CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6253|Reply: 17

Kenapa Wajib 'Eject' Dahulu Pendrive Sebelum Mencabutnya Daripada Komputer?

[Copy link]
Post time 12-8-2016 12:32 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Siapa yang jenis main cabut pendrive atau USB yang digunakan semasa menyambungnya di komputer riba?

Kalau dah nak cepat, tak ramai pun nak klik butang 'eject' atau 'Safely Remove Hardware'. Betul tak?

Untuk pengetahuan anda, perbuatan 'malas' dan tak kisah ini akan menyebabkan pendrive dan USB malah komputer anda cepat rosak. Ha, agak-agak kenapa?




Terlebih dahulu, kita lihat dulu 3 cara drive (pengkongsian data melalui sambungan USB) :




1) USB Mass Storage

Kaedah biasa bagi pengkongsian data. Contoh : pendrive, flashdisk, memory card. Pada Windows, kita akan melihatnya sebagai drive baru pada File Explorer atau My Computer, sedangkan pada Mac dan Linux akan muncul di Desktop. Berfungsi sebagai medium pertukaran data/fail. Kaedah ini memerlukan fungsi eject.

2) Picture Transfer Protocol (PTP)


​Daripada namanya, kaedah ini digunakan oleh kamera digital untuk transfer atau memindahkan gambar ke komputer. Kaedah seperti ini tidak memerlukan eject.

3) Media Transfer Protocol (MTP)

Kaedah ini tersedia secara built-in bagi pengguna Windows, tetapi memerlukan software tambahan bagi Mac dan Linux. Kaedah MTP adalah daripada PTP yang dinaiktaraf. Dengan MTP, kita boleh mengirim file berupa media secara automatik, tapi sistem akan melihat sebagai drive portable yang tidak perlu di-eject.

Kenapa perlu melakukan 'Eject' pada Flashdisk daripada komputer?

Flashdisk boleh melakukan proses read/write data ke komputer sebaik sahaja disambungkan. Jika sistem sedang melakukan write di Flashdisk dan tiba-tiba kita cabut dari USB, maka data yang ditulis akan corrupt atau rosak.

Sebaik sahaja kita klik 'eject', sistem operasi (OS) akan melakukan kerja pembersihan cache, proses di mana semua tindakan yang belum selesai ke atas Flashdisk akan ditamatkan serta merta.




Akibat Mencabut Flashdisk Tanpa 'Eject'

1. Flashdisk akan error.

2. Data dalam flashdisk akan hilang atau corrupt.

3. Komputer jadi 'hang'.

4. Merosakkan komponen komputer dan flashdisk.


Sumber : Era

Related collections:

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2016 01:17 PM | Show all posts
malas nk eject
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2016 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda ni rajin buat masa mula2 beli laptop zmn belajar je dulu . Lps tu jgn hrp..
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2016 03:48 AM | Show all posts
Komputer jadi hang? Masih pakai P4 agaknya...LoL...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2016 11:17 AM | Show all posts
Sentiasa " Eject "
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2016 07:01 PM | Show all posts
sentiasa "eject" jgk walaupun penah jer tk eject
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2016 07:42 AM | Show all posts
x yah eject. auto eject je kat luar.
ade virus drpd external storage yg detect ejection utk memulakan operasi.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2016 03:08 PM | Show all posts
dulu hair selalu x eject n skrg mmg akan eject ja..tkut pendrive / hdisk rosak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2016 01:57 PM | Show all posts
tq for info
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 10:04 AM | Show all posts
kdg2 nk cpt mmg terus cabut je
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 10:22 AM | Show all posts
Tengok budak IT kat ofis aku ni main cabut je pendrive. Bila dorang tgk aku main eject pendrive dorang gelak kan aku pastu cakap takde masalah rosak ke tak rosak pun kalau kau eject ke tak eject. Takde masalah katanya
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2016 12:55 PM | Show all posts
dlu aku pn slalu eject. tp bebudak IT kt opis aku main cabut gitu aje. aku tnye x rosak ke nt. dorg ckp x. skrg aku pn dh tiru dorg. omg!
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2016 10:19 PM | Show all posts
sama laa. kena gelak kt bebudak IT ofis sbb eject ni. diorg pakai cabut camtu je
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2016 04:26 PM | Show all posts
miamira552 replied at 13-9-2016 12:55 PM
dlu aku pn slalu eject. tp bebudak IT kt opis aku main cabut gitu aje. aku tnye x rosak ke nt. dorg  ...

tp die ade ckp cpt rosak kn. mybe blom lg tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2016 10:14 AM | Show all posts
selalu terlupa nak eject
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2017 09:03 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


30% UNLIMITED DEPOSIT BONUS hanya untuk anda!!!


Membuat deposit dengan mendapat tambahan 30% bonus deposit



cepatlah sertai kami!!!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2017 11:18 PM | Show all posts
Gadis_sarawak replied at 19-8-2016 10:22 AM
Tengok budak IT kat ofis aku ni main cabut je pendrive. Bila dorang tgk aku main eject pendrive dora ...

budak IT tu bangang
klu pendrive tu 128gb, tetiba rosak psl x eject,
menangisla dorg.

apa2 kesan dari tindakan elektrik yg xstabil mmg boleh rosakkn pendrive

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2017 12:29 AM | Show all posts
Thanks you !!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.090995 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list