View: 7782|Reply: 60
|
[Dunia]
Mangsa buli tinggalkan nota sebelum bunuh diri, 'Guru sekolah tak buat apa-apa'
[Copy link]
|
|
Mangsa buli tinggalkan nota sebelum bunuh diri, 'Guru sekolah tak buat apa-apa'Agensi | Ogos 14, 2016 10:39 MYT
Daniel Fitzpatrick, 13, berputus asa dengan tindakan rakan-rakan sekolah yang memulau dan membulinya. - Foto sumber Facebook.
NEW YORK: Seorang remaja 13 tahun dari Staten Island, New York, mengambil tindakan membunuh diri pada Khamis lalu selepas dibuli oleh pelajar sekolahnya.
Portal berita The New York Daily News melaporkan, Daniel Fitzpatrick sempat meninggalkan nota yang mendakwa rakan-rakannya di Holy Angels Catholic Academy tidak lagi bercakap dengannya dan tidak suka padanya.
"Saya putus asa. Guru-guru juga tidak berbuat apa-apa,” tulisnya, yang sepatutnya memulakan pembelajaran di sekolah baharu iaitu Xaverian High School di Brooklyn.
Kematian Daniel adalah secara menggantung diri, kata jurucakap pemeriksaan perubatan New York, Julie Bolce, kepada media tempatan.
Bapa Daniel, yang juga bernama Daniel Fitzpatrick, telah memuat naik rakaman video ke akaun Facebooknya pada Sabtu untuk menyatakan perasaan sedihnya serta mengucapkan terima kasih kepada pihak yang peduli tentang nasib anaknya.
Bapanya juga mengecam tindakan rakan-rakan sekolah yang dikatakan ‘membuli’ anaknya, selain mempertikaikan tenaga pengajar di sekolah Katolik itu yang tidak membantu anaknya ketika remaja itu membuat aduan.
Menurutnya, daripada nota anaknya itu, pihak sekolah sekadar memberi jawapan "Jangan khuatir. Semuanya akan berakhir", setiap kali anaknya mengadu masalahnya.
Pihak Holy Angels Catholic Academy tidak membuat sebarang kenyatan berhubung perkara itu.
"Cerita tentang anak saya sekarang boleh dilihat di seluruh dunia, dan semua orang kini tahu penderitaannya. Saya amat merindui anak saya.
“Tiada ibu bapa yang sepatutnya mengebumikan anak sendiri. Tiada anak yang harus mengalami sepertimana yang anak saya lalui,” ujarnya dalam video itu.
Dia juga meninggalkan pesanan kepada ibu bapa pelajar yang membuli anaknya.
“Kepada ibu bapa pelajar yang membuli anak saya, apa yang saya ingin katakan adalah semoga kalian dapat merasai apa yang keluarga kami tanggung sekarang ini. Kalian dapat bersama anak-anak kalian setiap hari, saya tidak lagi dapat berbuat demikian. ‘Raksasa kecil’ kalian telah merampas itu daripada saya dan isteri,” luahnya.
Ibu mangsa, Maureen Fitzpatrick memberitahu, dia masih tidak dapat melupakan nama-nama rakan sekolah yang ditulis dalam nota anaknya.
“Dalam nota itu, anak saya mahu rakan-rakannya itu sedar apa yang dilakukan ke atas dirinya”.
Awani
|
|
|
|
|
|
|
|
so, penama2 sekalian mcmne ek rasanya? cikgu2 yag tak peduli tu semua? |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya...
My 9 yr-old nephew is such a softie... kat diary tulis psl kwn suka buli. Mak dia ngadu kat cikgu, parents bdk2 bg alasan anak diorg mmg nakal kat rmh jgk. Last2 kitorg suruh je lawan balik bila kena kacau. Apa guna blaja aikido. |
|
|
|
|
|
|
|
laba jangan jadi camni pulak
"mod tak buat apa2" |
|
|
|
|
|
|
|
No matter if they are gay or obese, jangan la suka buli orang lain. Kita tak faham apa yang yang mereka rasa sampai mereka commit suicide. RIP Daniel. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoa Allah mencucuri rahmat beliyau. |
|
|
|
|
|
|
|
some parents like myself taught our children to turn the other cheek bila kena slap
and some aggressive kids take advantage of that
and bully the docile ones..
|
|
|
|
|
|
|
|
kat forum pun ramai bully |
|
|
|
|
|
|
|
‘Raksasa kecil’ kalian telah merampas itu daripada saya dan isteri,” luahnya.
Kalau kat sini, mak bapak mesti dah berdegang kat sekolah nun. Betullah parents kena gak step forward bila hal2 serius macam ni. Susah sangat pindahkan je ke sekolah lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mary_jane replied at 14-8-2016 05:42 PM
Kalau kat sini, mak bapak mesti dah berdegang kat sekolah nun. Betullah parents kena gak ...
Ai agree. Parent2 pun kna masuk campur jua...
Susah2 panggil polis. |
|
|
|
|
|
|
|
300 years ago 13 years old vikings die hunting a boar.
100 year later 13 years old spartan and persiana die in battlefield for their country.
Peace comes, 13 years old die by mere words. Buff, 1000 years of experience and evolution dont mean a thing if people keep dying. |
|
|
|
|
|
|
|
anak bongsu x-ofismate bunuh diri terjun dari apartment ting.8 gara-gara tk tahan kena buli dgn kwn sekolah. budak tu dh minta pindah sekolah, tp my ofismate kata tunggulah sehingga lepas exam PMR baru pindah. agaknya dh tk tahan sgt, terus amik jln singkat. |
|
|
|
|
|
|
|
Parents yg ada anak pembuli pd aku memang fail didik anak...
Sila meninggal!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya.. RIP little boy... |
|
|
|
|
|
|
|
ice_sky92 replied at 14-8-2016 04:35 PM
No matter if they are gay or obese, jangan la suka buli orang lain. Kita tak faham apa yang yang mer ...
Budak tu dipulau sebab heshe gay dan obese ke sister? |
|
|
|
|
|
|
|
reeny replied at 14-8-2016 06:14 PM
anak bongsu x-ofismate bunuh diri terjun dari apartment ting.8 gara-gara tk tahan kena buli dgn kwn ...
Tahun bila kejadian sis? Mesti masuk paper bukan? |
|
|
|
|
|
|
|
tk ingat tahun bila rasanya dlm 3-4 tahun lepas. tk masuk paper pun..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|