View: 25375|Reply: 23
|
(18sx) Perancang keluarga dan kaedahnya
[Copy link]
|
|
Edited by Super-M at 9-8-2016 02:32 PM
Hai semua Sm wujudkan benang ni sebagai pengetahuan untuk proses perancangan keluarga.Sm baru baca pasal wanita ditangkap di kelantan akibat mencuri sarung tangan bayi.Dah susah anak pulak ramai.
Memang bagus untuk ramaikan umat Muhammad.Tetapi kita renung kembali umat Muhammad yang bagaimana ingin kita lahirkan?yang tak mampu bersekolah?tiada ilmu?terbiar?mengemis?bekerja diusia muda kerana keluarga kesempitan wang?memang ramai jua ibu bapa yang berpelajaran tetapi mengabaikan kaedah perancangan keluarga ni,akhirnya generasi yang dilahirkan hanya berkuantiti tetapi tidak berkualiti.
Ingat sesuatu ya,anak tu memang rezeki,tertulis rezeki untuk dia dari Allah.Tetapi kita sebagai ibu bapa bukan hidup dengan menadah menunggu rezeki anak tu sampai ke apa,pegang konsep anak itu adalah amanah Allah,yang mana kita sebagai ibu bapa lah yang kena gerak mencari rezeki untuk anak sebagai amanah dari Tuhan.Sebelum apa2 sebaiknya kita bertanya pada diri mampu kah kita memikul amanah itu?ataupun kita biar sahaja dengan cara berharap?jd ni lah pentingnya sistem perancang keluarga.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bukan semua suami mengizinkan isteri menggunakan kaedah perancangan keluarga, tidak kira apa cara sekalipun, baginya selagi subur dan tiada masalah, mengapa perlu menyekat untuk menambah zuriat.
Ada juga suami tidak suka isteri menggunakan atau memasukkan benda asing ke dalam badan, bimbang jika ada kesan sampingan bakal memudaratkan kedua-dua belah pihak.
Hakikatnya, tindakan suami berkenaan wajar disokong terutama jika tidak menjejaskan kesihatan isteri dan kedudukan ekonomi mereka stabil.
Bagaimanapun, risiko akibat salah faham dan kurang pengetahuan mengenai kehamilan tidak dirancang ada kala memberi kesan terhadap keberkesanan dalam hubungan intim.
Kaedah perancangan keluarga
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), melaporkan lebih 208 juta kehamilan berlaku di seluruh dunia pada 2008 dan daripada jumlah itu, 41 peratus atau 86 juta adalah kehamilan yang tidak ‘disengajakan’ dengan 33 juta kelahiran tidak dirancang dan 11 juta wanita mengalami keguguran.
Sedihnya, 41 juta kehamilan di seluruh dunia berakhir dengan penguguran dan 50 peratus daripadanya dilakukan dalam keadaan tidak selamat yang kebanyakannya berlaku di negara membangun.
Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Pantai, Dr. Premitha Damodaran, berkata antara kaedah yang boleh digunakan untuk merancang keluarga adalah cara semula jadi, kondom, pemandulan, pil perancang, alat dalam rahim (IUD dan IUS), implan dan suntikan.
“Kondom dan pemandulan adalah kaedah yang boleh digunakan wanita dan lelaki dan antara cara pencegahan kehamilan baik serta murah. Ia juga dapat mengelak jangkitan penyakit seksual. Setiap kaedah ada kelebihan dan kekurangan.
“Pil perancang pula bukan sahaja mencegah kehamilan, tetapi turut memberi manfaat lain seperti haid lebih sedikit, tetap dan kurang senggugut, sekaligus mengurangkan risiko pembentukan cyst ovari, kanser ovari dan mengurangkan penyakit radang pelvik serta lain-lain,” jelasnya ketika ditemui baru-baru ini.
IUD, IUS kian digemari
Ada yang mempersoalkan, apa perlunya perlindungan kehamilan jangka panjang jika apabila sudah ada perlindungan jangka pendek? Ini disebabkan masih berlaku kehamilan apabila menggunakan kaedah jangka pendek.
Secara purata, sebanyak dua hingga enam peratus kehamilan berlaku dalam kalangan pengguna kaedah jangka pendek.
Dr. Premitha berkata, ada beberapa jenis pil perancang keluarga. Kesesuaian setiap pil ini bergantung kepada tubuh, bahkan sesetengah wanita terpaksa bertukar pil kerana alahan.
“Selain pengambilan pil perancang, penggunaan kaedah hormon melalui suntikan, IUD, IUS dan implan juga semakin popular kerana bukan sahaja mudah, tetapi turut memberi manfaat sampingan. Berbanding kaedah lain, IUD dan IUS semakin digemari ramai wanita.
“Walaupun keberkesanan IUD (dimasukkan ke dalam rahim) sangat tinggi iaitu sehingga 99.8 peratus selama tiga hingga lima tahun, kekurangannya akan menyebabkan haid lebih banyak dan lama, terutama pada peringkat awal.
“IU dan IUS boleh dikeluarkan bila-bila masa apabila dikehendaki dan kesuburan wanita akan pulih seperti sedia kala,” jelasnya.
Fahami kaedah
Katanya, pelbagai mitos dan salah faham maklumat mengenai kaedah perancangan keluarga juga membuatkan ramai wanita mengambil keputusan untuk tidak menjalani rawatan.
“Masih ada wanita berfikir haid mereka datang sedikit selepas penggunaan perancang akan mendatangkan kesan sampingan sedangkan mereka tidak sedar bahawa penghasilan darah bergantung kepada hormon.
“Wanita juga perlu faham kaedah suntikan perlu diambil setiap dua hingga tiga bulan. Biarpun jumlah haid tidak terganggu, kaedah ini dikaitkan dengan masalah pertambahan berat badan, perubahan emosi dan tekanan. Kesuburan juga mengambil masa lama untuk pulih seperti sedia kala.
“Sementara itu, implan (rod mengandungi hormon dimasukkan di bawah kulit pada lengan) juga menjadi permintaan. Ia sesuai bagi wanita menyusukan anak, namun kaedah ini menyebabkan pendarahan haid tidak tetap dan banyak, mungkin mengalami pertambahan berat badan dan perubahan emosi.
Dr. Premitha berpendapat setiap wanita perlu tahu sama ada mereka mampu atau tidak untuk menambah bilangan anak. Berbincang dengan suami untuk mendapatkan kaedah merancang sesuai.
“Penggunaan kontraseptif atau perancangan keluarga adalah perkara yang membabitkan suami dan isteri. Sokongan suami sangat penting dalam hal ini.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
KAEDAH PERANCANG KEHAMILAN SETELAH BERSALIN
(artikel daripada babycenter)
Sebagai seorang ibu baru, mempunyai seorang lagi anak mungkin perkara terakhir dalam fikiran anda. Tetapi anda boleh kembali subur lebih cepat dari yang anda jangkakan. Jadi bacalah segala-gala yang anda perlu tahu mengenai pencegah kehamilan. Kecuali, tentu sekali, jika anda sudah betul-betul bersedia untuk hamil lagi.
Bilakah saya perlu mula menggunakan pencegah kehamilan?Ini bergantung kepada bagaimana anda menyusukan bayi anda. Haid anda akan kembali bila-bila masa dari kira-kira enam hingga 10 minggu selepas bersalin jika anda memberi bayi anda susu botol atau gabungan susu badan dan susu botol.
Anda adalah subur dua minggu sebelum haid pertama anda. Ini mungkin kelihatan terlalu cepat (dan anda mungkin tidak ada mood) tetapi lebih selamat jika anda guna pencegah kehamilan bermula daripada empat minggu selepas bersalin.
Jika anda menyusu badan secara eksklusif, dan masih belum mula memberi bayi anda makanan pejal, anda mungkin tidak perlu risau mengenainya lagi.
Haid anda mungkin tidak akan bermula sehingga anda mengurangkan penyusuan badan atau menghentikannya terus. Namun anda masih boleh subur tanpa anda ketahui. Jadi penggunaan pencegah kehamilan mungkin memberi anda ketenangan fikiran.
Adakah penyusuan badan berfungsi sebagai pencegah kehamilan?Penyusuan badan boleh berfungsi sebagai sejenis kaedah perancangan keluarga dengan melambatkan haid anda semula. Dan jika anda menyusukan badan, anda akan melakukannya dari hari bayi anda lahir.
Penyusuan badan yang kerap dan berterusan sebagai satu kaedah pencegah kehamilan dikenali sebagai kaedah “lactational amenorrhoea” (LAM). Jika dilakukan dengan betul, LAM dikatakan berkesan sehingga 98 peratus.
Walau bagaimanapun, LAM hanya berkesan jika:
- bayi anda berusia kurang daripada enam bulan;
- anda masih belum datang haid sejak bersalin;
- anda menyusukan bayi anda secara eksklusif berdasarkan permintaan, malam dan siang.
Penyusuan badan secara eksklusif berdasarkan permintaan biasanya bermakna anda menyusu badan minimum enam kali setiap 24 jam. Jika anda mahu LAM berkesan bagi anda, jangan biarkan jarak di antara dua sesi penyusuan lebih lama daripada empat jam pada waktu siang atau enam jam pada waktu malam. Dan jangan beri minuman lain atau makanan pejal kepada bayi anda.
Sebaik sahaja bayi anda berhenti menyusu badan secara eksklusif, penyusuan akan jadi kurang efektif sebagai pencegah kehamilan. Anda mungkin perlu menggunakan jenis pencegah kehamilan yang lain sebagai langkah berjaga-jaga.
Apakah jenis pencegah kehamilan yang boleh saya gunakan jika saya masih menyusukan bayi?Anda boleh gunakan kaedah-kaedah pencegah kehamilan berikut ketika anda masih menyusukan bayi:
- kondom untuk lelaki atau wanita;
- diafragma atau penutup serviks;
- pil mini;
- suntikan;
- implan;
- sistem intrauterine (yang bermaksud “di dalam rahim”) atau IUS;
- alat intrauterine (IUD).
Kondom
Kondom adalah kaedah yang paling mudah digunakan, samada anda masih menyusu badan ataupun tidak. Kondom untuk wanita diletakkan di dalam faraj dan di sekeliling bahagian luar labia. Kondom untuk wanita mungkin tidak begitu menyelesakan berbanding kondom untuk lelaki.
Jika digunakan dengan betul, kondom untuk lelaki adalah 98 peratus berkesan dan kondom untuk wanita 95 peratus berkesan.
Anda mungkin dapati faraj anda sedikit kering sejak bersalin. Jika anda mahu bersama suami tetapi rasa kurang selesa kerana kekeringan, cuba gunakan jeli pelincir. Jeli ini haruslah larut air supaya ia tidak merosakkan kondom.
Diafragma dan penutup serviks
Anda boleh guna diafragma atau penutup serviks setiap kami mahu bersama suami. Diafragma dan penutup serviks adalah getah atau silikon lembut berbentuk bulat yang muat dalam serviks.
Doktor atau jururawat boleh memuatkan diafragma atau penutup serviks anda (atau memuatkan semula, jika anda pernah menggunakannya sebelum ini) enam minggu selepas bersalin. Ketika itu, badan biasanya telah kembali ke bentuk sebelum hamil. Diafragma dan penutup adalah di antara 92 peratus dan 96 peratus berkesan, selagi ia diguna dengan betul dan dengan pembasmi sperma.
Pil mini
Anda boleh guna pil mini jika anda masih menyusukan bayi kerana ia tidak mengganggu bekalan susu anda. Anda boleh mula mengambilnya 21 hari selepas bersalin.
Pil mini juga dikenali sebagai pil progestin (progestogen-only pill – POP). Ia menggunakan versi sintetik hormon progesteron.
Pil mini adalah lebih daripada 99 peratus berkesan. Namun untuk ia memberi kesan seperti ini, anda perlu mengambilnya pada waktu yang sama setiap hari. Ini boleh jadi sukar jika anda sibuk menjaga bayi yang baru lahir.
Suntikan
Suntikan berkesan selama beberapa minggu. Terdapat dua jenis suntikan:
- Depo-Provera, yang berkesan selama 12 minggu
- Noristerat, yang berkesan selama lapan minggu
Jika anda masih menyusu badan, sebahagian kecil progestogen akan masuk ke dalam badan bayi. Ini tidak akan membahayakan bayi anda.
Adalah lebih baik untuk menunggu sehingga enam minggu selepas bersalin sebelum mula mengambil suntikan. Ini bagi mengurangkan kemungkinan haid anda jadi tidak menentu dan darah keluar dengan banyak. Masalah pendarahan adalah salah satu keburukan kaedah ini.
Jika doktor anda tidak dapat memberi anda suntikan ini, beliau boleh memberitahu anda di mana anda boleh memperolehinya. Suntikan ini membebaskan progestogen ke dalam otot anda selama beberapa minggu.
Kaedah suntikan semaking popular kebelakangan ini kerana keberkesanannya yang tinggi (lebih daripada 99 peratus) dan mudah dilakukan. Tetapi jika anda mahu hamil lagi dengan segera selepas berhenti menggunakan pencegah kehamilan, kaedah ini mungkin tidak sesuai untuk anda. Ini kerana, kesuburan anda akan mengambil masa beberapa bulan untuk kembali normal.
Implan
Kaedah implan kekal selama tiga tahun, jadi anda perlu fikir masak-masak samada ini adalah kaedah yang sesuai untuk anda. Dalam kaedah implan, Nexplanon yang berupa tiub plastik fleksibel yang kecil dan nipis bersaiz kira-kira 4cm panjang dan berdiameter 2mm akan dimasukkan ke bawah lengan. Tiub ini mengandungi progestogen.
Anda boleh mengambil implan 21 hari selepas bersalin. Anda masih boleh menyusu badan kerana hanya sedikit sahaja progestogen yang masuk ke dalam susu anda.
Doktor akan memasukkan implan ini ke bawah lengan anda. Ia boleh dikeluarkan apabila anda mengambil keputusan untuk menukar kaedah mencegah kehamilan atau apabila anda mahu cuba untuk hamil lagi. Kaedah implan berkesan lebih daripada 99 peratus.
Sistem intrauterin
Sistem intrauterin (IUS) ialah implan yang dimasukkan ke dalam rahim (uterus). Ia membebaskan sedikit dos progestogen secara berterusan selama hingga lima tahun.
Anda boleh menggunakan IUS pada bila-bila masa bermula empat minggu selepas bersalin. Doktor atau jururawat akan menjalankan prosedur ini. Anda boleh menggunakan IUS samada anda bersalin secara normal atau caesarean. IUS adalah lebih daripada 99 peratus berkesan.
Alat intrauterin
Alat intrauterin (intrauterine device) atau IUD boleh digunakan selama tiga hingga 10 tahun, bergantung kepada jenis yang digunakan.
Anda boleh mula menggunakan IUD pada bila-bila masa daripada empat minggu selepas bersalin. Doktor atau jururawat akan memasangnya untuk anda. Anda boleh menggunakan IUD samada anda bersalin secara normal atau caesarean. Keberkesanan IUD adalah lebih daripada 99 peratus.
Apakah jenis pencegah kehamilan yang tidak boleh saya gunakan jika saya menyusu badan?Anda tidak boleh guna kaedah pencegah kehamilan yang menggunakan gabungan hormon estrogen dan progesteron (CHC) kerana ini boleh mengurangkan bekalan susu anda. Jenis pencegah kehamilan seperti ini termasuk:
- pil
- tampalan, berupa plaster yang ditampal pada kulit
- cincin, iaitu cincin plastik fleksibel yang dimasukkan ke dalam faraj
Tidak kira CHC mana yang anda guna, pada minggu keempat selepas anda mula menggunakannya anda akan mengalami pendarahan yang biasanya ringan sedikit daripada haid biasa anda. CHC adalah lebih daripada 99 peratus berkesan jika digunakan dengan betul.
Jika anda ambil pil pencegah kehamilan kecemasan, anda tidak akan dapat menyusukan bayi selama 36 jam selepas mengambilnya. Bacalah “Bagaimana dengan pencegah kehamilan kecemasan” di bawah untuk maklumat lanjut.
Saya mahukan jenis pencegah kehamilan yang tetap berkesan walaupun saya terlupa. Apakah kaedah yang terbaik bagi saya?Jika anda mahukan pencegah kehamilan yang anda boleh lupakan sahaja, jenis yang berkesan lama mungkin sesuai untuk anda. Terdapat empat jenis kaedah seperti ini (lihat di atas untuk penerangannya):
- suntikan
- implan
- sistem intrauterin (bermaksud dalam rahim) atau IUS
- alat intrauterin (IUD)
Suntikan, implan dan IUS kesemuanya menggunakan progestogen, iaitu versi sintetik hormon progesteron. IUD pula tidak menggunakan hormon.
Jika anda betul-betul yakin anda tidak mahu anak lagi, anda atau suami boleh memilih kaedah pemandulan.
Berapa cepat selepas bersalin boleh saya gunakan kaedah perancang keluarga semula jadi?Sebaik sahaja haid anda telah kembali dan tetap semula, anda boleh cuba guna kaedah perancang keluarga semula jadi (natural family planning – NFP). Dengan NFP, anda belajar untuk mengenal pasti hari-hari subur anda. Kemudian anda boleh mengelak daripada membuat hubungan kelamin, atau menggunakan kondom pada dan sekitar hari-hari subur anda.
Untuk mengetahui bila anda subur, anda perlu menyimpan carta suhu badan harian apabila anda bangun tidur pada waktu pagi atau selepas sekurang-kurangnya tiga jam tidur. Ini dipanggil suhu badan asas. Anda juga perlu memerhatikan perubahan mukus faraj anda.
Anda boleh beli termometer berkomputer untuk membantu anda mengenal pasti bila anda subur. Anda juga boleh beli alat pemantau kesuburan. Namun anda perlu menunggu sehingga selepas tiga kali haid normal sebelum menggunakan alat-alat ini.
NFP mungkin bukan kaedah yang boleh dipercayai jika anda mempunyai masalah haid yang tidak menentu. Jika anda tidak mempunyai masalah ini, dan selagi anda berhati-hati, NFP boleh jadi sehingga 99 peratus berkesan.
Bagaimana dengan pencegah kehamilan kecemasan?Kebanyakan klinik dan doktor kini boleh memberi pil kecemasan atau yang dikenali sebagai “morning after pill” untuk mengelak kehamilan sekiranya berlaku “kemalangan” seperti kondom yang digunakan terkoyak. Pil ini perlu diambil dalam masa 72 jam selepas mengadakan hubungan seks tanpa perlindungan.
Jenama pil yang terdapat di Malaysia ialah Postinor, iaitu pil progestin dalam dos tinggi. Pil ini menghentikan atau melambatkan ovulasi, dan menghalang telur yang tersenyawa daripada melekat (implantasi).
Pil pencegah kehamilan kecemasan ini berkesan sehingga 72 jam (tiga hari) daripada waktu anda mengadakan hubungan seks tanpa perlindungan. Walau bagaimanapun, ia lebih berkesan jika anda mengambilnya dalam masa 24 jam. Ia juga boleh diambil jika anda menyusu badan.
Anda juga boleh menggunakan IUD, tetapi ini perlu dilakukan dalam masa lima hari selepas seks dan ianya jarang digunakan sebagai pencegah kehamilan kecemasan pada hari ini.
Di mana saya boleh dapatkan nasihat mengenai pengawalan kehamilan?Untuk maklumat lanjut, tanyalah doktor keluarga atau pakar sakit puan. Anda juga boleh menghubungi Persatuan Kesihatan Reproduktif Kebangsaan Malaysia (03-56337514/16/28), yang akan merujuk anda kepada persatuan kesihatan reproduktif negeri di mana anda tinggal.
http://www.babycenter.com.my/a25009767/mencegah-kehamilan-selepas-bersalin#ixzz4GoO7O7ky
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Super-M at 9-8-2016 02:06 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Great articles SM.
many will find these useful |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 10-8-2016 06:15 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by Super-M at 13-8-2016 06:20 AM
ipes2 replied at 10-8-2016 04:29 AM
Great articles SM.
many will find these useful
Tq ipes
Mudahan jd panduan. Sbb tgk banyak yg xreti merancang, bila anak ramai yg sedia ada terabai, terbiar xmampu di berikan hak2 mereka sebagai anak
Ipes kalau boleh sm nak minta tlg, tepek artikel tentang hukum dlm islam yg agak nyata perlunya kaedah merancang. Sm failed sikit bab tu. Sebab lalu pengalaman sm mak ada sorg kawan dlu, org tabligh.anak dia ada 4 anak, yg no 3, 4 ada jantung berlubang. Docktor dh suruh ikat tapi xnak ikat, malah tidak pula merancang. Jd masa sm tingkatan gitu sm dengar lah dia cite dgn mak sm pasal tu. Yg suami xberi merancang. |
|
|
|
|
|
|
|
Gud info TT
Sama la macam sy. Husbnd x kasi merancang sbb sy ada migraine. Pernah inject depo. Huhu byk efek negatif la pulok.
So sekarang rancang sndri je. Nasib dapat suami memahami. Anak baru sorang 1y 7m.
Planning nya tggu anak 3y bru preggy balik. 2 orang anak cukup lah kot haha. |
|
|
|
|
|
|
|
serasa i, tidak ada direct hadith yang selalu dipakai pasal merancang..
tapi bab bab membatasi kelahiran etc ni mmg hangat dibincang dikalangan ulama dan memang meluas fatwanya
cuba SM tgk satu dua.. ada several fatwa pages yg i tgh tgk ni..
..tapi i tak bleh nak rekomen mana satu atas sebab sebab tak sure mana satu i lebih cenderung
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 12-8-2016 07:01 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Peaches113 replied at 11-8-2016 11:27 PM
Gud info TT
Sama la macam sy. Husbnd x kasi merancang sbb sy ada migraine. Pernah inject depo. Hu ...
Betol. Cukup lah zaman skrg ni. Sm belum 30an anak dah 2. Dah awal cakap stop sini je k dah xmau. Anak pertama dgn kedua agak jarak. Anak pertama 6y anak kedua 2y.
Ada tengok kat tv pakar ni cakap jarak anak yg jauh 3-4 tahun sebenarnya bagus, sbb kita boleh bagi kasih syg secukupnya pada anak pertama. Nanti sm tepek artikel pasal kenapa perlu jarak kelahiran dr segi emosi. |
|
|
|
|
|
|
|
Super-M replied at 12-8-2016 07:01 AM
Betol. Cukup lah zaman skrg ni. Sm belum 30an anak dah 2. Dah awal cakap stop sini je k dah xmau. ...
Tau xpe. Kesian kat anak xdapat kasih syg. Tapi kan, mesti ramai punya xsetuju kalo kita kata nk anak 2 orang jer. Anak itu rezeki la..nanti tua xde orang nk jaga la.
Sy suri rumah. Faham2 la ekonomi skrg mcm mana kn. Suami lebih suka sy jaga anak sndri. Bila jaga anak sndri, memang salute pd wanita bekerjaya sbb terpaksa tggal anak kt nursery. Tambah2 kalo ada anak ramai. Duit gaji dah brp byk kena spend tang situ jer. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 12-8-2016 01:37 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Peaches113 replied at 12-8-2016 12:12 PM
Tau xpe. Kesian kat anak xdapat kasih syg. Tapi kan, mesti ramai punya xsetuju kalo kita kata nk a ...
Sm jenis pikir quality is much better than quantity. Ntahlah mcm kitaorg pikir kawin ni bukan untuk anak je, maksudnya banyak lagi nikmat kehidupan perlu kita kecapi (travel, diving), kenapa dah kawin kita kena bataskan aktiviti, kehendak dgn alasan sbb adanya dan perlunya ada anak.
Dan sm awal2 bgtau hubby, anak bukan lubuk emas kita. Bukan dah tua tempat kita gantung harap. Bg sm kalau kita harap gitu niat kita dah salah. Anak ni kan tanggungjawab,bg sm bila suami dh tabur benih tu maksud secara bersama dah sedia galas tanggungjawab jd xboleh kita do something contoh beranak, lepastu expect something in return.sm pun suri rumah sebenarnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni SM nak letakkan pandangan dari sudut pandangan dr feberet SM.dr zubaidi.
So korang leh baca lah pandangan dia ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|