oleh Adib Za
Sekali pandang, siapa sangka spa resort ini terletak di Ipoh. Penuh hijau alam semula jadi, bentuk muka bumi yang unik dan ciri eksklusif bertaraf dunia!
The Banjaran Hotspring Retreat yang berlokasi di Ipoh, Perak sememangnya begitu mewah, dalam masa yang sama begitu sarat dengan elemen alam, begitu persis dengan ciri seperti di negara Jepun.
Pernah terpilih sebagai salah satu Spa Resort terbaik di dunia, sudah cukup membuktikan ia adalah yang terbaik di negara ini.
Ia dibina di kawasan lembah berkeluasan 16.19 ekar, dan berjiran dengan gunung batu kapur yang berusia 260 juta tahun!
Anda boleh menyedut udara segar di sepanjang jalan berhampiran hutan rimba, atau pun menenangkan diri di kawasan gua di situ. Meditasi!
Terlalu banyak keistimewaan spa resort ini jika ingin diceritakan. Anda hanya perlu memandu sejauh 15 km perjalanan dari bandar Ipoh dan 2 jam dari Kuala Lumpur.
Pastikan ia jadi destinasi 'travel' dalam negara anda yang seterusnya ya! - CARI
Kredit Foto: Fb Destinasi Bajet
|