View: 3814|Reply: 12
|
7 Aktiviti Outdoor Paling 'Best' Dilakukan Dengan Kawan-Kawan
[Copy link]
|
|
Edited by maxgamer82 at 31-7-2016 08:31 AM
1. Berbasikal di Putrajaya
Zaman sekarang ni kalau nak berbasikal tak payah beli basikal pun tak apa. Pergi saja ke mana-mana taman yang ada perkhidmatan berbasikal, sewa, dan terus boleh bersuka ria sambil hirup udara segar beramai-ramai. Salah satu tempat yang best untuk aktiviti ini adalah di Putrajaya.
Kenapa Putrajaya? Sebab di sini ada banyak taman yang anda boleh kunjungi seperti Taman Saujana Hijau, Taman Wetland, dan Putrajaya Challenge Park. Kalau diikutkan, berbasikal di sekeliling kawasan Putrajaya pun sudah cukup memuaskan. Sambil berbasikal boleh layan pemandangan bandar Putrajaya yang mengagumkan.
2. Lompat atas trampoline di Jump Street Trampoline Park di Petaling Jaya dan di Johor Bahru
Kalau anda nak tahu, pusat trampoline yang popular di PJ ini dah buka cawangan terbaru di Austin Heights, Johor Bahru. Dengar tu orang-orang Johor sekalian!
Di sini, anda bukan sekadar boleh lompat-lompat. Tapi sebenarnya ada banyak aktiviti dan cabaran yang anda boleh alami sendiri seperti bermain dodgeball dan juga slam dunk di atas trampoline dengan kawan-kawan. Memang seronok! Bagi yang pro pula, tentunya High Performance menjadi medan untuk mempamerkan bakat.
3. Daki bukit atau gunung
Aktiviti hiking semakin lama semakin trending di laman sosial dengan pelbagai perkongsian tentang lokasi dan pemandangan memukau. Tak hairanlah jika semua orang pun nak pergihiking sekarang ni, semata-mata untuk nikmati sendiri panorama indah alam dengan mata kasar.
Bagi yang baru berjinak-jinak, boleh cuba daki bukit-bukit kecil dahulu. Antara yang popular adalah Bukit Tabur dan Bukit Broga bagi sesiapa yang tinggal di Lembah Klang. Nak lebih mencabar sikit, boleh bawa diri ke Cameron Highlands untuk "masuk" ke alam fantasi The Hobbit di Gunung Irau. Hutan berlumut atau mossy forest di sini memang sangat terkenal dikalangan para pendaki.
4. Camping di Berkelah Waterfall, Pahang
Camping merupakan antara aktiviti terbaik yang anda boleh lakukan dengan kawan-kawan. Sebab bila kita camping, kita juga perlu bekerjasama menyediakan makanan untuk mengalas perut. Waktu itulah kita akan pasang khemah sama-sama, masak sama-sama, tidur sama-sama, buat unggun api sama-sama, dan macam-macam lagi. Camping memang seronok!
Salah satu destinasi menarik yang anda boleh cuba ialah di Berkelah Waterfall yang terletak di Maran, Pahang. Hanya 3 jam dari KL, air terjun di sini sememangnya world class dengan kolam tujuh tingkat dan air sungai yang sangat dalam, sesuai untuk aktiviti terjun tebing atau cliff jumping.
5. Tunggang ATV di Kemensah, Ulu Kelang
Minat aktiviti lasak? Jadi ATV lah pilihan yang paling tepat! Dalam kesesakan hutan konkrit di sekitar kawasan Ulu Kelang, siapa sangka terdapat aktiviti ATV di situ. Hanya perlu pandu sedikit ke dalam kawasan hutan di belakang Zoo Negara dan anda akan jumpa tempat ini.
Dan yang paling menarik, peserta boleh cool off di Air Terjun Kemensah setelah selesai melakukan aktiviti. Kiranya, sesiapa yang join ATV di sini seakan-akan mendapat pakej dua dalam satu iaitu ATV dan waterfall. Sebab itulah ATV di Kemensah ini sentiasa penuh setiap minggu. Bagi sesiapa yang nak pergi, kena book dulu awal-awal ya.
6. White water rafting
Nak yang lebih ekstrem? Apa kata cuba aktiviti white water rafting dan cabar diri anda berakit di sungai yang deras. Kalau nak lagi best, pastikan bot yang anda naik tu terbalik. Kalau tak terbalik serius rugi!
Aktiviti ini memang mencabar dan memenatkan. Anda perlukan tenaga yang banyak untuk mendayung melalui arus deras dan pada masa yang sama cuba untuk mengelakkan bot daripada karam. Ada beberapa tempat popular untuk aktiviti ini iaitu di Kuala Kubu Bharu, Selangor, di Gopeng, Perak, dan di Sedim, Kedah. Tapi yang paling buas tentunya Sungai Padas di Beaufort, Sabah.
7. Caving di Gua Batu Maloi
Mungkin nama Gua Tempurung di Perak sudah cukup sinonim dengan penggemar aktiviticaving di Malaysia. Tapi apa kata anda pergi ke arah selatan di Negeri Sembilan untuk rasai pengalaman caving di Gua Batu Maloi yang terletak di Rembau.
ak pernah dengar? Bermakna inilah masanya untuk anda explore sendiri. Gua Batu Maloi boleh memuatkan sehingga 160 peserta dalam satu masa. Bersedialah untuk meniarap, merangkak, melawan arus air terjun, menyelit di celahan batu sempit, bergelap bersama kelawar, dan macam-macam lagi. Siapa yang pergi mesti tak menyesal.
Link : http://maxgamer82.sharethisstory.net/my-872122-9392?utm_source=&utm_medium=&utm_campaign=
|
|
|
|
|
|
|
|
6,7 done. teringin nk wat zipline |
|
|
|
|
|
|
|
zipline across island kat Sabah & zipline terpanjang kat Bukit Tinggi in my bucket list...
|
|
|
|
|
|
|
|
bukit tinggi indon?
teringin nk wat kat boracay
|
|
|
|
|
|
|
|
bukit tinggi pahang tu je
|
|
|
|
|
|
|
|
no 3 ngn no.5 selalu buat... best wwoooo |
|
|
|
|
|
|
|
basikal je selalu..tak outdoor naw..haha |
|
|
|
|
|
|
|
Thank you for the good info |
|
|
|
|
|
|
|
Thank you for the good info |
|
|
|
|
|
|
|
Thank you for info |
|
|
|
|
|
|
| |
|