Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
12Next
Return to list New
1646
View
21
Reply

[Dunia] 10 bandar perniagaan pesat membangun di eropah.

[Copy link]

Author: FOTHER-MUCKER       Show all posts   Read mode

Author
Post time 2-8-2016 08:55 AM | Show all posts |Read mode
10 bandar perniagaan pesat membangun di Eropah

1 OGOS 2016

http://www.sinarharian.com.my/gl ... -di-eropah-1.547493



Paris merupakan negara yang mempunyai perniagaan pesat membangun di Eropah. - Foto Reuters


PERNIAGAAN adalah sebuah bentuk organisasi yang sah dan diiktiraf untuk menyediakan barangan atau perkhidmatan kepada pelanggan. Sesuatu perniagaan lazimnya dibentuk untuk mencari keuntungan yang akan menambah kekayaan pemiliknya dan membesarkan perniagaan tersebut dengan sendirinya.

Oleh sebab demikian, para usahawan pastinya akan mencari lokasi-lokasi bandar bersesuaian bagi meluaskan perniagaan mereka untuk menjana pendapatan secara cepat.

Di bawah merupakan senarai-senarai 10 bandar yang dapat mengembangkan perniagaan dengan cepat di Eropah:


10) Budapest

Budapest terletak di tebing Sungai Sanube dan merupakan rumah kepada 59 syarikat yang paling cepat berkembang di Eropah termasuk syarikat makanan dan minuman, Seitan.

Seitan mempunyai pertumbuhan pendapatan sebanyai 2,000 peratus untuk tempoh tiga tahun dan lebih daripada AS$5.7 juta (RM22.97 juta) hasil jualan pada tahun 2013.

Budapest telah lama dianggap sebagai hab kewangan Eropah terpenting dan menyumbang kira-kira 39 peratus daripada keseluruhan ekonomi Hungary. Sleain itu, ia juga dinamakan sebagai salah satu daripada bandar-bandar paling indah di Eropah.

9) Oslo


Oslo merupakan ibu kota Norway dan merupakan pusat ekonomi utama di negara berkenaan. Oslo juga amat penting bagi industri maritim malah ia turut menjadi rumah kepada 66 perniagaan swasta Eropah yang paling pesat berkembang.

Walaupun syarikat-syarikat perkapalan memacu sebahagian besar ekonomi di Oslo, kira-kira 5,000 syarikat industri lain mewakili pembinaan, pembuatan, perkhidmatan IT dan runcit turut bertapak di sini.

Syarikat swasta yang paling pesat berkembang di sini adalah Oslo--Zynk Communication and Leadership iaitu sebuah syarikat perunding komunikasi yang menjana lebih dari AS$4.6 juta (RM18.54 juta) pendapatan pada tahun 2013.
8)Rome


Rome merupakan ibu kota Itali yang mempunyai permata sejarah di dunia namun statusnya sebagai pusat perniagaan mungkin masih belum diketahui oleh masyarakat umum.

Perniagaan yang paling pesat berkembang di sini adlaah GoldToner Europe Trading SRL iaitu sebuah syarikat pengedar pencetak laser dan mesin faks. Syarikat ini juga telah mencatatkan keuntungan lebih daripada AS$17 juta (RM68.53 juta) pada tahun 2013.

7)London


London adalah merupakan pusat kewangan dan destinasi pelancongan antarabangsa. London adalah rumah kepada beberapa syarikat teknologi yang baru bertapak terutamanya di kawasan Tech City.

Syarikat swasta yang paling pantas berkembang adalah High Speed TWO Limited, iaitu sebuah perniagaan logistik yang membangunkan sistem kereta api berkelajuan tinggi di UK. Syarikat ini memperoleh hasil sebanyak AS$286 juta (RM1153.02 juta) pada tahun 2013 dengan kadar pertumbuhan sebanyak 1,420 bagi tempoh tiga tahun.

6) Bucharest


Mungkin banyak orang tidak mengetahui Bucharest adalah merupakan lubuk keusahawanan. Dengan mendapat jolokan Little Paris, bandar ini merupakan hab perindustrian dan menjad rumah kepada 72 syarikat swasta di dunia.

Perniagaan di Bucharest dilaporkan berkembang dengan lebih cepat. Walapupun ekonomi Bucharest sebahagian besar bergantung kepada produk dan perkhidmatan, bandar ini membangun dalam sektor runcit dengan lebih banyak pasar raya, butik fesyen dan pusat membeli belah yang dibuka pada setiap tahun.

5) Stockholm


Mungkin ramai yang mengetahui Stockholm merupakan ibu pejabat kepada syarikat-syarikat gergasi yang beroperasi di dunia seperti Ericsson dan H&M, namun ibu kota Sweden ini juga turut menjadi rumah kepada syarikat-syarikat pendatang baru.

Syarikat-syarikat yang beroperasi di sini terdiri daripada pelbagai industri termasuk kejuruteraan, maknaan dan perkhidmatan kewangan.

4)Vilnius


Sebagai ibu kota Lithuania dan menjadi salah satu pusat kewangan terbesar di rantau Baltic, Vlinius juga turut mempunyai beberapa perniagaan utama disini. 82 syarikat telah berpengkalan di sana pada tahun ini.

Perniagaan swasta paling berkembang pesat di Vilnius adalah , BGroup, iaitu pengeluar dan pembekal keluli kepada lebih daripada 15 negara-negara Eropah. Syarikat ini turut menghasilakan AS$15.7 juta (RM63.30 juta) pada tahun 2013, mewakili pertumbuhan pendapatan bagi tempoh tiga tahun sebanyak 2,727 peratus.

3) Milan


Bandar yang mempunyai jumlah penduduk kedua paling ramai di Itali ini merupakan rumah kepada usahawan bursa saham dimana 83 syarikat telah beroperasi di sini.

Ia juga turut menjana kita-kira 9 peratus daripada pertumbuhan ekonomi negara dan sektor utama di Milan selain daripada fesyen adalah kesihatan, bioteknologi, kejuruteraan, dan kewangan.

Perniagaan swasta di Milan yang paling pesat membangun adalah pelancongan dan hospitaliti.

2) Riga


Riga adalah merupakan sebuah bandar terbesar di Latvia dan ia juga terkenal dengan seni bina nouveau. Kini, sebanyak 92 syarikat swasta di Eropah telah berkembang pesat di sini.

Bandar ini juga menjana lebih daripada separuh pertumbuhan ekonomi Latvia , dengan sektor ekonomi utama termasuk pembuatan, pengangkutan, dan perkhidmatan IT.

Syarikat swasta yang paling pesat berkembang di sini adalah Riga Container Line SIA iaitu sebuah perniagaan logistik dan pengangkutan. Ditubuhkan pada tahun 2006, syarikat ini menyaksikan pertumbuhan pendapatan bagi tempoh tiga tahun sebanyak 3,747 peratus.

1) Paris


Paris adalah pusat perbankan dan kewangan di Perancis. Ia juga merupakan salah satu daripada  bandar terkaya di Eropah. Bandar ini mempunyai 147 syarikat swasta yang semakin berkembang pesat.

Syarikat Mobpartner adalah perniagaan pengiklanan mudah alih. Ia juga mempunyai kadar pertumbuhan tiga tahun sebanyak 2,213 peratus dan mencatatkan jualan sekitar AS$18 juta (RM75.40 juta) pada tahun 2013. - inc.com







Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 2-8-2016 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Budapest terletak kat tebing Sungai Danube bukan Sanube. TT tlg betulkan.

Budapest & Bucharest dlm senarai aku utk di visit awal tahub depan
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 2-8-2016 09:23 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 2-8-2016 01:25 AM
Peterpan17 replied at 2-8-2016 12:57 AM
Budapest terletak kat tebing Sungai Danube bukan Sanube. TT tlg betulkan.

Budapest & Bucharest dl ...

Terima kasih di atas pembetulan tu.

Dah cuba tapi tak boleh nak edit.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 09:33 AM | Show all posts
Peterpan17 replied at 2-8-2016 08:57 AM
Budapest terletak kat tebing Sungai Danube bukan Sanube. TT tlg betulkan.

Budapest & Bucharest dl ...

bandar Ljubljana ok tak.  teringin nak pegi. tahun lepas pegi takat czech republic sj..  
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 2-8-2016 09:23 AM
Terima kasih di atas pembetulan tu.

Dah cuba tapi tak boleh nak edit.

Takpelah. Aku dah buat remark kat situ. Org blh baca. Tks
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 2-8-2016 09:33 AM
bandar Ljubljana ok tak.  teringin nak pegi. tahun lepas pegi takat czech republic sj..

Oh!! Yg tu aku pun tak smp ke sana lg. ingat nanti dr Romania kita org nak lajak ke Bosnia. Tgh fikir fikir msh dlm pertimbangan
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 09:41 AM | Show all posts
Peterpan17 replied at 2-8-2016 09:36 AM
Oh!! Yg tu aku pun tak smp ke sana lg. ingat nanti dr Romania kita org nak lajak ke Bosnia. Tgh fi ...

florence dah sampai?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 2-8-2016 09:41 AM
florence dah sampai?

Blm. Last year kami cuma cover Germany & Swiss saja selama sebulan. Ada ex colleague aku kat sana. Derang dah abis kontrak kat Msia & blk negara masing2. So amik kesempatan jumpa di negara derang
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 09:48 AM | Show all posts
Peterpan17 replied at 2-8-2016 09:44 AM
Blm. Last year kami cuma cover Germany & Swiss saja selama sebulan. Ada ex colleague aku kat sana. ...

rajin bebenor kau travel....
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
the_killer replied at 2-8-2016 09:48 AM
rajin bebenor kau travel....

Utang dah abis bro. Rumah & keta. Takde tanggungan kecuali bg duit kat mak. Awal thn ari tu kami ke Jepun 3 weeks. Bulan Okt ni nak ke Krabi. Bulan Nov gi Cambodia. Bulan 3 2017 ke Europe lg sekali. Sebulan juga kali ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 10:03 AM | Show all posts
Peterpan17 replied at 2-8-2016 09:44 AM
Blm. Last year kami cuma cover Germany & Swiss saja selama sebulan. Ada ex colleague aku kat sana. ...

plan nak ke sana hujung tahun ni. sebelum ni cuma cover venice, milan & verona.. x cukup masa. dah jd mcm touch n go saje pusing italy.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 2-8-2016 10:03 AM
plan nak ke sana hujung tahun ni. sebelum ni cuma cover venice, milan & verona.. x cukup masa. dah ...

Sayangnya klu touch n go. Berapa lama ko gi kali ni? Spend lbh sikit kat satu tmpt tp tak perlu pegi byk tmpt dlm masa yg singkat. Mcm stail aku suka berlama satu tmpt. Tu yg smo sebulan cuma dpt cover 2 negara
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 10:05 AM | Show all posts
Peterpan17 replied at 2-8-2016 09:50 AM
Utang dah abis bro. Rumah & keta. Takde tanggungan kecuali bg duit kat mak. Awal thn ari tu kami k ...

jepun kat mana senang nak main snow?  ski resort yg mudah nak sampai
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 2-8-2016 10:05 AM
jepun kat mana senang nak main snow?  ski resort yg mudah nak sampai

Klu dekat dgn Tokyo, Gala Yuzawa ke lbh kurang bunyinya. Yg trip Jepun thn ni kami gi Niseko punya resort. Di Hokkaido. Best giler!! Snow dia mcm powder. Halus
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 11:18 AM | Show all posts
Peterpan17 replied at 2-8-2016 10:06 AM
Klu dekat dgn Tokyo, Gala Yuzawa ke lbh kurang bunyinya. Yg trip Jepun thn ni kami gi Niseko punya ...

bestnya ko

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 11:21 AM | Show all posts
lagi 20tahun akan jadi bazaar middle east
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Peterpan17 replied at 2-8-2016 10:05 AM
Sayangnya klu touch n go. Berapa lama ko gi kali ni? Spend lbh sikit kat satu tmpt tp tak perlu pe ...

10 hari saja. satu2 tempat max 2 mlm saja.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 03:09 PM | Show all posts
Peterpan17 replied at 2-8-2016 09:50 AM
Utang dah abis bro. Rumah & keta. Takde tanggungan kecuali bg duit kat mak. Awal thn ari tu kami k ...

nak ikut!!! nak ikut!!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 03:43 PM | Show all posts
Peterpan17 replied at 2-8-2016 08:57 AM
Budapest terletak kat tebing Sungai Danube bukan Sanube. TT tlg betulkan.

Budapest & Bucharest dl ...

..actually Danube tu ada macam2 nama, depends kat negara mana dia mengalir,:
- Donau
-Donai
-Dunava
- Dunebe
..sib baik tak lalu kat indon, nanti jadi Danau ...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
ogata replied at 2-8-2016 03:09 PM
nak ikut!!! nak ikut!!!

Meh!! Msk dlm beg aku
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list