CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9359|Reply: 50

[Pelbagai] ...Akal Catfish...

[Copy link]
Post time 1-8-2016 05:51 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Mengapa gejala ikan keli ini masih berlaku lagi dan lagi??

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2016 09:12 AM | Show all posts
yang aku tau catdog




catfish aku bru first time dgr ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2016 10:02 PM | Show all posts
ni ada kena mengena dengan thread dkt forum gosip ke ni??
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2016 11:48 PM | Show all posts
mybarbie replied at 3-8-2016 10:02 PM
ni ada kena mengena dengan thread dkt forum gosip ke ni??

kita pun baru la gigih tengok Catfish lepas baca thread kat bod gosip nun...hehe..tapi kat youtube ada ten minutes video je.....nak tahu the rest of the story of that episode kita google the episode recap..tapi lepas few episodes dah boring sebab sama je pattern storynya..

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2016 11:53 PM | Show all posts
Selepas tengok few episodes dalam siri ni, yg kita perasan selalu orang menipu identiti by create their own online persona according to what they desire to become... bila exposed, orang yg tertipu tu pun tak sanggup nak marah sbb kesian gitu bila tengok diri 'kawan online' yg sebenar...

ada satu je episod kita tengok yg both persons are real deal... takde tipu2...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2017 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
mybarbie replied at 3-8-2016 09:02 PM
ni ada kena mengena dengan thread dkt forum gosip ke ni??

Awak rasa    tak habis ikan keli berenang kat sana tu  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2017 05:25 AM | Show all posts
seribulan replied at 2-1-2017 09:00 AM
Awak rasa    tak habis ikan keli berenang kat sana tu

cuba bagi sy explanantion tentang catfish ni.. i am missing something interesting i think
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2017 08:53 AM | Show all posts
masak sambal berlado sodap ni

gi bod gosip, baca topik ada nama Pekin dan Iman.. konpem kenyang makan catfish
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2017 10:30 AM | Show all posts
Season baru tak macam season lepas2. Sekarang macam buat2, berlakon je. Scripted maybe?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 12:36 PM | Show all posts
Sebab semua orang nak cari pasangan yang sempurna.

Catfish satu produk imaginasi, meletakkan kesempurnaan sebagai tiket memancing hati.
Nice face, Nice job, Nice money.
Saper yang tak tertarik kan.

Paling penting bila pandai mengambil hati dan guna ayat2 puitis.

Satu lagi bila orang sekarang lebih bnyk guna media sosial sebagai tempat meluahkan perasaan.
Their job is just as easy.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 07:05 AM | Show all posts
Hopefully gejala ni dpt dibendung.. risau plak my future kids...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang selalu jadi mangsa orang jenis desperate.. setuju dengan forumer.. nak cari kesempurnaan tapi yang dapat kepalsuan. Haha. Kesian dengan mangsa catfish ni.. tapi tu lah...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah terlampau perfect tu mesti ada yang tak kena tu. Berhati-hatilah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2017 10:33 AM | Show all posts
I ada kenal sorang... my ex housemate. Bila tengok socmed dia tak selari langsung dengan life dia. Nak potray  yang dia ni so urban and rich kid melancong sana sini. Orang buat itu dia nak buat itu. Check2 gambar google...kesian orang macam ni. Ada masalah dalaman.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2017 11:35 AM | Show all posts
ms i keje kt tmpt lama dulu

ada sorang sister ni, kerjaya agak ok sbb dia atas i lg

tp dia lonely, rupa dia x seberapa n dia agak gemuk

so dia berkenalan ngn sorang mamat "mat saleh" ni kt fb..masa tu blm ada alert lg dr internet, pdrm sume pasal nigger scam

so dia igt mamat "mat salleh" ni genuine nk kat dia

so dia pny modus operandi sama je..

1- PM si pmpn nak berkenalan sume
2- ber PM-PM cite lovey dovey
3- pastu mamat ni ajak kawen sume
4- pastu ajak berkenalan nak dtg msia
5- sblm turun ke msia, ada hadiah dh diposkan
6- tp "hadiah" tu tersangkut kt kastam
7- suruh si pmpn bank in duit utk byr penalti kt kastam

so smpai part ke 7 tu dia cite kt weols, sbb masa tu dia kata dia x reti guna western union..so terbuka la cite pasal ni

pastu weols ckp la xkan la x kenal n x penah jupe dia sanggup bg hadiah mahal2

tp masa tu kitorang nasihat dia x dgr dah

pastu weols dgr duit dia burn 8k sbb dia transfer duit kt mamat bf dia ni

pastu lama gak dia x dtg keje..xtau sbb frust ke apa ke...

weols tau ada kawan cite dia dh bg duit kt mamat tu pastu mamat tu terus senyap tanpa berita

kesian kt kawan kitorang ni



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2017 10:33 PM | Show all posts
Edited by e.gurl at 25-9-2017 11:12 PM
tp masa tu kitorang nasihat dia x dgr dah

Betul2.. yang ni bahagian paling susah. Bukan senang nak sedarkan orang lain.Kebanyakan mangsa akan jadi in denial. Diorang hanya nampak yang bahagia je.
Yang penting kita dah nasihat.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2017 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian juga kat mereka2 ni. Terperangkap dalam mimpi yg dicipta sendiri sedangkn realitinya tak sama langsung. Tak penat ke  hari2 kena cipta skrip baru .

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 10:34 AM | Show all posts
Umpama hidup dalam dunia khayalan, apabila tak mampu nak jalani hidup yang diingini.
Hidup dalam delusi.
Hidup dalam watak ciptaan sendiri.

Pathetic ....

Kadang2 kesian tengok orang macam ni. Seolah-olah tak nak berpijak di dunia nyata.
Hidup berpaksikan KEDUNIAAN.
Sampai terlupa dunia yg satu lagi .....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
honestly i tak tgk that series. just refering to gambar supermod @seribulan, jengah bodgos & understanding catfish punya nature.

kalau tau perangai ikan catfish (keli, haruan dan sekufu dengannya) hidup dia sebenarnya dalam keadaan tak best sebab duk dekat dasar. makan apa je yg ada, survival tinggi even air kotor + makan sikit + kolam padat. and satu perangai buruk, makan kawan sendiri bila terpaksa. Bila perlu udara berebut naik atas pijak kepala kawan

so, budaya catfish bila relatekan.. for me sebab dorang ni tak puas hati dengan hidup sendiri. berpura2 jadi orang lain yang dorang nak sangat jadi. dorang desperate nak perhatian atau sebenarnya budaya catfish ni sebagai diversion kepada hidup dorang yang tak bahagia. i think dorang rasa puas bila boleh jadi somebody di kalangan netizen. dapat pujian, dapat kawan 'setaraf' dan dapat populariti sedangkan hidup sebenar dorang ni sunyi/ bosan/ menyedihkan.

kesian pulak bila fikir balik. boleh rosak generasi akan datang kalau semua letak dalam kepala masing2 keseronokan 'hidup' online ni lebih penting dari hidup realiti. kalau budaya ni makin jadi ikutan, alamatnya anak cucu kita nanti hidup dalam angan2 dan tak bertanggungjawab.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2017 10:57 AM | Show all posts
10-ways-to-catch-out-a-catfish

1. Too good to be true – photos
Cantik/Handsome macam model? Sempurna sangat kalau dibandingkan dengan orang biasa2, tapi pilih korang yang biasa ni nak berkenalan? Cuba search gambar diorang ni dekat Google Image. Kalau dah banyak sangat gambar yang sama dengan nama berbeza, fikir 2 kali yer...

2. Too good to be true – life
Jangan cepat sangat percaya dengan apa yang diorang cerita. Kalau diorang cakap pakar bedah la, engineer la, tapi boleh pulak setiap bulan melancong sana sini atau banyak masa nak buat amal kebajikan, sila berhati2.

3. No photos or webcam
Kalau profile yang tak letak gambar sendiri, atau asyik gambar selfie sendiri je, xder gambar dengan tag kawan2 lain, kena jaga-jaga jugak. Secara logic, takkan la xder langsung gambar yang diorang ambil dengan geng2 and tag sesama sendiri kan. Nak confirm yang ni senang je : Suruh je dia amik gambar baru dengan aksi yang korang suruh : ie, pegang pen warna merah .
Video call sangat penting, terutama sebelum masuk alam serious. Pelik kalau orang sekarang xboleh video call, padahal handphone dah 3/4G bagai..Biar ikut waktu dia xper, mana tau nak jaga aurat, makeup dulu, tapi cuba video call. Kalau asyik mengelak tu, paham2 je la. Malu apa kalau betul2 nak serious, last2 kena jumpa jugak kan.

4. Saying exactly what you want to hear
Biasanya orang2 macam ni selalu berayat manis, cakap pun semua positif je, xder nak mengamuk bagai. Sedangkan kalau orang yang "real" ni, mestilah ada macam2 mood kan. Kejap ok, kejap xok, kejap sweet, kejap marah. Normal la manusia kan.

5. Too serious, too soon
Sebulan dua dah i love you bagai padahal x pernah jumpa lagi? Kalau dah cepat sangat nak serious, janji kahwin bagai, Jaga2 ye. Hubungan kena build on trust. Nak dapat trust ni bukan senang tau. Alangkan yang dah bertahun kenal pun kena "friendzone" sebab xder chemistry katanya. Ni baru berborak seminggu dah jatuh cinta?

6. Asking for money
Wow.. yang ni tanda yang paling ketara (tapi paling ramai terjebak). Kalau asyik nak mintak duit, mak sakit la, nak bayar deposit la, modal business la, sangat kena hati2. Cuba kalau kawan2 sekolah/ofis asyik mintak duit macam tu, korang mesti rasa annoying gila. Kalau x pernah jumpa tapi dah mintak duit bagai, mungkin diorang hanya nak duit, bukan cinta sejati. Lari cepat2 tau (tgk note #2 : kalau kerja dah hebat2, xkn nk mintak duit korang lagi? logic x?)
Yang biasa keluar paper, diorang bagitau nak hantar barang mahal dekat korang, tapi nanti mesti tersangkut dekat kastam, so suruh bayar dulu.

7. Very low Facebook friend count
Cuba check, kalau kengkawan facebook diorang ni sikit, atau kawan2 facebook sangat random orangnya, xder pun satu tempat kerja, atau tempat belajar lama2, mungkin ni akaun kedua,ketiga,keempat dan seterusnya (tgk note #3). Orang normal, walaupun facebook dah bersawang, mesti pernah ada interraction/comments dengan geng2 masing2. tag sana sini. Kalau semua update pun hanya kata2 madah pujangga, Sila pastikan betul2 ye, double and triple check.

8. Traumatic life events
Biasanya catfish ni suka bermain dengan emosi, dan last2 nanti mintak duit. Business tengah down la, sakit kronik, tersangkut dekat negara luar x boleh balik, macam2 la perkara luar biasa yang berlaku. Diorang suka buat cerita2 yang boleh membuatkan orang simpati.

9. Excuses, excuses, excuses
Paling penting, Catfish ni memang akan mengelak untuk jumpa korang atau bervideo call sekalipun. Ada je alasannya, camera rosaklah, memory phone rendah la. Kadang2 dah tetapkan masa pun, tiba2 ada je hal yang buatkan x boleh jumpa/bervideo call. Jadi berhati2 lah bila orang ni asyik elak nak jumpa. Sekali dua elak tu, mungkin la logik jugak. Tapi kalau dah bertahun i love you.. tapi mengelak nak jumpa, apa cerita beb?
Nasihat : jumpa dulu sebelum ambil keputusan nak serious. cari tempat terbuka yang korang tahu selok beloknya, guna kenderaan sendiri. Worst come to worst..boleh blah dari situ.

10. Trust your gut
Percaya pada sixth sense korang. Kadang2 benda2 kecik macam ni kita perasan, tapi ignore sebab dah tersuka punya pasal. cinta tu buta kan.. tapi tolong, jangan jadi buta sebab cinta. Percaya pada kata hati, dan dengar nasihat orang sekeliling.
Kalau kadang2 rasa macam ada yang tak kena, sila siasat ye.

#copy and diedit dari http://www.eharmony.com.au/dating-advice/trust-and-safety/10-ways-to-catch-out-a-catfish#.Wc2zFmiCyUk


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.518439 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list