CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1104|Reply: 6

[Dunia] Palestin Siasat Azan Diganti Lagu Umm Kulthoum

[Copy link]
Post time 14-8-2016 02:31 PM | Show all posts |Read mode
                             
Palestin Siasat Azan Diganti Lagu Umm KulthoumPublished on Aug 13, 2016                                                                                                          in Utama & Sensasi                                                                             
            
4Shares


RAMALLAH – Pihak berkuasa hal ehwal agama Islam Palestin melancarkan siasatan susulan tindakan sebuah masjid di Nablus, wilayah Tebing Barat yang mengumandangkan lagu pop dan bukan azan ketika masuk waktu solat fardu.Menurut stesen antarabangsa terkenal Perbadanan Penyiaran British (BBC), insiden aneh tersebut dilaporkan berlaku pada petang 11 Ogos lalu, apabila ketika itu penduduk setempat berharap dapat mendengar lantunan suara sang muazin yang bertugas melaungkan azan.

Bagaimanapun, betapa terkejutnya masyarakat Islam di kawasan tersebut ketika dari pembesar suara masjid mereka sebaliknya mendengar lagu irama pop malar hijau yang dilantunkan oleh Umm Kulthoum, salah seorang biduanita ternama Mesir era 1950-an hingga 1970-an.
Kekacauan tersebut sampai kepada pengetahuan pihak pemerintah Palestin yang secara langsung mengarahkan proses siasatan dilakukan untuk mengetahui apakah peristiwa pelik itu adalah sabotaj daripada musuh Islam atau sekadar kesalahan teknikal tidak disengajakan.
Allahyarham Umm Kulthoum.Namun penduduk setempat melahirkan pelbagai komen ekoran insiden berkenaan. Sebahagian masyarakat menganggap perkara tersebut tidak dapat diterima tetapi sebahagian yang lainnya menilai hal tersebut biasa-biasa sahaja dan mungkin cenderung sebagai agak lucu.
Sebuah rakaman video yang beredar luas menerusi media sosial tempatan memperlihatkan menara sebuah masjid dipercayai tempat lagu pop seniwati terkenal Mesir itu berganti mengalunkan azan sehingga mencetuskan panik dalam kalangan warga setempat sendiri.
“Apa itu? Oh… Lagu Umm Kulthoum!” kata seorang lelaki sambil tertawa kecil. Umm Kulthoum, atau nama sebenarnya Fātimah ʾIbrāhīm as-Sayyid al-Biltāī yang meninggal pada 1975 dalam usia 76 tahun; dan merupakan salah seorang penyanyi paling terkenal di dunia Arab .
Lagu-lagu hebatnya bahkan masih lagi diputar oleh pelbagai stesen radio dan televisyen di negara-negara rantau Timur Tengah. Palestin ketika ini memiliki hanya kira-kira 40 buah masjid termasuk lapan buah di sekitar Tebing Barat. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2016 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti akak nak suruh bilal masjid area rumah ni pasang lagu Adele waktu maghrib nanti
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2016 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
hanakikan replied at 14-8-2016 02:37 PM
Nanti akak nak suruh bilal masjid area rumah ni pasang lagu Adele waktu maghrib nanti

Syarifah aini laaa..  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2016 03:40 PM | Show all posts
hanakikan replied at 14-8-2016 06:37 AM
Nanti akak nak suruh bilal masjid area rumah ni pasang lagu Adele waktu maghrib nanti

ko jangan buat gila kakkkk  
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2016 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
naseb x pasang lagu cheap thrills
berjoget la.kau keliling rumah
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2016 04:23 PM | Show all posts
ini tak kelakar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2016 04:27 PM | Show all posts
maknanya Israel puak yahood sudah  menakluki semua speaker yg ada di Palestine ?!

OMG !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.091933 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list