CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2659|Reply: 6

Suami, Bukan Susah Sangat Kemas Rumah Tu - Netizen Beri Teguran

[Copy link]
Post time 8-8-2016 12:27 PM | Show all posts |Read mode
oleh Adib Za

Sebagai suami isteri, tugasan di rumah seharusnya dilakukan bersama, bukan hanya mengharapkan satu pihak sahaja yang melakukannya.


Biasanya lelaki terutamanya di Asia ini membiarkan tugasan menjaga anak, memasak dan mengemas rumah dilaksanakan oleh isteri sahaja.



Bagaimana jika kedua-dua pihak bekerja? Suami penat bekerja dan isteri juga penat bekerja? Seorang netizen ini, berkongsi kisah bagaimana dia dan isteri sama-sama bekerja seterusnya bagaimana dia membantu isterinya mengemas rumah.


Ini yang dilakukannya:


1. Disebabkan dia bekerja secara shif, manakala isterinya bekerja waktu pejabat, lelaki ini mempunyai lebih banyak masa pada waktu siang di rumah.
"Bila aku shif pagi, aku kemas rumah, cuci pinggan, cuci baju."


Foto: The Guardian





2. Pihak isteri berasa lebih lega bila pulang ke rumah waktu petang, segalanya telah dikemaskan.
"Bila aku shif petang, lagi senang, semua dah siap kemas, isteri balik kerja petang, rumah dah siap kemas."


3. Jangan terlalu berkira, malas dan juga ego. Seharusnya bekerjasama antara suami dan isteri.
"Terpulang pada diri, tak payah berkira sangat pasal tugas siapa nak kemas rumah, siapa yang free, kemaslah."


4. Lelaki ini berkata mengemas rumah bukannya terlalu sukar, tak patut jadi alasan!
"Setakat kemas mainan budak-budak yang berselerak, tak sampai seminit pun nak simpan, cuci baju pun pakai mesin, cuci pinggan bukannya payah pun.."


Kesimpulannya, jika anda sayangkan isteri, ringan-ringankanlah tulang, dan bukannya ringankan tangan! - CARI











Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2016 03:16 PM | Show all posts
kalau dua2 penat..ade duit, hire je cleaner..pastu maintain..sudah..ade anak kecik,khaskan bilik bersepah..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 10:21 AM | Show all posts
ramai je yg mcm ni, beza nya dorg xsempat nk share kt fb
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2016 07:01 AM | Show all posts
ek eleh.. benda mcm ni pun nak diperkatakan
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2016 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ada masa nak share kat fb. Time share ni mesti dia kerja shift pagi.. X pun time dia off day. Berpegang kpd konsep sharing is caring gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2016 01:16 AM | Show all posts
visit here gr898.com thank you
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2016 11:11 AM | Show all posts
ek eleh.. benda mcm ni pun nak diperkatakan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.254134 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list