CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2874|Reply: 4

Adakah Mahathir Telah Buta Dan Pekak Dalam Isu 1MDB?

[Copy link]
Post time 28-7-2016 04:36 PM | Show all posts |Read mode
Adakah Mahathir Telah Buta Dan Pekak Dalam Isu 1MDB?

By Samurai Biru

104



0


Share
1


  
105



Buat kesekian kalinya, Tun Dr Mahathir mengeluarkan dakwaan dangkal berunsur fitnah terhadap 1MDB. Bagi beliau, 1MDB adalah sasaran mudah beliau selain daripada Datin Seri Rosmah Mansur, untuk menjatuhkan kedudukan dan reputasi Datuk Seri Mohd Najib di mata rakyat. Terkini, beliau mendakwa, ramai orang bodoh dan bisu menduduki kerusi di 1MDB menerusi blog beliau, chedet.cc.
Cukup menghairankan apabila Tun M masih lagi mempertikaikan banyak perkara yang melibatkan 1MDB. Seperti yang di perkatakan sebelum ini, mungkin Tun M melihat 1MDB sebagai sasaran mudah beliau dalam meneruskan gerakannya menjatuhkan kerajaan. Lebih menghairankan, adakah Tun M sudah buta atau pekak untuk mendengar dan melihat sendiri bahawa siasatan mengenai 1MDB sudah menemui jalan penamatnya?
Pengumuman terbuka Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebelum ini telah menghuraikan panjang lebar mengenai hasil siasatan mereka berhubung banyak perkara didalam 1MDB. Secara jelas, baik Pengerusi PAC, Datuk Hassan Arifin mahupun Timbalannya dari DAP, Dr Tan Seng Giaw, mereka mengesahkan, Datuk Seri Mohd Najib langsung tidak terlibat dalam semua urusan yang membabitkan 1MDB.
Apa yang berlaku sebenarnya adalah, bekas Pengarah Eksekutif 1MDB serta Ahli Lembaga Pengarahnya telah melakukan kesilapan dalam membuat keputusan pelaburan sehingga memaksa 1MDB meminjam dari sindiket kewangan antarabangsa dalam skala yang besar. Hal ini langsung tidak melibatkan sebarang campur tangan daripada Datuk Seri Mohd Najib mahupun kerajaan dibawah pimpinannya.
Apa yang diputuskan oleh PAC ini nyata selari dengan apa yang telah diputuskan oleh SPRM, PDRM, BNM dan Jabatan Peguam Negara yang menyatakan, tiada sebarang salah laku dapat disabitkan keatas Perdana Menteri berhubung iisu 1MDB. Malah, Jabatan Audit Negara, menerusi laporannya (sebelum diletakkan dibawah OSA) menegaskan, 1MDB hanya melakukan kesilapan pelaburan dari Ahli Lembaga Pengarahnya, bukan diputuskan oleh Datuk Seri Mohd Najib mahupun kerajaan.
Jadi dimana asasnya dakwaan Tun M yang mengatakan terlalu ramai orang bodoh dan bisu yang enggan melepaskan jawatan masing-masing didalam 1MDB? Jika mahu menyentuh tentang kedegilan, beliau wajar melihat dirinya sendiri sebelum mendakwa orang lain degil, bodoh dan bisu.
Banyak bukti dapat diperlihatkan dengan kedegilan Tun M untuk keluar daripada syarikat berasaskan kerajaan yang dipengerusikan olehnya. Sebagai contoh, Petronas dan Proton, dua entiti negara yang dipengerusikan olehnya mengalami kerugian teruk hasil daripada kesilapan keputusan perniagaan yang tidak mungkin tidak diketahui olehnya.
Proton mengalami kerugian lebih RM 1 bilion sepanjang beliau mempengerusikan Proton. Hari ini, Proton dalam proses pemulihan dimana sebagai permulaan, kerajaan dibawah pimpinan Datuk Seri Mohd Najib menyalurkan dana dalam bentuk bon sebanyak RM 1.6 bilion dalam proses menyelamatkan Proton. Itupun selepas Tun M dipaksa keluar daripada Proton sebelum proses ppenyelamat dapat dijalankan.
Adakah ini bukan satu tindakan bodoh dan biisu yang dibuat olehnya? ika masih terus mahu menyabitkan 1MDB dalam kerugian negara, hari ini, 1MDB telah menyelesaikan 95 peratus hutangnya dengan sindiket kewangan antarabangsa dimana baki 5 peratus lagi adalah hutang bagi Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange. Kesemua baki hutang yang tinggal kini telah diselenggara dengan baik oleh 1MDB.
Lebih melucukan, dengan berkiblatkan “kitab” Sarawak Report, Tun M dan ramai dikalangan pengikutnya mendakwa Malaysia bakal muflis pada 11 Julai 2016 dimana Kementerian Kewangan dan Bank Negara bakal ditutup akibat kegagalan 1MDB menyelesaikan hutang tertunggaknya dengan pihak IPIC.
Namun, sehingga jam ini, Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia masih membuka urusan mereka. Sekali lagi persoalan ini ditujukan kepada Tun M dan para pentaksubnya, siapa yang bodoh dan buta sekarang? Adakah Tun M dan para pentaksubnya kini benar-benar buta dan pekak sehingga gagal melihat dan mendengar segala urusan sudah kembali kepada yang asal? Sungguh kasihan…

-SUSULAN AWAL DULU


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2016 01:46 PM | Show all posts
Dia cuma nyanyok saja
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2016 04:55 PM | Show all posts
ORANG LAIN NYANYUK....CUMA MENYUSAHKAN KELUARGA DEPA JE....TAPI DIA NI NYANYUK MENYUSAHKAN RAKYAT DAN NEGARA...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2016 11:48 AM | Show all posts
uniq61 replied at 11-8-2016 04:55 PM
ORANG LAIN NYANYUK....CUMA MENYUSAHKAN KELUARGA DEPA JE....TAPI DIA NI NYANYUK MENYUSAHKAN RAKYAT DA ...

lumrah pemimpin umngok.
dulu disanjung.
setapak je keluar umngok tross dikutuk.

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2016 02:47 PM | Show all posts
jgn terlampau lena dibuai mimpi sebab sentiasa ada musuh yg menanti..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.624389 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list