CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nonis

JANGAN MATIKAN LAMPU TIDUR

  [Copy link]
Post time 17-8-2016 01:30 PM | Show all posts
Scary citer TT nih  ..dulu iols masa blaja pun slalu gak gi aktiviti camping sbb best je..tenang nampak kehijauan hutan..air sungai yg fresh....ade ler 1 kejadian pokok tumbang dpn mata..mengigil2 tp sib baik takde nampak ape2 mcm TT..

Teruskan penceritaan..menariks
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2016 04:41 PM | Show all posts
Terbaeklah TT.....mudah baca n faham....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2016 05:28 PM | Show all posts
Edited by nonis at 17-8-2016 06:13 PM

hai semua.. sorry lambat harini banyak kerja sebab esok sampai sabtu kena oustation.
jadi kena prepare mane yang penting. Harini kalau sempat insyaallah aku sambung part seterusnya malam sikit, tapi tak janji kalau ade keberanian tinggi akan diupdate ye huhu..
Enjoy part 7 ye.. TQ guys

PART 7: KAU ADA SAKA KAN?

Aku teruskan hari2 mendatang seperti biasa walaupun masih diganggu bunyi2 bisikan dan mimpi2 pelik. Memandangkan hari ini aku ada group assignment yang perlu disiapkan, aku bercadang untuk ke bilik rakan baikku Di di blok berkhampiran kafetaria untuk menyiapkan assignment dan bermalam di situ. Di awal2 sudah berpesan, kalau ada terdengar orang mengemas malam2 tingkat atas seperti Tarik kerusi meja, duit syiling berterabur, buat seperti biasa anggap tiada apa yang berlaku. GUlpppp.

Malam itu, aku memikul segala keperluan untuk ‘nomad’ selama 1 malam di bilik Di menginap di tingkat 1 daripada 4 tingkat. Sambil aku berbaring di katil, sambil aku membalas sms rakan yang baru aku kenali di fb (rakan sekolah lama, Cuma tidak pernah bertegur), aku gelarkan sebagai S.

** Sedikit throwback

Aku dan S mula rapat sejak kami sering berbalas komen di fb. Memandangkan kami masing2 masih ber album ‘solo’ (agak2 faham tak?)  , jadi kami sering berbalas komen dan kerap ‘chatting’ di skype. Lama kelamaan kami jadi mesra dan senang dibawa berbual. Hinggalah satu malam, masing2 masih belum melelapkan mata walaupun jam sudah 3 pagi. Aku dan S sedang ‘chatting’ di skype hinggalah muncul topik mengenai kisah2 misteri. Aku layankan sahaja kisah2 misteri dari S, yang katanya mempunyai kebolehan melihat makhluk2 yang tidak Nampak oleh mata kasar ini sejak kecil lagi. Aku antara percaya dan tidak, tapi aku masih kusyuk membaca cerita yang diceritakan oleh S di skype. Hinggalah muncul soalan yang aku tak jangka dari S.
“ Nonis, kau ada saka kan? Hahahah” S bertanya.
Aku tergamam.
“kenapa kau cakap macam tu? “ aku membalas.
“aku taulah, aku boleh tengok dari mata orang. Haha “ Balas S lagi.
Gulppp. Aku masih lagi sukar menerima kenyataan.Aku belum pernah bercerita mengenai diriku jadi bagaimana S boleh kata begitu. Mungkin S hanya serkap jarang dan mahu mengusik. Aku terus menukar topik dan tak mahu bercerita tentang perkar itu. Tidak aku mengiyakan tidak juga aku menidakkan, kerana aku sendiri masih belum sepenuhnya mempercayai.

**kembali ke reality

Sambil aku berbalas mesej, tiba2  *sreetttttt streeeetttt srettttt ketingg ketinggggggggg
Aku dan Di saling berpandagan. Betul apa yang dikatakan Di, rajin sungguh penduduk tingkat atas mengemas bilik dan mengira duit syiling waktu2 pagi begini saat orang sudah lena dibuai mimpi. Kami kembali dengan kerja masing2. Assignment hanya tinggal kenangan, aku dan Di khusyuk akan perkara lain pula. Biasalah, kebiasaan pelajar2 genius hanya akan menyiapkn assignment sehari sebelum atau tiba hari untuk dihantar ke pensyarah. (kita semua genius kan? )  
Tiba2 telefonku berdering. Tertera nama S di skrin. Aku pun menjawab panggilan. Kedengaran suara S di talian, “hello nonis”. Aku pun membalas “hello S”. Namun, talian tiba2 tidak jelas seperti gangguan talian siaran tv yang tidak bersiaran. (boleh bayangkan tak?) Suara S tidak lagi kedengaran. Hanya bunyi seperti gangguan siaran TV yang kuat hingga memaksa aku meletakkan telefon. Tiba2 mesej S masuk di peti masuk mesej.

“Nonis, kau suruh perempuan tu senyap boleh tak, orang sibuk nak gayut dia sibuk pulak nak mengilai2 hahahaha “. Gulppp. Perempuan mana pulak ni? Aku dengan Di sahaja, Di khuysuk melayan boyfriend di telefonnya. Ahhh. S ni suka sangat bergurau tak kena tempat dan masa. Akhirnya kami hanya bermesej di telefon, tidak jadi ‘bergayut’.

Selepas beberapa bulan ‘chat’ dan ‘bergayut’ di telefon, kami sepakat mahu bertemu di luar. Menonton wayang dan keluar makan. Pertama kali aku berjumpa S dan kami keluar bersama menonton wayang. Seat kami paling atas, tengah tapi kedudukan tepi. (wallahualam sungguh aku lupa tajuk cerita yang kami tengok). S tiba2 batuk dengan teruk seperti tersedak. Aku tergamam tidak tahu apa perlu dilakukan. Aku hanya bertanya jika dia okey dan perlukan apa2. S Cuma memberi isyarat tangan dia okey dan tak ada apa2. Kemudian S kembali tenang. Sebelum kami pulang kami singgah minum di warung mamak untuk membasahkan tekak.
S  : “kau nak tahu kenapa aku batuk tadi?”
Aku : “kenapa?”
S: “ Aku Nampak ade pakcik pakai baju putih, tinggi dekat belakang kau “.
Aku tergamam.
S : “ Dia ade dekat sini, dekat tepi tiang bawah pokok tu tengah tengok sini”
Sambung S sambil memusingkan badan ke arahku, tidak mahu terus melihat ke arah yang dikatakan tadi.

Bersambung….

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2016 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
MizzTyco replied at 17-8-2016 01:30 PM
Scary citer TT nih  ..dulu iols masa blaja pun slalu gak gi aktiviti camping sbb best je..te ...

Pokok tumbang jugak ke? Kita camping tempat yang sama ke ni hihi
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 11:21 AM | Show all posts
tgh tggu TT update cerita. Nice story anyway....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2016 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorry guys harini smpai sabtu aku ke melaka urusan krja sorry sangat3 kalau lambat update ye,   jangan kecam aku ,  aku hanya kuli yang menurut perintah.. tq pada yg sudi membaca
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2016 05:15 PM | Show all posts
Sudah mula timbul bahagian2 menarik ini.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
nonis replied at 18-8-2016 03:01 PM
Sorry guys harini smpai sabtu aku ke melaka urusan krja sorry sangat3 kalau lambat update ye,   jang ...

Nice story..kipidap ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2016 10:04 PM | Show all posts
nonis replied at 17-8-2016 04:28 PM
hai semua.. sorry lambat harini banyak kerja sebab esok sampai sabtu kena oustation.
jadi kena prep ...

oh jadi S ni boleh nampak benda2 ghaib ya?
seram sejuk la kalau tiba2 org nampak ada benda sebelah kita........
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 10:19 PM | Show all posts
Menarik cerita TT ni. Bercakap pasal jangan tutup lampu, teringat pulak kisah seorang kawan tiba2 nangis sebab dia kata ada nampak something bawah kati tahun lepasl. Masa tu bilik hanya diterangi dengan lampu di luar bilik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2016 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 18-8-2016 10:04 PM
oh jadi S ni boleh nampak benda2 ghaib ya?
seram sejuk la kalau tiba2 org nampak ada benda sebela ...

Ye.. sy dgn S sampai skrg masih bersama.. cuma skrg dah tak sekerap dulu lepas sy berubat.. part berubat tu blm sampai lg ada masa free sy update ye tq sudi bca  
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 02:02 AM | Show all posts
welcome to grand royale..
visit here gr118.com thank you
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 04:48 PM | Show all posts
nonis replied at 18-8-2016 03:01 PM
Sorry guys harini smpai sabtu aku ke melaka urusan krja sorry sangat3 kalau lambat update ye,   jang ...

Noted. Jgn lupe update naaaa bile blk nnti. Terima kasih...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt kite check in mak aihh tt.. ko volunteer nak dduk dpn.. kalau ai, ai pengsan, ai suke dok tgh2, depan blkg ade org
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2016 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq pada forumer yg sudi singgah.. esok last tazzabar nak balik! Sambungan akan diupdate slepas setel semua ya.. duduk tmpt lain tak dpt tidur lena huarghhhh
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2016 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Check in, tak sabar tunggu TT,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2016 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
xde update ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2016 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
menunggu tt update....
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2016 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Hi, TT. Mohon update ye. Ari ni da 3x dok jenguk rumah TT ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2016 09:35 PM | Show all posts
tt cpt update...cerita best ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.082438 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list