CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4333|Reply: 8

Hidangkan Cream Puff Jagung Gebu Gebas

[Copy link]
Post time 5-8-2016 05:09 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Hidangan kuih Cream Puff sering menjadi pilihan ramai ketika mengadakan majlis keraian mahupun untuk makan-makan biasa. Kerana bentuk dan lembut dan gebu bersama lemak manis menggamit penggemarnya selain rasa yang sangat enak.

Jika anda seorang yang gemarkan pencuci mulut, pasti Cream Puff menjadi salah satu pilihan. Mana tidaknya, sekali makan pasti inginkannya lagi.


Resepi Cream Puff Jagung Gebu Gebas


Foto : azlitamasammanis.com


Asyik menempah sahaja Cream Puff daripada orang lain kan? Jadi, apakata sekali-sekala sediakan untuk diri sendiri, keluarga dan yang tersayang.

Resepi ini dikongsikan oleh Kongsi Resepi.


Resepi Cream Puff Jagung Gebu Gebas


Foto : azlitamasammanis.com




Bahan-bahan
*Untuk 28 biji Cream Puff

125 gm tepung gandum (self raising flour) tambah 2 sudu teh baking powder
100 gm mentega
250 ml air
1/2 sudu teh gula
3 biji telur

Bahan-bahan untuk inti jagung

1 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 cawan jagung dalam tin
1/2 cawan tepung kastad
5 sudu besar gula

Cara-cara untuk penyediaan puff

1. Panaskan air, gula dan mentega dalam periuk sampai mendidih. Masukkan tepung, kacau hingga adunan tak melekat pada periuk. Sejukkan.

2. Pukul telur satu persatu ke dalam adunan menggunakan mesin pengadun (mixer).

3. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang.

4. Renjis air ke atas doh untuk membantu adunan naik. Bakar dalam ketuhar hingga permukaan puff kecoklatan, lebih kurang 30 minit.
*Tips bakar selama 25 hingga 30 minit dengan 180'C.

5. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagung.

Resepi Cream Puff Jagung Gebu Gebas


Cara-cara untuk sediakan inti

1. Kacau tepung kastad dan air. Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula. Kacau hingga naik wap.

2. Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak. Biarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam puff.


Resepi Cream Puff Jagung Gebu Gebas


Selepas inti sudah dimasukkan, Cream Puff siaplah untuk dihidangkan.

Sumber : KongsiResepi.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2016 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
nampak x sesedap puff biasa. Iols prefer puff krim biasa yg lagi sedap tu. Penah makan cream puff terbaik kat bangi, kawan kepada kawan buat sbb nak kumpul duit kawen. Sebijik rm1.50, besar saiz dia. Dan mmg sedapppp ya hamatttt
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Resipi azlita masam manis selalunya menjadi. Tp sape yg xnk manis sgt boleh kurangkan gula sikit sbb azlita punya resipi manis sikit
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2016 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Yummy... nak try buat la
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 10:34 AM | Show all posts
nak try buat la
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 12:19 PM | Show all posts
my fave ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2016 12:22 PM | Show all posts
sedapppp!
iols menyampah betul kalau terbeli yang jual dalam tu krim putih tu.
uwaaaa kastad jagung la sodapppp!
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 12:26 PM | Show all posts
ui sedapnya, krim puff apa2 inti pun mmg sedap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2018 02:30 PM | Show all posts
sedap nye
my fav
baru lepas tempah 2 box cream puff kat kawan
hahahahaha
kalau makan memang x boleh berhenti

kalau rajin nak buat sendiri la
dah lama tak buat sendiri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:06 AM GMT+8 , Processed in 0.496741 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list