CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11863|Reply: 77

Peminat Menyorok Belakang Pintu, Terkejut Siti Nurhaliza Datang Ke Rumahnya

[Copy link]
Post time 8-8-2016 05:31 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ


Nor Aziah terkejut apabila menerima kunjungan penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza di rumahnya pada Ahad. Foto Ihsan ROZI ABDUL RAZAK





Siapa yang tidak terkejut jika penyanyi idola tanpa disangka-sangka datang ke rumah secara mengejut. Sudah pasti akan melahirkan satu perasaan yang sukar di gambarkan dengan kata-kata.


Itulah yang berlaku kepada Nor Aziah Abdul Aziz, 46, yang merupakan salah seorang peminat setia Datuk Siti Nurhaliza. Rumahnya yang terletak di Taman Dahlia, Johor Baru, Johor telah dikunjungi oleh penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza Tarudin pada pagi Ahad.


Menurut Siti, 37, perancangan untuk memberi kejutan kepada peminat setianya itu sudah lama tertangguh namun akhirnya terlaksana atas bantuan pengurusnya, Rozi Abdul Razak dan adik kepada Nor Aziah.


Datuk Siti Nurhaliza menurunkan tandatangan pada koleksi gambar yang disimpan oleh peminat setianya




"Kak Aziah sendiri tidak tahu saya datang ke rumahnya dan perancangan untuk membuat kejutan kepadanya berjaya selepas adiknya sudah bersepakat dengan pengurus saya untuk menjadikan kejutan ini lebih bermakna.



"Terima kasih Mak Kak Aziah yang sudah bersusah payah masakkan nasi ambeng yang saya hendak sangat makan," kata Siti menerusi Instagram miliknya.


Dalam pada itu, Siti berkata, ketika tiba dirumah Nor Aziah, wanita berkenaan berada di dalam bilik dan menjerit apabila melihat kelibatnya apabila pintu dibuka.


"Saat apabila Kak Aziah membuka pintu bilik terus terkejut sebab saya di hadapan pintu biliknya dan Kak Aziah menjerit dan menyorok dibelakang pintu bilik.

"Saya gembira sangat hari ini kerana dapat berkunjung ke rumah Kak Aziah," ujarnya.


Pada lawatan itu, Siti yang terpegun dengan koleksi poster gambarnya yang memenuhi ruang bilik tidur dan ruang tamu sempat menurunkan tanda tangan pada koleksi yang disimpan sejak 20 tahun lalu hingga kini sebagai tanda penghargaan buat Nor Aziah.


Sementara itu, Rozi menerusi kirim Whatsapp berkata, kehadiran penyanyi terkenal itu adalah bersempena meraikan Nor Aziah yang dipilih sebagai pemenang pertandingan Jurnal Datuk Siti Nurhaliza yang diadakan baru-baru ini.



Bertuah sungguh Kak Aziah kerana bukan mudah bagi seorang penyanyi ternama seperti Datuk Siti Nurhaliza nak berkunjung ke rumah peminatnya. Kalau Datuk Siti Nurhaliza tiba-tiba berkunjung ke rumah anda pula, agak-agak apa yang berlaku pada anda? - CARI





Sumber - MstarOnline
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2016 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
wahwah.. ni mmg betol2 fanatik neh.. kalah acik2 kpop..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2016 05:41 PM | Show all posts
dah penuh gambar siti, tak takut lakinya berasrama pun nampak siti ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2016 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
tgk kat ig kemain lg..gembira btol dia..kitavtgknpun tmpg gembira.

baideway,ct nk baik btol.bkn jns xsedar diri gitu.

last,smg ct ada rzk dpt baby.ameen.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2016 06:09 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 8-8-2016 05:41 PM
dah penuh gambar siti, tak takut lakinya berasrama pun nampak siti ke?

takpe .. sama2 tido dalam satu dorm
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2016 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 8-8-2016 05:41 PM
dah penuh gambar siti, tak takut lakinya berasrama pun nampak siti ke?

Hahaha...asrama pun boleh la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2016 06:14 PM | Show all posts
peminat tegar ..mesti dah beribu riban abis nie ..bestnya jumpa ctdk
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2016 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Woooowww...hebak acik ni..iols pn minat ct dl..tp sejak kawin dato.k terus krg minat smp laniii..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2016 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Iolls pon peminat ctdk dulu..lepaa kawen dengan DK terus tak minat... skrg pon biase2.. ade xde je nk minat..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2016 06:23 PM | Show all posts
Mak aihhhh... Betul2 karatz nih...
Maaf tanya kalau dah satu rumah penuh ngan poster siti..
Tak dosa ke uols? Ni tanya sbb tak tau..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2016 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 8-8-2016 05:41 PM
dah penuh gambar siti, tak takut lakinya berasrama pun nampak siti ke?


Nampak gaya cam Aspuri je, belum ada Aspura nya kut     
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2016 07:26 PM | Show all posts
andartu kah acik kepam ini???
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2016 07:36 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 8-8-2016 05:41 PM
dah penuh gambar siti, tak takut lakinya berasrama pun nampak siti ke?

dia tinggal dengan mak n adik. Macam xde laki je
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2016 07:37 PM | Show all posts
orang kata siti nurhaliza ni kuat isap rokok..betul ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2016 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahhhh tak tau plak wujud pertandingan (ke?) jurnal ct ni. Pandai betul tokti ambik hati fans, patut banyak karatz.

Kipidap tokti. Iols biasa2 jah tokti ni, neutral gituhhh
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2016 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Creepy sgt ni hahaha yg pasti gmbr kawin ct dalam frame okeyyy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2016 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Minat memasing..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2016 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Gigihnya dia....tk tau nak minat kt sapa2 smpi mcm tu...minat sket2 je i ni..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2016 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Semaknya rumah. Gigih tampal poster bagai.

Iols kalau dpt autograf dari penyanyi kesukaan.. paling2 pun simpan dalam kotak jah gitu
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2016 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde sapa ke nak tepek gambo ebby yus kt dinding persis kaka ni tepek gambo ctdk?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.080970 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list