CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3290|Reply: 0

[Tempatan] Gadis Didakwa Galak Perbuatan Kumpulan Tauhid State Daesh

[Copy link]
Post time 12-8-2016 05:25 PM | Show all posts |Read mode
Senasib sokong aktiviti pengganas




ZILAH didakwa galakkan perbuatan kumpulan Tauhid State   Daish melalui Telegram.













        

      Sarah ZulkifliMuhammad Apendy Issahak dan Mohd Hafizee Mohd Arop dan Siraj Mohd Zaini
am@hmetro.com.my

     

Kuala Lumpur: Lima individu membabitkan empat lelaki dan seorang wanita di dakwa di Mahkamah Majistret di seluruh negara kerana memberi sokongan kepada kumpulan militan Daish, semalam.

Di Mahkamah Majistret Selayang, penjaga zoo, Mohd Sharullizam Ramli, 30, dan pemandu teksi, Nor Nizam Panijan, 37, didakwa atas lima pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Daish melalui aplikasi Telegram serta memiliki barangan berkaitan militan itu mulai Mac sehingga Julai lalu.



Kedua-duanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan secara berasingan di depan Majistret Iriane Isabelo.

Bagi pertuduhan pertama, Sharullizam didakwa memberi sokongan kepada kumpulan Daish melalui Telegram menggunakan nama ‘Sharul’ manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memiliki barangan berkaitan militan berkenaan iaitu pelekat kereta, bendera serta pengikat kepala.

   
  

Nor Mizan pula berdepan tiga tuduhan iaitu memberikan sokongan kepada perbuatan pengganas melalui Telegram, mengendalikan secara tidak langsung harta pengganas, Muhammad Wanndy Mohamed Jedi, 26, dengan cara memasukkan wang RM70 ke akaun Mohd Haniffa Syedul Akbar dan memasukkan wang milik Bukhori Che Noor bagi manfaat kumpulan pengganas.

Di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor, peniaga, Mohd Shaiful Shahril Ramli, 28, dituduh atas empat pertuduhan termasuk memiliki bahan letupan dan memberi sokongan kepada Daish antara Mac hingga Julai lalu.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan. Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa memberi sokongan kepada Daish menerusi Telegram atas nama ‘Putra Zulkarnain’ dan turut membabitkan penggunaan bahan letupan untuk melanjutkan ideologi bagi mengugut orang awam di negara ini.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat, Mohd Shaiful didakwa memiliki barangan berunsur perbuatan keganasan iaitu baju sejuk dan bendera berlambang Daish selain memiliki bahan letupan mengandungi campuran ‘Sodium Chlorate’ dan ‘Sucrose’ yang berfungsi sebagai ‘Oxidizer’ dan ‘Fuel’ yang tersenarai dalam Seksyen 2 Akta Bahan Letupan 1957.

Di Mahkamah Majistret Ipoh, Perak pula, bekas pengawal keselamatan, Zilah Tajuddin, 43, didakwa atas dua pertuduhan memberi sokongan dan menggalakkan perbuatan Daish, Julai lalu.

Bagi pertuduhan pertama, Zilah didakwa memberi sokongan dengan cara menggalakkan perbuatan kumpulan pengganas Daish dan memuatkan aktiviti militan itu melalui Telegram (kumpulan Tauhid State).

Bagi pertuduhan kedua, Zilah didakwa menggalakkan berlakunya perbuatan pengganas melalui aplikasi serta lokasi sama.

Di Mahkamah Majistret Tapah, Perak, Zairosfitri Jainiddin Azhar, 24, yang bekerja sendiri didakwa kerana memberi sokongan kepada Daish.

Zairosfitri hanya mengangguk faham pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di depan Majistret Ahmad Asyraf Mohamed Kamal dan tiada sebarang pengakuan direkodkan daripadanya.

Semua kes terbabit dibicarakan mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan, Seksyen 130J(1)(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 130G Kanun Keseksaan, Seksyen 2 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.




      Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Ogos 2016 @ 1:41 PM

http://www.hmetro.com.my/node/158480


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.670835 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list