CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nonis

JANGAN MATIKAN LAMPU TIDUR

  [Copy link]
Post time 15-8-2016 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq tt sudi share. Jgn lupa update
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2016 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sabar nak tunggu sambungan
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
parking dulu
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 01:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga TT dapat tido lena malam ni. Jangan lupa update ya
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 02:16 AM | Show all posts
Parking dulu. Esok jela baru baca.

Nak baca sekarang takot pulak
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 02:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Adoii tt dah lena tido, iols pulak yg insomnia

btw jgn lupa update taw
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-8-2016 08:14 AM | Show all posts
Edited by nonis at 16-8-2016 05:23 PM

hehe.. selamat pagi.. pagi ni sy update sambungan semalam ye.. kalau ada masa lunch nanti sy sambung lagi.. terima kasih sudi baca

PART 5 : TANGAN SEJUK
“Sebenarnya, long da beberapa kali Nampak ade lelaki tua selalu datang jengah2 kau. Tapi dia datang sekejap2 je, long rasa tu penjaga yang arwah tok ki punya dlu. (Tok ki suami arwah opah). Kau ade dapat mimpi pelik2 tak? Mimpi orang bagi benda ke” Tanya Long. Seingat aku tak ada. long bercerita lagi. Arwah tok ki seorang perawat yang terkenal di daerah tempat tinggal nya, tapi selepas dia meninggal dunia, penjaga nya tiada tuan. Jadi dia mencari cucu sulung. Namun, aku perempuan sulung. Mungkin dia turun kepada Long kerana dia cucu lelaki sulung. Kerana itu long boleh melihat dan merawat orang,tetapi dengan syarat kena tingkatkan amal ibadat supaya dapat melawan.

Long pun belum tinggi amalan dan tak berminat untuk teruskan berubat, kerana dia akan jatuh sakit kemudian hari. Aku dalam keadaan 50-50 dalam percaya atau tidak. Tak mengapa, aku sekadar berkongsi cerita dengan Long mungkin dia dapat menenangkan hati. Kebelakangan itu, aku kerap mimpikan bayi kecil, berada di tempat kotor dan menyeramkan, dan pernah bertemu dengan arwah opah aku dalam keadaan mengerikan. Aku tak mahu bercerita tentang mimpi arwah opah kerana aku anggap ia hanya mainan. Tetapi, setiap kali aku mimpikan bayi kecil, dengan tanpa segan silu aku terima dan aku susukan dengan bahagia dan rela hati. Dalam mimpi tu, aku terlalu suka dan sayang sebab aku dapat baby entah dari mana dan aku dapat susukan menjadi anak susuan. Aku pernah mimpi mengandung, melahirkan dan susukan. Pendek kata, setiap kali mimpi bayi mesti ending nya aku akan susukan dia. (Kemaruk nak kawin dah ni gayanya time tu, itu yang hulur je huhu). Masa itu aku belum tahu akan makna mimpi itu, jadi setiap kali mimpi begitu aku sangat suka.

Hinggalah satu malam, aku tidur. Aku berkain batik, sambil di dada memeluk yasin. Aku selalu mimpi yang menakutkan, jadi aku tidur sambil peluk yassin mungkin dapat hindar dari mimpi buruk. Malam itu seperti biasa, semua di bilik dan sebelah kiriku ada rakan ku, aku gelar N. N sudah nyenyak tidur. Lampu sudah dimatikan, hanya cahaya koridor dari bawah pintu menjadi sumber cahaya bilik. Aku baru hendak terlena dan hanyut dibuai mimpi, hinggalah tiba2 “pappppppppppppppp”


Kaki kananku dipegang sesuatu. Sungguh aku sangat terkejut hingga nak luruh segala organ dalamam. Ada tangan sejuk yang genggam pergelangan kaki kananku dengan kemas dan terasa sangat sejuk. Aku terus terjaga. Mata aku segar tak dapat pejam. Mata aku melilau meninjau dalam bilik. Senyap.Sunyi. Semua sedang lena terhanyut mimpi. Damn.Siapa yang pegang aku ni? Jangan kacau aku, aku nak tidur. Aku capai selimut dan aku balut tubuh kemas2 dalam selimut sambil tangan memeluk yassin dan buka surah di hp sambil mengiring menghadap N. Aku sangat2 takut. Tak pernah perkara begini berlaku sewaktu aku tidur, hanya sekadar bunyi panggilan dan bisikan sahaja bukan sampai tahap bersentuhan begini. Aku membatukan diri hingga tak sedar jam berapa aku terlena. Sejak dari malam itu hingga kini, aku masih trauma tidur dalam keaadan gelap hingga kini dan aku akan pastikan aku selimut kaki ku walau panas berdenting macam mana sekalipun.

Bersambung…



Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 12:10 PM | Show all posts
Perkembangan yang menarik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-8-2016 12:12 PM | Show all posts
Edited by nonis at 16-8-2016 05:19 PM

Sambungan PART 6 : AL QURAN BERDARAH

Sejak perkara2 aneh berlaku dalam hidup aku, aku jadi tak keruan. Runsing memikirkan mimpi2 dan situasi aku yang makin sukar tidur malam. Aku ceritakan pada mak  apa yang berlaku kerana aku lebih banyak berkongsi cerita dengan mak. Mak seperti sukar percaya. Tapi, mak ada bercerita tentang penjaga yang aku katakan tadi. Katanya, sewaktu mak aku mengandungkan aku, (aku anak pertama), mak pernah ikut ayah balik ke kampung atas urusan penting. Rupanya, ayah dan adik beradik lain sedang berbincang untuk membuang penjaga/saka yang dibela oleh arwah tok ki. Mak tidak campur tangan ketika itu, tetapi hanya tahu yang ia sudah dibuang pada ayam. Mak juga ada bercerita tentang keris digunakan untuk tujuan berubat. (wallahualam, aku kurang pasti tentang kaitan ayam dan keris ini).

Mak aku menyalahkan ayah aku kerana mak menyangka saka keluarga datang kembali menganggu aku. (Aku juga tak berapa pasti kerana mak kata saka tapi long kata penjaga wallahualam). Disebabkan perkara itu, mak dan ayah bergaduh besar. Rasa menyesal juga dalam hati kerana membuka cerita kepada mak. Mak tak habis2 menyalahkan ayah sedangkan perkara sebegitu adalah perbuatan oleh orang2 lama dahulu. Aku tertekan dan aku mula menyendiri dalam bilik. Aku banyak habiskan masa dalam bilik, matikan lampu sambil mengelamun. (Aku tak pasti kenapa aku suka duduk dalam gelap waktu ini sedangkan aku takut gelap,aku seakan celaru dengan diri sendiri ). Sebenarnya, aku sendiri masih 50-50 untuk percaya akan cerita long dan mak tadi. Jadi aku tak berminat untuk bertanya lebih lanjut pada waktu itu.

Pada suatu hari di rumah, aku dapat mimpi menakutkan. Dalam mimpi itu, ada aku dan ayah. Aku menagis2 meminta ayah bantu aku kerana aku diganggu. Aku ingat lagi, ayah memegang tukul dan paku, di tanganku ada alquran yang terbuka wallahualam aku tak pasti muka surat berapa. Tetapi dalam mimpi itu, ayah perlu memaku sebatang pokok pisang sebagai tanda ayah dapat mengunci makhluk yang menganggu aku dari terus memnggangu aku lagi. Jika al quran yang aku pegang ini tak berdarah, maknanya makhluk itu Berjaya dikunci. Ayah dengan sekuat hati mengetuk paku di pokok pisang itu, kuat hentakannya supaya dapat dipaku lebih dalam. Aku menangis2 ketakutan. Aku berdoa mudah mudahan alquran ini tak berdarah. Tiba-tiba, aku lihat darah merah pekat mengalir keluar dari al quran tersebut seraya dengan itu aku menjerit ayahhhhhhhhhhhh!


Pufffff.Mimpi hilang dan aku terjaga dalam keadaan air mata mengalir dan mulut menyebut ayah. Takutnya aku masa itu hanya Allah tahu. Apa makna mimpi itu? Kenapa al quran itu berdarah? Hingga kini aku tak tahu jawapan.
Bersambung….
(Nanti aku cerita aku scan badan untuk kesan gangguan dengan ustaz Sharhan )


Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
nonis replied at 16-8-2016 11:12 AM
Sambungan PART 6 : AL QURAN BERDARAH

Sejak perkara2 aneh berlaku dalam hidup aku, aku jadi tak ke ...

Penjaga tak sama ke dgn saka?

Pasal mimpi tu, arwah ayah saya pun mimpi kawan rapatnya menumbuk dn menikam batang pokok pisang...ntah apa la maksudnya

Menarik citer tt...mcm ada something je psl quran berdarah tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2016 12:29 PM | Show all posts
itulah sy pun tak tau beza penjaga dengan saka... dua2 baik ke tak baik ke sy pun tak pasti...
kalau2 ade forumer lain yang tau dan boleh explain ke beza dia huhu
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila ko cter kes sesuatu pegang kaki ko tuh teringat pulak kes aku dipegang mende alah tu waktu studi dulu,sejuk betul tangannye pastu terus aku bangun sebab dah masuk subuh
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 04:55 PM | Show all posts
Welkam2 cik TT si kura2 hijau... Mohon cik TT wat perenggan sket pada post2 citer yg rapat sgt... tacang akan ditabur kemudian ya... lom baca abeh lagi... hihi.. kbai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2016 05:22 PM | Show all posts
okey sorry ye perenggan dah di betulkan untuk setiap post sebelum ni..
Next part belum sempat update lagi hari ini banyak kerja sikit, insyaallah kalau sempat akan diupdate secepat mungkin ye.. sorry and thank you
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
yeayyyy... ada cerita baru. cepat2 sambung ye TT.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergghhh menarik la part quran berdarah wpun mmpi je, iols nak tau hasil scan...
Cepat apdet tt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2016 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Best tt.cepat upd ya tt
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Nice, you're a good story teller!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2016 08:07 AM | Show all posts
selamat pagi.. terima kasih pd yang sudi follow thread ni... insyaallah hari ni kalau sempat akan disambung part seterusnya ya..  
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2016 08:58 AM | Show all posts
Tak sabar nk tggu sambungan!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.119659 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list