CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nonis

JANGAN MATIKAN LAMPU TIDUR

  [Copy link]
 Author| Post time 20-9-2016 05:51 PM | Show all posts
huhu.. banyaknya debu2 berserakan..

aku nak story sikit ni, kisah yang baru beberapa bulan terjadi.. lepastu, sabtu minggu lepas terjadi lagi. hoho

Cerita beberapa bulan lepas ------

Pada satu malam aku sedang tidur. Katil aku adalah katil double decker yang sudah dibuka dan diletak sebelah menyebelah, di bawah katil penuh dengan bungkusan baju2 lama dan beg2 lama yang tak digunakan. Lampu ditutup dan pintu dibuka sedikit, memberi cahaya masuk juga cahaya dari tingkap dapur yang bersebelahan dengan bilik aku. Malam itu aku tidur seperti biasa, berseorangan di bilik.

Sedang aku lena tidur, tiba-tiba aku terjaga dari tidur, tetapi tiada daya untuk bangun kerana teramat mengantuk. Katil aku digoncang kuat seperti ade tangan yang menggoncang, tapi aku masih separa sedar dan tak dapat menggerakkan badan. Takut sungguh aku waktu aku. Kemudian, serasa ada yang menendang2 katil dan tilamku dari bawah katil, bertubi tubi.Kuat. Hingga terhincut2 tubuhku bergegar. Allahhuakbar. Aku sedaya upaya cuba gerakkan badan dan bangun dari katil, sambil aku baca ayat2 kursi dalam hati aku cuba gerakkan ibu jari aku, Alhamdulillah dpat juga aku bangun. Apa lagi, aku terus angkut segala bantal dan selimut tidur di ruang tamu hingga pagi. Dan sejak dari haritu aku tak gemar tidur di bilik dan tak akan tidur di atas katil, aku rela tidur ber alas toto di bawah walaupun toto aku senipis lapisan ozon kini.

Cerita sabtu lepas ----
Kali ini , katil aku sudah diubah ke bentuk asalnya sebagai katil double decker. Di bahagian atas penuh dengan bantal2 yang tak digunakan. Kebiasaannya aku akan tidur di bawah, tetapi malam itu aku tidur di atas katil kerana keadaan lantai yang bersepah dan adik lelakiku yang baru pulang dari berjumpa kawan mahu menggunakan laptop.Jam lebih kurang 12.30 malam. Aku sudah mahu melelapkan mata. Akhirnya, aku hanyut dalam hiruk pikuk suasana bilik yang bising oleh adik lelaki yang sibuk di depan laptop dan adik perempuanku yang juga mahu tidur.

Tidur aku tiba-tiba terganggu dengan sesuatu bunyi. Aku capai hp yang diletakkan di sebelah kiri di kepalaku. Jam baru pukul 4.30. aishhh, bunyi apa ni. Kedengaran bunyi sesuatu sedang mencakar2 tilam ku. Bunyi nya seakan kuku yang tajam, sedang mencakar dan menguis2 perlahan tilamku dari bawah katil. Kali ini di bawah katil tiada lagi barang2 , hanya tinggal sebuah beg bagasi yang tidak digunakan. Aduhai, kucing aku ke ? selalunya kucing aku waktu begini nyenyak tidur. AKu segera menarik cadar tilamku dan aku betulkan bantal, hp, selimut. Mungkin bunyi nya datang dr hp ku. Ngomel aku untuk menyedapkan hati. Tetapi, bunyi cakaran itu masih ada.
Aku pun memalingkan badan ku mengiring ke kanan. Mata aku dipejam sekuatnya, tak mahu melihat apa2. Moga2 bunyi itu hilang. Tiba-tiba, tilamku serasa di tekan oleh sesuatu, seperti ada yang naik ke atas tilam dekat dangan tanganku . Bunyi cakaran dan kuisan masih belum berhenti. Aduhssss, au sudah tidak dapat lelapkan mata. Aku pun berpusing, dan segera duduk. Aku lihat keadaan sekeliling , sunyi, tiada kucing2 aku yang kelihatan. Adik aku nyenyak di bawah. Aku mengejutkan dia. Senyap, tiada respon.

Lantas aku segera turun dan tidur di sebelah adik aku walaupun sempit, lantaklah. Tetapi, aku tak dapat melelapkan mata hinggalah subuh tiba. Berpeluh2 jangan kira lah walapun kipas menghala tepat kepada aku. Huhu…

Aku pun tak tahu siapa atau apa yang mencakar, siapa atau apa yang menggegarkan katil aku. Semoga kita semua dijauhkan lah dari gangguan jin dan syaitan yang menyesatkan ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2016 02:42 PM | Show all posts
pasni kene letak cctv la... leh tengok la sapa yg cakar...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2016 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
nonis replied at 15-8-2016 05:13 PM
Bersambung ... PART 4 : SIAPA DEKAT BELAKANG TU?
Pagi itu, kami bergotong royong memasak juadah  ...

Menarik kisah ini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2016 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku baru balik berubat.. katanya gangguan dlu datang balik dan ada orang hntr sihir dekat aku
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2016 11:37 AM | Show all posts
TT berubat kat mane
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.207668 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list