CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2057|Reply: 7

‘Malaysian Official 1 DOJ’ Bukan Najib

[Copy link]
Post time 28-7-2016 05:41 PM | Show all posts |Read mode
Mahathir Mahu Memalukan PM Walaupun ‘Malaysian Official 1 DOJ’ Bukan Najib

By editor


RAKYAT Malaysia tahu bahawa bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memang mahu memalukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan fitnah jahat beliau.
Mahathir turut menyeru negara-negara luar termasuk Amerika Syarikat dan Australia agar menamakan dan memalukan Perdana Menteri dengan fitnah berkenaan 1MDB tersebut.
Sesungguhnya rakyat Malaysia amat terkilan dengan tindakan jahat Mahathir ini. Mereka benar-benar malu, manusia yang bernama Mahathir Mohamad ini pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Sebelum ini, Mahathir menuduh RM42 bilion wang 1 Malaysia Developmen Berhad(1MDB) telah hilang. Namun laporan  Jawatankuasa Kira-Kira Wang – sebuah badan dwipartisan yang turut dianggotai anggota Parlimen pembangkang (PAC) menunjukkan bahawa RM42 bilion tidak hilang daripada 1MDB, seperti didakwa oleh Mahathir.
Saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat dalam dakwaannya bahawa dana 1MDB telah disalah gunakan itu pula tidak langsung menyebut Najib, ia hanya membuat rujukan kepada ‘Malaysian Official 1’ dalam 1MDB.
Siasatan mereka juga berkisar tentang seorang ahli perniagaan yang dikatakan menipu 1MDB, dan turut terlibat dengan pengubahan wang haram sebelum membawanya ke Amerika Syarikat. Oleh itu amat jelas bahawa  ‘Malaysian Official 1’ dalam saman DOJ tersebut bukan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Persoalannya, mengapa Mahathir dan pembangkang tetap melaungkan nama Najib serta menyeru negara-negara lain memalukan perdana menteri kita?
Jawapannya amat mudah, segala gerakan dan fitnah jahat ini merupakan kerja-kerja pihak yang mahu menggulingkan perdana menteri atas kepentingan politik peribadi mereka tanpa memikirkan kesan tersebut ke atas rakyat dan negara. Dengan kata lain, mereka ini boleh dikategorikan sebagai musuh negara atau pemberontak yang mahu menggulingkan kerajaan.
Memetik laporan Malaysiakini, Mahathir mendakwa rakyat Malaysia tidak turun ke jalan raya untuk meluahkan kemarahan kerana mereka adalah ‘pemalu’.
“Mereka tidak ganas. Mereka tidak meluahkan perasaan secara terbuka,” ujarnya.
Adakah Mahathir membuat seruan agar negara huru-hara seperti negara-negara Asia Barat dan beberapa negara Asia Tenggara yang lain? Mungkin sudah sampai masanya pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Mahathir yang dengan terang merupakan seorang pemberontak dan juga musuh negara.
Menurut beberapa penganalisis politik, antara sebab Mahathir dan pembangkang mahu DOJ campurtangan dalam isu IMDB ialah kerana bimbang Najib akan mengadakan pilihanraya umum lebih awal. Pembangkang bimbang BN akan menang lebih besar dan catat prestasi lebih baik dari PRU13 selepas BN menang besar di PRN Sarawak dan PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar. Dengan adanya gangguan siasatan dari DOJ pembangkang dan mereka yang terlibat dalam kempen anti Najib berharap Najib akan teragak-agak untuk mengadakan PRU lebih awal yang dijangkakan pada tahun depan.
  • PRU14.tv



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2016 10:41 AM | Show all posts
so
mo1 yg doj maksudkan ialah sapa?
konar, jgn tak konar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2016 02:17 PM | Show all posts
ATOK KAU!
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2016 10:13 AM | Show all posts
kenapa mo1 dgn jho lo tiba2 jadi suci setarap nabi??
itu la persoalan yg ajaib.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2016 02:09 PM | Show all posts
Raman delan dah bace dan kate MO1 tue bijan. Hmm
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2016 10:19 PM | Show all posts
betul jugak kata tt

mo1 bukan bijan.
tapi
mo1 ialah haiwan tunggangan cina komunis jho lo.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2017 04:46 PM | Show all posts
bila PM sedia bantu siasatan doj
teringat satu kes kat tempat lain.

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2017 10:01 AM | Show all posts
yaa laaa tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.051498 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list