CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2153|Reply: 3

Ulama Afghan kahwin budak 6 tahun ditahan

[Copy link]
Post time 31-7-2016 01:26 AM | Show all posts |Read mode
SABTU, 30 JULAI 2016 @ 4:11 PM
Ulama Afghan kahwin budak 6 tahun ditahan



KABUL: Seorang ulama tua Afghanistan ditangkap selepas berkahwin dengan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun - kes terbaharu peningkatan jumlah perkahwinan kanak-kanak di negara yang bergolak itu.

Mohammad Karim yang dikatakan berusia sekitar 60 tahun, ditahan di wilayah Ghor dan mendakwa gadis itu adalah sebagai "persembahan agama" daripada ibu bapanya.

Sebaliknya, keluarga gadis itu yang dikatakan terkejut, menyatakan gadis itu diculik dari wilayah Herat barat, bersempadan dengan Iran. "Gadis ini tidak bercakap, sebaliknya hanya berulang kali berkata satu perkara: 'Saya takut dengan lelaki ini'," kata ketua jabatan hal ehwal wanita, Masoom Anwari, di Ghor.

Gadis itu kini berada di pusat perlindungan wanita di Ghor dan ibu bapanya dalam perjalanan ke wilayah berkenaan, kata pejabat gabenor tempatan.

"Karim kini dipenjarakan dan siasatan sedang dijalankan," kata jurucakap gabenor, Abdul Hai Khatibi. Dia ditahan hanya beberapa hari selepas seorang gadis berusia 14 tahun yang hamil dibakar keluarga mentuanya hingga mati di Ghor, dalam satu lagi kes mengejutkan di Afghanistan. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/178393




mashaallah...... akhir zaman........ susahnya nak ikut sunnah cam genggam bara api   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2016 10:10 AM | Show all posts
Edited by sam1528 at 31-7-2016 10:23 AM
KABUL: Seorang ulama tua Afghanistan ditangkap selepas berkahwin dengan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun - kes terbaharu peningkatan jumlah perkahwinan kanak-kanak di negara yang bergolak itu.

Mohammad Karim yang dikatakan berusia sekitar 60 tahun, ditahan di wilayah Ghor dan mendakwa gadis itu adalah sebagai "persembahan agama" daripada ibu bapanya.

Sebaliknya, keluarga gadis itu yang dikatakan terkejut, menyatakan gadis itu diculik dari wilayah Herat barat, bersempadan dengan Iran. "Gadis ini tidak bercakap, sebaliknya hanya berulang kali berkata satu perkara: 'Saya takut dengan lelaki ini'," kata ketua jabatan hal ehwal wanita, Masoom Anwari, di Ghor.

Gadis itu kini berada di pusat perlindungan wanita di Ghor dan ibu bapanya dalam perjalanan ke wilayah berkenaan, kata pejabat gabenor tempatan.

"Karim kini dipenjarakan dan siasatan sedang dijalankan," kata jurucakap gabenor, Abdul Hai Khatibi. Dia ditahan hanya beberapa hari selepas seorang gadis berusia 14 tahun yang hamil dibakar keluarga mentuanya hingga mati di Ghor, dalam satu lagi kes mengejutkan di Afghanistan. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/178393
@changepassword

LOL , ko tak pakai otak ke?

Kalo dah kena tangkap , boleh ke tak boleh?

Dah kata dah , pada pahaman korang
- sunnah = mesti
- ikut = wajib

I am proven right again .... and again .... and again
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2016 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak 6 tahun di panggil gadis ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2016 10:26 PM | Show all posts


kesiannya budak itew  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.067545 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list