CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5890|Reply: 7

Mengenali Pasukan Khas Laut Amerika Syarikat, US Navy Seals

[Copy link]
Post time 4-8-2016 11:23 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ




Navy Seals merupakan pasukan khas laut milik Angkatan Laut Amerika Syarikat. Nama Navy SEALS adalah singkatan sempena 3 persekitaran di mana mereka beroperasi, Laut, Air, dan Tanah.


Pasukan yang ditubuhkan sejak 1 Januari 1962 masih aktif menjalankan pelbagai operasi hingga ke hari ini. SEAL Team 6 banyak berperanan dalam operasi di Asia Barat dan turut melakukan penyerbuan ke tempat persembunyian pemimpin Al Qaeda, Osama Bin Laden. Navy Seals turut mula dikenali sejak mereka terlibat dalam Perang Vietnam melawan tentara Vietcong.



Kehebatan pasukan khusus Angkatan Laut AS ini sudah beberapa kali ditampilkan dalam filem seperti Navy SEALs (1990) yang dibintangi Charlie Sheen, The Rock (1996) yang menampilkan Sean Connery dan Nicolas Cage, serta G.I. Jane (1997) dengan bintang Demi Moore.


Untuk bergelar sebagai anggota Navy Seals bukanlah semudah disangka. Calon perlu melalui ujian yang sangat berat dan ramai yang gagal ujian kerana ketahanan mental dan fizikal yang tidak kental. Kebanyakkannya 80-90% akan gagal dan tidak lulus ujian asas Navy Seals.







Salah satu dari ujian yang calon perlu lalui adalah latihan selama 120 jam tanpa henti dan tanpa tidur, meliputi berenang, lari maraton, latihan halang rintang, selam tempur, asas payung terjun dan macam-macam lagi. Pasukan ini juga dilatih menggunakan pelbagai senjata moden yang sangat canggih.


Hebat kan! Itulah serba sedikit informasi tentang Navy Seals yang menjadi pasukan khas laut kebanggaan Amerika Syarikat. - CARI








Sumber rujukan - blzmedia.blogspot.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2016 01:09 PM | Show all posts
sape yang tengok real man cerita kat channel korea mmg sebijik latihannya kalau nk jadi marine
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 01:23 PM | Show all posts

xde links uolssss. iols tgk kat tv astrobeyond jah channel 394. menariklah sbb retis2 kpop join marine itu. sibok ckp kpop pondan. hang tgklah pondan ke tidokkkk
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 02:37 PM | Show all posts
wnwa05 replied at 4-8-2016 02:32 PM
tajuk real man ke apa? x jumpa pun cari

kpop gayah tu tapi sebab berlakon terpaksa buat2 kera ...

real men korea tv shows. hahahaha uols tgk dulu gayah ke tidokkk... tp die byk series ni. good luck mencari
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 03:36 PM | Show all posts
selalu tengok special force kat history channel
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 01:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Menarik plak info sal navy seal ni terus rasa nk google
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2016 02:47 PM | Show all posts
Malaysia ada Paskal. And the Red Berret! Juga Polis Hutan, la ni jadi PGA.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2016 02:35 PM | Show all posts
Wow.. !!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.058948 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list