CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4206|Reply: 24

Kenali dua kaedah tafsiran al Quran.

[Copy link]
Post time 10-8-2016 06:13 AM | Show all posts |Read mode
Kenali dua kaedah tafsir Al Quran
ABD RAZAK MUTHALIB
5 OGOS 2016





Tweet


Ayuh! Teruskan membaca al-Quran. Jadikan kitabkitab tafsir sebagai rujukan. - Foto Rosli Talib


AL-QURAN hanya akan dapat difahami dengan maksud yang betul apabila kita merujuk kepada tafsirannya.
Terdapat pelbagai kitab tafsir sama ada yang terdahulu mahupun terkini. Kitab-kitab tafsir yang ada hingga sekarang dihasilkan dengan kaedah tafsiran yang khusus. Secara umumnya, terdapat dua kaedah tafsir yang utama iaitu tafsir bi al-ma’thur dan tafsir bi al-ra’yi.
Tafsir bi al-ma’thur  
Tafsir bi al-ma’thur ialah ayat-ayat al-Quran ditafsir dengan al-Quran, atau al-sunnah atau pun pendapat para sahabat. Maka, tafsir bi al-ma’thur ini berpandukan nas-nas yang sahih sahaja. Tidak ada sebarang ijtihad dalam menghuraikan mana-mana ayat al-Quran. (Al-Qattan, Manna’.(1996). Mabahith fi ‘Ulum al-Quran. Beirut: Muassasah al-Risalah).
Jadi, tafsir bi al-ma’thur adalah kaedah tafsir yang paling tinggi kedudukannya. Ini kerana ayat-ayat al-Quran akan ditafsirkan dengan ayat al-Quran sendiri (kalamullah). Maka, sudah tentu ALLAH lebih mengetahui maksudnya. Atau ia ditafsirkan dengan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW.
Maka tugas Baginda SAW adalah menjelaskan maksud-maksud al-Quran. Atau ia ditafsirkan berdasarkan pendapat para sahabat. Maka, mereka adalah golongan yang hidup pada zaman al-Quran diturunkan. Mereka mengetahui asbab nuzul, kenapa dan untuk siapa sesuatu ayat itu diturunkan.
Tetapi, satu perkara yang mesti diambil perhatian ialah riwayat-riwayat yang disandarkan kepada Rasulullah atau sahabat itu mestilah sahih. Apakah kaedah yang digunakan dalam tafsir bi al-ma’thur? Berikut adalah kaedah-kaedah yang digunakan oleh para ulama dalam tafsir bi al-ma’thur:
Tafsir al-Quran dengan al-Quran
Ayat al-Quran yang ditafsirkan dengan ayat al-Quran adalah jenis tafsir yang paling baik. Sebagai contoh, maksud “kalimah” di dalam ayat 37, Surah al-Baqarah (maksudnya): “Kemudian Nabi Adam menerima daripada Tuhannya beberapa kalimah, lalu ALLAH menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dialah yang Maha Penerima Taubat, lagi Maha Pengasih." (Surah al-Baqarah : 37).
Perkataan “kalimah” ditafsirkan dengan ayat 23, Surah al-A’raf (maksudnya): “Mereka berdua (Adam & Hawa) merayu: Wahai Tuhan kami, kami telah menganiayai diri kami, sekiranya Engkau tidak mengampunkan kami dan merahmati kami, maka jadilah kami orang-orang yang rugi”. (Surah al-A’raf: 23)
Tafsir al-Quran dengan al-Sunnah
Antara peranan utama Rasulullah ialah menjelaskan maksud-maksud ayat al-Quran. Baginda adalah manusia yang paling mengetahui tentang maksud sesuatu ayat. Contohnya, firman ALLAH SWT (maksudnya): “Dan sediakanlah untuk menentang musuh (yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang kamu mampu...” (Surah al-Anfal:60).
Maksud “kekuatan” dalam ayat ini ditafsirkan oleh Rasulullah dengan kekuatan memanah (mengikut kesesuaian pada zaman itu). (Rujuk hadis riwayat Muslim, no.3531)
Tafsir al-Quran dengan pendapat golongan sahabat
Jika tidak ada tafsir al-Quran dengan al-Quran atau pun dengan al-sunnah, maka kita hendaklah rujuk kepada pendapat para sahabat yang menghuraikan sesuatu ayat. Ini kerana para sahabat ialah golongan yang sentiasa berdampingan dengan Nabi Muhammad SAW. Mereka juga menyaksikan sesuatu peristiwa dan hal keadaan yang berlaku ketika zaman al-Quran diturunkan. Oleh itu, mereka mengetahui asbab nuzul sesuatu ayat. Hal ini ditambah lagi dengan penguasaan bahasa Arab yang fasih.
Tafsir al-Quran dengan pendapat golongan tabii’n
Peringkat seterusnya ialah tafsir al-Quran berpandukan pendapat para tabii’n yang mempelajari ilmu tafsir daripada golongan sahabat. Mereka adalah golongan yang paling baik selepas daripada golongan sahabat. Mereka mengambil ilmu daripada golongan  sahabat. Jadi, tafsiran mereka akan lebih hampir kepada kebenaran tentang maksud sesuatu ayat.
Oleh itu, hukum berpandukan kepada tafsir bi al-ma’thur adalah wajib. Ini kerana ia adalah tafsir yang paling tepat berdasarkan dalil-dalil yang sahih. Tidak ada sebarang penyelewengan dan penyimpangan daripada maksudnya yang sebenar.

Terdapat banyak kitab tafsir yang ditulis menggunakan kaedah tafsir bi al-ma’thur. Antara yang terpenting ialah:
1.  Jami’ al-Bayan ‘an Ta’wil al-Quran atau lebih dikenali dengan Tafsir al-Tabari. Ditulis oleh Abu Ja’far Muhammad bin Jarir al-Tabari (w 310H).

2. Tafsir al-Quran al-‘Azim atau lebih dikenali dengan Tafsir Ibn Kathir. Ditulis oleh Abu al-Fida’ Ismail bin Kathir al-Dimashqi (w 774H).

3. Al-Dur al-Manthur fi al-Tafsir bil Ma’thur oleh Jalaludin Abd al-Rahman bin Abu Bakr al-Suyuti (w 911).

4. Adhwa’ al-Bayan fi Idhoh al-Quran bi al-Quran oleh Muhammad al-Amin bin Muhammad al-Mukhtar al-Shanqiti (w 1394H).
Tafsir bi al-Ra’yi  
Tafsir bi al-Ra’yi ialah tafsir al-Quran berdasarkan ijtihad. Tafsir kategori ini terbahagi kepada dua:
Pertama: Tafsir bi al-Ra’yi al-mahmud (yang terpuji)
Tafsir bi al-Ra’yi jenis ini adalah yang baik dan ianya diterima. Tafsir ini dibuat bertepatan dengan kehendak dan prinsip syariat dan dengan mengaplikasikan kaedah-kaedah bahasa Arab. Oleh itu, mereka yang mentafsir al-Quran dengan kaedah ini mestilah mahir dan menguasai ilmu tentang prinsip-prinsip dasar syariat serta uslub bahasa Arab.
Kedua: Tafsir bi al-Ra’yi al-mazmum (yang terkeji)
Tafsir bi al-Ra’yi jenis ini adalah tafsiran yang dibuat berdasarkan pandangan akal dan hawa nafsu semata-mata. Mereka tidak mengetahui ilmu prinsip-prinsip dasar tentang syariat dan juga uslub-uslub bahasa Arab.
Kebanyakan tafsir jenis ini dilakukan oleh ahli-ahli bidaah dan mereka yang mengikut hawa nafsu. Mereka beriktikad dengan kepercayaan yang salah tanpa ada sandaran dalil. Jadi, mereka mentafsir al-Quran bagi memenuhi selera akal dan nafsu mereka semata mata.
Hukum tafsir bi al-ra’yi al-mazmum adalah haram, berdasarkan banyak dalil. Antaranya ialah firman ALLAH (bermaksud): “Katakanlah: “sesungguhnya Tuhanku mengharamkan perbuatan keji, sama ada yang nyata atau tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkan) kamu mempersekutukan sesuatu dengan ALLAH sedangkan ALLAH menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkan) kamu memperkatakan terhadap ALLAH sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya. (Surah Al-A’raf: 33)
Dalil lain ialah (bermaksud): “Dan janganlah engkau mengikut apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. (Surah Al-Isra’:36)
Berikut adalah antara contoh kitab-kitab tafsir bi al-ra’yi al-mahmud:
1. Mafatih al-Ghaib oleh Abu Abdullah Muhammad bin Umar Fakhruddin al-Razi (w606H)
2. Al-Bahr al-Muhit oleh Muhammad bin Yusuf al-Andulusi, lebih dikenali dengan Abu Hayyan (w 745H)
3. Tafsir al-Jalalain oleh Jalaludin al-Muhalla (w797) dan Jalaludin al-Suyuti (w911).
4. Ruh al-Maa’ni fi Tafsir al-Quran al-‘Azim wa al-Sab’u al-Mathani oleh Abu al-Fadhl Mahmud al-Alusi al-Baghdadi (w1276H)
Ayuh! Teruskan membaca al-Quran. Jadikan kitab-kitab tafsir sebagai rujukan. Pasti terasa kemanisan dan kecapi hidup penuh keberkatan.

Abd Razak Muthalib
* Penulis ialah Perunding Latihan & Motivasi, Akademi Magnet Sukses, Graduan Ijazah Sarjana, Kuliyyah Ilmu Wahyu, UI AM







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2016 08:12 AM | Show all posts
tafsir yg ini   

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2016 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Hujatul_Jihad replied at 10-8-2016 08:12 AM
tafsir yg ini

Kalau kau nak tahu kau cubalah makan kurma ajwa, kemudian kau minum parakuat yang kau selalu guna utk racun kebun getah ko tu... tak ada apa2.. cubalah
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2016 08:37 AM | Show all posts
zamkumis replied at 10-8-2016 12:32 AM
Kalau kau nak tahu kau cubalah makan kurma ajwa, kemudian kau minum parakuat yang kau selalu guna  ...

aku tak percaya pada tuhan kamu dan aku percaya nabi ko adalah seorg penipu  
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2016 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Kau cuba dulu...baru kau tahu...
Cuba dulu... ok
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2016 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Kau racun kebun getah ko guna racun apa?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2016 03:45 AM | Show all posts
sebab itu mendalami ilmu tafsir tu penting untuk mengetahui kandungan makna dalam ayat ayat al quran

kepetingan pendekatan tafsir bi al mathur dan implikasi kalau tak faham ini akan tafsiran certain ayat.

ada pendekatan hermeneustik
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2016 04:53 AM | Show all posts
zamkumis replied at 10-8-2016 12:32 AM
Kalau kau nak tahu kau cubalah makan kurma ajwa, kemudian kau minum parakuat yang kau selalu guna  ...

lupa lak...... ko patut ajak  @sam1528   serta lain2 hujatul isle dan lobainita buat acara besar2an......


makan ramai2......  aku nak tengok mampus atau tidak   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2016 10:05 AM | Show all posts
Lobai_Atheist replied at 27-8-2016 04:53 AM
lupa lak...... ko patut ajak  @sam1528   serta lain2 hujatul isle dan lobainita buat acara besar2a ...

Ha ha ..... mat slow yg kurang cerdik

Yg ko dok terkinja kinja pasal racun ni adalah konteks dari bahasa asal (arab) atau dari translation?

LOL .... pada mat slow ; ajwa dates = paraquat

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2016 01:14 PM | Show all posts
sam1528 replied at 27-8-2016 02:05 AM
Ha ha ..... mat slow yg kurang cerdik

Yg ko dok terkinja kinja pasal racun ni adalah konteks da ...

buktikan laa aku sama kan ajwa dates dgn paraquat.......  

tak mampu kaa? sama spt ko tak mampu buktikan tuhan ko wujud  
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2016 05:57 PM | Show all posts
Lobai_Atheist replied at 27-8-2016 01:14 PM
buktikan laa aku sama kan ajwa dates dgn paraquat.......  

tak mampu kaa? sama spt ko tak mam ...

Ha ha  , kan dah bagi .... pi cari aje lah pada thread tersebut. Dah berapa banyak post baru skg nak tanya

'Pandai' betul ko ni.

Dlm bahasa arab , konteks adalah toxin , skg ko ni dok terkinja kinja pasal translation atau ko rujuk pada bahasa original dlm konteks original.

Pasal apa ko tak jawab .... nak lari lagi ke?

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 12:54 AM | Show all posts
sam1528 replied at 27-8-2016 09:57 AM
Ha ha  , kan dah bagi .... pi cari aje lah pada thread tersebut. Dah berapa banyak post baru skg n ...

mashaallah........ bodo merangkap bebal + slow ko nie....  
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 10:16 AM | Show all posts
Lobai_Atheist replied at 28-8-2016 12:54 AM
mashaallah........ bodo merangkap bebal + slow ko nie....

Ha ha , mat slow yg dah mati kutu .... tak mampu jawab .... pusing2 cakap nak lari

Jgn lari mat slow .... gunakan otak ko - yg ko tak pernah guna tu - pikir & jawab soalan

For the 2nd time :
Dlm bahasa arab , konteks adalah toxin , skg ko ni dok terkinja kinja pasal translation atau ko rujuk pada bahasa original dlm konteks original.

Pasal apa ko tak jawab .... nak lari lagi ke?

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 12:13 PM | Show all posts
sam1528 replied at 28-8-2016 02:16 AM
Ha ha , mat slow yg dah mati kutu .... tak mampu jawab .... pusing2 cakap nak lari

Jgn lari mat ...

kesiannya penganut delusional.......


kenapa kamu tidak mahu gunakan akal? kenapa biarkan diri mu diperbodohkan pak arab
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 02:06 PM | Show all posts
Lobai_Atheist replied at 28-8-2016 12:13 PM
kesiannya penganut delusional.......

Ha ha , ko masih pusing2 cakap pasal nak lari .... takut jawab soalan. Yg ko terkincit pasal apa?

For the 3rd time :
Dlm bahasa arab , konteks adalah toxin , skg ko ni dok terkinja kinja pasal translation atau ko rujuk pada bahasa original dlm konteks original.

Pasal apa ko tak jawab .... nak lari lagi ke?


Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 09:25 PM | Show all posts
sam1528 replied at 28-8-2016 06:06 AM
Ha ha , ko masih pusing2 cakap pasal nak lari .... takut jawab soalan. Yg ko terkincit pasal apa?
...

astaga................ kenapa kamu nie bebal sgt?  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2016 10:18 PM | Show all posts
Lobai_Atheist replied at 28-8-2016 09:25 PM
astaga................ kenapa kamu nie bebal sgt?

Ha ha , aku rasa yg bebal adalah mat slow macam ko aje ... satu apa ko tak mampu jawab

Nak pusing2 cakap lah tu pasal nak cuba lari

For the 4th time :
Dlm bahasa arab , konteks adalah toxin , skg ko ni dok terkinja kinja pasal translation atau ko rujuk pada bahasa original dlm konteks original.

Pasal apa ko tak jawab .... nak lari lagi ke?



Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 10:33 PM | Show all posts
sam1528 replied at 28-8-2016 02:18 PM
Ha ha , aku rasa yg bebal adalah mat slow macam ko aje ... satu apa ko tak mampu jawab

Nak pusi ...

ko tak jumpa kaa toksin yg boleh bertindak serta merta dalam al quran kamu?  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 11:06 PM | Show all posts
Lobai_Atheist replied at 28-8-2016 10:33 PM
ko tak jumpa kaa toksin yg boleh bertindak serta merta dalam al quran kamu?

Ha ha , tu pasal aku tanya ko apa justifikasi ko yg ko klaim definisi toxin patut ada dlm Quran?

Sampai skg ko tak mampu jawab tapi pusing2 kejar ekor ko

For the 5th time :
Dlm bahasa arab , konteks adalah toxin , skg ko ni dok terkinja kinja pasal translation atau ko rujuk pada bahasa original dlm konteks original.

Pasal apa ko tak jawab .... nak lari lagi ke?


Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 11:22 PM | Show all posts
sam1528 replied at 28-8-2016 03:06 PM
Ha ha , tu pasal aku tanya ko apa justifikasi ko yg ko klaim definisi toxin patut ada dlm Quran?
...


ko tak jumpa kaa toksin yg boleh bertindak serta merta dalam al quran kamu?  
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.107336 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list