CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mr_cool5885

Kejadian Aneh di Tanah Suci

[Copy link]
Post time 8-8-2016 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Subhanallah...cemburunya dengar kisah korang pergi menunaikan haji dan umrah...semoga ada rezeki untukku untuk ke sana...amiinn..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2016 01:16 PM | Show all posts
Exorabusyuk replied at 8-8-2016 09:13 AM
Subhanallah...cemburunya dengar kisah korang pergi menunaikan haji dan umrah...semoga ada rezeki unt ...



Aamiin aamiin aamiin Ya Rabbal 'Alamin....

Semoga sis, saya  dan sesiapa yang sedang menyimpan kerinduan ini akan segera ada rezeki ke sana...

Aamiin aamiin aamiin Ya Rabbal 'Alamin....
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2016 01:34 PM | Show all posts
kwn min pun mengalami pengalaman yg lebih kurang sama mcm tt, peg umrah dec 2015.. tk leh simpan air wuduk.. lepas beri salam terus kentut.. kesian dia.. then dia buat solat taubat .. alhamdulillah ok lepas tu... pengalaman min pulak, dihurung lalat.. memula akak ipar kena, then min berckp dlm hati kenapa la lalat ni... then lepas tu kena kat min pulak...trus insaf, buat solat taubat...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2016 02:43 PM | Show all posts
seronok bc kisah korg.penuh keinsafan. moga2 satu hari nnt aku berpeluang juga utk menjadi tetamu allah swt..aminn
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2016 03:46 PM | Show all posts
Seronoknya baca kisah2 kengkawan semua dah sampai ke sana...
Semoga ada rezeki untuk aku jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2016 04:17 PM | Show all posts
pengalaman aku pulak, aku pergi umrah dengan keluarga in laws aku, bawak baby 8 bulan. dekat Madinah Alhamdulillah ank sihat jer, tapi bila dekat Mekkah anak start demam. memang tinggi la suhu badan sampai satu malam cecah 40 and bawak g hospital sana. Bila ank tak sihat hati ni nak buat ibadah pun tak sedap, bergilir2 jaga anak time solat anak tinggal dekat hotel tak bawak sangat. Setiap kali habis solat berdoa la, Ya Allah pindahkanlah penyakit yang ada di anak ku kepadaku, tetiap doa memang doa yang sama. Doa dimakbulkan esok bangun tido badan sakit sangat2, demam, batuk flu semua ada and anak pulak sihat terus. sampai malaysia dia sihat, mak dia terus demam 3 minggu, demam yang memang x boleh nak bangun, suara hilang.. Tapi Alhamdulillah seronok dapat buatkan umrah untuk sekecik masa2 last dekat sana, gagahkan diri bangun buat sama2 dengan bapak dia.

Andai doa untuk pindahkan penyakit ank tu kat aku dimakbulkan, harap2 doa taubat segala dosa2 aku yang dulu juga di makbulkan. Amin

Andai ada rezeki lagi memang nak pergi sana berkali-kali.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2016 04:53 PM | Show all posts
malutapimahu replied at 8-8-2016 04:17 PM
pengalaman aku pulak, aku pergi umrah dengan keluarga in laws aku, bawak baby 8 bulan. dekat Madinah ...

Betullah, kat sana memang cash dapat tak kira baik ke buruk

Ustaz yg jadi guru pembimbing kitorang kat sana pernah cerita yg dia selalu doa mintak rumah, duit, kereta. Tempat dia doa lak kat tempat2 paling mustajab. Antaranya kat bawah pancur emas. Ada la waktu2 dia. Memang betul dia dapat semua kebendaan tu, tapi untuk rumah ibu2 tunggal yg dia bina kat Indonesia. Lupa area mana. Ustaz tu pun orang sana. Balik je dari Mekah mesti ada hadiah sampai, tapi tak kenal sape yg hantar.

Pernah satu masa tu rumah ibu tunggal dia ada masalah air. Takde langsung air untuk mandi dengan minum. Lepas tu dia pergi Mekah, doa sungguh2 mintak air. Balik rumah tiba2 ada air pancut keluar dari tanah. Tak pernah berenti air tu sampai sekarang katanya. Subhanallah. Ingat nak ziarah dia kalau pergi sana. Nak tengok sendiri keajaiban tu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2016 09:14 PM | Show all posts
Ujian Allah ada di mana2, cuma yang di tanah suci ni, kdg2 Allah kasi cash gitu..
Jadi, jga adab, tingkah laku walau kat mana pun kita berada

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2016 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengalaman umrah 2010.

1. Mula2 sampai di mekah dari madinah. Sebelum buat umrah yg pertama, ketua rombongan kami bagi penerangan sikit. Kat mane tempat untuk berkumpul selepas selesai umrah. Ade seorang pakcik ni ckp, xpe saya dah 2x buat umrah. Nanti saya balik sendiri ke hotel. Selepas subuh, kecoh kat hotel tu sbb pakcik tu xde. Then ketua kami dah mutawif cari dalam masjid. Jumpa pakcik tu. Dia ckp, dia x jumpa jalan keluar dari masjidilharam. Bila aku dgr cerita pakcik tu, aku x berani nk ckp yg bukan2.

2. Dalam group aku tu ade seorang budak perempuan umur 6 tahun. Hari terakhir di mekah sebelum berangkat ke airport, aku bergurau dgn budak ni dalam kafeteria. Aku cakap awak kena tinggal sini sbb flight penuh. Secara tiba2, milo panas yg aku tgh bancuh, cawan terlepas dari tangan dan terkena baju n seluar. CASH......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2016 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Uish. Menarik kisah2 korang ni. Kongsi la lagi.

Ada yg penah dgr yg xnmpk kaabah, jejak kaki kat mekah je terus koma sampai time nak balik malaysia baru bangun.

Tanah haram ni kan haram utk org non muslim kan. Ade ke kes yg non muslim ni lepas masuk sane..?
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2016 11:47 PM | Show all posts
mr_cool5885 replied at 8-8-2016 08:53 PM
Uish. Menarik kisah2 korang ni. Kongsi la lagi.

Ada yg penah dgr yg xnmpk kaabah, jejak kaki k ...

pernah baca kat satu majalah..orang gaji dia menyusup masuk naik keta..
time tu satu famili ni tinggal kat Jeddah di rumah sedara ke kawan gitulah..
dah tu, diorang pergi buat umrah..naik keta,
orng gaji yg bangsa filipina (non muslim) ni menyusup masuk dalam keta..
diorang perasan bila dah separuh jalan bawa kereta, nak ke Mekah
tiba di sempadan, masuk je kawasan Mekah, org gaji ni hilang..
tapi sebelum tu elok je duduk di seat belakang dengan anak2 majikan dia...
majikan ni patah balik, cari org gaji ni, kut2 la terjatuh kan..tapi tak logik la sebb pintu kereta semua kunci
last2..diaorang report polis.
Tak tahu la apa kesudahan citer tu...benar ke tipu..wallahulalam..

ni citer masa kat Mina...ada satu makcik ni..
masa kat dalam khemah..memang bersesak lah dalam khemah tu sbb muassasah kan..
makcik ni tak nak solat...
masuk waktu solat..dia duk relaks je berehat kat beg yg kitorang jadikan bantal tu
last2 aku panggil ustazah dan ustaz..dah tugas aku jadi sahabat TH masa tu. sebab rasa tak sedap hati, macam pelik je makcik tu..
dia mati2 cakap, tak perlu solat. Siap cakap, dia nak solat bila balik Malaysia...
Anak perempuan dia dah menangis esak2 dah..
ustazah pujuk dia..cakap pelan-pelan...sambil tu ustaz baca doa dan hembus..
lepas tu, makcik tu macam sedar..dengan terpinga-pinga, dia kata,


" eh kenapa ramai duk keliling dia??"


ujian sungguh...doalah selalu agar dipermudahkan ibadah di sana..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 01:37 AM | Show all posts
Roomate yg sama2 pegi haji dulu penah cerita. Masa dia buat umrah zaman muda2 dulu pernah sekali dia secara tiba2 tak nampak hotel dia. Padahal depan mata je. Alkisahnya masa tu dia nak kutip beras yg orang tabur bagi kat merpati, nak bawak balik Malaysia katanya...berkat. Lepas kutip tu terus blur cari hotel tak jumpa. Lepas tu baru teringat orang pesan jangan ambik apa2 yg ada kat sana nak bawak balik Malaysia. Dia terus buang beras tu. Tup2 nampak hotel depan mata

Aku terhutang budi kat pakcik tu sebab jadi kawan pertama yg guide aku dgn wife masa awal2 sampai Madinah dgn Mekah. Daripada terkial2 tak tau hala nak jalan sampailah dah boleh berdikari.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 02:52 AM | Show all posts
Baru teringat, ada satu kejadian pelik pada musim haji. Sape yg pernah jalan kaki dari Mekah ke Arafah ikut terowong mesti perasan sampah merata2 tapi sekor lalat pun takde. Ustaz cakap time haji memang takde lalat walau kotor camana sekalipun. Habis je musim haji barulah berdoyon2 lalat datang. Tak terfikir pulak masa tu nak pegi tengok balik tempat tu betul ke tak banyak lalat lepas musim haji.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 01:45 PM | Show all posts
Ipo replied at 8-8-2016 11:47 PM
pernah baca kat satu majalah..orang gaji dia menyusup masuk naik keta..
time tu satu famili ni ti ...

ha kisah org gaji tu aku ingat
dia sebenarnya tipu majikan dia
dia ckp dia muslim
lepastu masa dekat rumah majikan sume pun mmg dia solat puasa dll
lepastu diorang nk ke Tanah Haram, dia nak ikut
non muslim kan not allowed dekat situ
jadinya kereta lepas je masuk Tanah Haram, terus dia ghaib dari kereta
lepas tu dah cari tak jumpa semua, bila selidik balik dengan family
barulah tau yg org gaji tu sebenarnya non muslim
gitulah

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Noyen replied at 9-8-2016 12:45 PM
ha kisah org gaji tu aku ingat
dia sebenarnya tipu majikan dia
dia ckp dia muslim

Haaa..ya ya...gitulah kisahnya..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 03:35 PM | Show all posts
Edited by edoraixora at 9-8-2016 03:38 PM

aku nk syer citer yg jadi kt mak aku mase buat umrah. mak aku yatim piatu sejak umo 4 tahun. so mase nk pegi umrah, memang dia dh niat nk buatkan umrah utk arwah mak & ayah dia. ikut jadual, agensi akan bwak utk 3x umrah, so 1x pegi sendiri, pakat ramai2 sesama jemaah umrah yg lain utk sewa van luar.

ditakdirkan, yg sekali tu x dapat buat, sebab tak cukup jemaah yg nk buat, maknenye ade jemaah yg xnak buat. so mak aku sempatlah buat utk arwah mak dia, dan tak sempat buat utk arwah ayah dia. memang mak aku memang ralat sangat2.

masa nk balik ke malaysia, kiteorg transit kt jeddah, beristirehatlah kt hotel jeddah sementara nk tggu flite pkul 4 pagi. aku sebilik ngan mak aku, mak aku memang murung je lepas tu. die tidur jer kt hotel, pastu aku terdengar mak aku meracau2, menangis2 mintak maaf kt arwah ayah dia sebab tak dapat buatkan umrah. aku geraklah mak aku, pastu aku tya lah kenapa mak meracau2. mak aku ckap arwah ayah dia datang dlm mimpi mcam sedih sebab mak aku tak buatkan umrah utk dia.

pastu kiteorg mintak pendapat ustaz yg ikut umrah kiteorg tu, cemane nk buat upah umrah. dia cakap xpe lah, nnti lagi 6 bulan dia pegi lagi dia buatkan. tapi mak aku cakap lama sgt nk tggu 6 bulan. so last minute, kat epot, dah beratur utk check-in, aku ckap kt mak aku, kite mntak tolong anak mutawawif tu je lah. kebetulan mutawif yg pimpin umrah kiteorg tu, soh anak die antar kiteorg smpai epot. mmg last minute sesangat keputusan dibuat. lepas tu, barulah mak aku ceria semula, kalo tak murung jer, kiteorg pun risau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2016 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Cemburu een baca cerita semua. Semoga ada rezeki untuk een bawak mak & abah ke tanah suci
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
mr_cool5885 replied at 8-8-2016 09:53 PM
Uish. Menarik kisah2 korang ni. Kongsi la lagi.

Ada yg penah dgr yg xnmpk kaabah, jejak kaki k ...

Cuba baca kisah ni

Dia ni non muslim..pura2 convert ke islam utk menyelinap masuk mekah..dia g buat haji siap..huhu

http://mobile.wnd.com/2015/03/th ... yewitness-in-mecca/
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2016 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya pun nak cerita jugak la pengalaman pergi umrah beberapa tahun yang lepas. Nak bercerita yang indah dan tak berapa nak indah. Semoga menjadi pengajaran dan persediaan kepada kita.

Sebenarnya saya dan suami tak der la bercita-cita nak pergi buat umrah.  Lagipun saya ada masalah thyroid yang boleh menyebabkan saya cepat penat, marah, panas dan pitam. Kaki jadi bengkak dan senang nak terjatuh dan macam2 lagi lah. Lepas tu senang pulak dapat demam selsema dan batuk.

Tetapi mak dan bapak mertua sungguh2 ajak kami berdua pergi buat umrah. Siap sponsor lagi. Nak tak nak terpaksalah pergi jugak. Mertua dah banyak kali pergi umrah. Haji pun dah.

Saya dan suami tak sempat pergi kursus umrah, inject vaksin meningitis pun time minggu nak bertolak. Sepatutnya kena ambik 2 jenis vaksin sebulan sebelum pergi..meningitis dan flu. Pernah baca artikel yang mekah masa tu ada wabak influenza kalau tak silap. Tapi vaksin flu tak ambik sebab tak dibagitahu dan tak tahu pun. Barang2 keperluan lain macam botol spray untuk berwuduk, kasut kulit khuf, ubat2 kami dah sediakan awal2.

Sebelum pergi buat umrah atau haji, kita mesti buat persediaan dari segi mental, emosi dan fizikal. Di Madinah yang buat saya terkejut bila tengok perangai manusia macam apa tah. Sebab saya fikir kalau kita nak pergi buat umrah dan haji... perangai yang tak elok tu tak perlu la bawak ke mekah madinah.  Keluar dari masjid pun berebut2, bertolak2, sembahyang tak ikut saf.  Kat hotel pulak.. potong Q, ambik makanan banyak2 tapi tak habis. Membazir hokkay....

Masa raudhah pulak.... orang2 turki tak mahu ikut turn, siap bergaduh lagi dgn pengawal. Kesian tengok pengawal. Tapi orang turki ni pandai. Time pengawal terlepas tengok... diorang menyusup masuk ke group kami.

Yang paling menyeramkan bila pintu raudhah dibuka. Time tu la jemaah2 menjerit. Tak tahu kenapa mereka menjerit. Jeritan diorang tu menyebabkan hati rasa berdebar-debar dan seram. Ingat ada orang kena pijak ker, mati ker, kena histeria ker apa. Tu belum lagi bertolak2. Saya dan mertua pun akhirnya dapat masuk hasil dari tolakan orang belakang.
Entahla.... saya fikir perangai camtu bukan melambangkan islam sebenarnya. Malu tengok keadaan macam tu. Saya cuma bagi salam ke atas nabi saw dan para sahabat dan berdoa. Nak sembahyang sunat pun tak dapat. Lepas tu kami keluar dari situ.

Masa mula2 sembahyang di masjid nabawi.. mertua bawak saya sembahyang dalam masjid. Ustaz kata sembahyang dalam masjid besar pahala daripada sembahyang di luar masjid.  Dahla mertua ajak pergi awal 2-3 jam sebelum azan utk ambik tempat dalam masjid. Tapi bila sembahyang dalam masjid,  kadang2 ada setengah orang suka potong saf, tak ikut saf.. hati pun rasa tak seronok. Ada sekali tu sembahyang di luar masjid ... hati rasa seronok pulak.

Lepas 2 hari camtu, saya dah berani berjalan sorang2. Tak ikut mertua dah. Sembahyang kat luar masjid jer sebab rasa lagi best dan tenang. Saya fikir kalau sembahyang rasa tak fokus dan tak tenang.... sah kah sembahyang kita tu? Jadi lebih baik saya sembahyang kat luar masjid sbb lebih menenangkan hati.

Di mekah pulak, 1st time tengok kaabah macam.. cantik nya, bersinar2 dipancar cahaya lampu. Langit pun bersih jer. Tapi hati rasa berdebar2. Tak tau kenapa ...mungkin nervous nak buat tawaf wajib.
Mula2 ikut mutawwif baca doa dalam buku. Last2 bila dah terpisah dari group...saya baca doa sendiri.  Sebelum tu memang ada orang pesan lebih baik baca doa sendiri, tak perlu baca doa ikut buku...lebih2 lagi bila lalu bawah panchor emas. Ternampak pulak satu couple macam melayu enjoy dan relax buat tawaf sambil baca doa sendiri. Saya pun terfikir nak buat tawaf dgn relax dan enjoy macam couple melayu tu.

Sepanjang di mekah, heran tengok ramai betul manusia suka bergayut kat dinding kaabah. Mula fikir mungkin orang2 tu tengah tunggu turn nak cium hajar aswad. Tapi rupa-rupanya mereka tu memang sengaja bergayut di dinding kaabah. Saya ni takder niat nak cium batu hajar aswad sebab tu bukan dalam rukun. Bukan nak cakap besar atau sombong, saya cuma ambik yang wajib dan dalam rukun saja.

Kat luar tak kotor pun. Yang kotor tu cuma banyak ludah dan kahak sepanjang jalan hotel ke masjid. Mata memang sentiasa tengok bawah jer. Takut terpijak. Terfikir ..patut pun mertua tiap kali balik umrah mesti demam batuk.

Di mekah saya suka sembahyang di level underground. Hari esok nak balik ... time tunggu maghrib, ada sorang perempuan arab sedekah kacang kat kami. Hati saya kata jangan ambik dan jangan makan kacang tu. Tapi perempuan arab ni sungguh2 nak sedekah kacang. Dia bagi segenggam kacang. Takut dia kecik hati... saya pun makan la kacang tu sampai habis. Sedap la pulak kacang tu..hehe

Time sembahyang maghrib sujud rakaat kedua tu tekak dah rasa lain macam. Gatal tekak. Balik hotel batuk demam panas pun start.
Makan panadol pun demam masih tak kebah. Punyalah power demam tu. Sekejap panas, sekejap sejuk. Tapi rasa best dan enjoy pulak bila demam masa kat mekah. Tak berapa pandai nak citer camna rasanya. Balik malaysia, sambung demam sampai sebulan...hahaha.

Salah satu doa saya masa umrah ialah minta gelang saya di jumpai semula. Gelang dah hilang berbulan2 lamanya. Cari2 tak jumpa.  Ingat tercicir kat mana tah. Yang misterinya ....lepas seminggu balik dari umrah, time tengok tv, tiba2 terdengar bunyi benda jatuh dari dalam bilik study. Kemudian kucing2 saya macam takut, terus berlari keluar dari bilik study. Saya pun masuk ke bilik study, nampak drawer meja study paling bawah terbuka. Hati rasa berdebar2.  Suasana bilik study masa tu hening semacam. Rasa pelik sikit.  Rupa-rupanya gelang yang saya dok cari2 selama ni ada dalam drawer tu. Gelang tu bukannya tersorok bawah kertas ker apa. Sebelum tu saya dah banyak kali cari semua tempat termasuk dalam drawer tu tapi tak jumpa pun. Dan rasanya saya dan suami akan tutup balik tiap kali buka drawer tu sebab takut kucing main dalam drawer.  Drawer tu pun ketat...jadi mustahil kucing tu dapat buka.

Satu lagi doa saya... nak cari dan beli rumah di kawasan yang sesuai utk kami. Alhamdulillah lepas sebulan balik umrah, saya dan suami dapat beli rumah yang kami nak cari selama ni. Asalnya kami saja jer nak jalan2 tengok perumahan baru ni. Tak der niat nak beli pun. Tetapi rupa2 nya , ada satu rumah jer yang belum terjual. Location rumah tu pun menarik. Pendek kata, kalau dah rezeki...semua perkara pun berjalan dengan lancar.

Doa saya yang lain2 alhamdulillah dimakbulkan juga.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2016 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dafiza at 11-8-2016 05:09 PM

Ada peristiwa misteri lain, salah seorang lelaki member group hilang.
Kami pergi ziarah bukit uhud. Mutawif pesan  tak perlu naik bukit uhud. Saya, suami dan mertua tak naik bukit tu. Adalah beberapa orang member group pergi naik bukit uhud.

Masa nak balik tu, check2 rupanya ada sorang yang hilang. Cari2 tak juga jumpa. Member group lain siap naik bukit, pusing bukit uhud mencari mamat tu. Saya siap cakap mertua ..ntah2 mamat tu dah kat hotel.
Dah lebih sejam cari mamat tu tak jumpa2... kami pun balik hotel.

Tau tau tak.... rupa-rupanya mamat tu dah ada kat hotel. Tengah makan tengahari.

Mamat tu cerita, masa dia nak turun bukit uhud tu dia nampak tiba2 tempat tu kosong. Sorang manusia pun tak der. Gerai-gerai kecik di kaki bukit tu tak der. Bas-bas yang banyak pun tak der.
Dia cuma nampak satu teksi jer, driver nya orang arab. Dia cakap kat driver teksi yang dia nak balik hotel. Driver tu cakap ok, tambang 100riyal. Mamat tu pun naik la jugak teksi tu walaupun rasa mahal. Sampai di hotel tiba2 driver tu kata tambang teksi 10riyal jer. Mamat tu tak cakap apa... cuma bayar jer 10riyal. Lepas tu mamat tu masuk hotel terus lunch. Itulah kisah nya. Pelik betul. Macamana bukit uhud tu tiba2 kosong. Siapa driver teksi tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.070725 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list