|
Edited by theflash at 19-8-2016 06:46 AM
Salam Satu Malaysia
Nota Kaki- Punya lah berabuk keyboard ni,lama tak menaip.Maaflah sesangat, kekangan masa tu memang musuh nombor satu saya
Malas nak intro panjang, baca la ya!
epilog- Sejak berkahwin, saya dengan suka rela mengabdikan diri pada tanah,maklumlah ada tanah seluas 3 ekar milik Mak Mertua yang tak di usahakan,tanaman sawit nya ada,cuma tak di racun.tak dibela, tak di baja etc. Sayang di lihat keadaan tanah ladang tu, jadinya.dengan modal yang ada sikit dan bantuan dari MPOB, hidup la semula ladang 3 ekar sawit mak mertua aku tu........ tetapi,kata orang, tanah yang semak samun, kalau di cantas sesuka hati, takut ada yang tak suka ( ni pesan orang MPOB- saja leteww nak takutkan aku. hihihi)
Kes 1- Di sapa 'pekerja' kebun sebelah.
Aku menggajikan 3 orang Indonesia untu uruskan hala kebun sawit aku ni. Masing masing berpengalaman lebih 5 tahun dalam arena sawit di Malaysia dan yang mudahnya mereka ni, they speak Jawa ! Tapi aku tak pandai, jadinya senang la deme bersembang dengan orang lokal kat kampung aku.
Nak di jadikan cerita, lepas sebulan kebun tu 'hidup', aku tak replanting, sebab pokok dia still power dan atas nasihat pegawai MPOB,dia suruh aku repair je kawasan kebun dan pokok tu replant lagi 2 tahun.Aku pun jengah la kebun, lepas Asar,kira kira jam 5.00pm, Berbekalkan parang panjang, berbaju overall dan berbut safety, aku pun buat buatlah menebas, sementara pekerja aku yang 2 orang tengah buat parit kecil dan sorang lagi tengah meracun jalan depan
Aku jalan 500meter dari pintu masuk kebun,makin aku masuk, keadaan sedikit gelap, mana tak nya, pokok sawit dah dekat 10 tahun.semua tinggi menjulang dan menutup sinar matahari. Dalam hati aku cuak,sebab apa. aku takut takut ular tedung atau lipan. Itu je dalam kepala otak aku, rasa rasa macam dah jauh, aku pun patah balik la. Masa aku nak berpusing dan patah balik.. aku di sapa
"Pak, orang baru ke sini?" suara garau dengan loghat Indonesia
Cepat cepat aku paling dan kelihatan seorang lelaki, kira kira umur 40an macam tu, dengan sabit di sisi,baju kemeja koyak koyak dan berbut getah hitam yang dah lubang lubang
dan bagi aku, tu la pakaian standard orang kerja ladang, takda maknanya nak lawa lawa.
Satu yang aku hairan, peluh dia, menitik macam baru lepas kena siram dengan air
"Aah, kebun mak mertua, bla bla bla" aku terang sikit pada lelaki tu dan dia perkenalkan nama dia sebagai Wak Amat.Aku salam dan tangan dia sejuk ya amat. amatlah sejuk!
" Kebun mana wak? " ramah aku tanya
dan dia menuding jari ke belakang dan menjawab
"Kebun Wak Ali" dan senyum
aku berbual tentang keadaan kebun dan dia hanya senyum dan aku pun mintak diri, sebab nyamuk dan sebab aku dah lapar,lagipun waktu begini mandor selalu datang melawat, karang naya pulak Wa Amat kena marah
Aku pun pusing dah berjalan la sambil tebas tebas lalang pendek dan sambil tu aku pandang Wak Amat yang jalan laju menuju ke arah kebun belakang.
Lusa, hari Sabtu,aku cuti .Aku pergi la sampai ke hujung kebun.sempadan dengan kebun Wak Ali.
Terkejut aku bila tengok ada semak tinggi tinggi betul, masa aku datang separuh dah clear dan nampak ada longkang besar la jugak yang di gali pakai Jengkaut.
Aku tanya pekerja aku, boleh ke kita pegi kebun sebelah dan dia cakap mana boleh, semak tinggi dan longkang tu kene berenang baru boleh pegi dan dalam longkang ada ular sawa dia kata
Aku tergelak. Pasal dengar hal ular sawa,dah macam anakonda
Tiba tiba aku teringat hal Wak Amat , terus aku tanya pekerja aku tu, nama dia Pai
"itu biasa boss. ramai orang jumpa" Pai sengih je bagitahu aku
Aku dah tak sedap hati, aku tanya kenapa, dia dah mati ke apa?
" Ya la bos, lemas dekat Gunung Pulai tahun 90 an, ramai la boss orang jumpa, dia tak kacau orang"
Sampai sekarang aku still 50/50
Pekerja aku saja nak begurau or what, Tapi memang aku tak jumpa dah Wak Amat tu dan bila aku lepak ngeteh dengan orang kampung
deme semua jawab
" dah biasa dah Man"
aku ketawa je. Bertuah betul
---akan ada kisah lain dari orang lain, tau?-----
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|