CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3163|Reply: 18

Apa itu fatwa, fungsi mufti dan majlis agama islam

[Copy link]
Post time 14-8-2016 04:30 PM | Show all posts |Read mode
bangkem buka thread ni sebagai peringatan kepada saudara sesama islam tentang sistem dan institusi yang digunapakai oleh agama Islam masa sekarang..

jangan lah kita bodo dan perlekeh fungsi badan ini.. mereka terdiri dari bijak pandai Islam dan mereka berpandukan nas serta dalil dari AQ dan hadis.. ayuh kita ketahui lebih lanjut:

1.   Apa itu Fatwa ?          

Definisi Fatwa ( Bahasa ) Pada bahasa , ia diambil daripada afta – ifta'an yang memberi maksud menjelas dan menghuraikan hukum permasalahan .

Definisi Fatwa ( Istilah ) Pada istilahnya pula , fatwa mempunyai pelbagai definisi antaranya :  -  Fatwa adalah sebagai jawapan yang dibuat oleh Mufti pada perkara yang berlaku apabila diajukan soalan kepadanya .   -  Fatwa ialah mengkhabarkan hukum Allah SWT sama ada pada yang mesti atau harus.

2 . Berapa ramai Mufti di seluruh Malaysia ?   

Jumlah Mufti di Malaysia ialah seramai 14 orang , iaitu setiap negeri mempunyai seorang Mufti .

3 . Siapakah yang terlibat dalam Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang?     

a ) Mufti , sebagai Pengerusi ;

b ) Timbalan Mufti;

c ) Dua orang anggota Majlis yang dinamakan oleh Majlis;

d ) Tidak kurang daripada dua orang dan tidak lebih daripada tujuh orang yang layak dan sesuai ,

     yang dilantik oleh Mufti ; dan

e ) Seorang pegawai dari Jabatan Mufti sebagai setiausaha .

4 .   Apakah proses – proses bagi mewartakan , berpandukan kepada peraturan yang sedia ada ?

Antara proses-prosesnya adalah seperti berikut:      

i) Penyediaan Kertas Kerja: Setiausaha Jawatankuasa Fatwa menyediakan kertas kerja setelah kajian dan penyelidikan dijalankan (berdasarkan permohonan pihak-pihak yang memerlukan fatwa berkaitan hukum syara' sama ada daripada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Zakat Pulau Pinang, Mahkamah Syariah Negeri Pulau Pinang, Jabatan-jabatan Kerajaan/Swasta, Orang Awam dan lain-lain.)      

ii) Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang: S.S Mufti memanggil suatu Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Fatwa bagi membincangkan persoalan-persoalan yang memerlukan sesuatu fatwa.

iii) Keputusan Fatwa: Setelah Jawatankuasa Fatwa meneliti pembentangan kertas permohonan fatwa, dalil-dalil, pandangan ulama'/fuqaha',hasil kajian/siasatan/pendapat pakar, keputussan akan dibuat. Jika memerlukan siasatan/kajian lanjut tiada keputusan fatwa dikeluarkan dan ditangguh kepada sesi mesyuarat seterusnya. Mesyuarat turut memutuskan sama ada keputusan yang dibuat adalah sebagai fatwa (diwartakan) atau sebagai irsyad hukum sahaja (tidak diwartakan).

iv) Laporan Minit Mesyuarat: Keputusan mesyuarat yang lalu dibentang semula untuk makluman dan semakan semula ahli mesyuarat serta meneliti sighah fatwa sebelum proses pewartaan dilaksanakan

v) Semakan Sighah Fatwa Oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri: Keputusan yang perlu difatwa dan diwartakan akan dihantar ke Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri bagi tujuan semakan deraf sighah fatwa yang akan diwartakan agar menepati kehendak undang-undang.

vi) Fatwa Dihantar Kepada Yang di – Pertuan Agong: Draf sighah fatwa yang telah dimuktamadkan dihantar kepada Yang DiPertuan Agong unutk mendapat perkenannya bagi penyiaran fatwa sebagai Warta melalui Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

vii) Fatwa Yang Telah Diperkenankan Yang Deprtuan Agong: Fatwa yang telah diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri dan hendaklah disiarkan dalam Warta

Single Polls, Total 0 Users voted
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-8-2016 04:31 PM | Show all posts
tingkatkan lah ilmu.. jangan jadi macam ni tauuuu

http://mforum.cari.com.my/forum. ... amp;fromuid=1529197
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2016 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini pula pandangan peribadi saya.

Saya tidak menidakkan fatwa dan mengiyakan fatwa. Kerana Rahmat Allah itu terbahagi kpd dua perkara yg mana ianya bercantum bersama2 (merujuk kpd zaman ini).

Bila melibatkan hal ehwal "sumber rezeki", maka ada kalanya fatwa akan menambahkan lagi kerosakkan ke atas iman seseorg tanpa disedari meskipun setiap draft itu tidak mencakupi apa yg sebenar2nya yg terjadi yg mana sumber rezeki menjadi "haram" atas apa yg dipelajari oleh mereka yg taat kpd fatwa. Saya boleh jelaskan disini jika mahu, cumanya, akhirnya yg rugi adalah "kepupusan iman" samaada menyatakan ataupun tidak menyatakannya sama sahaja. Apa boleh buat, kitalah umat AKHIR ZAMAN.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2016 07:41 PM | Show all posts
Abangcute replied at 14-8-2016 05:53 PM
Ini pula pandangan peribadi saya.

Saya tidak menidakkan fatwa dan mengiyakan fatwa. Kerana Rahmat ...

main pilih2 pulak

agama ape ni? sekejap kena ikut fatwa, kejap tak perlu ikut?

sape yang tentukan kena ikut ke tak sesuatu fatwa tu?? engkau ke?

contohnya pengharaman game pokemon, perlu ikut tak?? kena dapat persetujuan ko dulu ke??
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2016 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 14-8-2016 07:41 PM
main pilih2 pulak

agama ape ni? sekejap kena ikut fatwa, kejap tak perlu ikut?

Saya hanya pilih Alquran dan Sunnah. Allah tidaklah menjanjikan apa2 yg berbentuk wasilah melainkan kpd sesiapa yg Dia kehendaki. Dan pastinya, setiap wasilah bersifat sementara.

Bagi pandangan saya, vote yg anda kemukakan tidak memenuhi pilihan saya.

Bila seseorg mengemukakan pandangan, maka sewajarnya dihormati sekiranya tidak bercanggah dgn kehendak Alquran dan Sunnah.

Dan jika fatwa yg dimaksudkan itu "Sunnah", maka saya SUDI mengikutinya tanpa sebarang keraguan.

Dan jika fatwa itu "berkisar" atas dasar fiqh semata2 utk mencari "redha Allah" sambil menambahkan lagi kerosakkan tanpa sebarang pengetahuan, maka saya khuatir, punca fitnah itu berpunca dari kegagalan "memahami" hakikat yg sedang berlaku.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2016 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Abangcute replied at 14-8-2016 08:22 PM
Saya hanya pilih Alquran dan Sunnah. Allah tidaklah menjanjikan apa2 yg berbentuk wasilah melainka ...

Tapi fatwa dibuat berdasarkan al quran dan hadis.. ko ingat fatwa dibiat berdasarkan mimpi mufti ke?

Sape yang lagi layak tafsirkan AQ dan sunnah untuk dijadikan sesuatu hukum?? Lobai hipster ke? Moderator cari @ibnur ke? Atau mufti?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2016 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 14-8-2016 08:34 PM
Tapi fatwa dibuat berdasarkan al quran dan hadis.. ko ingat fatwa dibiat berdasarkan mimpi mufti k ...

Kalau tanya @ibnur, dia akan ushar aje apa yg saya taip. Saya tak kata pun nak buat fatwa tu tak guna Alquran. Saya hanya kata, fatwa itu base kepada cara berhukum fiqh. Dan saya tak kata tak setuju dan juga setuju atas makna isi kandungan fatwa itu sendiri.

Kadang2, ayat umum tu bila dikemukakan perlulah disusuli dgn soalan (pencerahan) agar jelas apa yg saya maksudkan. Cuba baca ayat yg saya nyatakan sebelum ini, boleh kata ayatnya secara umum dan sengaja saya tidak spesifikkan agar ada yg mahu bertanya sebelum berhukum.

Diluar sana, agak ramai juga manusia seperti kamu yg diserang penyakit wahan. Suka melabel dan berhukum hingga tidak reti bertanya dan membezakan, sesuatu yg umum perlu penjelasan.

Pelan2 belajar ye!
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2016 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 14-8-2016 08:34 PM
Tapi fatwa dibuat berdasarkan al quran dan hadis.. ko ingat fatwa dibiat berdasarkan mimpi mufti k ...

Sesuatu yg baik, tidak semestinya baik. Sesuatu yg jahat, tidak semestinya jahat.

Jika baik dan jahat itu berada di dalam suatu bekas, nescaya tidak kurang sedikit pun Rahmat Allah ke atas kedua2nya. Akan tetapi, apabila kebaikkan itu bertukar kpd gandaan kejahatan, maka berhati2lah ketika berfatwa kerana Allah hanya "meredhai" apa yg dimaksudkan "memakmurkan"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-8-2016 06:36 PM | Show all posts
Abangcute replied at 14-8-2016 09:13 PM
Sesuatu yg baik, tidak semestinya baik. Sesuatu yg jahat, tidak semestinya jahat.

Jika baik dan ...

takyah belit2 macam ular keling..

ko follow fatwa ke tak?

A) ikut
B) tak ikut

mana boleh kejap ikut kejap tak.. kalau camtu baik jangan berfatwa.. bubarkan je majlis fatwa

entah2 AQ dan hadis pon ko sekejap ikut kejap tak, bergantung pada nafsu ko je kan?

ujung2 bagi alasan manusia ni lemah la, manusia ni dikuasai nafsu la, manusia ni pelupa atau "insan" la hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2016 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Abangcute at 15-8-2016 07:53 PM
kemaruk replied at 15-8-2016 06:36 PM
takyah belit2 macam ular keling..

ko follow fatwa ke tak?


Ada yg saya setuju. Ada juga yg saya tidak setuju.

Saya tidak setuju sesetengah isi kandungan fatwa kerana ianya menambahkan lagi kemudaratan yg mana sebahagiannya memberikan mudarat kpd hati tanpa disedari.

Jika kita menyatakan air kosong itu haram diminum, maka ada sebahagian isi fatwa hakikatnya menjadikan manusia MENGHARAMKAN REZEKI SECARA MUTLAK sehingga Allah swt "matikan hati" mereka dari menerima petunjuk kebenaranNya dan diganti dgn petunjuk kebatilanNya.

Spt yg saya katakan, tidak semestinya yang baik itu baik, kerana kekadang ianya menambahkan lagi kejahatan dan kerosakkan.

Para syaitan tidak akan "membantu" menyebarkan kebenaran kerana mereka hanya mencari ruang utk merosakkan org yg beriman dan beramal soleh utk fitnah. Ibarat trigger yg mana syaitan bersorak menantikan kejayaan mereka.

Saya tidak menyokong mana2 isi fatwa yg secara terang penyebab ulama difitnah kerana berfatwa tanpa memahami petunjukNya. Dan pastinya saya TIDAK AKAN SAMA SEKALI MEMBELA ulama2 yg menambahkan lagi kerosakkan di dunia dan akhirat kelak (sebagai maklumat tambahan) malah saya tidak akan sama sekali menyokongnya.

Siapa yg untung? Siapa yg rugi?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2016 07:51 PM | Show all posts
Abangcute replied at 15-8-2016 07:45 PM
Ada yg saya setuju. Ada juga yg saya tidak setuju.

Saya tidak setuju sesetengah isi kandungan ...

mana boleh cmtu.. sekeja setuju kejap tak setujju

itu ertinya ko buat sendiri hukum.. ko guna nafsu untuk nilai sesuatu hukum tu sesuai atau tidak..

padahal sesuatu fatwa itu adalah asalnya dari AQ, hadis dan ijma ulama.. kalau kau tak setuju satu-satu fatwa, maka ini bermaksud ko tak setuju dengan AQ, hadis dan ijma ulama

simple logic..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2016 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Abangcute at 15-8-2016 08:12 PM
kemaruk replied at 15-8-2016 07:51 PM
mana boleh cmtu.. sekeja setuju kejap tak setujju

itu ertinya ko buat sendiri hukum.. ko guna n ...


Bila sebut Islam, ianya berkaitan cara hidup yg Allah kehendaki. Dan tiap apa yg diucapkan itu doa.

Saya antara manusia biasa yg faham perjalanan sistem yg sedia ada. Dan saya tidaklah nyatakan apa2 disini agar ianya tidak menambahkan lagi keburukkan dan kerosakkan kpd sistem yg sedia ada.

Maka, jika kita mahu membuat fatwa, maka pastikan diri sendiri faham sistem sedia ada SEBELUM berfatwa. Kerana setiap pergerakkan rezeki akan Allah Rahmati bila TIADA DOA YANG MENAMBAHKAN LAGI KEROSAKKAN dari manusia itu sendiri.

Bila Allah hantar entiti yg bukan milik sesiapa melainkan milikNya, maka letakkan rasa syukur kpdNya terlebih dulu. Bukan semua perkara saya perlu nyatakan disini, sebalik tiap yg saya nyatakan ini sebahagian dari peringatan bagaimana fatwa akan menambahkan lagi jumlah "pemfitnah" dan "perosak" dikalangan kakitangan kerajaan itu sendiri. Pastinya, yg menguruskan pun "tidak tahu" sambil menyangka saya milik mereka.

Saya tak kisah sgt ttg sistem, kerana sebagai manusia biasa, saya bukannya hidup lama di atas muka bumi ini.

Semoga bermanfaat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2016 08:05 PM | Show all posts
Abangcute replied at 15-8-2016 08:02 PM
Bila sebut Islam, ianya berkaitan cara hidup yg Allah kehendaki. Dan tiap apa yg diucapkan itu doa ...

jadi maksudnya, seseorang tu bebas untuk terima atau tolak mana2 hukum ikut kesesuaian masing2??
ok.. bangkem terima jawaban ko..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2016 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 15-8-2016 08:05 PM
jadi maksudnya, seseorang tu bebas untuk terima atau tolak mana2 hukum ikut kesesuaian masing2??
...

Yups. Spt mana yg difirmankan Allah di dalam surah AlBaqarah ayat yg terakhir.

Wallah Hu'alam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2016 08:19 PM | Show all posts
Abangcute replied at 15-8-2016 08:15 PM
Yups. Spt mana yg difirmankan Allah di dalam surah AlBaqarah ayat yg terakhir.

Wallah Hu'alam

good.. bangkem respect orang macam ko.. tak rigid dan tak jumud..
setiap orang tu boleh nilai sesuatu hukum tu betul atau tak, dan tak perlu dipaksa untuk terima satu2 hukum yang tak bersesuaian..

bila orang lain tak follow sesuatu hukum, terus pandang slack..

tapi ofkos la bunuh orang, rogol orang tu tak betul.. orang tak waras je yang kata perbuatan tu adalah betul..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2016 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 15-8-2016 08:19 PM
good.. bangkem respect orang macam ko.. tak rigid dan tak jumud..
setiap orang tu boleh nilai ses ...

Saya hanyalah berkongsi pandangan peribadi semata2. Tidak lebih dari itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-8-2016 08:32 PM | Show all posts
Abangcute replied at 15-8-2016 08:29 PM
Saya hanyalah berkongsi pandangan peribadi semata2. Tidak lebih dari itu.

bagus.. bagus... teruskan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2016 09:30 PM | Show all posts
eh thread ni kena remove ke sini pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2016 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 15-8-2016 06:36 PM
takyah belit2 macam ular keling..

ko follow fatwa ke tak?

Alahai bangkem...sabbath dah lama my ass kan fatwa2 ni...yg bangkem sebuk asal fatwa ni kenapa? Bukan ada enforcement  kalau x follow

.fatwa ni just utk jaga kemasyalatan sesuatu kaum di negara itu jah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.077093 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list