts
3bidadara replied at 1-8-2016 09:08 AM
Aku masuk masuk ofis je terus skodeng kat thread sini. Menunggu TT update citer..

kisah 4 part 2 dah update.. thanks sudi baca....
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 08:49 AM | Show all posts
TT...nnt update naaa... Menanti dgn penuh setia ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2016 12:09 PM | Show all posts
F8_girl replied at 2-8-2016 08:49 AM
TT...nnt update naaa... Menanti dgn penuh setia ni

thank you~~

jap lagi aku update sambungan ye.. sebab aku meeting kt HQ plak arini... huhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2016 02:58 PM | Show all posts
KISAH 4  ( part Akhir )

Paling tragik kes kat rumah sewa aku, bila roommate aku sendiri nekad bunuh diri overdose pill, tengah hari masa kejadian, aku tengah sidai baju kat luar dan dapat 1 mesej daripada roommate aku meminta maaf dan minta halalkan makan minum selama berkawan. Aku tak sedap hati terus lari nak masuk bilik tengok dia. Malangnya pintu berkunci. Nasib baik la pintu kayu biasa je, aku rempuh pakai bahu macam ala2 dalam drama Gerak Khas
(terasa bahu sakit sikit).


Pintu terbuka, kawan aku berselubung dengan selimut dengan pil2 berselerak atas katil
. Kecoh juga hal ni sampai ke kolej, dapat tahu sebab dia stress belajar dan selalu kena ganggu dengan bayangan nenek kebayan (dia cakap dia Nampak nenek kebayan tu, tapi aku rasa macam masalah peribadi huhuhu)


Ingat tak dalam KISAH 1 , aku ada cerita berkenaan pakcik Mahmud? Kan bomoh? Tetap juga tak boleh pulihkan kawasan situ. Ada yang desas desus cakap pakcik Mahmud yang punya kerja. dia tolong ubat kan budak histeria pun tak boleh pulih sampai panggil ustaz kolej baru ok dan reda keadaan. Macam pakcik Mahmud punya belaan( kain putih berkibar2 bertenggek sidai atas tiang elektrik tu) bukan aku saja yang pernah nampak, malah sesetengah penduduk situ pernah juga nampak benda tu.  Sampai semester 3 je aku bertahan duduk disitu lepas tu aku pindah duduk rumah saudara.

P/s : berkenaan tentang abg A, rupanya abg A tak pernah ganggu penyewa2 pelajar perempuan disitu.
Memang kami semua yang duduk situ rasa bersalah pun ye sebab tak selidik dulu main tuduh je abg A punya angkara… huhuuuhu tapi Atok ada cerita abg A yang nak berhenti kerja sebab ada penyakit.

Tamat.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2016 03:48 PM | Show all posts
Edited by Zaien at 4-8-2016 03:52 PM

KISAH 5 - ( SANTAU ATAU BUKAN? )


pertama sekali, Al -Fatihah untuk arwah abg A'an . aku kira dah 4 tahun sudah pergi meninggalkan keluarga, sahabat serta seorang anak.

baiklah, aku cerita sedikit tentang abg A'an ni. kalau ikutkan tahun ni jika arwah masih hidup umur dia dah 30tahun. abg A'an ni jiran belakang rumah aku. kiranya keluarga aku rapat dengan keluarga dia. kami berkawan pun sejak dari kecil, sambut hari jadi sama2, aku selalu lepak kat rumah dia sebab aku kawan baik dengan adik perempuan dia yang hampir sebaya aku. disebabkan aku ni anak tunggal takde adik beradik, abg A'an ni dah jadi macam abg aku sndiri, malah disekolah (sekolah rendah & sekolah menengah) pun dia seorang yang protective brother, apa2 hal dia akan jaga( macam bodyguard) adik perempuan dia termasuk aku. masa di zaman kolej aku pun , masa aku nak balik kampung naik bas United (pilah-bahau) kebetulan sama naik 1 bas dengan abg A'an, sampailah ada lelaki gatal2 kacau aku masa tu. abg A'an ni hampir nak debik budak lelaki tu (abg A'an ni bdn tegap besar mcm bouncer) . cepat2 lelaki tu tekan loceng nak loncat turun .




abg A'an ni jiran belakang aku, jiran sebelah aku nama dia Lily(bukan nama sebenar). aku tak tahu nak describekan Lily ni macam mana, tapi yang aku boleh cakap dia sebaya dengan aku malah baik juga dengan aku cuma ada 1 kes menyebabkan hubungan makin renggang terus dah tak kawan(ni ada kisah misteri/saka nanti aku cerita) . maybe the other side of her yang aku tak nampak menyebabkan aku pernah ditikam belakang oleh dia. kawan aku cakap si Lily ni seorang yang jealousy & sombong tapi aku yang tak sedar perangai tu.


berbalik cerita abg A'an, abg A'an jatuh sakit dan batuk tak henti2 sampailah dia dah berkahwin. pergi klinik doktor bagi ubat batuk biasa. keadaan berlarutan lama sampai lah abg A'an yang berbadan besar terus jadi kurus kering. sampai batuk pun dah berdarah (ada darah hidup2 dan macam kaca hancur lumat pasir). family abg A'an ni lebih percayakan perubatan doktor dan tak terfikir untuk cuba perubatan tradisional. sampai pergi hospital doktor detect penyakit tibi sebab batuk dah teruk sangat dan lama sampai dah kuarantin kan bercakap/suara pun macam serak takde suara nak bercakap. akhirnya family nak cuba jalan last bawa jumpa ustaz perawat islam kat perak. ustaz tu geleng kepala je sebab dah lambat, katanya santau ni dah merebak teruk. yang hantar pun orang tak jauh dekat je tapi ustaz tu tak dedahkan pun siapa tuan badan yang hantar tu. seminggu selepas tu, abg A'an meninggal dunia.


selepas pemergian abg A'an, semua buka cerita kawan2 opis dan keadaan Lily mencurigakan macam kelam kabut/kalut/takut. kisahnya,
si Lily ni satu syarikat dengan abg A'an, Lily bahagian management manakala abg A'an juruteknik. satu hari tu, abg A'an ada selisih faham dengan salah 1 staff perempuan kat situ. yang staf perempuan ni 1 department dengan Lily( biasalah perempuan kan klau dah jumpa kaum berceritalah macam2 kan) terbuka lah cerita si lily ni dok canang cerita bukan2 & tokok tambah cerita pasal abg A'an & family. dari sumber2 budak2 opis bercerita, Lily ni cerita berkenaan ayah kpd abg A'an ni sakit buah pinggang dah nak mam**s la.. padan muka la.. seolah2 bersorak dan ada cerita yang dia dok canangkan pasal Sya( adik kepada abg A'an) ni pakai produk muka mahal2 la.. buat treatment la, ingat cantik sangat la( yang ni aku nak tergelak besar memang betul kawan aku cakap si Lily ni jealousy dengan Sya sebab bagi aku Sya ni memang cantik iras2 Erra Fazira and chinese look). semua cerita2 ni sampai ke telinga abg A'an, tanpa berlengah lagi abg A'an terus menyerbu datang depan rumah Lily ni. kecoh juga la 1lorong taman aku tu bila abg A'an mengamuk, mengamuk sebab mengata ayah dia sakit dan buat fitnah pasal adik perempuan dia. masa tu memang si Lily tak keluar langsung rumah hanya keluarga dia je yang keluar bagitahu yang si Lily takde kat rumah, maka sesi berdebat(perang mulut) abg A'an dengan mak si Lily ni bermula la. mak Lily ni lebih percaya apa yang anak dia cakap, Lily pernah bagitahu dia yang abg A'an ni mengata si Lily ni kurus kering kerempeng muka tak lawa bagai. Abg A'an menafikan semuanya( aku kenal betul perangai abg A'an kalau dia buat salah dia akan mengaku kesilapan dia kalau sebaliknya dia kan defend diri dia) selepas abg A'an beredar, keluarga Lily ni keluar dan tak balik sehingga esok.


mak Lily ni ada terbuka cerita kat mak aku, yang malam after kejadian diaorang buat report polis dan cepat2 pergi jumpa kawan lama(mak Lily ni kerja opis peguam) maybe minta backup kes sekiranya kalau perkara ni semakin teruk. mak aku tak masuk campur, dengar saja. selepas tu mak Lily ni ada story yang anak dia Lily pernah pergi teman mak saudaranya pergi jumpa orang asli masuk celah hutan sampai keta tak boleh masuk(katanya berubat).
lepas tu keluar lagi story2 ni kawan 1 department dengan Lily yang tahu kes terkait dengan arwah abg A'an masa tu cerita balik kepada keluarga arwah tapi keluarga arwah redha dengan pemergian abg A'an. biarlah Allah membalas segala kejahatan. lepas tu si Lily ni pindah rumah sebab tak nak bertembung dengan keluarga abg A'an.


Tamat.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2016 09:36 AM | Show all posts
sempoim laa tt.. sambung lagi sambung lagi.. gian pulak nak bace
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2016 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah...semoga arwah abang Aan tu ditempatkan di klangan org yg soleh. Sedih kisah santau ni sbb arwah ayah aku pun mcm ni..sampai lumpuh.

Kisah wak sapan tu menakutkan...apa ilmu dia yg dia dh buat semasa hayat dia?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2016 10:53 AM | Show all posts
Ipo replied at 7-8-2016 09:59 PM
Innalillah...semoga arwah abang Aan tu ditempatkan di klangan org yg soleh. Sedih kisah santau ni sb ...

memang sedih bila kenang balik kisah arwah abg A'an ni.. punca dengki/jeles je pun sampai gaduh2 bawa ke maut..
huhuh... ayh ko pun kena santau ke?

Wak Sapan tu aku tak taw la ape ilmu dia ambik.. tapi memang orang dulu2 indonesia menuntut/bertapa berguru dalam hutan/gua katanya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2016 11:16 AM | Show all posts
Edited by Zaien at 10-8-2016 11:23 AM

KISAH 6 - ( PENDAMPING LILY) part 1


sebelum ni dalam kisah 5 ada cerita pasal lily kan? ni sebelum kes Kisah 5. cerita zaman remaja/alam persekolahan. aku dan lily jiran sebelah(dalam kisah 5 ada aku inform) aku sekolah menengah tak berapa jauh manakala Lily sekolah jauh yang terletak di bandar. kami dulu takde la rapat sangat maybe sebab boyfriend (cinta monyet) masa tu sama2 kawan so mula kami close senang nak dating sama2  sebab ada kawan pergi dan kawan balik. oleh kerana selalu keluar bersama, so kami ni dah macam belangkas pun ye, shopping pun nak barang yang sama. orang taman panggil kami kembar.  

aku ni jenis kalau declare kawan baik memang aku kaw2 jaga macam aku ni boduguard la macam sanggup buat apa saja ambil risiko. sampai mak aku sendiri pernah cakap yang aku ni pentingkan kawan dari orang lain. mak aku selalu je nasihat2 berkawan hati2 tapi aku selalu ignore/tukar topik.


masa raya open house kat rumah boyfriend aku, boyfriend aku park keta kat bawah pokok(area kawasan kampung so keliling pokok. dalam kereta si Lily ni tiba2 menangis/emosi ketakutan. aku ajak keluar dari kereta masuk rumah nak makan open house dia tak nak, asyik tunduk saja kepala. penyudahnya aku bawa dia balik rumah terus. keesokkan harinya dia cerita kat aku dia tak nak keluar dari kereta sebab nampak lembaga meneyrupai diri dia cuma pakai baju putih (korang boleh bayangkan tak? jumpa kembar seiras tapi lembaga/setan/hantu). ingat sampai disitu saja.

masa pergi pasar malam kat taman(dekat je jalan kaki) si Lily ni boleh pulak berlari tengah2 orang ramai ni jerit2 panggil nama aku minta tolong, aku dan adik dia kejar si Lily macam dah cerita kartun Tom n Jerry dah! sampai aku call boyfriend dia nak minta bawa balik rumah(tenaga lelaki kan kuat, lagipun boyfriend dia ni ada belajar silat so ada tahu sikit2 la ilmu)  sampai kat rumah dia, aku nak bagitahu ayah dia yang si Lily ni macam kena gangguan . masa aku melangkah masuk pintu pagar rumah Lily, dia boleh tolak aku ke belakang sampai kaki aku seret ke belakang walau aku cuba tahan kaki kat lantai padahal Lily ni berbadan kurus, aku ni dua kali ganda dari dia . last aku tak tahu la boyfriend dia baca apa entah si Lily ni jadi baik terus masuk rumah.

sambung......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:53 AM GMT+8 , Processed in 0.528629 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list