Kemunculan seekor ular sawa raksaksa sepanjang 8 meter menggemparkan penduduk Dusun Jennematallasa, Desa Lantang di Sulawesi Selatan, Indonesia.
Ular itu yang dipercayai berasal dari hutan simpan ditangkap oleh penduduk pada Selasa lalu di sebuah kawasan penternakan lembu penduduk kampung itu.
Puluhan penduduk bertungkus lumus selama 3 jam untuk menangkap ular terbabit, lapor Detik.
Seorang penduduk, Daeng Raga, 50, berkata kepada wartawan bahawa sebelum ular itu ditangkap, warga Desa Lantang kerapa kehilangan lembu ternakan mereka.
"Ramai penduduk yang syak kehilangan anak lembu mereka disebabkan dimakan ular, dan ianya ternyata betul kerana ada seekor ular sawa yang berasal dari hutan masuk ke kampung ini, kata Daeng.
Seorang lagi penduduk yang terlibat dalam operasi menangkap ular berkenaan, Daeng Nakku, 40, berkata panjang ular itu melebih 8 meter.
"anjangnya delapan meter lebih dan besarnya hampir sama dengan badan orang dewasa," kata Daeng Nakku.
Terdahulu, ular raksasa paling besar yang pernah ditangkap di Indonesia adalah pada tahun 2002 iaitu sepanjang 14 meter dan seberat 400kg. - CARI
Ini ular sawa,. Dalam bahasa inggerisnya. reticulated Phyton. Ular paling panjang di dunia. Ananconda ialah ular paling besar.
Anaconda tak ada di Asia, ada di benua amarika selatan, amazon negara peru, brazil dll. Di malaysia pun banyak. So cerita Anaconda Blood Orchid tu hanya fantasi,